Majlis Mini Konvokesyen Tabika KEMAS Zon Tungku, Silam

9 11 2008

konvo-kemas

Saya mengucapakan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kemas yang menjemput saya utk merasmikan Sijil Mini Konvokesyen Tabika KEMAS Zon Tungku dalam Parlimen Silam.

Tahniah kepada pihak penganjur serta ahli jawatan kuasa dan Jabatan Kemas. Tahniah juga saya ucapkan kepada para ibubapa yang telah berjaya membantu menjayakan majlis ini. Sesungguhnya peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak sangat penting untuk pembentukan sahsiah anak-anak kita kerana ibubapa rapat dengan para ibubapa di samping ibubapa itu sendiri adalah ‘role model’ terbaik atau contoh yang terbaik dengan anak-anak kita sendiri. Ibubapa juga perlu berusaha untuk menabung serta mengajar anak kita dengan membantu pertumbuhan anak-anak agar menjadi insan yang cemerlang dan sesungguhnya anak adalah permata para ibubapa yang mendambakan agar anak yang mereka lahirkan akan menjadi insan cemerlang yang menjadi lambang kebanggaan dan lambang kasih sayang ibubapa.

About these ads

Tindakan

Information

9 responses

10 11 2008
James Wong

1. keep it up Tuan YB, the rakyat of silam is please to have such a hardworking & enthusiasm ppl to serve them better.

2. most of the silam ppl is still at the poor line n especially when the palm oil price is in down fall now. infect many of them is harvesting without profit. hope that yb is able to voice out during parliament.

3.Prices of necessities aren’t coming down and it’s really time to tighten the belt. government sure cut the taxes for all the ppl in order to benefit them from spending on their daily necessities.

4. increasing expenditure to build infrastructures such as roads, electricity n water supply. so that investor will built their factory in silam to stimulate the economy and also help benefits to the development of the nation.

take care YB

11 11 2008
armendrah

Jika kita tidak ada harta kita jangan merendah diri kepada orang lain,walaupun kita hanya berkereta kancil…..percayalah…bahawa kita ada harta yang mungkin kita tidak perasan…..Apakah harta yang paling bernilai dalam keluarga kita……Timbalan Kemajuan Luar Bandar pernah berkata….Kita perlu mengikis tangapan dalam minda kita bahawa kita adalah miskin…sebenarnya kita kaya dengan adanya anak-anak yang berada disamping kita…………Tun Dr. Mahathir adalah dikalangan rakyat biasa…………..tapi kerana ibubapanya memberi perhatian dalam bidang ilmu akhirnya Pemimpin negara ini berjaya bukan saja dalam keluarga malahan untuk agama, bangsa dan negara………….

Pesan…………ibubapa perlu memastikan dan menitikberatkan pendidikan anak-anak…….

Pemakanan harian anak-anak hendaklah berkhasiat……….

saya mencadangkan agar kanak-kanak beli MULTIVITAMNI bagi perkembangan dan kecerdasan minda dan tubuhbadan anak-anak…………

Ibubapa perlu berkorban demi kecemerlangan anak-anak…….Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian…………men…………

11 11 2008
Anak Bajau

Assalamualaikum YB

syabas dan tahniah kepada anda kerana telah berjaya menceburi bidang baru dalam penulisan Blog, kita amat berbangga kerana pemimpin kini kita telah menunjukkan minat dalam bidang penulisan khususnya dalam dunia siber, inilah yang kita mahu… pemimpin bukan sahaja berucap malah mengungkapkan
idea2 dan maklumat yang bernas melalui penulisan, diharapkan YB terus aktif menulis disamping menjalankan tugas-tugas murni membela nasib kami rakyat kawasan P.188 Silam…..
Hidup YB Salleh!!!

12 11 2008
Sahabat KEMAS

Tahniah di atas ucapan YB ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Tabika KEMAS Zon Tungku Parlimen Silam!. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada semua Ibubapa bertapa pentingnya peranan mereka dalam memastikan kecemerlangan anak-anak dalam pembentukan sahsiah kearah pencapaian akademik yang cemerlang. SYABAS!!!

14 11 2008
armendrah

Kurikulum Permata diperluas ke pusat asuhan tahun depan – TPM

Oleh HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kurikulum yang diguna pakai di Pusat Permata di seluruh negara akan mula diperluaskan ke pusat asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak kendalian kerajaan tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kurikulum yang telah diluluskan Kabinet itu akan dapat memastikan perkembangan yang holistik dari segi emosi, rohani, sosial dan intelek bagi pembangunan potensi kanak-kanak di bawah usia empat tahun.

‘‘Kurikulum ini telah pun dilaksanakan di 14 buah Pusat Permata Negara di seluruh negara dan daripada penilaian yang dilakukan, kita mendapati ia sangat berkesan.

‘‘Jadi, tahun depan kita akan mulakan secara berperingkat-peringkat melalui kerjasama dengan beberapa buah kementerian dan agensi yang berkenaan,’’ katanya.

Najib yang juga Pengerusi Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Secara Holistik yang bertemakan Setiap Anak Permata Negara di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan perlu meminda Akta Pendidikan sekiranya mahu memperluaskan pelaksanaan kurikulum Permata ke pusat asuhan yang diuruskan oleh pihak swasta.

Kata beliau, bagaimanapun dalam soal pendidikan awal kanak-kanak ini, kerajaan tidak mahu menjadi terlalu rigid.

‘‘Kalau kita pinda, pihak swasta turut perlu mengguna pakai kurikulum Permata, tetapi kita tidak boleh terlalu rigid.

‘‘Apa yang penting kita kena benarkan fleksibiliti dalam hal ini selagi standard di pusat asuhan dapat dikekalkan (pada tahap yang baik),’’ jelasnya.

Terdahulu, Najib dalam ucapan perasmiannya berkata, kerajaan telah pun memperjelaskan tugas dan tanggungjawab agensi berkaitan bagi mengelakkan sebarang pertindihan tugas dalam menjayakan usaha itu.

Menurut beliau, Kementerian Pelajaran misalnya bertanggungjawab ke atas aspek dasar dan kurikulum, pengawalseliaan serta nazir yang akan memantau perkembangan pelaksanaan kurikulum itu.

‘‘Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat akan meneruskan peranannya bagi menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak.

‘‘Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional akan bertanggungjawab sebagai agensi pelaksana,’’ ujarnya.

Najib berkata, sekiranya asas pendidikan awal terbaik dapat diberikan kepada setiap rakyat melalui program Permata, maka ia bakal menjadi pelaburan yang cukup bermakna dalam melahirkan aset penting kepada negara.

Katanya, ini seperti hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyuarakan untuk melihat rakyat negara ini memiliki personaliti yang tinggi.

utusan malaysia………..

14 11 2008
armendrah

Tak jejas prestasi UPSR
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my

SERAMAI 19 pelajar Tahun Enam yang mendapat 5A dalam UPSR menerima habuan wang tunai RM100 daripada pihak sekolah dan PIBG SK Sultan Ismail IV Kota Bharu, semalam.

Selepas enam tahun Matematik, Sains diajar dalam bahasa Inggeris halang calon

KOTA BHARU: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang diumumkan semalam membuktikan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003, tidak menjejaskan prestasi murid.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata daripada 511,875 sampel calon, 159,234 pelajar atau 31.1 peratus menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris, berbanding 1,324 pelajar (2007) dan 1,035 pelajar (2006), manakala 108,842 pelajar (21.3 peratus) menggunakan campuran bahasa ibunda, Melayu dan Inggeris.

Seramai 238,153 pelajar atau 46.6 peratus pula menjawab soalan Matematik dalam bahasa Inggeris dan 39,570 pelajar atau 7.7 peratus menggunakan bahasa ibunda, Melayu dan Inggeris.

“Walaupun jumlah murid yang memperoleh 5A dalam UPSR kali ini menurun, mereka yang memperoleh 4A meningkat manakala calon gagal berkurangan. Secara keseluruhannya, keputusan UPSR tahun ini OK.

“Tidak ada keputusan melonjak tinggi atau menurun secara serius, sekali gus menunjukkan selepas enam tahun pelaksanaan PPSMI, ia tidak menjejaskan prestasi murid,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh, Pintu Geng di sini, semalam.

Seramai 518,616 calon menduduki UPSR tahun ini dan mereka adalah kumpulan pertama yang terbabit dalam PPSMI sejak Tahun Satu.

Hishammuddin berkata, sebelum ini sekolah yang gagal biasanya di pedalaman atau luar bandar serta daif, tetapi tahun ini sekolah di kawasan berkenaan turut mencatat kejayaan.

“Ini menunjukkan agenda merapatkan jurang digital tercapai, sekali gus menjayakan matlamat saya untuk ‘meratakan padang permainan’ tadi,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, sama ada PPSMI akan terus dilaksanakan bukan semata-mata bergantung kepada keputusan peperiksaan itu kerana ia memerlukan perbincangan dan kajian menyeluruh.

“Kementerian sedang meneliti keputusan UPSR dan akan dibentangkan ke mesyuarat meja bulat sebelum sebarang kata putus dibuat. Kita mengambil pendekatan yang realistik dengan mendengar pandangan semua pihak, antaranya ahli akademik serta ahli politik termasuk pembangkang.

“Saya tidak mahu bersandarkan kepada emosi atau rasional yang tidak berpijak di bumi nyata dalam membuat keputusan mengenai PPSMI kerana yang akan menjadi mangsa adalah anak kita nanti,” katanya.

18 11 2008
armendrah

PARLIMEN
Yuran tadika Kemas RM10 sebulan
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Walaupun yuran yang dikenakan hanya RM10 sebulan, Tadika Kemas sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu pendidikannya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib berkata, yuran itu jauh lebih rendah daripada tadika swasta yang mengenakan yuran bulanan yang tinggi termasuk minimum RM200 sebulan.

”Walaupun yuran di tadika Kemas adalah rendah, kualiti guru-gurunya sentiasa dipertingkatkan.

”Hanya mereka yang mendapat kelulusan lima kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipilih dan dihantar untuk mendapat pendidikan formal dalam pendidikan awal kanak-kanak di institusi-institusi pendidikan guru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan di peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dewan Rakyat hari ini.

Muhammad memberitahu, kerajaan kini mempunyai dasar baru dalam pendidikan awal kanak-kanak di mana Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan peruntukan besar sebanyak RM200 juta untuk melaksanakan program Permata pada tahun 2009.

Katanya, Kemas telah diberi tanggungjawab untuk membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) bagi kanak-kanak berumur antara tiga hingga empat tahun dengan pendekatan baru bagi membolehkan kanak-kanak yang menyertai Taska tersebut diajar dengan nilai-nilai yang baik.

Mengenai jumlah tadika Kemas, beliau memberitahu, pada masa ini terdapat sebanyak 8,000 buah dan memerlukan 7,000 buah lagi di seluruh negara.

Katanya, pertambahan itu bagi memenuhi keperluan kampung di seluruh negara yang berjumlah 15,000 buah.

”Masalah pada hari ini ialah mengenai tapak untuk dibina tadika Kemas, ia agak sukar untuk diperolehi terutama di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang.

”Kalau kementerian tidak mendapat tapak, ia akan disewa bagi membolehkan tadika Kemas itu dibina,” katanya.

18 11 2008
armendrah

BICARA AGAMA
Amalan yang membawa kepada kejayaan
KITAB al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa. (al-Baqarah: 2)

Huraian

Kitab al-Quran tidak perlu diragukan kebenarannya. Datangnya (wahyu) daripada Allah, dibawa oleh Jibril, bukannya karangan daripada Rasul. Al-Quran menjadi petunjuk untuk orang yang ingin bertakwa.

Takwa bermaksud memelihara iaitu memelihara hubungan yang baik dengan Tuhan, tidak melakukan perkara yang tidak diredai oleh Allah juga memelihara diri daripada terjerumus ke dalam lumpur atau duri.

Seorang sahabat Rasulullah SAW (Abu Hurairah) pernah ditanya tentang takwa. Beliau berkata : “Pernahkah engkau bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakanmu waktu itu?” Orang itu menjawab: “Apabila aku melihat duri, aku mengelak ke tempat yang tidak ada durinya atau aku langkahi atau aku undur.” Abu Hurairah menjawab: “Itulah dia takwa!” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Takwa mendorong ke arah kejayaan. Kejayaan tidak mungkin dapat dicapai tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Sesiapa yang menghayati dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran nescaya mendorong ke arah takwa.

Kesimpulan

Al-Quran tidak perlu diragui lagi kebenarannya. Petunjuk bagi umat manusia dan mukjizat teragung yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW. Sesiapa yang beriman dengan al-Quran nescaya keimanannya akan mendorong dirinya ke arah takwa dan membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.

18 11 2008
ptkp

Akum Pemimpin kami di P.188 SILAM

Saya nak Bagi sajak.

Oh pejuangan ku mara kehadapan jangan tunggu2 ALLAH,membantu.
Pejuang tidak takut susah itulah nilainya disisi ALLAH.
Pejuang tidak pandang belakang dia terus mara.
Pejuang tidak sama alim yang duduk saja.
Oh Perjuang ku mara kehadapan jangan tunggu2 ALLAH membantu.
pejuang tinggi darjat disisi ALLAH.
pejuang tidak sama lain yang duit saja.
pejuang adalah tulang belakang rakyat malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: