Perasmian Sukan Bola Sepak 9 Sebelah: Piala Pusingan Ahli Parlimen

9 11 2008

 bola-9sebelah

Pada hari ini, Ahad 9 November 2008, saya telah ke Kampung Teluk Soioun, Jalan Lahad Datu – Tawau untuk merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah merebut piala pusingan Ahli Parlimen.

Aktiviti riadah seperti sukan adalah sangat di galakan untuk memastikan tubuh badan kita menjadi cergas, sihat dan tidak mudah di serang penyakit. Dengan penganjuran kejohanan sukan bolasepak 9 sebelah bagi merebut piala pusingan Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat ianya bukan sahaja dapat menyihatkan kita tetapi saya sebagai Wakil Rakyat kawasan Silam akan dapat mendampingi rakyat daripada semua lapisan kaum dan masyarakat agar saya sendiri dapat melihat apa yang terbaik di rancang kepada rakyat dan kawasan saya. Di samping itu saya juga dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara saya dan rakyat di seluruh Parlimen Silam Sabah.


Tindakan

Information

17 responses

11 11 2008
armendrah

Men ucap tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji kalbi kerana dapat memartabatkan agama, bangsa dan negara. Pemikiran Yang Berhormat adalah 7 langkah kehadapan bagi menjana pembangunan negara khususnya di P188 Silam.

Men yakin dan percaya kerajaan dibawah kepimpinan Yang Berhormat Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, Parlimen P188 Silam akan menyerlah maju lebih pantas kerana banyak idea-idea baru yang akan mencorakkan parlimen silam ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Antara kejayaan yang telah diusahakan oleh Yang Berhormat seperti Zon Acuacultur Negara terletak di Parlimen silam. Tindakbalas yang berhormat kini telah mengenalpasti kawasan pembangunan untuk melatih masyarakat luar bandar tentang penanaman Agar-Agar. Yang Berhormat dalam masa terdekat ini akan dapat melahirkan masyarakat luar bandar yang berkebolehan dalam penanaman agar-agar. Parlimen Silam dalam masa terdekat ini akan mewujudkan PUSAT LATIHAN AGAR-AGAR. Ini bermakna Yang Berhormat ingin melihat rakyat khususnya dikawasan silam bukan sahaja dibekalkan bibit agar-agar tanpa ilmu pengetahuan malahan ingin melihat mereka mengusahakan tanaman ini dengan hasil titik peluh mereka masing-masing.

11 11 2008
Anak Bajau

Assalamualaikum YB…
Sejak dulu lagi saya mengikuti perkembangan YB Salleh khususnya ketika menjadi ketua Pemuda UMNO Silam, saya melihat YB ni memang senang didampingi khususnya oleh golongan muda… ini terbukti dengan penganjuran aktiviti-aktiviti untuk golongan muda seperti kami ini, usaha-usaha seperti ini amatlah di alu alukan sekali kerana golongan muda adalah generasi yang akan meneruskan agenda perjuangan memartabatkan bangsa agama dan negara, ianya juga dapat mengelakkan generasi muda daripada terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan penyalahgunaan dadah yang menjadi musuh nombor satu negara khususnya di kawasan P 188 Silam ini…
semoga YB dapat menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti yang bermanfaat buat golongan Muda…

14 11 2008
armendrah

‘BAM harus sahut cabaran’
Oleh Meor Hisham Zulkifli
sham@bharian.com.my

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah), diiringi Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (kiri), Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh (kanan), Setiausaha BAM Gangga Rao dan Kenny diberi taklimat mengenai pelan projek semasa melawat tapak yang akan dijadikan akademi badminton di Taman Maluri, Cheras. – Foto Hasan Ismail

Kini boleh sasar lebih emas: Ismail

CABARAN dilontar supaya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tampil dengan program lebih tersusun dan tidak hanya mengharapkan daripada acara perseorangan lelaki bagi memastikan pingat emas mampu diraih ketika saingan Olimpik London 2012.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sudah pun meluluskan Pusat Kecemerlangan Badminton dan kini bebanan terletak di bahu BAM untuk mendapatkan keputusan yang diharapkan.

“Sebelum ini, tumpuan kita kepada acara perseorangan namun, kali ini saya minta BAM beri tumpuan kepada acara lain seperti beregu, wanita dan beregu campuran.

“Kalau dulu kita mensasarkan satu emas, mungkin pada masa depan kita boleh dapat dua atau tiga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak pembangunan Pusat Kecemerlangan Badminton di Taman Maluri, Cheras, semalam. Turut hadir Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong.

Ismail Sabri berkata, pencapaian pemain wanita negara kini menampakkan peningkatan termasuk gandingan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang muncul juara beregu wanita Terbuka Denmark, baru-baru ini.

“Memang kalau bercakap keadaan ketika ini, hanya Lee Chong Wei yang berkeupayaan meraih pingat selepas menang perak di Olimpik Beijing Ogos lalu, tetapi kita punya barisan pemain dalam acara lain yang masih boleh dibentuk dan diharapkan.

“Malah, pemain remaja kita juga sudah menunjukkan peningkatan apabila pasangan beregu negara, Mak Hee Chun-Teo Kok Siang muncul juara beregu Kejohanan Remaja Dunia di India baru-baru ini,” katanya

Ditanya mengenai Pusat Kecemerlangan Badminton yang bakal menempatkan akademi badminton kebangsaan, Ismail Sabri, berkata kementerian kini akan menyelesaikan masalah berkaitan dengan hak milik tanah.

“Kita mendapati ada setinggan di tanah yang ketika ini turut dijadikan kawasan padang Sekolah Sri Garden. Kita akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi memajak tanah ini.

“Andai isu berkaitan hak milik tanah, penempatan semula kira-kira 10 setinggan dan peruntukan kewangan diluluskan, pusat ini pasti dapat dibangunkan segera dan tempoh pembinaan dijangka mengambil masa dua tahun,” katanya.

16 11 2008
jomo

TAHNIAH kepada YB Salleh kerana inisiatif membangunkan blog ini. Teruskan menulis dengan info yang lebih menarik.

jomo

18 11 2008
armendrah

LUAR NEGARA
Ikrar undur dari Iraq, tutup kem di Gitmo
WASHINGTON 17 Nov. – Barack Obama berikrar untuk mengundurkan askar Amerika Syarikat (AS) dari Iraq, menghancurkan al-Qaeda di Afghanistan dan menutup kem tahanan Teluk Guantanamo di Cuba.

Ikrar itu merupakan sebahagian langkah Obama untuk mengetepikan dasar-dasar luar pentadbiran Presiden George W. Bush apabila beliau menduduki White House pada 20 Januari ini.

“Memulihkan ekonomi AS yang tenat akan menjadi keutamaan nombor satu sekalipun usaha ini akan membawa kepada defisit bajet yang lebih besar,” kata Obama.

Beliau berkata demikian pada wawancara pertamanya selepas memenangi pilihan raya Presiden AS 4 November lalu dan disiarkan di rancangan CBS, 60 Minutes, malam tadi.

Obama berkata, sekurang-kurangnya seorang tokoh Republikan akan menganggotai Kabinetnya.

Beliau mengesahkan telah menemui bekas lawannya semasa persaingan merebut pencalonan Parti Demokrat, Senator Hillary Rodham Clinton minggu lepas.

Obama bagaimanapun enggan mengulas tentang spekulasi yang mengaitkan bekas Wanita Pertama itu dengan jawatan Setiausaha Negara.

Beliau sedang mempercepatkan proses peralihan kuasa menjelang tarikh mengangkat sumpah pada 20 Januari ini, dengan melepaskan kerusi Senatnya semalam dan melantik tiga lagi pembantu kanan untuk berkhidmat di White House.

Sejurus selepas mengangkat sumpah nanti, Obama berkata, beliau akan memanggil Ketua Turus Bersama dan jentera keselamatan negara dan “kita akan mula melaksanakan rancangan bagi mengundurkan askar kita dari Iraq.”

“Disebabkan masalah keselamatan yang semakin buruk di Afghanistan, kita juga perlu memperhebatkan usaha kita di sana,” kata Obama.

Beliau berikrar untuk menangani aspek-aspek kontroversi “perang menentang keganasan” yang dilancarkan oleh pentadbiran Bush, seperti kem tahanan di Teluk Guantanamo dan kaedah soal siasat yang disifatkan sebagai penyeksaan terhadap suspek pengganas.

“Saya telah berkali-kali menyatakan saya berhasrat untuk menutup Guantanamo dan saya akan melaksanakan hasrat itu.

“Saya telah berkali-kali menyatakan Amerika tidak melakukan penyeksaan dan saya akan memastikan kita tidak melakukannya,” ujar Obama.

Beliau menggambarkan langkahlangkah itu sebagai sebahagian usaha untuk memulihkan kedudukan moral Amerika di mata dunia.

– AFP

18 11 2008
armendrah

SABAH & SARAWAK
Sedia langkah hadapi kejatuhan harga sawit
KOTA KINABALU 17 Nov. – Kerajaan negeri menyediakan beberapa langkah dalam menghadapi kejatuhan harga kelapa sawit berikutan krisis ekonomi dunia pada tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, salah satu langkah penting ialah menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak Khas memantau perkembangan industri sawit.

”Ia kerana sumber kewangan negeri bergantung kepada industri kelapa sawit,” katanya pada sesi soal jawab semasa membahaskan usul belanjawan 2009 negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) ke-13 di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan Ramlee Marahaban (BN-Bugaya) yang menanyakan langkah-langkah persediaan kerajaan negeri dalam menghadapi kejatuhan harga komoditi tersebut pada tahun depan.

Selain itu, kata Musa, syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Sawit Kinabalu, Felda dan Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) turut diarah membeli keluaran sawit pekebun kecil dengan harga berpatutan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, GLC perlu membeli hasil sawit mereka dengan harga yang kurang daripada kos pengeluaran.

”Kita juga sudah mengarahkan bank pinjaman seperti Bank Pembangunan Sabah (SDB), Sabah Credit Corporation dan Agro Bank untuk menjadualkan semula kadar dan tempoh bayaran balik pinjaman pekebun-pekebun kecil,” katanya.

Musa memberitahu, Program Insentif Tanam Semula juga akan diperkenalkan yang melibatkan penanaman klon kelapa sawit iaitu benih sawit yang lebih baik.

Katanya lagi, program tersebut akan dimulakan bulan depan bagi menggantikan pokok sawit tua yang melebihi umur 25 tahun dan tidak lagi produktif.

Pada masa yang sama, beliau menambah, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama Sabah Electricity Sdn. Bhd. akan melaksanakan program pembakaran minyak sawit mentah (CPO) dengan diesel untuk menjana tenaga elektrik.

Sebelum ini, menurut beliau, kerajaan negeri sudah pun membangunkan Kelompok Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) di Lahad Datu dan Sandakan untuk pembangunan jangka masa panjang industri sawit di Sabah.

”Pembangunan POIC adalah satu strategi pembangunan tepat dan melalui pembangunan industri hiliran berasaskan sawit, POIC dijangka dapat membantu dalam menstabil serta mengukuh harga minyak sawit mentah dalam jangka masa panjang,” ujarnya.

18 11 2008
armendrah

Kad pengenalan hijau: JPN Tawau dibanjiri ribuan masyarakat
18th November, 2008
TAWAU: Perkarangan Wisma Persekutuan Tawau yang menempatkan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kelmarin dibanjiri ribuan masyarakat yang tampil untuk memohon mahupun mendapatkan maklumat lanjut berhubung kad pengenalan hijau yang kembali dikeluarkan oleh kerajaan.

Tinjauan New Sabah Times mendapati per-karangan bangunan itu mula dibanjiri seawal jam 5.00 pagi dan difahamkan, mereka yang datang bukan sahaja dari daerah ini tetapi juga dari daerah-daerah berdekatan seperti Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Situasi itu secara tidak langsung memaksa pi-hak berkuasa lain seperti Jabatan Pertahanan Aw-am (JPA) dan pihak polis berkawal menjaga ketenteraman kawasan pejabat terbabit, dari tercemar dengan insiden yang tidak diingini.

Pada 31 Oktober 2008 lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam ken-yataannya memberitahu bahawa kerajaan akan mengeluarkan semula kad pengenalan hijau ke-pada pemastautin sementara di negara ini bermula 15 November 2008, setelah pengeluaran kad itu dihentikan pada 2004.

