Parlimen P188 Silam: Keistimewaan & Peluang

12 11 2008

p188

“Bermula sebagai satu perkara yang suka-suka, akhirnya berubah menjadi sesuatu yang serius, seronok, informatif dan bertanggungjawab.”

Itu adalah kata-kata dan pandangan oleh seorang rakan yang menyokong usaha saya pada pertama kali saya berjinak-jinak dengan penulisan BLOG di internet. Memang benar katanya, melalui blog ini, saya dengan mudah dapat menyatakan hasrat hati saya dan alhamdulillah, tidak sampai 48 jam apabila dilancarkan, sudah lebih 300 orang melawat blog ini. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yang mengutarakan komen pada setiap nukilan saya. Saya amat menghargai setiap komen tuan-tuan.

Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, masa saya banyak tertumpu di kawasan Kuala Lumpur. Jesteru, ramai kenalan saya disana bertanyakan dimanakah letaknya kawasan Silam di Sabah? “Kami cuma mengenali Lahad Datu sahaja” sambung mereka lagi.

Jika dilihat pada paparan grafik diatas, Parlimen P188 Silam berada di sepanjang Teluk Darvel (Darvel Bay) dan mempunyai 3 Dewan Undangan Negeri (DUN) didalamnya – DUN N51 Kunak, N50 Lahad Datu dan N49 Tungku. Setiap DUN diwakili oleh seorang Wakil Rakyat iaitu YB. Nilwan Kabang (N51), YB Datuk Hj. Datu Nasrun Hj. Datu Mansur (N50) dan YB Ustaz Mohd. Suhaili Hj. Said (N49).

Secara ringkas, jika kita bergerak dari Kunak ke Tungku, mula-mula kita akan jumpa Pekan Kunak. Pekan Kunak kini sudah membangun dan di kawasan simpang Pekan Kunak sudah didirikan rumah-rumah kedai dan pembangunan ini bersambung hingga ke Tingkayu.

Air Terjun Madai merupakan satu daya tarikan pelancong di Tingkayu dan disebelahnya terdapat Gua Madai yang merupakan tapak tamadun awal manusia di Nusantara. Suku kaum Idahan (disebut ‘ida-an’) merupakan penghuni awal disini dan Gua Madai amat terkenal dengan hasil sarang burung yang berkualiti tinggi. Sarang burung layang-layang di Gua Madai adalah merupakan legasi turun-temurun masyarakat Idahan dan kawasan ini bagaikan berpesta bila setiapkali tibanya musim menuai. Tamadun awal manusia di Tingkayu bermula sekitar 26 ribu tahun dahulu. Kawasannya meliputi dari Lembah Tingkayu hingga ke Lembah Baturong.

Jika kita meneruskan perjalanan, kita akan bertemu dengan Lembah Danum (Danum Valley). Lembah Danum merupakan pusat penyelidikan (ekologi) flora, fauna dan mikrobiologi yang terkenal dan disini terdapatnya  tumbuh-tumbuhan yang tertua di dunia. Dengan ini maka tidak hairanlah mengapa Lembah Danum menjadi tapak penyelidikan pilihan fakulti sains universiti-universiti tempatan dan luar negara.

Di Silam juga ada Tabin Wilflife Reserve. Disini terdapat bermacam spesis hidupan liar yang eksotik. Di Tabin juga terdapat lava gunung berapi dan ‘mata-air panas’ (hotsprings) semulajadi. Melalui penyelidikan adalah dipercayai yang lava ini berkualiti tinggi untuk industri kosmetik.

Bandar Lahad Datu merupakan bandar moden yang membangun. Ia sangat pesat membangun memandangkan sifatnya sebagai ‘bandar transit’ yang menghubungkan laluan antara pantai timur dan pantai barat Sabah. Lahad Datu mempunyai sebuah lapangan terbang komersil. Tidak lama lagi penduduk Lahad Datu boleh berbangga kerana Darvel Bay Shopping Complex akan siap dibina dan merupakan ‘shopping-mall’ yang terbesar disini.

Kawasan Tungku merupakan kawasan perusahaan sawit yang terbesar di Malaysia. Disini terdapatnya ‘Felda Sahabat’ dan Felda Sahabat Resort di tepi laut. Tungku merupakan kawasan yang sangat sesuai untuk aktiviti perikanan dan pelancongan eco-tourism.

Di Lembah Segama pula terdapat simpanan emas (gold nugget) dan projek pemeliharaan ikan air tawar terbesar di Sabah.

Perkara menarik mengenai Silam adalah agama Islam mula bertapak di Borneo di kawasan Kampung Silam (sekitar Lembah Sapagaya). Maka tidak hairanlah sehingga kini masyarakat muslim mendominasi Silam dalam anggaran 90 peratus penduduk.

Silam adalah tempat yang paling sesuai untuk aktiviti pelaburan. Para pelabur adalah disarankan untuk membangun industri agar-agar (seaweed), Pelancongan (Marin dan Eco-tourism), Perikanan dan Perhotelan. Perkhidmatan ‘servis’ juga sangat sesuai disini seperti restoran, ‘movers’ & ‘courier’, Teknologi Maklumat dan industri vendor. Industri memproses agar-agar telah bermula di Tungku (Teluk Bakapit dan Teluk Kennedy).

Itu sahaja coretan saya untuk kali ini. Diharapkan anda dapat memahami serba-sedikit mengenai geografi dan peluang-peluang pelaburan di Parlimen P188 Silam, Sabah.

madai3


Tindakan

Information

35 responses

13 11 2008
p3 Santubong

Tahniah & Syabas……YB Tuan Hj Salleh Kalbi di atas kelebihan menggunakan ruang dan peluang teknologi IT sebagai madah dan platform mendekati rakyat terutamanya golongan muda. Teruskan usaha………

13 11 2008
armendrah

Wah…..memang betul-betul hebat YB Parlimen Silam…………semalam saya ada buka laman blog ni…………hari ini saya buka lagi memang luar biasa……….YB kita ni amat menyayangi rakyat khsusunya di Parlimen Silam amnya Sabah dan Malaysia…………Memang saya da jangka YB kita ni 7 langkah kehadapan……..saya ingin menceritakan kepada tuan-tuan berhubung YB Silam………

YB Tuan Haji Salleh saya kenali sudah 10 tahun………..saya sebenarnya sangat bertuah kerana YB. Silam ini telah mengajar saya erti hidup………….

Dulu saya tidak tahu erti bekerja secara berpasukan…….YB…Silam selalu menekankan agar setiap kerja perlu dilaksanakan secara berpasukan………saya bersyukur amanatnya ini banyak mengajar saya agar hidup ini memerlukan sahabat dan lebih ramai kawan…..

Saya juga terhutang budi yang mungkin tidak dapat aku balas…………
Saya tidak pernah mengenali dunia politik………Semasa perhimpunan Pemuda UMNO Bahagian tahun 2006….masa itu YB Silam ketua Pemuda………..beliau pernah berkata pada saya……….MEN….masa akan datang ko.. saya mau ko duduk diatas sebaris dengan rakan-rakan lain………………Saya tterkejut apabila………..hari ini 2008 saya telah dilantik Penolong setiausaha Pemuda UMNO Silam betul-betul duduk sebaris dengan rakan-rakan lain di atas pentas…..Memang betullah doa seorang YB Silam yang ikhlas membantu anak bangsa cepat dimakbulkan Allah swt…………..

Hari ini…………saya bersyukur……saya dinaikkan pangkat dalam kerja di jabatan kerajaan kerana usaha YB Tuan Haji Salleh…………..Beliau pernah berkata pada saya tahun 2006-2007……Men ko akan naik pangkat………….
Bila saya pergi temuduga……saya terkejut apabila YB. Silam turun membantu saya…..dan memberikan sokongan moral yang cukup tinggi nilainya………
Akhirnya saya dapat kenaikan pangkat ditempat kerja saya………….
Kalau saya katakan kenapa saya sanggup berkorban dengan YB Silam……….
Jawapanya ada di atas……….YB. Silam……saya tidak dapat membalas jasa dan baik YB………….Jutaan Terima kasih……………………………….

Akan aku jadikan azimat pertolongan……….Memartabatkan kehidupanku………….sehingga aku boleh dikenali oleh masyarakat Silam….

Memang………..benar saya tidak mampu berlari 7 langkah seperti YB…..sebab YB………memang telah dianugerahkan pemikiran yang laju dan pantas…………..
Saya hanya mampu berlari selangkah……….walaubagaimanapun saya akan tetap berusaha melangkah untuk membina kejayaan dimasa akan datang..

13 11 2008
armendrah

13 November, 2008 15:47 PM

Bio-Geomart Diuji Mampu Atasi Tanah Runtuh Dan Lindungi Cerun

PULAU PINANG, 13 Nov (Bernama) — Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan bio-geomart, sejenis bahan serat yang diperbuat daripada bahan buangan kelapa sawit, yang diuji mampu mengawal tanah runtuh dan melindungi cerun.

Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM, Prof. Dr Fauziah Ahmad, yang mengetuai kajian penggunaan bio-geomart itu, berkata bahan itu lebih mudah menyerap di dalam tanah sekaligus berupaya menguatkan struktur tanah.

Beliau berkata kajian selama dua tahun itu juga telah mengenalpasti lima fungsi utama bio-geomart antaranya sebagai sistem saliran air di dalam tanah.

“Bahan ini boleh menjadi sistem saliran air yang baik di dalam tanah, air yang terperangkap khususnya pada musim hujan boleh mengalir keluar dan mengurangkan risiko tanah runtuh,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Fungsi lain bahan serat itu bertindak sebagai pengasingan tanah, memperkukuhkan struktur tanah, lapisan pelindung dan pengikat struktur tanah.

“Apabila bahan ini telah sebati dengan lapisan tanah dalam tempoh yang lama ia akan reput dan ketika proses itu berlaku ia sebenarnya berfungsi sebagai pengikat struktur tanah dan tanah akan jadi lebih kuat,” katanya.

Selain itu, Fauziah, yang juga salah seorang panel penasihat Jawatankuasa Pembangunan Tanah Bukit untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang, berkata bahan serat itu juga boleh dijadikan bahan untuk kegunaan isi rumah.

“Serat ini juga sesuai digunakan untuk tanaman bunga atau sayuran di rumah kerana sifatnya yang mudah menyerap serta tidak menghalang pergerakan akar di dalam tanah,” katanya.

Fauziah berkata setakat ini bio-geomart hanya dihasilkan dalam makmal dan berharap tahun depan bahan ini dapat dikilangkan dan dikomersilkan untuk pasaran.

“Jika dibandingkan dengan bahan sintetik yang lain, bio-geomart mempunyai kos penghasilan yang lebih murah dan bahannya juga mudah diperolehi memandangkan Malaysia adalah negara pengeluar kelapa sawit,” katanya.

— BERNAMA

13 11 2008
armendrah

13 November, 2008 15:37 PM

Jabatan Sedia Pelan Pembangunan Pendidikan Orang Asli

GERIK, 13 Nov (Bernama) — Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah menyediakan satu pelan tindakan pembangunan pendidikan bagi mengeluarkan suku kaum berkenaan daripada kepompong kemiskinan menjelang tahun 2010.

Ketua Pengarahnya, Mohd Sani Mistam berkata JHEOA pendidikan mampu mengubah kehidupan masyarakat itu untuk bersama-sama menikmati arus pembangunan.

“Pelan ini mensasarkan kadar celik huruf bagi masyarakat orang asli kepada tahap 70 peratus dan semua kanak-kanak diberi pendidikan dari pra-sekolah lagi. Melalui cara ini mereka tidak akan tercicir dari meneruskan persekolahan di peringkat rendah dan menengah.

Dengan cara ini, kita yakin akan berjaya menambah kemasukan anak-anak orang asli ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT),” katanya merasmikan majlis pelancaran Perpustakaan Bergerak i-Play Toy, di RPS Air Banun, Kampung Sungai Raba dekat sini hari ini.

Perpustakaan ini telah disumbangkan Yayasan Emkay bertujuan membantu perkembangan awal minda kanak-kanak di samping menyediakan program latihan pra-sekolah kepada sukarelawan di kalangan komuniti Orang Asli.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal yang turut hadir pada majlis itu berkata Yayasan Emkay telah menyediakan 16 perpustakaan seperti itu di seluruh negara.

Mohd Sani berkata perpustakaan seperti itu dapat membantu dan menggalakkan kanak-kanak yang berumur dua hingga enam tahun meningkatkan kemahiran dan perkembangan minda mereka melalui bermain dan bersukan.

Beliau berkata terdapat sebanyak 13,000 isi rumah orang asli di seluruh negara berada di bawah garis kemiskinan dan daripada jumlah tersebut 9,003 dikategorikan sebagai miskin tegar.

— BERNAMA

13 11 2008
armendrah

13 November, 2008 12:52 PM

Kerajaan Akan Tawar Tender Terbuka Untuk Bangun Tanah Milik Kerajaan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Kerajaan akan membuat tawaran tender terbuka kepada sektor swasta untuk membangunkan tanah milik kerajaan di seluruh negara, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini.

Katanya ini adalah susulan dari pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa penggulungan bajet baru-baru ini, yang mengumumkan Pakej Rangsangan Fiskal bernilai RM7 billion.

Dalam pakej tersebut, Najib yang juga Menteri Kewangan, telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengenal pasti aset, dalam bentuk tanah yang strategik, yang boleh ditawarkan menerusi inisiatif terbabit, termasuk tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh, tanah Kerajaan di Jalan Cochrane dan Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

“Kerajaan akan mencadangkan kepada sektor swasta, misalannya untuk membangunkan sesuatu tanah untuk membuat hospital dan ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat,” kata Nor Mohamed kepada pemberita selepas merasmikan “Asia Pasific Tax Conference An Effective Tax” (Persidangan Percukaian Asia Pasifik Satu Cukai Berkesan) di sini.

Langkah itu melibatkan aset milik kerajaan pusat sahaja, katanya.

Beliau menerangkan bahawa langkah pengewangan aset kerajaan itu merupakan langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperolehi hasil dari jualan tender.

Langkah itu juga adalah untuk mempercepatkan lagi pembangunan di sesuatu kawasan aset milik kerajaan yang melibatkan syarikat swasta, katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai pelonggaran pemilikan ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang berhasrat untuk disenaraikan, Nor Mohamed langkah kerajaan itu bertujuan menghapuskan ketidakpastian di kalangan syarikat yang ingin disenaraikan tetapi masih belum memenuhi kuota itu.

“Langkah itu memberikan fleksibiliti dan yang pentingnya saya rasa ia memberikan satu kepastian. Anda tidak perlu risau mengenai ekuiti Bumiputera 30 peratus itu. Kita mempunyai cara untuk menangani isu ini,” katanya.

“Kita mahu mewujudkan satu persekitaran yang ada kepastian,” katanya.

Ketika berucap sebelum itu, Nor Mohamed berkata sistem cukai pendapatan Malaysia berkesan menyumbang terhadap pertumbuhan sosio-ekonomi negara.

Bagaimanapun, dengan mengambil kira perubahan pantas di dalam struktur ekonomi negara serta persekitaran ekonomi global, katanya langkah untuk menyemak semula sistem itu kini menjadi relevan.

Dengan itu, katanya kerajaan telah mewujudkan satu Panel Semakan Semula Percukaian yang bertujuan mewujudkan satu regim percukaian yang lebih berkesan dan menyediakan satu rangka perundangan yang mudah, telus dan berkesan yang menggalakkan cara menggembleng perolehan yang saksama dan berkesan.

Panel itu bakal dianggotai sektor awam dan swasta, yang termasuk ahli akademik dan pengamal percukaian.

Kerajaan telah juga menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kabinet Khas mengenai Pelaburan untuk mempercepatkan proses kelulusan projek yang mempunyai impak yang besar terhadap ekonomi.

Nor Mohamed berkata jawatankuasa itu diberi kuasa untuk meluluskan insentif percukaian khas iaitu pengecualian cukai pendapatan bagi lanjutan tempoh sehingga 15 tahun dan pengecualian cukai pendapatan pusingan kedua serta insentif bukan cukai seperti geran dan pinjaman mudah.

Sehingga ini, 21 projek telah diluluskan dengan sejumlah pelaburan RM112 bilion.

“Struktur cukai juga telah memudahkan langkah kepelbagaian yang lebih meluas ekonomi yang memberi fokus ke atas sektor di mana kita mempunyai kelebihan dan menjana potensi nilai tambah yang tinggi,” katanya.

Sektor berkenaan termasuk teknologi tinggi, aktiviti berasaskan pengetahuan dan berinsentifkan kemahiran, sektor perkhidmatan terpilih seperti penyumberan luar.

— BERNAMA

14 11 2008
armendrah

Am

——————————————————————————–
13 November, 2008 19:35 PM

Biar Wanita Umno Selesaikan Isu Peralihan Kuasa, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menyerahkan kepada Wanita Umno untuk menyelesaikan isu mengenai pelan peralihan kuasa dalam pergerakan itu.

“Biarlah mereka sendiri seselaikannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya sama ada jawatan Ketua Wanita Umno perlu ditandingi.

Pelan peralihan kuasa pergerakan itu daripada ketuanya Tan Sri Rafidah Aziz kepada timbalannya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijadualkan pada Jun tahun depan tetapi terdapat saranan daripada sekumpulan pemimpin negeri dan bahagian Wanita Umno agar ianya dipercepatkan ke Mac selaras dengan pemilihan parti.

Sebanyak 73 bahagian telah mencalonkan Shahrizat untuk bertanding jawatan ketua.

Mengenai surat tunjuk sebab daripada Umno kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berhubung satu surat terbukanya dan pertemuannya dengan Anggota-anggota Parlimen Pakatan Rakyat untuk mendesak agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, Najib berkata beliau tidak tahu mengenai perkembangannya.

“Terserahlah kepada parti,” katanya.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Zaid diberi tempoh sehingga Sabtu ini untuk menjawab.

Pada satu acara berasingan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak ada masalah jika jawatan ketua Wanita Umno dipertandingkan kerana ia merupakan amalan demokrasi.

“Kalau dia nak bertanding (ada pertandingan bagi jawatan ketua wanita), biarlah dia bertanding. Saya fikir tak Ada masalah. Lepas tu rapat balik barisan,” katanya.

Beliau berkata apa yang menimbulkan masalah ialah bila ada pertandingan, yang kalah tidak mahu bercakap dengan yang menang.

— BERNAMA

14 11 2008
armendrah

Am

——————————————————————————–
13 November, 2008 22:28 PM

Komen Dr Mahathir Mengenai PM Satu Peringatan Kepada Orang Melayu, Kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed pada Rabu lepas bahawa kaum lain di negara ini boleh menjadi Perdana Menteri merupakan satu peringatan kepada orang Melayu supaya kekal kuat dan bersatu.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini berkata apa yang telah dikatakan mantan perdana menteri itu hanya merupakan fakta dan bagi mengingatkan orang Melayu untuk memastikan mereka masih kuat dan mampu untuk menerajui negara ini.

“Apa yang Tun sebut sepatutnya tidak perlu menjadi satu polemik. Ia hanya merupakan kenyataan peringatan.

“Saya tidak kata saya setuju atau tidak bersetuju.

Saya hanya katakan ia hanya merupakan satu fakta,” sambil berkata kenyataan Dr Mahathir berdasarkan kepada fakta bahawa Perlembagaan tidak menyebut bahawa jawatan Perdana Menteri itu berdasarkan kaum, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Perdagangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di sini.

Ketika ditanya jika beliau bersetuju jika seorang bukan Melayu menjadi perdana menteri, Muhyiddin berkata ia bergantung bagaimana perasaan rakyat mengenai perkara itu dan juga senario politik negara pada masa akan datang.

Mengenai kenyataan Dr Mahathir bahawa mereka yang terbabit dalam politik wang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Muhyiddin berkata “Tun hanya bergurau”.

“Ia juga boleh bermakna dia kecewa tentang apa yang berlaku dalam Umno dari segi kempen yang dijalankan dan amalan yang menggunakan wang,” kata Muhyiddin.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai politik wang dalam Umno tetapi berkata beliau malu dengan apa yang berlaku dalam parti itu.

“Saya tak nak bercakap banyak pasal tu sebab saya berasa malu pasal mendedahkan kelemahan parti saya sendiri hingga media “megah” bagi melaporkan hal-hal yang tidak baik bagi parti saya,” katanya.

— BERNAMA

14 11 2008
armendrah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri
Menteri Kewangan

KABINET 2008

Datuk Seri Mohd Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan

MENTERI-MENTERI

Tan Sri Bernard Dompok
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Datuk Zaid Ibrahim
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Datuk Amirsham A Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menteri Kewangan II
Datuk Seri Syed Hamid Albar Syed Jaafar
Menteri Dalam Negeri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Pelajaran
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Menteri Luar Negeri
Datuk Peter Chin Fah Kui
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Mohd Shafie Apdal
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Mustapa Mohamed
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Maximus Ongkili
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Azalina Othman Said
Menteri Pelancongan

Datuk Zulhasnan Rafique
Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Douglas Unggah Embas
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Ong Tee Keat
Menteri Pengangkutan
Datuk Dr Ng Yen Yen
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Noh Omar
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Shaziman Abu Mansor
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi
Datuk Ir Mohd Zin Mohamed
Menteri Kerjaraya
Datuk Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan

Datuk Ahmad Shabery Chik
Menteri Penerangan
Datuk S Subramaniam
Menteri Sumber Manusia
Datuk Shahrir Samad
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Ong Ka Chuan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Ismail Sabri Yaacob
Menteri Belia dan Sukan

TIMBALAN-TIMBALAN MENTERI

Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
S K Devamany
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadlah
Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Wira Abu Seman Yusof
Timbalan Menteri Pertahanan
Datuk Chor Chee Heung
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Jacob Dunggau Sagan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran

Datuk Razali Ismail
Timbalan Menteri Pelajaran
Senator A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Teng Boon Soon
Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Datuk Idris Haron
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib
Timbalan Menteri Pelancongan
Datuk M Saravanan
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Noriah Kasnon
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Yong Khoon Seng
Timbalan Menteri Kerjaraya
Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri Kesihatan
Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri Penerangan
Datuk Noraini Ahmad
Timbalan Menteri Sumber Manusia
Jelaing anak Mersat
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Joseph Entulu Belaun
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri Luar Negeri
.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas

14 11 2008
armendrah

Orang awam layak jadi pengawal peribadi
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my

MENEMBAK di lapang sasar PGA, Briged Tengah, Cheras.

Pengiring VIP mesti bertanggungjawab

SETIAP kali melihat orang kenamaan (VIP) menghadiri majlis rasmi termasuk membabitkan menteri, kita akan terpandang kepada beberapa lelaki berpakaian kemas mengiringi mereka, berkaca mata hitam dan kelihatan serius tanpa banyak bicara.

Mereka adalah pengawal peribadi mengiringi menteri atau pegawai kanan kerajaan yang selalunya dilantik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikategorikan sebagai sebahagian pasukan keselamatan beruniform.

Sekelompok lagi ialah orang awam yang berkelayakan menjadi pengawal peribadi selepas menjalani latihan khas secara berperingkat dikenali sebagai Program Pengiring Orang Kenamaan dikendalikan CPP Training & Services Sdn Bhd.

Siapa sebenarnya pengawal peribadi dan apakah kriteria atau kelayakan yang membolehkan mereka diberi tanggungjawab menjaga keselamatan individu.

Pengarah Urusan CPP Training & Services Sdn Bhd, Mahathir Manan, pengawal peribadi mestilah mempunyai susuk badan yang bersesuaian, tidak semestinya sasa atau tegap, tidak mempunyai rekod jenayah, berperwatakan matang serta mempunyai lesen memandu.

LATIHAN asas tempur tanpa senjata.

“Kerjaya ini tidak terlalu bergantung kepada saiz fizikal tetapi lebih kepada tahap agresif bagaimana dia bertindak menangani sesuatu situasi, tidak panik atau gelabah. Itu kriteria utama selain mesti menjalani latihan asas termasuk kemahiran menggunakan senjata api.

“Pencapaian mereka akan dianalisis sama ada layak dibenarkan bekerja atau tidak. Kelayakan ini untuk orang awam, tidak termasuk pasukan anggota keselamatan beruniform. Ada juga bekas polis dan tentera yang menyertai kursus pengawal peribadi.

“Mereka ini mempunyai kelebihan kerana sudah mahir dalam aspek persenjataan dan mempunyai pengetahuan undang-undang kerana setiap gerak geri mesti berasaskan undang-undang. Itu yang membezakan pengawal peribadi dengan kumpulan samseng atau kaki pukul (bauncer),” katanya.

Peranan pengawal peribadi ialah melengahkan masa penyerang untuk menyelamatkan majikan sebelum dibawa keluar ke zon selamat. Mereka adalah orang tengah antara bahaya dan orang yang dijaga.

Pengawal peribadi juga harus mengetahui aspek protokol membabitkan cara berpakaian, penggunaan bahasa yang sesuai ketika berurusan dengan orang kenamaan serta menjaga prinsip sebagai pengawal peribadi iaitu mestilah amanah dan menjaga segala rahsia majikan.

Aspek berpakaian menyentuh jenis pakaian sesuai untuk menghadiri majlis yang dihadiri majikan, misalnya pakaian batik untuk jamuan makan malam, baju kebangsaan untuk program di istana, jamuan Aidilfitri atau kematian, jaket ketika program tidak rasmi.

“Mereka juga biasanya akan memakai cermin mata hitam sepanjang masa, ketika itulah mereka akan melakukan pengawasan, pemantauan sekeliling tanpa disedari kerana ia terlindung di sebalik cermin mata. Itu tidak wajib, tetapi diajar dalam membentuk pengawal yang baik.

“Penggunaan bahasa juga penting, misalnya gelaran Datuk mesti disebut dengan jelas, bukan setakat sebut ‘Tok’ saja. Walaupun nampak remeh tetapi mencerminkan rasa tidak hormat. Mereka juga mesti tahu apa gelaran kepada pasangan orang kenamaan berpangkat, misalnya Datin, Datin Seri, Puan Seri,” katanya.

Bukan setakat menjaga keselamatan dan budi bahasa, mereka juga dilatih sentiasa membawa barang keperluan kecil yang kadang kala dianggap remeh, misalnya tisu, pen, lampu suluh kecil dan pemetik api.

Alasannya cukup mudah, ia sangat berguna ketika majikan memerlukan peralatan itu seperti untuk menandatangani dokumen atau menggunakan lampu suluh sebagai penunjuk arah ketika lampu terpadam.

“Majikan kadang kala kerap menguji kejujuran pengawalnya dengan meletakkan duit atau barang berharga di dalam kenderaan. Jika tidak jujur, barang itu tentu dicuri.

“Prinsip kerahsiaan juga sangat penting, mereka kena sentiasa berpegang kepada kata-kata ‘apa yang kamu nampak dirahsiakan, apa yang didengar kamu pekakkan, apa yang nak cakap, … kamu bisukan. Sebab itu kita lihat pengawal peribadi jarang berbual kosong kerana ia berisiko mendedahkan rahsia termasuk jadual harian majikan,” katanya.

Mengenai Program Kursus Pengenalan Pengiring Orang Kenamaan Siri 1/2008 yang diadakan di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang, seramai 26 peserta yang mempunyai pelbagai latar belakang mengambil bahagian selama lima hari.

Ada yang bekerja sebagai pemandu, pengarah urusan syarikat, pengawal kelab malam dan bekas tentera.

Mereka didedahkan maklumat berkaitan hak dan undang-undang, formasi dan bentuk kawalan, situasi cemas dan tindakan, perhubungan, merempuh halangan, jenis ancaman, keselamatan senjata, pemeriksaan kenderaan, fender (pergerakan naik dan turun kenderaan), pertolongan cemas, ketahanan fizikal dan mental, aktiviti air, imej dan protokol.

Jika sebelum ini, setiap kali sesi ini diadakan, pasti rekod penyertaan akan tercalar disebabkan ada yang menarik diri akibat tidak tahan dengan latihan atau tercedera, tetapi kali ini semua peserta berjaya mencatatkan nama sebagai kumpulan pertama menghabiskan semua sesi latihan.

Peserta didedahkan dengan kemahiran menyelamat di air, pertolongan cemas seperti pernafasan mulut ke mulut (CPR) kerana ia lebih sukar berbanding rawatan luka.

Latihan tempur tanpa senjata juga ditekankan kerana kerjaya ini mendedahkan mereka kepada serang jarak dekat yang memerlukan pergerakan pantas melalui latihan menggunakan kaedah fleksibel, pantas misalnya teknik mengunci pergerakan musuh.

“Aspek ketahanan mental dan kerahsiaan diuji melalui sesi soal siasat, mereka digari dan diasak bertubi-tubi, ada pendekatan keras dan ada menggunakan kaedah psikologi memainkan perasaan mereka. Daripada situ, kita akan tahu tahap ketahanan mereka,” katanya.

Info

Aktiviti:

1. Menembak di lapang sasar Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tengah, Cheras.

Tembakan sebutir dan bertubi-tubi menggunakan pistol jenis Glock 19.

2. Perlawanan bola sepak dinihari.

Bermula jam 3 pagi di dalam gelap, bertujuan mengecam rakan sepasukan dan semangat kerjasama.

3. Kedudukan pengawal dengan VIP:

Satu langkah bagi kategori rapat

Ketika makan, berdiri seberapa rapat dengan meja VIP dan mesti pada kedudukan yang mempunyai pandangan luas dan terbuka.

14 11 2008
armendrah

TEROWONG MASA

Tentu seronok kembali ke zaman silam merentasi masa dan bertemu dengan manusia yang mencipta sejarah seperti yang sering kita baca dalam buku-buku sejarah. Bayangkan kita berada dalam zaman kegemilangan Mesir dan bertemu dengan Firaun pengasas Piramid yang sungguh ajaib itu atau berbicara dengan Paduka Mat Salleh, Pahlawan Sabah yang terbilang menentang penjajah British atau pun kembali ke zaman purba di mana manusia masih tinggal di dalam gua, bercawat dan berburu binatang sebagai makanan.
Pengalaman ini tentu menarik tetapi mustahil ada orang yang dapat merentasi masa kecuali Micheal J. Fox yang terkenal dalam rancangan Time Tunnel yang disiarkan dalam televisyen suatu ketika dulu.

Sekiranya anda berhasrat untuk menimba sedikit pengalaman dan ingin merasa seperti berada di zaman lampau, datanglah ke Muzium Sabah. Di sini kami wujudkan Terowong Masa dalam bentuk pameran yang akan membawa anda ke beberapa zaman khususnya sejarah negeri Sabah.

Terowong Masa terbahagi kepada 12 terowong yang bermula dari zaman Peribumi Sabah, zaman pra-sejarah, desa permai, zaman kedatangan masyarakat Cina, Kemasukan tamadun Islam, Zaman pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu, Perdagangan dan penguasaan British dan Amerika, kebangkitan pahlawan, Pendudukan Tentera Jepun, era pembebasan Borneo Utara oleh tentera Bersekutu, pemerintahan Koloni dan zaman Sabah mencapai kemerdekaan.

Terowong Peribumi Sabah (dahulu Borneo Utara) memaparkan tentang pelbagai kaum di Sabah dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing. Secara linguistik, penduduk peribumi terdiri daripada sekurang-kurangnya 50 kumpulan dan tidak kurang daripada 83 kumpulan kecil. Tiga kumpulan majoriti peribumi Sabah ialah Kadazandusun menyumbang kepada satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah, Murut dan Bajau-Sama di samping kumpulan minoriti lain seperti Bonggi, Iranun, Idahan, Brunei, Lundayeh dan lain-lain.

Walaupun terdapat sesetengah masyarakat peribumi masih mengamalkan hidup secara tradisi (petani dan nelayan) tetapi ramai daripada mereka telah berkecimpung dalam pelbagai bidang sebagai pekerja kolar putih seperti peniaga, kakitangan perkhidmatan awam dan ahli politik.

Terowong Pra-sejarah menyentuh mengenai penyelidikan arkeologi di mana Sabah telah diduduki manusia sekurang-kurangnya 28,000 tahun dahulu di kawasan pantai timur Sabah. Di sini anda dapat saksikan Tapak Terbuka Tingkayu di Kunak yang berasal dari sebuah tasik. Hasil carigali di pesisiran tasik, ditemui beberapa peralatan yang menunjukkan ada penghuni di kawasan tersebut kira-kira 28,000 tahun dahulu. Apabila tasik tersebut kering, penghuni tersebut berpindah.

Selain itu, banyak lagi tapak-tapak pra-sejarah yang boleh dihayati seperti Hagop Bilo di Baturong, Gua Madai, Gua Tapadong, Gua Gomantong, Tapak Bukit Tengkorak, Tapak Timbang Dayang, Agop Miasias Darat, Batu Putih (Batu Tulug) di Kinabatangan dan Bukit Silam. Hasil carigali, tapak-tapak ini merupakan tapak tertua di Sabah dan di sini juga ditemui beberapa artifak yang menunjukkan ianya pernah dihuni oleh manusia purba pada suatu masa dahulu.

Di sini juga anda akan dapat saksikan serpihan tembikar, alat-alat batu Bifas, perhiasan tembaga dan serpihan pinggan. Apa yang menarik ialah dua buah keranda berukir yang dianggarkan berusia 200 tahun yang diperolehi dari Agop Miasias Darat di samping replika gua sarang burung.

Melewati gua ini, anda akan masuk ke Terowong Desa Permai yang terdiri dari gambar-gambar yang menunjukkan keadaan negeri kita yang berbukit bukau dengan gunung ganang yang disilangi sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur.

Seterusnya anda akan memasuki zaman kedatangan masyarakat Cina ke Sabah. Ekspedisi mereka dipaparkan dalam bentuk gambar di samping lagenda Gunung Kinabalu dengan Naga yang begitu popular di kalangan masyarakat Cina. Penempatan awal masyarakat ini bermula di Kinabatangan yakni semasa pemerintahan Dinasti Ming (abad ke-14). Kisah Ong Sum Ping yang belayar ke Borneo Utara juga akan menjadi bahan yang menarik untuk dibaca di terowong ini.

Kita tinggalkan zaman itu dan menghayati pula zaman Tamadun Islam di Sabah. Disini terdapat Kitab-kitab lama, gambar-gambar perkembangan Islam dari selatan Filipina dan Brunei, Objek-objek perkembangan agama Islam dan tokoh-tokoh pendakwah. Dipercayai Islam mula bertapak di Borneo Utara selewat-lewatnya pada akhir abad ke-14 masihi, yang mengisahkan pengislaman seorang keturunan Idahan bernama Abdullah di Teluk Darvel.

Pada awal abad ke-16, Borneo Utara berada di bawah pemerintahan de’facto Kesultanan Brunei. Pada tahun 1674, Sabah diperintah oleh dua kuasa de’facto. Kesultanan Brunei di wilayah pantai barat Sabah dan Kesultanan Sulu di wilayah pantai timur Sabah. Gambar-gambar Sultan Brunei dan Sulu beserta dengan artifak seperti celapa, parang yang ada hubungkait dengan zaman ini ditonjolkan di dalam terowong Kesultanan Brunei dan Sulu. Rentetan sejarah dalam bentuk kronologi dalam terowong ini amat berguna sebagai bahan rujukan terutama kepada penyelidik dan pelajar sekolah.

Seterusnya mari kita lihat pula bagaimana Sabah jatuh ke tangan kuasa asing British. Di Terowong Kedatangan British dan Amerika ini, pelawat akan dapat melihat gambar-gambar yang memaparkan penempatan awal dua kuasa asing itu dan dokumen lama yang menunjukkan pajakan mereka ke atas Sabah melalui perundingan mereka dengan Brunei dan Sulu. Pendek kata, pada zaman itu Sabah ditadbir oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC). Pada tahun 1880-an dan 1900-an, kegiatan pembukaan ladang secara komersial adalah giat dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Sabah. Antaranya, perkhidmatan kereta api di Sabah.

Pemerintahan British di Sabah yang memperkenalkan cukai tanah, kepala dan perahu telah membangkitkan kemarahan di kalangan masyarakat tempatan. Justeru, lahir pahlawan-pahlawan tempatan seperti Mat Salleh, Antanom, Si Gunting, Pak Musa dan lain-lain. Zaman ini diketengahkan dalam Terowong Kebangkitan Pahlawan dan di sini juga dipamerkan artifak seperti Parang, sumpitan dan Baju Kebal yang dipercayai pernah digunakan oleh pengikut Mat Salleh. Saya dapat bayangkan alangkah baiknya jika saya berada pada zaman itu, berjuang bersama mereka dengan menggunakan sumpitan dan damak melawan orang putih. Walaupun kalah tetapi semangat juang tetap membara mengukir sejarah di bumi sendiri.

Kita lupakan bayangan itu dan saksikan pula apa yang ada di Terowong Pendudukan Jepun. Antara artifak di sini sebilah pedang, topi, kasut dan duit Jepun semasa mereka menguasai Sabah pada tahun 1942-1945. Terdapat juga gambar yang mengambarkan suasana peperangan pada zaman itu. Ketika itu, Sabah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Sheikai Shiu dan Tokai Shiu. Pendudukan tentera Jepun mendapat tentangan daripada kumpulan gerila. Antaranya Gerila Kinabalu yang diketuai oleh Albert Kwok.

Pada 1945, gerakan pembebasan Borneo Utara telah bermula dan sejarah ini dipaparkan dalan Terowong Pembebasan Tentera Bersekutu. Gambar-gambar pada zaman itu dapat disaksikan dan sedikit sebanyak memberi gambaran betapa peritnya kehidupan pada ketika itu.

Seterusnya kita lihat pula era Koloni di mana Sabah dijadikan tanah jajahan British selepas peperangan kerana British North Borneo Chartered Company tidak berkemampuan untuk membina semula kerosakan Borneo Utara pada tahun 1946-1963. Kerajaan British mula membina dan menyusun sistem pentadbiran yang telah dirangka oleh BNBCC. Jesselton (Kini Kota Kinabalu) dijadikan ibu negeri yang baru selepas Sandakan hampir musnah semasa peperangan.

Selepas Koloni, Terowong terakhir yang dilawati ialah Terowong Sabah Mencapai Kemerdekaan. Rentetan peristiwa ke arah kemerdekaan digambarkan dalam teks yang pendek untuk memudahkan pembaca menghayati zaman kemerdekaan di samping gambar-gambar ke arah kemerdekaan, surat khabar lama, replika Batu Sumpah, gambar para pemimpin dan lain-lain ada dipamerkan di sini untuk mengakhiri lawatan anda ke Terowong Masa.

Pameran Tetap ini dirasmikan oleh TYT Yang Di-pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Hj. Sakaran bin Dandai pada 24 Ogos 1996.

Sekiranya anda melawat Muzium Sabah, berkunjunglah ke pameran Terowong Masa. Dengan rekabentuk yang berliku-liku, pameran ini terletak di aras 3, bahagian kanan bangunan utama Muzium Sabah.

17 11 2008
Wakil Penduduk P188

Assalammualaikum w.b.t…..

TAHNIAH DAN SYABAS saya ucapkan kpd YB kerana berjaya membawa masalah yang sekian lama menghantui penduduk Silam amnya dan penduduk Lahad Datu khasnya, contohnya masalah jalan raya menghubungkan Bandar Lahad Datu – Jalan Silam dan bandar Lahad Datu – Jalan Segama yang sememangnya menjadi masalah utama kpd penduduk Silam sejak sekian lama. Walaupun baru 8 bulan bertugas sebagai YB, YB telah membuktikan kpd pucuk pimpinan dan penduduk Silam khasnya bawa usia muda bukan penghalang kpd YB untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat P.188 Silam.

Saya juga berharap YB dapat mengekalkan keperibadian YB untuk dijadikan contoh kpd golongan belia & beliawanis untuk berjaya dalam hidup dan yang sentiasa menghormati semua orang tanpa mengira usia, bangsa dan agama. Kami selaku rakyat P.188 Silam dari Tambisan hingga ke Gading-gading sentiasa berdoa agar YB akan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT…

17 11 2008
armendrah

Am

——————————————————————————–
17 November, 2008 16:51 PM

Usul SAPP Batal Projek Saluran Gas Ditolak

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Cubaan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk mengemukakan usul bagi membatalkan projek saluran gas Petronas dari depot Kimanis di Sabah ke Bintulu, Sarawak sejauh 500km gagal apabila Dewan Rakyat di sini dan Dewan Undangan Negeri Sabah menolak serentak usul tersebut hari ini.

Kedua-dua dewan bersetuju usul mengenai projek bernilai RM3 bilion itu mematuhi perkara tertentu dan berkenaan kepentingan ramai, tetapi ia tidak perlu disegerakan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul wakil rakyat Sepanggar Datuk Eric Majimbun manakala Speaker Datuk Juhar Mahiruddin menolak usul anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas Datuk Liew Teck Chan di Kota Kinabalu.

Eric semasa membangkitkan usul itu berkata gas asli yang diterokai adalah sumber asli negeri Sabah maka haruslah dilabur balik ke negeri di Bawah Bayu itu.

Juhar pula berkata Liew mempunyai peluang yang cukup untuk membangkitkan perkara tersebut dalam perbahasan pada sidang DUN yang berakhir Khamis ini.

Liew mengemukakan notis usul itu semasa pembentangan bajet negeri Jumaat lepas untuk membahaskan projek itu yang telah dibangkitkan oleh banyak anggota Dewan yang mahu projek itu diberhentikan untuk kepentingan rakyat Sabah.

Kerajaan Persekutuan baru-baru ini mengumumkan projek oleh Petronas itu akan diteruskan dan ia hanya untuk membawa gas lebihan ke Sarawak dan industri petrokimia akan diwujudkan di Sabah. Ia dijangka siap pada Mac 2011.

— BERNAMA

17 11 2008
armendrah

Am

——————————————————————————–
17 November, 2008 15:39 PM

RM128.2 Juta Bagi Perkasa Belia Felda

PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan lebih RM128.2 juta tahun depan bagi pelbagai program yang bertujuan memperkasakan belia Felda termasuk melatih mereka membaiki pesawat terbesar di dunia.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebanyak RM35 juta adalah untuk latihan kemahiran kepada 5,000 belia Felda dalam pelbagai bidang, termasuk 300 yang bakal menjadi jurutera membaiki kapal terbang yang mungkin menyelenggara pesawat Airbus A380.

“Langkah ini bagi tujuan agar anak Felda berjaya dalam semua lapangan yang diceburi sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Visi anak Felda bukan badan kurus kering kerana menagih dadah tetapi mereka akan menjadi contoh kepada yang lain,” katanya ketika berucap pada majlis Forum dan Anugerah Belia Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Isnin.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata Felda sebanyak RM17 juta disediakan bagi tujuan pembiayaan belia-belia yang cemerlang dalam pendidikan.

“Peruntukan ini adalah untuk membiayai seramai 36 pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara selain 69 orang yang sedang mengikuti pengajian A-Level di institusi-institusi tempatan,” katanya.

Dalam usaha membina jati diri generasi baru Felda, sebanyak RM540,000 disediakan untuk program seperti Kursus Imam Muda, Kem Bina Remaja dan Belia Benci Dadah.

Najib berkata sebanyak RM450,000 diperuntukkan sebagai usaha untuk mengupayakan persatuan belia dan RM200,000 pula disediakan bagi program “Tunas Mekar” bagi melahirkan golongan usahawan dalam kalangan bekas graduan belia Felda.

Katanya menyedari hakikat bahawa generasi kedua dan ketiga yang memerlukan rumah di kawasan rancangan, Felda akan melaksanakan projek perumahan di bawah skim “Perumahan Warga Felda” dengan peruntukan RM65 juta pada tahun depan yang akan dilaksanakan di Felda Pasak, Felda Jengka 11 dan Felda Triang 3.

Najib berkata perkongsian pintar antara Felda dan Kementerian Belia dan Sukan akan dipertingkatkan, dengan kemudahan infrastruktur sedia ada seperti kompleks sukan komuniti, dewan serbaguna serta gelanggang sepaktakraw, badminton, bola tampar dan futsal yang ada di setiap 317 tanah rancangan Felda perlu digunakan secara optimum.

Katanya Felda juga akan memperkenalkan beberapa insentif menarik untuk menggalakkan belia bekerja di ladang di tanah rancangan masing-masing.

Beliau berkata program Edible Garden Felda akan digerakkan sebagai usaha untuk meningkatkan penggunaan tanah di sekitar rumah peneroka sedia ada untuk menghasilkan sayur-sayuran yang boleh menambah pendapatan.

“Program terbaru itu akan dilaksanakan bermula akhir tahun ini dengan peruntukan RM10 juta dan diharap akan menjadi penyumbang kepada penghasilan tanaman sayur-sayuran untuk keperluan negara secara besar-besaran,” katanya.

— BERNAMA

17 11 2008
armendrah

Ekonomi

——————————————————————————–
17 November, 2008 17:07 PM

Suasana Ekonomi Global Tidak Beri Kesan Serius Kepada Pelaburan POIC

KOTA KINABALU, 17 Nov (Bernama) — Kesan daripada suasana ekonomi global yang semakin meruncing ketika ini belum lagi dirasai dan dijangka tidak serius ke atas pelaburan di kelompok industri kelapa sawit (POIC) di Lahad Datu dan Sandakan.

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Ewon Ebin berkata sememangnya dijangka keadaan ekonomi global memberi kesan sedikit sebanyak dan secara langsung ataupun tidak langsung dari segi perlaksanaan cadangan projek-projek pelaburan sedia ada di POIC dan dari segi aliran masuk pelaburan baru ke POIC.

“Bagaimanapun sehingga setakat ini, adalah didapati pelaburan di POIC Lahad Datu masih menggalakkan dan terus meningkat.

“Memandangkan pembangunan POIC Sandakan masih lagi di peringkat awal dan projek ini hanya akan siap sepenuhnya pada awal tahun 2011 maka jika adapun kesan negatif terhadap pembangunan POIC Sandakan akibat kemelesetan ekonomi, ianya tidaklah begitu serius,” katanya semasa sesi soal jawab di persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Ewon berkata demikian semasa menjawab soalan daripada Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut-BN) yang bertanya mengenai kesan cabaran ekonomi global terhadap penjanaan pelaburan POIC di negeri ini.

Katanya kerajaan negeri sentiasa memantau keadaan dan antara kemungkinan-kemungkinan yang boleh menjejaskan pelaburan di POIC adalah pelabur-pelabur mungkin akan menunggu sehingga suasana pelaburan lebih kondusif sebelum meneruskan rancangan pelaburan dan perniagaan mereka.

Pelabur-pelabur juga dijangka menghadapi masalah mendapatkan pembiayaan kewangan daripada pasaran saham ataupun daripada institusi-institusi kewangan, dan para pelabur juga dijangka akan hadapi kesukaran melaksanakan projek jika harga minyak kelapa sawit terus tidak stabil manakala harga bahan binaan semakin meningkat.

POIC sebagai destinasi pelaburan juga mungkin akan menghadapi persaingan daripada kawasan-kawasan perindustrian yang lain baik di Semenanjung ataupun Sarawak, ataupun luar negara, katanya.

“Namun dalam jangka sederhana dan jangka panjang, Kementerian yakin kemajuan POIC akan terus dapat dikukuhkan atas sebab-sebab antaranya, kejatuhan harga pasaran minyak sawit berikutan keadaan ekonomi global yang lembap adalah merupakan fenomena yang semula jadi dan hanya bersifat sementara.

“Ramai penganalisis ekonomi berpendapat bahawa harga pasaran minyak sawit akan meningkat ke tahap yang lebih realistik yang mana lebih tinggi daripada harga pasaran pada ketika ini,” jelas Ewon.

Beliau menambah pelaburan dalam industri berasaskan makanan seperti kelapa sawit merupakan pelaburan jangka panjang yang berisiko rendah kerana permintaan makanan dijangka akan meningkat sejajar dengan pertumbuhan populasi dunia.

“Minyak kelapa sawit juga merupakan minyak sayuran yang termurah berbanding 17 minyak sayuran dan lelemak yang lain,” tambah beliau.

Katanya kerajaan juga akan terus memberikan insentif untuk memaju dan mengukuhkan industri sawit memandangkan kepentingan strategik industri ini kepada ekonomi negara.

Potensi penghasilan biodiesel daripada minyak kelapa sawit yang lebih mesra alam sebagai alternatif kepada minyak petroleum juga dijangka akan terus dapat menarik pelaburan terutamanya ke dalam industri hiliran sawit, kata Ewon lagi.

— BERNAMA

17 11 2008
armendrah

Ekonomi

——————————————————————————–
17 November, 2008 15:46 PM

Ekonomi Malaysia Tidak Alami Kemelesetan

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Ekonomi Malaysia menunjukkan tidak mengalami kemelesetan, sebaliknya, berkembang dengan lebih perlahan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha.

“Dengan itu, ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan lebih kurang lima peratus bagi keseluruhan tahun 2008,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) di sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini.

Berikutan pengumuman langkah tambahan sebagai respons terhadap krisis kewangan dunia yang dibentangkan oleh kerajaan pada 4 Nov, Kong menjelaskan bahawa ekonomi negara diramalkan berkembang pada kadar 3.5 peratus pada tahun 2009.

Bagaimanapun, katanya negara tetap tidak terkecuali dari bahang persekitaran global yang tidak menentu.

Walaupun banyak negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dan sesetengahnya dijangka mengalami kemelesetan, ekonomi Malaysia pula, kata Kong dijangka berkembang perlahan pada separuh kedua tahun ini.

“Sungguhpun, negara kita tidak mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun ini, bahang ledakan krisis kewangan global di Amerika Syarikat dan Eropah sudah mula dirasai di seluruh dunia termasuk Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

17 11 2008
armendrah

Gempa di Sulawesi : satu mati ratusan rumah rosak
17/11/2008 12:24pm

JAKARTA 17 Nov. – Gempa berukuran 7.7 pada skala Richter di Gorontalo dan Sulawesi Utara tengah malam tadi diikuti tiga gempa susulan mengakibatkan seorang terbunuh dan ratusan rumah penduduk rosak.

Jurucakap Badan Meteorologi dan Geofizik Indonesia memberitahu Bernama bahawa gempa itu berpotensi menimbulkan tsunami tetapi setelah 90 minit ia tidak terjadi, peringatan yang dikeluarkan, telah ditarik balik.

Gempa susulan terjadi pada pukul 12.34 tengah malam diikuti pada 1.20 pagi dan pukul 5.33 pagi.

Gempa itu berpusat di 138 kilometer di barat laut Gorontalo-Sulawesi Utara pada kedalaman 10 kilometer.

Menurut agensi berita Antara dari Manado dan Gorontalo, pihak berkuasa di wilayah Sulawesi Utara dan Gorontalo masih mengumpulkan data sebenar kerosakan dan kecederaan.

Penduduk di kawasan yang terlibat dilaporkan masih takut untuk pulang ke rumah sejak melarikan diri ke kawasan tinggi ketika terjadi gempa pertama tengah malam tadi, terutama kerana air laut juga naik hingga ke jalan-jalan raya.

– Bernama

17 11 2008
armendrah

Assalamualaikum w.wbrktha

Syabas dan Tahniah kepada adik MOHAMMAD SHAFIQ BIN KUDDAK yang berjaya mendapat keputusan cemerlang apabila keputusan UPSR abaru-baru ini diumumkan.

Adik ini adalah anak jati daerah LAHAD DATU apabila memperolehi keputusan cemerlang dengan mendapat keputusan UPSR 5A.

Adik Mohammad Shafiq bin Kuddak bersekolah di ST DOMINIC, Lahad Datu.

Hari ini 17hb/ 11/2008 telah ditawarkan untuk melanjutkan persekolahan di sekolah MRSM, Tawau.

Sekali lagi Syabas dan tahniah kepada kedua ibu bapa yang berjaya mendidik anaknya sehingga berjaya menjadi anak tempatan cemerlang dalam pelajaran.

Saya yakin dan percaya….YB. Tuan Haji Salleh Haji kalbi selaku Ahli Dewan Rakyat selalu menekankan bahawa pendidikan adalah amat penting bagi melahirkan generasi yang berguna dan bersedia menjadi pemimpin kerilmu dan berwawasan jauh kehadapan.

Marilah kita bersama-sama mempastikan agar anak-anak kita menitikberatkan pendidikan. Kita perlu contohi YB. Tuan Haji Salleh yang cemerlang dalam pelajaran dan gemilang sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara sehingga mengharumkan nama Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Tahniah sekali lagi…

17 11 2008
armendrah

Obama siar ucapan di YouTube

Barack Obama

CHICAGO: Bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, bercadang untuk merakamkan ucapan mingguan ke seluruh negara bukan hanya untuk pendengar radio seperti yang dilakukan kebanyakan presiden sejak sekian lama tetapi juga kepada pengguna internet YouTube.

Ketika era pemerintahan Presiden Franklin Roosevelt pada 1930-an, beliau menggunakan radio untuk menghubungkan Rumah Putih dengan kebanyakan penduduk.

John F Kennedy pula pada 1960-an dan Ronald Reagan pada 1980-an memilih televisyen.

Bagi Obama yang memainkan peranan besar dalam kempen beliau di internet ialah YouTube.

Obama merakamkan ucapan selama empat minit Jumaat lalu di pejabatnya di Chicago. Ia disiarkan melalui pautan YouTube melalui halaman webnya, http://www.change. gov, semalam.

Beliau akan terus menggunakan cara itu apabila mengambil alih tugas Presiden pada 20 Januari.

Bukan hanya Obama yang akan berbuat demikian, pemimpin lain juga akan muncul dalam video seperti itu, kata jurucakap Obama, Jen Psaki. – AP

17 11 2008
armendrah

PEJABAT DAERAH LAHAD DATU Later Belakang

Pejabat Daerah Lahad Datu diwujudkan pada awal tahun 40-an. Jawatan Pegawai Daerah pada masa itu disandang oleh seorang Inggeris bernama G.W.White. Bermula pada tahun 60-an barulah jawatan Pegawai Daerah Lahad Datu disandang oleh Waraganegara Malaysia asal Sabah.

Pejabat Daerah Lahad Datu adalah sebuah jabatan Kerajaan Negeri yang memberikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti yang dinyatakan di FUNGSI ORGANISASI Ia menyelaras kegiatan‑kegiatan 33 buah jabatan/agensi Kerajaan Negeri dan 20 jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan di peringkat Daerah.

Pegawai Daerah Lahad Datu adalah bertanggungjawab, mengikut ali­ran kuasa (lineally responsible), kepada Yang Berhormat Setiauasha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dalam perkara-perkara pentadbiran pejabat, pengurusan personel dan pengurusan projek-projek kecil pembangunan luar bandar. Ia jugabertanggung -jawabsecarafungst (functionally responsible) kepada jabatan- jabatan/agensi-agensi lain di peringkat Negeri di dalam berbagai bidang fungsi yang dijalankan di peringkat daerah, merangkumi kawasan seluas 6,501 kilometer persegi dengan penduduk seramai 155, 941 orang.

bersambung………….

17 11 2008
armendrah

PEJABAT DAERAH LAHAD DATU Fungsi-fungsi

Menjadi ejen pembangunan daerah;
Menyelaras kegiatan-kegiatan pembangunan jabatan-jabatan/agensi-agensi kerajaan melalui Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah dan jawatankuasa-jawatankuasa lain;
Mengurus projek-projek kecil pembangunan luar bandar;
Mengurus hal ehwal perkhidmatan dan personel Pejabat Daerah Lahad Datu;
Mengurus hal ehwal kehakiman dan keselamatan;
Melesenkan dan mengawal perniagaan yang terletak di bawah bidangkuasa Pejabat Daerah;
Mengurus lawatan-lawatan rasmi;
Mengurus perayaan-perayaan rasmi; dan
Menjalankan tugas-tugas (functional responsibilities) yang diserahkan oleh Kementerian-kementerian dan ibu pejabat-ibu pejabat jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

17 11 2008
armendrah

Asal Usul Nama

Perkataan Lahad Datu berasal dari Bahasa Bajau. “Lahad” bermakna tempat dan “Datu” ialah Datu. Ini adalah bersempena kedatangan orang-orang yang berketurunan Datu-Datu yang datang dari kepulauan Sulu diketuai oleh Datu Baginda Putih sebelum tahun 1879 untuk urusan perniagaan dengan orang-orang tempatan di daerah ini.

LOKASI

Terletak di Timur-Selatan Sabah menghadap Laut Sulawesi (Celebes Sea) dan Teluk Darvel. Terletak diantara garisan lintang (Latitudes) 4 darjah 44’U dan 5 darjah 17’U dan garisan bujur (longitudes) 117 darjah 25’T. Daerah‑daerah yang bersempadan dengannya ialah Kinabatangan di sebelah utara daerah Kunak di Timur manakala Tawau dan Semporna di sebelah Selatan.

17 11 2008
armendrah

Pelancongan

Danum Valley dan Borneo Rainforest

Felda

Lahad Datu Palm Oil Industrial Cluster (POIC)

Tabin Wildlife Reserved

17 11 2008
armendrah

Kemudahan Infrastruktur

Jalan Raya

Daerah Lahad Datu dihubungkan dengan daerah-daerah lain di Sabah melalui lebuhraya Kunak – Lahad Datu clan lebuhraya Lahad Datu – Sandakan. Terdapat 371.27 kilometer jalan berturap pada tahun 2000 berbanding 113.1 kilometer pada tahun 1989 dan 305.22 kilometer jalan tak berturap pada tahun 2000 berbanding 72.15 kilometer pada tahun 1989. Kebanyakan kampung-kampung di Lahad Datu boleh dihubungi melalui jalan.

Pengangkutan Air

Pelabuhan air dalam di Lahad Datu boleh menampung kapal-kapal besar dan merupakan antara pelabuhan-­pelabuhan terbesar di Sabah. Pada tahun 2000 pelabuhan Lahad Datu telah mengendalikan 2,855,000 tan kargo berbanding 2,037,641 pada tahun 1998. Komoditi-komoditi yang dikendalikan ialah kargo am, gas oil, baja beg dan baja hambur, minyak sawit dan habuk biji sawit. Minyak sawit dan habuk biji sawit dikendalikan untuk eksport.

Pengangkutan Udara

Lahad Datu mempunyai sebuah lapangan terbang yang boleh menampung kapal terbang jenis Fokker Friendship. Terdapat penerbangan empat kali sehari bagi Lahad Datu – Kota Kinabalu – Lahad Datu. Perkhidmatan pengangkutan udara yang dikendalikan oleh Penerbangan Malaysia (MAS) telah merekodkan pertambahan penumpung-penumpang ialtu 8,064 (1998), 8833 (1999) dan 9,963 (2000).

17 11 2008
armendrah

Kemudahan Sosial

Bekalan Elektrik

Bekalan tenaga di Lahad Datu diperolehi di kawasan-­kawasan bandar dan kampung-kampung yang berdekatan dan mencukupi untuk menampung keperluan domestik dan industri semasa. Sebanyak 69 buah kampung dengan 6,273 orang penduduk mendapat bekalan. Janakuasa-janakuasa yang dipasang mampu menjana 106,537 GWh manakala tenaga yang digunakan ialah 89,332 GWh.

Apabila siap, Sabah East Coast Transmission Grid Projek akan memberikan bekalan yang lebih baik kepada Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Stesen penjanakuasa elektrik yang ada di Lahad Datu pada masa ini akan berfungsi sebagai stesen sokongan.

Telekomunikasi

Selain daripada kemudahan faks, terdapat 51 telefon awam, 3,820 telefon persendirian dan 1,174 telefon perniagaan di Lahad Datu.

Institusi Kewangan

Terdapat 11 buah bank dan 4 buah institusi-institusi kewangan yang menyediakan pinjaman-pinjaman bagi pelbagai tujuan seperti pinjaman-pinjaman perumahan, perniagaan, pembangunan pertanian, kenderaan dan seterusnya. Dengan adanya institusi-institusi kewangan di Lahad Datu, darjah ketersampaian bagi pembiayaan pelbagai jenis pembangunan adalah tinggi.

Bekalan Air

Kapasiti pengeluaran air bersih di Lahad Datu iaiah 55.3 juta liter sehari (2000) berbanding 15 juta liter sehari (1996) manakala permintaan bagi air bersih ialah 42 juta liter sehari (2000) berbanding 30 juta liter sehari (1996). Pada mass ini, terdapat 6,979 orang pengguna berdaftar yang majoritinya mendiami kawasan 7 kilometer radius dari bandar. Kampung-kampung di pedalaman Lahad Datu masih bergantung kepada bekalan air graviti, sungai dan perigi­perigi.

Perkhidmatan Kesihatan

Lahad Datu mempunyai sebuah hospital berharga RM208.1 juta yang merupakan hospital sekundar (secondary care) yang dilengkapi dengan 268 buah katil, sistem maklumat terkini dan perkhidmatan pakar. Disamping itu, terdapat jugs sebuah dispensari di Mukim Tungku, sebuah klinik kesihatan ibu dan anak, 3 buah klinik kesihatan luar bandar dan 10 buah klinik desa.

Pendidikan

Terdapat 15 buah pre-school, 41 buah sekolah rendah, 10 buah sekolah menengah, sebuah pusat latihan vokasional pertanian, 3 buah sekolah agama Islam dan 12 buah sekolah Agama Islam Rakyat di Lahad Datu.

Stesen Pemancar TV/Radio

Terdapat 2 buah Pemancar TV dan Radio yang terletak di Bukit Silam dan di Jalan Tengah Nipah, berhampiran dengan Bandar Lahad Datu.

Pusat lbadah

Berbagai suku kaum dan agama yang mendiami daerah ini maka pihak kerajaan serta kesatuan agama telah mendirikan berbagai rumah ibadat. Namun majoriti penduduk Lahad Datu adalah beragama Islam maka bilangan masjid dan surau dibina hampir di setiap kampong. Terdapat juga beberapa buah rumah ibadat yang lain.

Perhotelan dan Tempat Hiburan

Kebanyakkan hotel-hotel penginapan terletak di kawasan Bandar. Selain senarai hotel dibawah terdapat juga beberapa hotel yang lebih murah juga boleh didapati di sekitar bandar Lahad Datu.

Antara Beberapa Buah Hotel Dan Tempat Penginapan Yang Terdapat Di Lahad Datu.
No.
Hotel

1
Grace Hotel

2
Executive Hotel

3
Jagokota Hotel

4
Asia Hotel

5
Mido Hotel

6
Unimas Hotel

7
Ocean Hotel

8
Perdana Hotel

9
Hotel Iramanis

10
Ful Wah Hotel

11
Lahad Datu Hotel

12
Wong Hotel

13
California Hotel

17 11 2008
armendrah

Ekonomi

Ekonomi Lahad Datu berasaskan pertanian dan perkayuan, perikanan, penternakan dan pembuatan tidak memainkan peranan besar. Tidak terdapat kegiatan-kegiatan mengekspioitasi mineral di Lahad Datu walaupun banyak kawasan telah dikenalpasti mengandungi mineral.

Pertanian

Lahad Datu ialah sebuah daripada kawasan-kawasan yang paling subur di Sabah. Kawasan-kawasannya yang relatif rata, terutamanya Lembah Segama, Tanah Tinggi Segama dan kawasan-kawasan lain di sepanjang sungai­-sungai adalah kaya dengan tanah aluvial. Ini yang menyebabkan pertanian memainkan peranan penting di dalam ekonomi Lahad Datu. Ia berasaskan tanaman-­tanaman perladangan yang diurus oleh sektor awam dan sektor swasta. Daripada jumlah keluasan tanah yang sesuai untuk tanaman seluas 112,582 hektar telah ditanami dengan kelapa sawit, 26,056 hektar ditanami dengan koko dan 6,397 hektar ditanami dengan kelapa.Kelapa sawi dan koko adalah penyumbang-penyumbang utama kepada ekonomi Lahad Datu.

Penternakan

Penternakan tidak memainkan peranan penting. Penternakan secara komersial terhad kepada pemeliharan khinzir dan ayam pedaging sedangkan lembu, kerbau clan kambing diternak bagi kegunaan sendiri.

Perikanan

Walaupun perikanan tidak memainkan peranan penting sebagai industri eksport, ia memainkan peranan penting sebagai sumber makanan yang utama. Pada tahun 2000 terdapat 931 orang nelayan sepenuh masa di Lahad Datu. Pendapatan hasil laut pada tahun 2000 bernilai RM77,620.6 (14,253.62 metrik tan). Ko-Nelayan, sebuah agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan nelayan-nelayan selain daripada memberi subsidi-subsidi di dalam bentuk peralatan dan enjin, mengurus sebuah pusat perikanan di Lahad Datu. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pusat ini termasuklah blok-blok ais, ruang-ruang pembekuan, kilang-kilang, stesen minyak dan kemudahan-kemudahan pendaratan.

Setakat pada tahun 2000 seramai 40 orang mengusahakan kolam ikan air tawar dengan jumlah keluasaan 16.871 hektar, 9 orang mengusahakan kolam ikan air payau/masin dengan jumlah keluasan 38.80 hektar manakala 19 orang mengusahakan sangkar ikan dengan keluasan 2.80 hektar. Pengeluaran kayu-kayan masih memberikan sumbangan kepada ekonomi Lahad Datu walaupun peranannya semakin berkurangan. Kawasan-kawasan pembalakan terietak jauh di pedaLaman Lahad Datu. Terdapat pelbagai jenis Hutan simpan dengan jumlah keluasan 323,824 hektar. Pada tahun 1999 Jabatan Perhutanan Lahad Datu telah mengutip RM9,359,428.81 hasil pelbagai cukai.

Industri

Terdapat 20 buah kilang minyak kelapa sawit di Lahad Datu; 10 buah milik FELDA, 3 buah miliki Borneo Samudera Sdn. Bhd. dan 7 buah milik swasta. Selain daripada ini, terdapat 3 buah kilang penapis minyak sawit (palm oil refineries), 2 pusat pembeli koko basah dan sebuah pusat pembeli koko kering.

17 11 2008
armendrah

Topografi & Iklim

Jumlah keluasan kawasan tanah Lahad Datu ialah 6,500 kilometer persegi. Kawasan di sebelah barat bergunung-ganang dan dikenali sebagai Tanah Tinggi Segama. Ciri-ciri utama kawasan ini ialah orchid plateau dengan keluasan 36 kilometer persegi. Tanah-tanah tinggi disalid Sungai Segama. Ke sebelah timur Tanah Tinggi Segama terdapat satu kawasan tanah rendah yang dikenali sebagai Lembah Danum. Bahagian timur Lahad Datu dibentuk oleh bahagian selatan Semenanjung Dent. Kawasannya berbukit-bukau dengan Bagahak Range mencapai ketinggian 760 meter. Iklim Lahad Datu adalah panas dan lembap.

PENDUDUK DAN CORAK PETEMPATAN

Berdasarkan kepada bancian penduduk pada tahun 2000 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia jumlah penduduk Lahad Datu ialah 156,059 orang; 74,601 di bandar dan 81,458 di luar bandar.

Kawasan petempatan utama ialah pusat pentadbiran daerah, Lahad Datu. Kebanyakan pusat-pusat petempatan di luar bandar berkait rapat dengan pembangunan pertanian.

JENTERA KERAJAAN

Kapasiti institusi dari segi bilangan Jabatan clan agensi kerajaan adalah seperti berikut:-
Jabatan / Agensi Bilangan
Jabatan Negeri 21
Jabatan Persekutuan 20
Badan Berkanun Negeri 06
Badan Berkanun Persekutuan 06
Agensi Kerajaan Negeri 06
Agensi Kerajaan Persekutuan 11
Jumlah 70

17 11 2008
armendrah

Topografi & Iklim

Jumlah keluasan kawasan tanah Lahad Datu ialah 6,500 kilometer persegi. Kawasan di sebelah barat bergunung-ganang dan dikenali sebagai Tanah Tinggi Segama. Ciri-ciri utama kawasan ini ialah orchid plateau dengan keluasan 36 kilometer persegi. Tanah-tanah tinggi disalid Sungai Segama. Ke sebelah timur Tanah Tinggi Segama terdapat satu kawasan tanah rendah yang dikenali sebagai Lembah Danum. Bahagian timur Lahad Datu dibentuk oleh bahagian selatan Semenanjung Dent. Kawasannya berbukit-bukau dengan Bagahak Range mencapai ketinggian 760 meter. Iklim Lahad Datu adalah panas dan lembap.

PENDUDUK DAN CORAK PETEMPATAN

Berdasarkan kepada bancian penduduk pada tahun 2000 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia jumlah penduduk Lahad Datu ialah 156,059 orang; 74,601 di bandar dan 81,458 di luar bandar.

Kawasan petempatan utama ialah pusat pentadbiran daerah, Lahad Datu. Kebanyakan pusat-pusat petempatan di luar bandar berkait rapat dengan pembangunan pertanian.

JENTERA KERAJAAN

Kapasiti institusi dari segi bilangan Jabatan clan agensi kerajaan adalah seperti berikut:-
Jabatan / Agensi Bilangan
Jabatan Negeri 21
Jabatan Persekutuan 20
Badan Berkanun Negeri 06
Badan Berkanun Persekutuan 06
Agensi Kerajaan Negeri 06
Agensi Kerajaan Persekutuan 11
Jumlah 70

sambungan……………

17 11 2008
armendrah

maklumat daerah lahad datu boleh diperolehi dari laman web pejabat daerah lahad datu………

lawatilah Lahad Datu……….Bandar Dalam taman………….

17 11 2008
armendrah

maklumat daerah lahad datu boleh diperolehi dari laman web pejabat daerah lahad datu………

lawatilah Lahad Datu……….Bandar Dalam taman………….

jumpa lagi……………bye assalamualaikum………

sahabat parlimen silam…..jom lawati……..blog ni best……….ba……..

18 11 2008
armendrah

Am

——————————————————————————–
17 November, 2008 23:50 PM

Abdullah Mahu Harga Barangan Turun

Daripada Jamaluddin Muhammad

TASHKENT (Uzbekistan), 17 Nov (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu peniaga mengurangkan harga barangan agar pengguna boleh menikmati harga petrol dan diesel yang lebih murah di negara ini.

Perdana Menteri berkata masalahnya ialah harga kerana kebanyakan harga barang belum dikurangkan walaupun harga minyak di negara ini telah turun lima kali dengan yang terakhir bermula esok.

“Apabila harga minyak turun, harga barang tidak turun. Ini yang saya tidak suka dengar,” kata Abdullah yang kini pada hari kedua lawatan rasmi empat hari ke negara ini memberitahu wartawan Malaysia di sini, Isnin.

Beliau berkata peniaga hanya berminat membuat keuntungan besar yang membebankan rakyat.

Harga petrol pam RM2 seliter mulai esok, kurang 15 sen sementara diesel ialah RM1.90.

Abdullah berkata kerajaan memenuhi janjinya dengan mengurangkan harga petrol pam berikutan dengan trend penurunan harga minyak global.

Bagaimanapun, kerajaan sentiasa kerugian kerana orang ramai marah dengan kerajaan apabila harga pam meningkat serta apabila pengurangan harga pam, kata beliau.

Ini, kata beliau, disebabkan harga barangan tidak kurang serentak dengan pengurangan harga pam itu.

Beliau berkata orang ramai jangan sentiasa menyalahkan kerajaan kerana sebagai pengguna, mereka juga mempunyai peranan untuk memeriksa harga barangan.

“Saya gembira mendengar bahawa sesetengah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merancang memulaukan sesetengah premis perniagaan kerana tidak mengurangkan harga barangan mereka,” kata beliau.

Abdullah berharap bahawa persatuan pengguna boleh membincangkan nasib orang ramai dengan persatuan peniaga bagi meringankan beban rakyat.

— BERNAMA

18 11 2008
armendrah

Ekonomi

——————————————————————————–
17 November, 2008 22:41 PM

Harga Biodiesel Sawit Akan Kekal Sama Sepertimana Diesel Biasa, Kata Chin

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Harga biodiesel sawit di pam akan kekal sama seperti mana diesel biasa apabila adunan biodiesel diperkenalkan di sini tahun depan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui, Isnin.

“Apabila kita memperkenalkannya pada 1 Februari tahun depan, harga bagi diesel di pam akan kekal sama. Sekiranya terdapat sebarang bebanan kos yang ditanggung, ia akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya.

Chin berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Siri Ceramah Umum Hap Seng bertajuk “Minyak Sawit: Makanan atau Bio Bahan Api? Implikasi Dasar Bagi Masa Depan”.

Ia dianjurkan secara bersama oleh Hap Seng Consolidated Bhd, Hap Seng Plantations Holdings Bhd dan Malaysian Mosaics Bhd.

Mulai Februari depan, Malaysia akan menggunakan adunan B5 (lima peratus biodiesel dengan 95 peratus diesel biasa) dalam kenderaan kerajaan, disusuli oleh sektor industri dan pengangkutan.

Chin berkata adunan biodiesel sawit dalam jajaran dua hingga lima peratus dalam sistem diesel negara berpotensi untuk mengurangkan stok minyak sawit sebanyak antara 200,000 dan 500,000 tonne setahun.

“Langkah kerajaan ini adalah bagi membantu mengekalkan harga komoditi dan mengelakkan harganya jatuh ke paras terlalu rendah yang akan menjejaskan perolehan yang dinikmati terutamanya pengeluar dan secara umumnya bagi negara,” katanya.

Chin berkata sebagai pengeluar utama minyak sawit, Malaysia mempunyai kelebihan untuk pembekalan bagi memenuhi permintaan untuk bahan api bio di peringkat global yang kian berkembang.

“Oleh kerana itu, kerajaan akan menggalakkan dan mempermudah penubuhan kilang bagi pengeluaran biodiesel bagi penggunaan tempatan dan eksport.

“Sehingga ini Malaysia telah meluluskan sejumlah 91 lesen untuk pengeluaran biodiesel. Setakat akhir Oktober, sejumlah 14 kilang telah memulakan pengeluaran dengan kapasiti tersimpan dicatatkan berjumlah 1.68 juta tonne bahan biodiesel.

“Tahun lepas, Malaysia mengeluarkan 129,715 tonne metil ester berasaskan sawit. Daripada jumlah ini, sebanyak 95,013 tonne bernilai RM253.2 juta dieksport,” katanya.

Chin berkata Malaysia akan terus mempromosikan penggunaan untuk bahan api bio ini yang dijana daripada sumber minyak sawit, sementara pada masa yang sama memastikan bekalan mencukupi boleh didapati untuk penggunaan makanan.

“Penggunaan biodiesel berasaskan sawit akan menyokong harga minyak sawit dan menjana pendapatan yang berpatutan kepada pertanian minyak sawit, yang juga disebaliknya dapat menyediakan dana untuk menyokong program biodiesel,” katanya.

— BERNAMA

18 11 2008
armendrah

EKONOMI
Loji kuasa gas di Sabah amat penting
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Loji janakuasa berkuasa gas di kawasan pantai timur Sabah perlu dibangunkan dengan segera untuk memastikan pembekalan elektrik yang stabil dapat diwujudkan di seluruh negeri itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Katanya, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) telah melantik TNB sebagai penasihat teknikal bagi projek loji berkuasa 300 megawat itu.

Che Khalib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Petronas Tan Sri Hassan Merican bahawa syarikat itu sedang berbincang dengan TNB berkenaan keperluan untuk mewujudkan sebuah loji berkuasa gas di Sabah.

“Saya fikir apa yang penting bagi kami adalah untuk memastikan kami dapat mewujudkan loji janakuasa dengan segera di pantai timur Sabah.

“Ini perlu bagi Sabah. Dan ia adalah sumbangan yang baik oleh Petronas bagi memastikan banyak mana pun gas yang dicarigali di Sabah ia dipergunakan untuk menjana elektrik untuk pantai barat,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali TNB di sini, hari ini.

Katanya, adalah berisiko untuk menempatkan kesemua loji janakuasa di pantai barat dan memindahkan kuasa elektrik itu ke kawasan timur seperti yang dicadangkan oleh banyak pihak.

“Apa yang kami tidak mahu ialah apabila terputusnya bekalan di kawasan pantai timur tidak terdapat sokongan sama sekali,” katanya.

Che Khalib berkata, TNB telah menangguhkan rancangan untuk membina bangunan ibu pejabat korporatnya yang baru bagi memenuhi keperluan pengembangan dalam operasi.

“Semua perkara adalah sukar sekarang, yang pastinya sehinggalah perkara ini berubah menjadi yang lebih baik,” katanya.

Ibu pejabatnya yang baru akan terletak bersebelahan ibu pejabat sedia ada di Jalan Bangsar.

Bangunan baru itu dijangka membolehkan syarikat utiliti itu berjimat daripada segi sewa memandangkan operasinya berada di banyak tempat.

– Bernama

18 11 2008
armendrah

PARLIMEN
51 sekolah baru dibina di Sabah
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Sebanyak 51 buah sekolah baru akan dibina di Sabah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi memastikan pelajar di negeri itu mendapat kemudahan pembelajaran yang terbaik.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah itu melibatkan pembinaan 14 sekolah rendah, 35 sekolah menengah harian dan masing-masing sebuah sekolah sukan dan sekolah teknik.

Beliau berkata, kementerian itu turut menyediakan peruntukan sebanyak RM174 juta bagi menyelenggara sekolah, asrama dan institusi pendidikan di negeri itu dari tahun 2006 hingga 2008.

”Peruntukan yang besar yang diluluskan untuk penyenggaraan institusi pendidikan dan sekolah di Sabah adalah berikutan keadaan fizikal bangunan di sana yang agak uzur dan memerlukan banyak baik pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) mengenai jumlah sekolah baru yang akan dibina di negeri itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tambahan Abdul Ghapur, beliau berkata, kementerian itu sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan bagi mengatasi masalah perabut tidak berkualiti yang dibekalkan di sekolah-sekolah negeri itu.

”Tidak ada gunanya kita menyediakan sekolah-sekolah yang canggih dan besar tetapi daripada segi kelengkapan ia kurang bermutu,” ujarnya.

Tambah beliau, kos bahan binaan yang semakin meningkat telah memaksa kementerian itu untuk mengecilkan saiz sekolah yang dibina.

”Pendekatan membina sekolah yang besar sepanjang RMK-9 tidak diteruskan sebagai usaha berjimat-cermat dan langkah mengecilkan saiz ini turut melibatkan projek yang telah diluluskan,” jelasnya.

25 12 2008
mangkukhayun

SELOKA NASIB MELAYU

Aduhai malang nasibmu Melayu
dagang lalu disangka wali
rupanya dagang mencari pitis
ada tanah dilaburkan
anak sendiri hidup menumpang
ada bahasa dibuang-buangkan
bahasa penjajah juga dipandang
kerana anak lemah Inggeris
seluruh ilmu hendak diInggeriskan
aduhai malang nasibmu Melayu
ada pemimpin asyik bersengketa
hidup rakyat tidak terbela
orang lain berjalan lurus
engkau berjalan bengkang-bengkok
aduhai malang nasibmu Melayu
bahasa orang diwajibkan di universiti
bahasa sendiri kurang dipercayai

24 Jun 2002

Penulis: Baha Zain

18 06 2009
enma ai

saya kagum dengan sejarah yang di miliki pada MUZIUM SABAH……tpi saya trtnya2 siapa pengasas pada muzium sabah ini! bolehkah saya tahu dengan lebih lanjut lagi ttg sejarah yang terdapat pada muzium sabah ini?……

Tinggalkan Jawapan kepada armendrah Batal balasan