Bagaimanapun, kad pengenalan hijau itu hanya dikeluarkan kepada mereka yang lahir dan memiliki sijil kelahiran Malaysia serta latar-belakang ibu bapa mereka tidak dapat ditentukan.

Pengeluaran semula kad pengenalan hijau itu juga kata Syed Hamid akan dapat mengatasi masalah sejumlah 38,672 orang yang tidak mempunyai kad ganti dan kali ini, kad tersebut hanya perlu diperbaharui dalam tempoh lima tahun berbanding dua kali setahun sebelum ini.

Seorang penduduk, Darwin Mohd. Enil, 36, ketika ditemubual di perkarangan pejabat JPN Tawau tengah hari kelmarin memberitahu beliau telah pun berada di hadapan pejabat terbabit sejak jam 5.00 pagi.

Katanya, beliau datang ke pejabat itu bagi menguruskan dokumen isterinya, yang ketika ini hanya memegang sijil lahir sebagai dokumen pengenalan diri.

“Saya bersyukur kerana akhirnya kerajaan mengeluarkan semula kad pengenalan hijau. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mereka yang lahir di sini, tetapi tidak dapat membuat kad pengenalan disebabkan status ibu bapa yang be-lum ditentukan,” katanya.

Bagi seorang pelajar pula, Rafti Mail, 16, be-liau yang datang seawal jam 6.00 pagi bersyukur kerana kerajaan akhirnya memberi peluang kepada golongan seperti beliau untuk mendapatkan kad pengenalan, meskipun ia hanya berstatus se-mentara.

Katanya, selama ini dia hanya menggunakan sijil lahir disebabkan bapanya adalah pemegang kad pengenalan hijau, manakala ibunya pula memegang passport.

“Saya rasa dengan adanya peluang sebegini, cita-cita saya untuk menjadi peguam semakin cerah. Dulu tiada kad pengenalan, saya rasa malu dan saya juga risau sebab takut tidak dapat mengambil SPM tahun hadapan. Saya berterima kasih banyak-banyak pada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai JPN Tawau ketika ditemui enggan ditemubual berhubung situasi kebanjiran masyarakat di pejabat tersebut, ekoran tidak mendapat kebenaran dari pihak atasan.

New Sabah Times difahamkan, urusan untuk pengeluaran kad pengenalan hijau selepas ini tidak lagi akan dibuat di pejabat pada hari Isnin hingga Jumaat, tetapi hanya pada Sabtu dan Ahad bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

19 11 2008
armendrah

PARLIMEN
Pusat Sukan Negara di setiap negeri
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kementerian Belia dan Sukan bercadang mewujudkan Pusat Sukan Negara di setiap negeri dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berbakat bertaraf dunia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, pusat itu hanya ditubuhkan di empat lokasi iaitu di Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Katanya, cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kabinet pada 1 Disember ini bagi mendapatkan kelulusan agar program tersebut dapat dilaksanakan.

”Kalau boleh kita mahu pusat sukan seumpama ini dapat diadakan di setiap negeri di mana kita akan meletakkan jurulatih dan pakar psikologi yang berkelayakan bagi memantau atlet berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Program Pembangunan Sukan antara Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di Parlimen di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kementeriannya juga akan memberi tumpuan kepada sukan-sukan tertentu yang berpotensi untuk mencatat kejayaan cemerlang di peringkat antarabangsa.

Katanya, antara sukan terlibat ialah badminton, olahraga, memanah serta hoki dan program pembangunan sukan itu akan dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

”Bagi melahirkan lebih ramai jurulatih berkelayakan, kita akan minta Majlis Sukan Negara meningkat bilangan jurulatih dengan membuka peluang kepada bekas-bekas atlet negara untuk memikul tanggungjawab melatih atlet-atlet muda,” ujarnya.

Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya juga akan memberi penekanan pada program pemakanan atlet dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan berkualiti tinggi.

Jelas beliau, pakar psikologi juga akan ditempatkan di setiap Pusat Sukan Negara di seluruh negara agar atlet-atlet berkenaan dapat dipantau ketahanan mental mereka dari semasa ke semasa.

9 12 2008
armendrah @ Roslimen

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

MESRA RAKYAT KAMPUNG TERUSAN 2008

Tarikh : 13hb / Disember / 2008 ( Sabtu )
Masa : 07.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Padang SK. Terusan, Lahad Datu. Sabah
Perasmian : Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi
Ahli Dewan Rakyat Parlimen P188 Silam

Aktiviti-aktiviti :

1. Kemduri Sekampung

2. Pertandingan Bola Sepak Tertutup Belia Kampung Terusan
Piala YB Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam

3. Senam Robek ( Sihat Dan Cerdas )

4. Pelancaran Kempen BLOG YB SILAM ( Orang ramai boleh melayari lawam web YB. semasa program mesra rakyat kampung terusan kelak secara online.

5. Cabutan Tiket Bertuah

Orang Ramai dijemput hadir ke program tersebut. Kehadiran adalah amat dialu-alukan

Orang ramai dijempu hadir

9 12 2008
armendrah

MESRA RAKYAT KAMPUNG TERUSAN, LAHAD DATU

TARIKH : 13HB / DISEMBER / 2008 ( SABTU )
MASA : 07.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : PADANG SK. TERUSAN
PERASMI : YB. TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI
AHLI DEWAN RAKYAT PARLIMEN P188 SILAM

ACARA :

1. PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH PIALA YB PARLIMEN SILAM

2. SENAMROBEK

3. KENDURI SEKAMPUNG

4. PELANCARAN BLOG YB PARLIMEN SILAM

5. CABUTAN TIKET BERTUAH

KEHADIRAN DATUK/DATIN/TUAN/PUAN/ENCIK/CIK ADALAH AMAT DIALU-ALUKAN.

TERIMA KASIH

SETIAUSAHA JKKK
KAMPUNG TERUSAN

11 12 2008
armendrah

ASSALAMUALAIKUM

SAYA AMAT TERKEJUT DAN AMAT SEDIH DENGAN TINDAKAN PENGERUSI JKKK KAMPUNG YANG TIDAK BERSETUJU DENGAN PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN KERAJAAN. TINDAKAN PENGERUSI JKKK KAMPUNG YANG MENGHALANG PROGRAM MURNI ADALAH AMAT MENDUKACITAKAN.

SEDANGKAN TUJUAN PROGRAM INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT.

APABILA KAMI MENGADAKAN MESYUARAT YANG MENDUKACITANYA PENGERUSI JKKK TERUS MEMBUAT KEPUTUSAN PROGRAM INI DIA TIDAK TERIMA.

ALASANNYA DIA HANYA BERSETUJU APABILA YB LAIN DIJEMPUT HADIR.

SAYA MAKLUMKAN PIHAK JABATAN TELAH BERMESYUARAT MENETAPKAN YB YANG DICADANG INI HADIR DIKAMPUNG INI.

SAYA SELAKU SETIAUSAHA JKKK BERJANJI…KEPADA YB. SAYA AKAN MELEPASKAN JAWATAN SEBAGAI SETIAUSAHA JKKK KAMPUNG TERUSAN KERANA TIDAK BERSETUJU DENGAN TINDAKAN PENGERUSI JKKK YANG TIDAK BERSETUJU DENGAN YB YANG TELAH DI PILIH UNTUK HADIR.

SAYA BERHARAP KERAJAAN MENGKAJI SEMULA AGAR PENGERUSI JKKK YANG DILANTIK TIDAK BERAT SEBELAH DAN TIDAK PILIH PULUH TERHADAP YB YANG INGIN MASUK KEKAMPUNG-KAMPUNG. SEDANGKAN YB ADALAH DIKALANGAN BARISAN NASIONAL. MENGAPA PENGERUSI JKKK BERANI MENGELUARKAN PERKATAAN YB MEREKA ADALAH YANG MELANTIK MEREKA SEDANGKAN YB PERSEKUTUAN TIDAK BOLEH MEMBANTU MEREKA. SAYA HARAP PIHAK KERAJAAN DAPAT MENGATASI MASALAH INI AGAR YB PERSEKUTUAN TIDAK DIPERKECIL-KECILKAN.

SAYA SEBAGAI RAKYAT BERHARAP AGAR PENGERUSI JKKK DIBERI KESEDARAN SUPAYA TIDAK MEMAINKAN SENTIMEN POLITIK SEMPIT SEHINGGA MENGANGGAP JIKA YB MEREKA TIDAK HADIR MAKA YB LAIN TIDAK BOLEH MASUK KEKAMPUNG.

DUKACITA….SAYA SELAKU SETIAUSAHA JKKKK AKAN MELETAK JAWATAN KERANA YB. PERSEKUTUAN TIDAK DIBENARKAN MASUK KEKAMPUNG DAN MENGHALANG PROGRAM JABATAN KERAJAAN.

SEKIAN……………

16 12 2008
Tok Janggut

1. Sabar adalah separuh daripada iman, janganlah tuan hamba berduka dengan ketidak seimbangan dan kepincangan yang dirasakan. Hamba mohon pada tuan hamba jangan meletak jawatan, cukup sekadar berundur setapak….bukan maksud mengalah tetapi berundur kita mengatur langkah agar perkara yang sama tidak berulang. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, jika tuan hamba benar-benar cintakan kemajuan dan pembangunan di kawasan tuan hamba, teguhlah berdiri dan pasangkan kuda2 kalimah Allah…..berjuang aku kerana Allah….mungkin tuan hamba antara orang yang cermerlang, gemilang dan terbilang dari P188.

2. ‘Problem always be there to be solve’ jadi kita mestilah mengenal zahir dan batin setiap Kampung di bawah P188. Inilah cabaran yang kita nantikan dan inilah masanya kita membetulkan minda mereka yang tidak mengetahui bahawa pembangunan yang dibawa masuk ke P188, khususnya setiap kampung dibawah naugannya majoriti daripada kerajaan persekutuan melalui Ahli Parlimen. Oleh itu Yang Berusaha YB HJ SALLEH KALBI lah orang yang bertanggungjawab dan punca segala kebaikan yang telah dirasai dan akan di rasai oleh penduduk Silam P188. Namun…. perjuangan kita masih belum selesai…..dan kita jangan mudah lupa……

3. Kesungguhan tuan hamba terbayang dan terpancar sinar harapan yang mampu mencetuskan tsunami perubahan minda dan kesedaran sejagat tentang pembangunan yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen P188. Jadi ayuh saya menyeru pada tuan hamba dan sesiapa saja yang merasakan darah yang mengalir di dalam diri adalah darah yang cintakan tanah air, mari kita bersatu dalam satu ikatan yang kukuh dan terpatri agar tiada anasir2 kotor yang mampu mengugat kesucian perjuangan ini.

MODAL INSAN MELAHIRKAN BANGSA CERMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG

Hamba Allah
Tok Janggut

20 12 2008
Karisma Pemuda Silam

assalamualaikum

alhamdulillah syukur Yang Berkhidmat telah menerima Anugerah sebagai Ambassador For Peace yan Silamg dilihat sebagai pejuang keamanan sejagat.

tahniah

Karisma Pemuda

20 12 2008
KARISMA SILAM

assalamualaikum

kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

20 12 2008
armendrah

syabas dan tahniah kepada Yang Berkhidmat di atas penganugerahan sebagai Amassador For Peace sebagai seorang yang memperjuangkan hak-hak dan keamanan manusia sejagat

20 12 2008
armendrah

Assalamualaikum

“Kepimpinan Berteraskan Modal Insan” adalah motto yang selalu dilaung-laungkan oleh Yang Berkhidmat Silam ketika beliau menyampaikan ucapan dan ceramah.

Kejayaan dalam pembentukan manusia bermula dari diri sendiri. Apabila baik kepimpinan diri maka terbinalah pembangunan modal insan yang boleh menyumbang dalam pembangunan insan kamil dan pembangunan insan yang dapat menyumbang ke arah kejayaan bangsa.

Terima kasih kepada Tuan Mutalibmd yang memasukkan Anugerah YB Silam dalam blognya.Tuan Mutalib adalah seorang pantas dan bermaklumat..

29 12 2008
MUTALIB M.D

Tahniah YB kerana menerokai bidang IT dalam usaha memantapkan perkhidmatan. Jaringkan minda dengan jiwa, lekatkan kemesraan dengan senyuman, simpulkan keikhlasan dengan perkhidmatan. Selamat maju jaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: