Kepimpinan Berteraskan Modal Insan

18 11 2008

1. Setiap orang yang datang ke pejabat saya di kawasan Fajar, Lahad Datu pasti tertanya-tanya tentang MOTTO kami iaitu ‘Kepimpinan Berteraskan Modal Insan’.

2. Perkataan ‘Modal Insan’ atau Human Capital telah dicetuskan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi tidak lama dahulu.

3. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.

4. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi.

5. MODAL INSAN merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

6. Itu adalah maksud modal insan. Tetapi yang lebih penting dari itu adalah motto tadi yang menekankan perkataan ‘Kepimpinan‘. Perkataan ini membawa pengertian ‘role-model’ yang mempunyai nilai jatidiri ‘Modal Insan’ yang dimaksudkan. Secara langsung ia adalah berkait terus dengan kita semua selaku ketua, baik ibu-bapa, suami, pegawai, pengurus, ketua masyarakat dan semua orang yang mempunyai pengikut dibelakangnya.

7. Saya sebenarnya sangat menaruh harapan kepada seluruh warga P188 Silam mengenai hal ini. Saya sangat berbangga jika satu masa nanti semua bangsa di Silam menjadi modal insan yang berkualiti, mampu berdikari dan bersemangat KAIZEN (nilai peribadi orang Jepun) atau lebih hebat dari itu berperibadi seperti Rasullullah S.A.W

8. Terus saya teringat kepada satu pepatah lama: “Jika kau berikan aku ikan, maka aku akan kenyang untuk sehari, sebaliknya jika kau berikan aku kail dan mengajarkanku memancing, maka aku akan kenyang seumur hidupku”. Ia bermaksud ‘Daripada terus-menerus bergantung kepada orang lain, lebih baik jika kita berusaha untuk belajar dan meningkatkan kemampuan kita agar boleh seterusnya berdiri dan berusaha sendiri’.

9. Saya sangat kagum dengan sahabat-sahabat saya di Parlimen Malaysia, walaupun berpangkat YB dan sesetengahnya Datuk, namun mereka sentiasa ingin meningkatkan ‘modal insan’ diri mereka dengan belajar pelbagai ilmu moden, antaranya IT, Internet, Agama dan sebagainya. Mereka tidak malu untuk bertanya kepada sesiapa sahaja demi mendapatkan ilmu seterusnya menjadi seorang pemimpin yang berkualiti.

10. Cubalah anda bayangkan, jika seluruh warga Silam seperti itu, maka masalah sosial akan berkurangan dan masalah ekonomi dapat dihapuskan sekaligus. Ini kerana Silam menyediakan seribu peluang untuk warganya menjadi maju. Peluang-peluang perniagaan dan penerokaan jelas terbentang luas di Silam. Artikel saya sebelum ini menyebut tentang peluang dan potensi di Silam cuma apa yang diperlukan untuk maju sebenarnya adalah ‘modal insan’.

11. Jika diibaratkan seperti membuka sebuah restoran, modal yang diperlukan adalah peralatan, kerusi-meja, perkakasan memasak, kedai, hiasan, dapur, menu menarik dan wang TETAPI jika tiada PEKERJA – maka restoran tidak dapat dibuka. Perniagaan tidak akan berlaku. Jadi modal utamanya ialah tukang masak, tukang cuci, waiter (Pelayan), casher (Juruwang), pembantu dapur dan pengurus. Semua ini adalah PEKERJA dan pekerja bermaksud ‘modal insan’.

12. Saya tertarik kepada seorang warga tua dan anaknya yang datang ke pejabat saya pada minggu lepas. Anak pakcik ini baru sahaja tamat pengajian ijazah sarjana dari universiti tempatan di Kuala Lumpur. Pakcik ini datang ke pejabat saya untuk mendapatkan surat sokongan kerana anaknya akan bertemuduga kerja (interview). Sempat saya mengucapkan tahniah kepada anaknya dan ini menyebabkan saya terharu dan bangga. Saya terharu kerana pakcik ini bijak menggunakan peluang dan saya bangga kerana seorang anak dapat berbakti kepada orang tuanya tanpa menyusahkan orang lain. Saya berdoa kepada mereka agar temuduga itu berjaya.

13. Semangat seperti ini yang kita mahukan. Ini kerana tuhan tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak mengubahnya. Hal ini dinamakan tanggungjawab. Dan tanggungjawab terbesar kita selaku ‘modal insan’ Malaysia adalah mendaftar selaku pengundi apabila umur sudah mencukupi.

14. Umur 21 diiktiraf sebagai ‘dewasa’ di Malaysia. Kemudian anda akan bekerja dan jika bernasib baik anda akan menjadi ketua atau pemimpin. Dan apabila menjadi seorang pemimpin, maka jadikanlah ‘Kepimpinan Berteraskan Modal Insan’ selaku pegangan anda.

15. Artikel ini saya tulis khas untuk mengingati diri saya sendiri. Saya sangat menghargai semua pandangan anda yang memberi komen dalam blog ini. Marilah kita sama-sama membangunkan Silam demi untuk kesejahteraan masa hadapan. Wallahualam.

salleh-kalbi


Tindakan

Information

19 responses

19 11 2008
armendrah

Assalamualaikum w.wbrkth dan salam sejahtera

Saya amat tertarik dengan tajuk blog pada kali ini yang membincangkan tentang modal insan.

Jabatan KEMAS dibawah Kementerian Kemajuan luar Bandar telah diberi peranan oleh YAB Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad badawi Perdana Menteri malaysia bagi Pembangunan Modal Insan.

Jabatan KEMAS memikul tugas dan tanggungjawab yang amat berat bagi membangunkan modal insan.

Kemas akan sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi membangunkan masyarakat luar bandar agar setanding dengan masyarakat bandar.Peranan Kemas dalam pembangunan modal insan seperti be
rikut:
1. TABIKA DAN TASKA KEMAS
Setiap parlimen dan DUN disetiap daerah, kemas memainkan peranan untuk membantu masyarakat bagi menyediakan perkhidmatan kepada ibubapa yang mempunyai anak untuk menerima pendidikan peringkat prasekolah.

Pepatah melayu mengatakan “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”….sebelum kanak-kanak melanjutkan pelajaran ke tahun satu terlebih dahulu kanak-kanak akan belajar pada peringkat prasekolah…kanak-kanak zaman sekarang beruntung kerana kerajaan telah menyediakan pusat asuhan kanak-kanak bukan sahaja di kemas malahan kementerian pelajaran telah menyediakan kelas-kelas taska di sekolah rendah.

Guru-guru yang mengajar di tabika kemas mendapat pendidikan peringkat diploma di maktab-maktab seluruh negara. Ini bermakna kualiti guru-guru kemas adalah sama seperti guru-guru di bahagian pelajaran.

Saya amat terharu apabila ibubapa menghantar anak-anak ke tabika kemas. Komitmen ibubapa adalah amat penting bagi memberi sokongan kepada kanak-kanak agar mendapat pendidikan.

Sekali lagi saya tekankan bahawa Anak adalah harta paling berharga.

2.Gerakan Daya Wawasan
Gerakan Daya Wawasan diwujudkan bagi melahirkan kampung-kampung berpotensi menjadi sebuah kampung maju,menarik dan menguntungkan.
Sebagai contoh kampung-kampung yang berjaya di Parlimen Silam GDW Kg. Cocos,GDW Kg.Jawa,GDW Kg. Telisai dan lain-lain lagi.
Penglibatan kampung-kampung menjadi Gerakan Daya Wawasan adalam amat besar maknanya bukan hanya dalam bidang sosial malahan pembangunan ekonomi,pendidikan,pembangunan terancang dan banyak lagi.
Saya berharap kampung-kampung dapat menyertai Gerakan Daya Wawasan agar maju,menarik dan menguntungkan…

3.Unit Bina Insan
Kemas juga menyediakan kelas-kelas agama yang boleh dibuka dikawasan kampung-kampung yang amat memerlukan pengetahun terkini tentang dunia islam.
Antara aktiviti-aktiviti Unit Bina Insan ialah Pertandingan Festival Nasyid peringkat daerah,bahagian,negeri dan kebangsaan.Aktiviti lain seperti marhaban,tilawah alquran,kompang dan lain-lain lagi.

4.Pusat Sumber
Kemas juga memiliki bangunan Pusat Sumber sebagai medan rujukan bahan bacaan kanak-kanak,remaja,belia, dan orang awam dan lain-lain lagi.

5.Kelas Masakan
Kelas ini diadakan untuk membimbing remaja wanita dalam dunia masakan yang bersesuaian.Ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru ini akan dapat melahirkan remaja wanita yang mahir dalam ilmu masak-memasak.

6.Kelas jahitan
Kemas telah ramai melahirkan remaja wanita dalam pendidikan kemas jahitan. Sehingga kini ramai yang telah membuka kedai-kedai jahit samada secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran.

7.Pendidikan Literasi Komputer
Kelas komputer amat diminati oleh remaja lepasan sekolah menengah mahupun golongan dewasa,kakitangan kerajaan dan swasta, ngo.

Peranan Jabatan Kemas diseluruh negeri dalam memartabatkan Pembangunan Modal Insan telah mengangkat martabat rakyat di kawasan luar bandar. Saya amat berbangga dengan Jabatan KEMAS yang mengajar erti Pembangunan Modal Insan secara menyeluruh.

Syabas dan Tahniah kepada Pengarah KEMAS Negeri Sabah
Yang Berbahagia Tuan Mohd Khadri bin Hj. Ahmad yang menggerakkan Pembangunan Modal Insan di Sabah……

19 11 2008
armendrah

Rencana

——————————————————————————–
19 November, 2008 10:54 AM

HIV: Perlu Masyarakat Yang Lebih Penyayang

Oleh Melati Mohd Ariff

Bahagian 3 daripada 3 Siri Rencana

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Rata-rata rakyat Malaysia adalah masyarakat penyayang. Apabila berlaku sesuatu bencana, ramai yang akan tampil menghulurkan bantuan.

Namun apabila berhadapan dengan isu HIV (Human Immunodeficiency Virus) dan Aids (Acquired Immune Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit, kemungkinan besar ramai yang akan mengambil sikap berbeza. Antaranya, menjauhkan diri apabila mengetahui seseorang itu mempunyai virus atau penyakit itu.

Sebahagian besar penyebabnya ialah mereka takut dijangkiti. Kebimbangan inilah yang mencetuskan diskriminasi dan stigma berterusan dan menyebabkan mereka yang positif HIV terus tersisih.

Lebih malang lagi apabila berlaku pemulauan, bukan oleh masyarakat, tetapi kaum keluarga sendiri.

TAKUT KERANA JAHIL

Bagi Indra Kumari Nadchatram, diskriminasi dan pemulauan berlaku kerana kejahilan dan kurang maklumat.

Beliau yang berkhidmat sebagai pegawai komunikasi Malaysia dengan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sebelum ini berurusan selama 10 tahun dengan orang yang positif HIV dan Aids ketika bersama Yayasan Aids Malaysia (MAF).

“Ada yang masih tidak tahu cara penjangkitan HIV kerana itu mereka bimbang untuk mendampingi orang yang positif HIV. Mereka benar-benar takut,” katanya.

Untuk itu, kata Indra, maklumat yang tepat dan lengkap mengenai HIV/Aids perlu disampaikan kepada masyarakat termasuk golongan muda.

Ini, katanya, berdasarkan laporan UNAids yang dikeluarkan Ogos lepas, daripada statistik jangkitan baru HIV di peringkat global, 45 peratus ialah mereka yang berusia antara 15 hingga 24 tahun.

“Di Malaysia, satu pertiga kes jangkitan HIV melibatkan mereka yang berusia antara 13 hingga 29 tahun. Ini membimbangkan. Kita perlu mendidik golongan muda supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat.

“Daripada pengalaman kita sendiri di seluruh dunia, pendidikan adalah yang terbaik. Mesej utama ialah jangan libatkan diri dengan perilaku yang berisiko. Sebagai anak muda, keutamaan mereka ialah berusaha untuk masa depan mereka, karier mereka serta belajar tentang orang di sekeliling mereka,” kata Indra.

PUTUS ASA

Indra juga sudah berhadapan dengan banyak kes yang menyedihkan khususnya membabitkan orang yang hidup dengan HIV (OHH) yang menjadi putus asa akibat diskriminasi, stigma dan pemulauan masyarakat dan keluarga.

Katanya tiada sokongan dan stigma boleh mendorong OHH menjadi putus asa untuk meneruskan kehidupan.

“Saya banyak melihat contoh mereka yang positif HIV putus asa kerana tidak ada sokongan keluarga. Macam mana nak hidup lagi sekiranya tak dapat menceritakan masalah yang dihadapi.

“Nak pergi jumpa doktor takut orang akan dapat tahu dia positif HIV, takut nak beritahu kawan-kawan, nanti hilang pekerjaan. Semuanya ini membuatkan orang ini hidup dalam serba ketakutan. Dia menjadi lebih sakit sedangkan dengan rawatan yang teratur, HIV boleh dirawat dan menjadikan kehidupan orang ini lebih berkualiti,” kata Indra kepada Bernama dalam satu wawancara selepas bengkel media mengenai Kanak-Kanak dan HIV dan Aids anjuran Salt Media Consultancy Sdn Bhd di sini baru-baru ini.

PENTINGNYA KASIH SAYANG

Indra berkongsi beberapa kes untuk dijadikan teladan. Satu membabitkan pasangan suami isteri Zaki dan Ina (bukan nama sebenar). Kedua-duanya positif HIV.

Ina mendapat HIV daripada Zaki, pengguna dadah. Kedua-duanya dibenci dan dipulau keluarga masing-masing. Keluarga Zaki menyalahkan Ina dan keluarga Ina menyalahkan Zaki.

Suami isteri ini akhirnya berpisah dan kembali kepada keluarga masing-masing sehinggalah kedua-duanya menghembuskan nafas yang terakhir.

Kisah tragik Zaki dan Ina berbeza dengan senario cerita Zack (bukan nama sebenar).

“Apabila doktor memberitahu ibu Zack yang dia tidak boleh berkongsi apa juga yang digunakan oleh Zack termasuk pinggan makan, ibunya memberitahu yang dia tak kisah. Itulah kasih sayang seorang ibu,” kata Indra.

Zack, menurutnya hidup lama selama 18 tahun selepas didiagnosis mengidap HIV dan Zack bertuah kerana mendapat sepenuh kasih sayang dan sokongan keluarga terutama ibunya.

“Banyak lagi kisah sedih. Ada seorang pekerja seks yang positif HIV, sudah insaf dan ingin sangat kembali ke pangkuan keluarganya tetapi keluarganya enggan terima sehinggalah dia meninggal dunia. Jenazahnya tidak diuruskan keluarganya, ia diurus sukarelawan Yayasan PT,” tambahnya.

Yayasan PT atau sebelum ini dikenali sebagai Pink Triangle adalah badan sukarelawan yang diasaskan pada 1987 untuk memberi kaunseling mengenai HIV dan Aids. Aktivitinya telah berkembang, antaranya program “Positive Living” dan pendidikan mengenai HIV dan Aids di samping program penjagaan dan sokongan.

PERLU KESEDARAN

Sukarelawan The Buddies Society of Ipoh, Afizah Bani Hashim turut berkongsi pengalaman mengendalikan kes-kes OHH. Badan amal yang disertainya ini mempunyai 200 pelanggan sekitar Perak. Lebih 50 peratus adalah perempuan.

Afizah sendiri mempunyai 20 pelanggan, kebanyakannya ibu tunggal yang dijangkiti HIV. Anak-anak mereka ada yang positif dan ada yang tidak.

Takut dipulau, katanya, menyebabkan ramai yang tidak mahu mendedahkan status mereka bukan sahaja kepada jiran tetapi juga keluarga sendiri.

Afizah berkongsi beberapa kes diskriminasi yang berlaku kepada OHH yang diuruskannya.

“Pernah saya perlu membawa seorang perempuan ke hospital. Di samping positif HIV, dia juga menghidap kanser. Tiada jiran nak bantu papah dia ke kereta saya. Saya terpaksa mengangkatnya sendirian. Mereka takut nak pegang dia,” kata Afizah.

Beliau juga menceritakan satu lagi kes yang membabitkan seorang perempuan yang mendapat HIV daripada suaminya. Anak bongsunya juga positif HIV.

“Perempuan ini tidak tahu suaminya OHH. Apabila suaminya sakit teruk, keluarga suaminya membawa dia balik ke kampung dan dia hanya tahu sebab suaminya meninggal melalui sijil kematian.

“Bila buat pemeriksaan kemudian, dia dan anak bongsunya disah positif HIV. Perempuan ini kemudian meninggal dunia kerana denggi. Anaknya dibela pakcik. Bila dihantar ke tadika, pihak sekolah dimaklumkan tentang penyakit budak ini.

“Yang sedihnya setiap kali budak ini perlu makan ubatnya, cikgunya memberitahu dia supaya jangan datang ke sekolah. Budak ini pun jika bertanya soalan, cikgunya tidak melayan soalan dia. Lama kelamaan budak ini tak mahu lagi pergi ke sekolah. Yang akhir saya tahu budak ini sudah dihantar ke rumah anak yatim,” kata Afizah.

BILA KANAK-KANAK DIJANGKITI HIV

Sebenarnya, banyak lagi kisah sedih yang menimpa OHH termasuk kanak-kanak.

Sukarelawan Yayasan PT yang hanya mahu dikenali sebagai Mitch berkata antara yang dilakukan pihak sukarelawan ialah melawat pesakit HIV di hospital termasuk pada waktu malam.

Mitch, 41, terpanggil untuk menjadi sukarelawan Yayasan PT apabila terbaca artikel mengenai OHH yang antaranya menyebut bagaimana jenazah dimandikan dengan klorok.

“Saya merasa sungguh sedih membaca artikel itu dan di dalam artikel itu dimuatkan berita mengenai Yayasan PT dan program Positive Livingnya dan saya ingin menyumbang bakti saya di mana yang terdaya,” katanya.

Di antara pesakit HIV yang dikunjungi Mitch pada awal pembabitannya dengan Yayasan PT ialah kanak-kanak, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

“Kanak-kanak lelaki ini mendapat HIV daripada ayahnya. Ibunya sudah meninggal dunia. Setiap malam kami melawatnya. Kenapa? Pada kami semua kanak-kanak adalah istimewa. Suatu malam kami melawat kanak-kanak ini dan kami melihatkan kelainannya. Matanya meliar. Rakan saya membacakan al-Fatihah di telinganya.

“Keesokan harinya, kami mendapat panggilan dia sudah meninggal dunia. Kamilah yang menguruskan jenazahnya sehingga kepada pengkebumiannya. Ayahnya? Hidup dia pun terumbang-ambing. Keluarga yang lain tidak mempedulikannya,” cerita Mitch.

Dia juga teringatkan kanak-kanak perempuan yang disifatkannya sebagai seorang yang periang.

“Kanak-kanak ini ada kudis di kepala. Budak-budak, apalah yang dia tahu, kalau sakit, dia menangis. Cara mereka tonyoh kepala dia, saya menjadi begitu marah melihatkannya.

“Cara mereka mandikan dia pun, kadang-kadang mereka pakaikan balik baju yang basah. Kami akan bawa baju, mandikan dia balik. Kalau dia kencing malam, tak ada siapa yang tukar. Seorang kanak-kanak yang periang. Tuhan lebih sayangkan dia. Dia sudah meninggal dunia,” kata Mitch.

Menurut beliau, sememangnya latihan untuk menjaga pesakit HIV boleh diberi tetapi sama ada dipraktikkan, itu yang menjadi persoalannya.

MASIH MENEBAL

Bagi Mitch yang kini menjadi sukarelawan sepenuh masa Yayasan PT, diskriminasi masih menebal dalam kalangan masyarakat negara ini terhadap OHH dan pesakit Aids.

Seperti Indra, dia turut berpendapat diskriminasi berlaku kerana orang ramai tidak diberi maklumat yang cukup mengenai HIV dan Aids.

Pihak kerajaan dan media, katanya mempunyai peranan penting untuk mendidik masyarakat umum.

“Kalau tengok drama yang memaparkan OHH yang kusut-masai, kurus-kering, tak terurus, ini semua karut. Kami ada pelanggan yang 15 tahun, 16 tahun hidup dengan HIV, tidak ada ambil ubat tetapi sihat.

“Jadi apa yang digambarkan tak betul. Paparan inilah yang mempengaruhi minda masyarakat, menyebabkan masyarakat memandang hina kepada OHH. Juga kata-kata “AIDS ITU PEMBUNUH” atau “HIV ITU ANCAMAN”, slogan ini juga tidak patut digunakan. Ini akan membuatkan orang merasa takut, buatlah slogan yang positif,” kata Mitch.

Dalam masa yang sama beliau juga berharap pihak keluarga OHH akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka dan meringankan beban yang dipikul badan bukan kerajaan.

PERLU AMBIL SERIUS

Dalam masa yang sama, mereka yang menghidap virus ini perlu juga mengambil serius tentang penyakit mereka seperti yang diberitahu Dr Wong Zhiqin, 28, kepada Bernama.

“Masalahnya ialah dengan kumpulan OHH yang muda. Mereka ini kebanyakannya tidak berpelajaran tinggi dan tidak kisah dengan hidup mereka. Bukan sekali kena jelaskan kepada mereka tentang HIV, berkali-kali kena ingatkan mereka.

“Mereka juga datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan ikut mood. Mereka ini macam budak kecil. Kita kena ingatkan jangan lupa makan ubat,” kata Dr Wong, anggota Malaysian Society for HIV Medicine (MaSHM).

Sebagai doktor yang bertugas di Klinik Penyakit Berjangkit yang mengendalikan antaranya pesakit HIV dan Aids, Dr Wong berkata dengan rawatan yang ada sekarang, OHH boleh menjalani kehidupan mereka seperti orang lain terutama mereka yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga mereka.

— BERNAMA

19 11 2008
armendrah

Ekonomi

——————————————————————————–
18 November, 2008 23:13 PM

Industri Peladangan Perlu Bangunkan Dan Perkukuhkan Kapasiti Institusi

SHAH ALAM, 18 Nov (Bernama) — Industri perladangan perlu membangunkan dan memperkukuh kapasiti institusi masing-masing bagi memenuhi perubahan senario global atau globalisasi, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata usaha itu akan memastikan daya saing mereka dalam mempromosi komoditi masing-masing dalam pasaran tradisional selain meingkatkan usaha untuk membuka pasaran baru dan khusus.

Kelembapan ekonomi semasa memperlihatkan industri perladangan mengalami aliran harga menurun bagi kebanyakan harga komoditi, terutama minyak sawit, katanya.

“Dalam hubungan ini, kerajaan mengumumkan beberapa langkah untuk menstabilkan keadaan, termasuk memperkenalkan program penanaman semula sawit serta penggunaan mandatori biodiesel berasaskan minyak sawit,” katanya semasa merasmikan Persidangan dan Pameran Industri Peladangan Antarabangsa (IPiCEX 2008) kedua di sini malam ini.

Persidangan itu dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA dengan usaha sama Institut Pengurusan Perladangan Antarabangsa bertema “Menjana Semula Sektor Perladangan: Globalisasi, Mempelbagaikan dan Isu-isu Alam Sekitar.

Minyak sawit kini merupakan tanaman utama negara membabitkan kawasan lebih empat juta hektar berbanding hanya 55,000 hektar pada 1960, katanya.

Chin berkata majoriti daripada eksport minyak sawit Malaysia yang sebelum ini dalam bentuk minyak mentah. kini dijadi minyak yang diproses, bagi kedua-dua produk makanan dan bukan makanan.

Proses kepelbagaian itu juga menghasilkan industri baru berasaskan minyak sawit, termasuk kimia oleo, nutraseutikal dan biodiesel berasaskan sawit, katanya.

Chin berkata seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Malaysia, industri perladangan digalakkan beralih kepada aktiviti pemprosesan hiliran.

Tujuan utamanya ialah untuk membolehkan pelaksanaan aktiviti pembuatan bernilai tambah yang lebih tinggi, yang mewujudkan nilai ekonomi yang lebih baik serta peluang pekerjaan dan menambah pendapatan,” katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan dan industri perladangan negara akan terus menjalankan usaha bersepadu dalam memastikan pembangunan industri itu dijalankan secara mapan dan teratur.

Chin berkata IPiCEX 2008 patut menjadi ruang bagi semula pemegang kepentingan dalam industri perladangan untuk memperbaharui dan menggunakan semua potensi menerusi usaha sama di kalangan peserta industri itu.

— BERNAMA

19 11 2008
armendrah

BERITA UTAMA
TPM garis 6 langkah perkukuh kewangan Islam

Oleh HERMAN HAMID dan DALIZA ARIFFIN

Najib Tun Razak memukul gong sebagai simbolik perasmian Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur dengan disaksikan Azizan Abd. Rahman (tiga dari kiri) di Kuala Lumpur, semalam.
-Gambar ZAINI HUSIN

——————————————————————————–

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan enam langkah bagi memperkukuhkan sektor kewangan Islam yang pada masa kini dianggap masih terlalu kecil berbanding potensinya yang sebenar.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini dapat dilihat bagaimana pasaran sektor berkenaan ke atas umat Islam yang berjumlah lebih satu bilion di seluruh dunia itu sendiri masih belum diterokai sepenuhnya.

”Salah satu penyebab utama yang menghalang pertumbuhan kewangan Islam ialah kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat berhubung alternatif yang ditawarkan dalam perbankan, insurans dan pelaburan.

”Oleh itu, dalam mengatasi masalah ini, industri kewangan Islam mesti secara berterusan mendekati dan mendidik masyarakat,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena majlis perasmian Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA), Datuk Azizan Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin.

Najib berkata, selain itu, kewangan Islam sendiri perlu memperbanyakkan kajian dan penyelidikan yang melibatkan semua peringkat meliputi pengawal selia, pengamal dan ahli akademik bagi memperkukuhkan kefahaman.

Kata beliau, pada masa sama, pelaburan terhadap modal insan turut perlu diberi tumpuan kerana kurangnya pengetahuan dalam kewangan Islam yang sering dikaitkan dengan kekurangan pakar berkelayakan dalam bidang berkenaan.

”Justeru, ia telah memberi kesan kepada inovasi produk-produk dan perkhidmatan yang diperkenalkan.

”Terdapat juga keperluan yang mendesak untuk mewujudkan kesedaran yang lebih meluas terhadap kewangan Islam dalam kalangan peserta pasaran melalui penyelidikan, pendidikan dan latihan,” jelasnya.

Najib menambah, selain itu, mana-mana perkara yang mempunyai perbezaan pendapat yang meluas haruslah disemak dan dinilai semula dalam usaha untuk mencapai penyelesaian yang lebih baik.

Katanya lagi, walaupun prinsip syariah membenarkan perbezaan pendapat, ia tidak harus menjadi satu halangan selagi mana ia bersandarkan kepada hujah dan metodologi perundangan yang diiktiraf.

”Mekanisme kepada penyelesaian pertikaian juga harus berbentuk yang lebih sesuai dengan peraturan undang-undang dan kaedah Islam.

”Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang boleh membawa kesan tidak elok ekoran daripada penghakiman yang janggal dan tidak ketentuan,” ujarnya.

Menurut Najib, yang terakhir, isu-isu berkaitan dengan peraturan dan pengawalseliaan juga seharusnya diberi perhatian secara saksama dan memuaskan untuk mengangkat kewangan dan perbankan Islam setanding dengan standard antarabangsa.

”Untuk mendepani cabaran ini, prosedur pengawasan dan pengawalseliaan harus dibangunkan dan pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap prosedur dan struktur sedia ada.

”Oleh kerana sektor perbankan diselia dengan ketat, maka sebarang pengubahsuaian hendaklah dilakukan dengan penuh berhati-hati kerana apa sahaja kegagalan akan menjejaskan keyakinan pendeposit dan pelabur terhadap bank-bank Islam,” katanya.

19 11 2008
armendrah

PARLIMEN
10 kawasan Parlimen paling banyak anjur majlis
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Sebanyak 10 kawasan Parlimen Barisan Nasional (BN) didapati paling banyak menganjurkan majlis sambutan perayaan pada tahun lalu termasuk Hari Kebangsaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharum berkata, kesemua kawasan Parlimen terlibat turut membelanjakan Peruntukan Khas hampir RM10 juta bagi menjayakan program-program berkenaan.

Beliau memberitahu, antara program yang diadakan di kawasan Parlimen itu ialah sambutan bulan puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan Hari Kebangsaan.

Turut diadakan katanya, ialah sambutan perayaan Gawai, Dayak, Pesta Ka’amatan, Wesak dan Good Friday.

”Perbelanjaan bagi program ini adalah meliputi kos penyediaan makan minum, sewaan khemah dan peralatan, pemberian sumbangan kepada fakir miskin, bantuan untuk anak yatim serta orang kurang upaya (OKU),” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurutnya, kawasan Parlimen BN yang terlibat ialah Tenom, Dungun, Putatan, Tawau, Silam, Kuala Nerus, Sepanggar, Kuala Terengganu, Parit dan Marang.

Katanya, Parlimen Kuala Terengganu merupakan paling banyak menganjurkan majlis iaitu sebanyak 304 program dengan melibatkan perbelanjaan RM917,588.

Kuala Nerus pula menganjurkan 248 majlis dengan perbelanjaan RM946,115, Marang 186 majlis dan membelanjakan RM914,250 dan Parit 137 program dengan perbelanjaan RM916,407.50

19 11 2008
armendrah

BICARA AGAMA
Sirah dan syariat haji

Oleh Putera Shith al-Madani

Mengerjakan haji, iaitu rukun Islam yang kelima merupakan satu ibadah yang sungguh unik. Selain merupakan satu ibadah khusus yang dikerjakan ikhlas semata-mata mencari keredaan Allah SWT, ia juga merupakan satu syiar penyatuan dan perpaduan umat Islam seluruh alam.

Dari sudut sejarah pula, haji merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan semenjak manusia diutuskan menjadi khalifah di muka bumi ini. Menurut satu riwayat, nabi Adam a.s. merupakan individu pertama yang mengerjakan ibadah haji di Baitullah.

Selepas melangkaui satu jangka masa yang sungguh panjang, ibadah haji sekali lagi telah disyariatkan pada zaman nabi Ibrahim a.s. dan telah menjadi satu syiar agung serta ikutan bagi para nabi a.s. yang diutuskan selepas Baginda.

‘Urwah ibn al-Zubir berkata: “Telah aku terima satu perkhabaran bahawa nabi Adam dan Nuh a.s. telah pergi menunaikan ibadah haji, manakala nabi Hud dan Saleh a.s. tiada berkesempatan mengerjakannya kerana kesibukan mentadbir kaum mereka. Kemudian Allah telah mengutus nabi Ibrahim a.s. di mana beliau telah pergi menunaikan haji serta diajar oleh Allah berkaitan tatacara melaksanakan manasik yakni kerja-kerja haji. Allah tidak mengutus nabi-nabi selepas beliau melainkan mereka itu turut menunaikan ibadah haji di Baitullah”. (Hashiah ibn Hajar al-Haitami, hlm 8)

Berdasarkan catatan sejarah yang dinukilkan secara ringkas ini, dapatlah kita fahami bahawa ibadah haji merupakan syariat yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad SAW sebagai menyambung dan memperbaharui ajaran nabi Ibrahim a.s.

Namun, sebelum membicarakan tentang sejarah ibadah haji Rasulullah yang dikenali dengan Hajjatul Wada’, terlebih dahulu diceritakan tentang ibadah umrah yang dilaksanakan oleh Baginda. Ini kerana, ibadah haji dan umrah merupakan kewajipan yang saling berkait antara satu sama lain.

Firman Allah SWT: Dan sempurnakanlah ibadah haji serta umrah kerana Allah. (al-Baqarah: 196) Rasulullah SAW pula bersabda: “Mengerjakan haji dan umrah merupakan dua perkara fardu (wajib), bolehlah engkau kerjakan yang mana satu terlebih dahulu (sama ada haji atau umrah)”. (riwayat al-Dailami & al-Hakim)

Para ulama dan sejarawan sependapat mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah pergi mengerjakan umrah sebanyak empat kali. Dalam sebuah hadis, Hammam r.a. berkata: Nabi SAW mengerjakan umrah sebanyak empat kali, semuanya dilakukan dalam bulan Zulkaedah, kecuali umrah yang baginda SAW kerjakan berserta dengan hajinya. Umrah-umrah tersebut ialah: umrah dari Hudaibiyyah, umrah pada tahun berikutnya (umrah al-Qadha’), umrah dari Ja’ranah dan umrah yang dikerjakan bersama dengan haji baginda SAW. (riwayat al-Bukhari)

Umrah Hudaibiah:

Rasulullah SAW telah berangkat dari Madinah pada awal bulan Zulkaedah bersamaan hari Isnin, 6H. Baginda diiringi oleh isterinya, Ummu Salamah r.a. dan 1,400 orang sahabat r.a. yang siap bersenjata.

Selepas berihram di Zul Hulaifah, rombongan baginda bergerak menuju ke Mekah. Apabila hampir tiba, Rasulullah dimaklumkan akan keengganan kaum Quraisy membenarkan rombongan-Nya memasuki Mekah untuk menunaikan umrah.

Justeru, bagi menghindari sengketa, Rasulullah SAW telah menukar arah perjalanan lalu menuju ke Hudaibiah yang terletak 24 kilometer (km) dari Masjidil Haram.

Rasulullah mengutus Uthman ibn Affan r.a. untuk berunding dengan Quraisy bagi mendapatkan keizinan tetapi beliau telah ditahan. Keadaan ini menjurus kepada termeterainya Baiatul Ridhwan antara Baginda dan para sahabat r.a. untuk berjuang menentang Quraisy hingga ke titisan terakhir.

Apabila ia diketahui oleh Quraisy, mereka telah menghantar utusan demi utusan dan akhirnya satu perjanjian damai telah dicapai yang dikenali sebagai Sulh al-Hudaibiah. Antara kandungannya ialah kaum muslimin hanya dibenarkan menunaikan umrah pada tahun berikutnya.

Oleh kerana tiada berkesempatan mengerjakan umrah, Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. telah melakukan ihsar bagi membebaskan diri dari ihram dan larangannya dengan menyembelih kambing dan bergunting.

Setelah berada di Hudaibiah selama 20 hari, Baginda dan rombongan pulang ke Madinah dan tiba pada pertengahan Zulhijjah, 6H.

Umrah al-Qada:

Perjalanan bermula pada bulan Zulkaedah, 7H. Dengan iringan 2,000 orang sahabat r.a. yang lengkap bersenjata dan wanita serta kanak-kanak, rombongan baginda telah berhenti di Zul Hulaifah untuk berihram sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah.

Apabila tiba di Ya’juj, segala kelengkapan peperangan disimpan di situ dan dijaga rapi oleh 200 orang sahabat r.a. Rasulullah SAW dan rombongan lalu meneruskan perjalanan menuju ke Masjidil Haram dengan sekadar membawa pedang yang bersarung dan disisip kemas di badan sambil bertalbiyah dengan penuh semangat.

Semasa mengerjakan tawaf pula, Rasulullah dan sahabat melakukan al-Ramal (berlari-lari anak) pada tiga pusingan pertama selain berittiba’ (menampakkan bahu kanan) pada keseluruhan pusingan. Selepas itu, baginda SAW mengerjakan saie, menyembelih kambing sebagai al-Hadyu di Bukit Marwah sebelum bercukur.

Selesai mengerjakan umrah, Rasulullah telah tinggal di Mekah selama tiga malam di mana Baginda telah berkahwin dengan Maimunah binti al-Harith r.a.

Namun, atas keengganan Quraisy membenarkan baginda tinggal lebih lama, maka pada pagi hari yang keempat, baginda dan rombongan bertolak menuju ke Sarifa. Di sinilah Rasulullah berkesempatan meraikan perkahwinan baginda bersama Maimunah r.a. dan memulakan kehidupan sebagai suami isteri.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. dan rombongan-Nya meneruskan perjalanan pulang ke Madinah dan selamat tiba pada bulan Zulhijjah, 7H.

Umrah al-Ja’ranah:

Umrah dari al-Ja’ranah yang jauhnya 24 km dari Masjidil Haram telah dilaksanakan oleh baginda Rasulullah SAW pada bulan Zulkaedah, 8H iaitu selepas baginda selesai membahagikan harta rampasan peperangan Hunain kepada tentera-tenteranya pada sebelah siang.

Hadis yang diriwayatkan oleh Muharrish al-Kalbi r.a. menceritakan bagaimana Rasulullah telah pergi menunaikan umrah dari Ja’ranah pada suatu malam dan segera kembali.

Tidak lama selepas itu Baginda berangkat pulang ke Madinah dan selamat tiba pada enam hari terakhir daripada bulan Zulkaedah. Sebenarnya, perjalanan umrah Rasulullah dari Ja’ranah serta kaifiatnya sukar diperolehi secara terperinci di dalam kitab-kitab sejarah.

Malah, ramai dalam kalangan para sahabat r.a. yang tidak mengetahui bahawa Rasulullah SAW. telah berkesempatan menunaikan umrah pada tahun tersebut.

19 11 2008
Wakil Staf Parlimen

assalammualaikum w.b.t….

TAHNIAH saya ucapkan kpd YB kerana berjaya membawa pembangunan untuk Parlimen Silam yg sekian lama ketinggalan dr pelbagai aspek sama ada prasarana dan peluang perkerjaan walaupun baru 8 bulan berkhidmat sebagai YB untuk rakyat P.188 Silam.

Selain dr pembangunan yg selalu ditekan oleh YB dlm Misi & Visinya, YB juga tidak lupa kpd golongan belia & beliawanis yg ingin menyambung pelajaran tetapi tidak kesampaian disebabkan pelbagai masalah sama ada kewangan dan sebaliknya, atas usaha YB dengan kerjasama AKMA Sabah peluang untuk mengikuti kursus komputer telah diwujudkan bagi kawasan Lahad Datu yang ditujukan kepada anak ibu tunggal dan anak orang miskin atau yang tidak berkemampuan. Mengambil iktibar dr kehidupan YB sendiri lalui, maka kursus komputer yg akan diadakan ini tidak memerlukan bakal pelajar membayar sebarang yuran ini kerana segala kos tersebut akan dibiayai oleh Yayasan Pelajaran Mara atas komitmen YB demi memajukan anak-anak ibu tunggal dan orang miskin untuk keluar dari kepompom kemiskinan….

Saya selaku wakil staf Parlimen P.188 Silam mengucapkan terima kasih kpd YB kerana memberi kepercayaan kpd kami untuk menjadi staf Parlimen P.188 Silam. Kepercayaan Yb akan kami balas dengan kesetiaan dan kesungguhan dalam berkerja serta kami juga akan sentiasa menjaga nama baik YB seperti kami menjaa nama keluarga kami sendiri…

TERIMA KASIH sekali lagi YB…..

SELAMAT ~ AMAN ~ MAKMUR
KEPIMPINAN BERTERASKAN MODAL INSAN
KASIH SAYANG MENRATKAN SILATURRAHIN DAN PERPADUAN

Dari Kami Staf Parlimen P.188 Silam….

19 11 2008
tidongboy

4 kawasan di Sabah berisiko gempa bumi
19/11/2008 12:28pm

Oleh HATA WAHARI

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Kota Kinabalu, Tawau, Kudat dan Lahad Datu di Sabah merupakan empat kawasan yang berisiko tinggi kemungkinan berlaku gempa bumi, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusof.

Katanya, memandangkan kawasan itu berisiko tinggi kerajaan telah menempatkan alat pengesan pergerakan bumi bagi membolehkan amaran awal diberikan kepada penduduk sekiranya berlaku gempa bumi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Salleh Kalbi (BN-Silam) yang ingin tahu adakah Sabah dilengkapkan dengan alat pengesan pergerakan bumi pada sidang Dewan Rakyat hari ini. – Utusan.

21 11 2008
armendrah

APA HARUS ANDA LAKUKAN SEMASA BERLAKU GEMPA BUMI

Sekiranya anda di dalam bangunan

Tinggal kekal di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang

teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Begerak ke arah laluan sebelah

dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling

kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek

yang jatuh) di mana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam

keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.

Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan

lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan bergulung boleh meremukkan

cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.

Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan

muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.

Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.

Padamkan semua api.

Sekiranya anda di luar bangunan

Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok,

bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh

ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik yang jatuh.

Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

Sekiranya di dalam stor yang sesak

Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi

mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan

keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.

Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.

Sekiranya di dalam bangunan tinggi

Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.

Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni

lain.

Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan

kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.

Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.

Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan

Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca,

kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

Sekiranya di dalam kereta yang bergerak

Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau

bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau

di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.

Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik

dan akan mengayak di atas spring semasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang

selamat untuk menilai situasi anda.

Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada

gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan

jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

roslimen@yahoo.com

21 11 2008
armendrah

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN TSUNAMI

1. Tidak semua gempa bumi mengakibatkan tsunami, tetapi kebanyakannya adalah berpotensi menghasilkan gelombang ini. Apabila anda mengetahui gempa bumi telah berlaku, bersedialah untuk menerima amaran tsunami.

2. Jangan terus berada di kawasan rendah di tepi pantai apabila terasa gegaran gempa bumi yang kuat. Bergeraklah menuju ke kawasan yang tinggi dan selamat.

3. Tsunami merupakan satu siri gelombang. Teruskan berada di kawasan yang tinggi sehingga pihak-pihak bertanggungjawab mengumumkan keadaan benar-benar telah selamat.

4. Gelombang tsunami yang kecil pada suatu kawasan pantai mungkin boleh menjadi sangat besar beberapa meter sahaja darinya. Jangan ambil mudah pada gelombang tsunami yang kecil pada mulanya.

5. Kehadiran tsunami biasanya didahului dengan air laut yang surut dengan tiba-tiba. Ini adalah tanda-tanda semulajadi terhadap kehadiran tsunami dan perlu diambil perhatian oleh orang ramai.

6. Semua amaran tsunami yang dikeluarkan perlu diambil serius oleh orang ramai. Tsunami yang berlaku pada May 1960 di Hilo, Hawaii contohnya telah mengakibatkan kematian seramai 61 orang kerana orang ramai menganggap amaran yang dikeluarkan hanyalah satu kesilapan.

7. Semua tsunami berpotensi untuk menjadi berbahaya walaupun mungkin tidak memusnahkan semua kawasan yang dilaluinya.

8. Jangan sesekali pergi ke tepi pantai untuk melihat gelombang tsunami. Apabila gelombang tsunami dilihat, anda sudah terlalu dekatnya dan sukar untuk menyelamatkan diri darinya.

9. Semasa berlakunya keadaan cemas akibat tsunami, pihak kerajaan, polis dan badan-badan kecemasan yang lain sedang cuba untuk menyelamatkan nyawa anda. Berikan sepenuh kerjasama kepada mereka.

roslimen@yahoo.com

21 11 2008
armendrah

MENGENAI TSUNAMI

Apa itu Tsunami?

Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelauhan’. Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut.

Dalam lautan yang dalam, gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana jarak dari puncak ke puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kapal yang belayar diatasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiaanya.
Apabila gelombang tsunami tiba di kawasan lautan yang kedalamannya makin mengurang, halajunya akan turut menjadi kurang. Apabila gelombang ini sampai ke kawasan pantai, hanya satu cara untuk mengabadikan tenaganya adalah dengan menambahkan ketinggian ombak.
Tsunami boleh menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda.

Bagaimana gempa bumi boleh menghasilkan Tsunami?

Gempa bumi merupakan salah satu sebab utama yang biasanya menghasilkan tsunami.
Tsunami akan terhasil apabila dasar lautan dengan tiba-tiba berubah kedudukan yang akan menyebabkan air berkocak kuat. Gempa bumi tektonik adalah gempa bumi yang biasanya akan menyebabkan kecacatan atau perubahan pada kerak bumi; apabila gempa bumi terjadi di dasar lautan, air yang berada dikawasan kejadian akan berubah dari kedudukan keseimbangannya. Gelombang akan terhasil dari perubahan jisim air, yang bertindak dibawah pengaruh graviti yang cuba untuk mengembalikan keseimbangan kedudukannya. Apabila kawasan dasar laut yang berubah kedudukan (terangkat atau turun) adalah luas, tsunami akan terhasil. Gelombang yang terhasil dapat bergerak dengan pantas.

Kelajuan Tsunami

Kelajuan gelombang tsunami boleh mencapai kelajuan sebuah jet iaitu melebihi 800 km/j. Ia boleh menyeberangi Lautan Pasifik dalam masa satu hari sahaja. Kelajuan ini akan menyebabkan kemusnahan yang dasyat apabila tiba di kawasan pantai.

roslimen@yahoo.com

21 11 2008
armendrah

Rencana

——————————————————————————–
20 November, 2008 12:38 PM

Leslie Davidson, Tuan Ladang Unggul

Oleh Ravichandran D. J. Paul

Siri Rencana Anugerah Merdeka

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Datuk Leslie Davidson, seorang daripada lima penerima sulung Anugerah Merdeka kerana sumbangan cemerlang terhadap pembangunan Malaysia dan rakyatnya, merupakan antara nama yang disegani dalam sektor perladangan kelapa sawit.

Keyakinan beliau bahawa penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah penting bagi industri berkenaan yang masih baru bukan sahaja membawa manfaat besar kepada penggiat industri tetapi juga menempatkan Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit nombor satu dunia.

Malaysia dan negara pengeluar minyak sawit yang lain banyak mendapat manfaat daripada pengalaman dan usaha beliau dalam mencari penyelesaian inovatif sejak 1960-an.

Semasa ditemubual, Davidson berkata; “Saya hanya salah seorang daripada ramai pengurus ladang dan saintis, warga Malaysia serta warga asing, yang menyumbangkan kepada kejayaan awal industri minyak sawit. Ramai yang telahpun bersara dan ada pun yang terbunuh semasa Darurat. Oleh itu saya anggap anugerah ini sebagai satu penghormatan bukan sahaja bagi mana-mana satu orang, tetapi kesemua yang terlibat.”

“Apabila saya tiba di Pamol Estate, Kluang, pada Mei 1951, semasa berusia 20 tahun, yang saya paling terasa ialah cuaca yang panas. Tiada pendingin hawa. Kelembapan yang tinggi di situ adalah ideal bagi pokok kelapa sawit tetapi bukan untuk manusia. Kluang pada masa itu merupakan antara kawasan hitam paling berbahaya semasa Darurat.

“Pada hari pertama saya di estet itu, apabila pengurus saya menghulurkan sepucuk Winchester Carbine, sebuah pistol automatik, dan menyediakan sebuah kereta perisai dan lima konstabel khas untuk mengiringi saya, saya rasa bagaikan telah sampai ke zon perang,” kata Davidson mengenai tanggapannya akan negara ini apabila tiba semasa Darurat.

Beliau berada di Semenanjung sehingga 1957 sebelum berpindah ke Cameroon di Afrika. Bagaimanapun, beliau dihantar ke Sabah pada 1960, yang pada masa itu sebahagian daripada Borneo, di mana beliau memainkan peranan penting membuka banyak ladang kelapa sawit bagi Unilever.

Davidson, 77, yang dilahirkan di Aberdeen, Scotland, akhirnya dilantik sebagai Pengerusi Unilever International Plantations Group.

GERAK HATI DAVIDSON MEMANG TEPAT

Apabila tiba di Sabah, beliau berhadapan dengan pelbagai cabaran getir. Di sinilah lelaki ini yang fasih berbahasa Melayu dan Hakka membuktikan semangat sebenar seorang perintis dalam bidangnya.

Hari ini Tungud Estate yang dimulakan oleh beliau meliputi kawasan seluas 25 kilometer persegi di pantai timur Sabah.

Ia bukan sahaja satu kejayaan bagi Davidson tetapi juga detik penentu bagi industri kelapa sawit. Pokok kelapa sawit, yang berasal dari Afrika Barat, walaupun membesar dengan baik di sini namun tetap gagal berbuah. Beliau berpendapat ini mungkin kerana kegagalan debunga daripada jantan untuk sampai ke bunga betina.

Bagaimanapun yang lain berpendapat ia adalah kerana hujan lebat tropika yang menghanyutkan debunga dan oleh itu penanaman kelapa sawit tidak sesuai di sini.

Tetapi Davidson beranggapan di sebaliknya kerana mengetahui serangga yang sebenarnya mendebunga pokok itu.

Kini satu-satunya penyelesaian ialah untuk menguji ‘hipotesis’ beliau dengan mendebunga menggunakan tangan yang beliau lakukan dengan menggajikan beratus-ratus orang. Hasilnya mengesahkan gerak hati beliau itu.

Bagaimanapun, beliau menyedari bahawa mendebunga menggunakan tangan adalah proses yang memerlukan banyak tenaga kerja dan hasilnya pula tidak memuaskan.

Beliau kembali ke London pada pertengahan 1970-an untuk mengambilalih jawatan timbalan pengerusi Unilever tetapi masalah di Sabah masih tidak dapat dilupakannya.

Beliau memaklumkan hal itu kepada pengurusan syarikat dan mendapatkan khidmat Dr Rahman Syed, seorang pakar bersama International Institute of Biological Control di Ascot, United Kingdom, untuk mencari penyelesaian.

Dr Rahman yang mengkaji pokok kelapa sawit di Cameroon mendapati sejenis kumbang berperanan dalam pendebungaan sementara di Malaysia sejenis serangga yang dikenali sebagai ‘thrips’ yang boleh ditemui di pokok kelapa melakukan tugas itu. Lagipun, thrips tidak terdapat di Borneo dan oleh itu pendebungaan tidak boleh berlaku.

Bagaimanapun kajian yang sama menunjukkan serangga ini tidak secekap kumbang. Selepas kajian teliti dijalankan, kumbang itu diperkenalkan di Malaysia dan kemudian ke ladang-ladang kelapa sawit di banyak negara Asia Tenggara, Pasifik dan Amerika Selatan.

Ia satu penemuan besar kerana pendebungaan berkesan telah membantu meningkatkan output minyak sawit sejak itu dan membolehkan penanaman kelapa sawit di banyak negara.

“Fasa pertama pengembangan sektor penanaman kelapa sawit (1950-1985) dicapai menerusi peningkatan hasil dan produktiviti (termasuk pendebungaan oleh serangga) yang menggandakan purata pengeluaran setiap hektar daripada 2 tan metrik kepada 4 tan metrik membawa output Malaysia daripada 50,000 tan metrik pada 1950 kepada 3 juta tan metrik pada 1985.

“Bagaimanapun, pada fasa kedua peningkatan besar daripada 3 juta tan metrik hingga 16 tan metrik dicapai dengan menanam lebih banyak lagi kawasan. Purata hasil setiap hektar sebenarnya telah menyusut sedikit,” jelas beliau.

Usaha Davidson itu menerima pengiktirafan apabila beliau dikurniakan gelaran Datuk bersama dengan Dr Rahman. Beliau sebenarnya telah mencetuskan satu budaya penyelidikan dan pembangunan bagi para pengurus lapangan serta penyelidik tempatan untuk membantu negara kekal di tangga teratas dalam sektor kelapa sawit.

PENUH DENGAN IDEA

Kemudian sebagai pengerusi Unifield di Bedford, beliau membantu menggalakkan teknik kultur tisu kerana teknik itu merupakan satu-satunya cara untuk menghasilkan klon-klon kelapa sawit yang mengeluarkan hasil yang tinggi.

Syarikat itu mengeksport anak-anak pokok yang dihasilkan dengan cara ini ke pelbagai bahagian dunia.

Ditanya nasihat beliau akan bagaimana Malaysia boleh terus kekal di hadapan dalam industri ini, katanya: “Dalam satu atau dua dekad akan datang kita harus kembali ke R&D dengan penekanan pada penambahbaikan hasil serta produktiviti, jadi peningkatan dalam pengeluaran dicapai dengan peningkatan minimum dalam kawasan tanaman.

“Anda perlu ingat akan sumbangan Malaysia dan industri minyak sawitnya dalam menyediakan makanan bagi dunia sejak beberapa dekad yang lepas, semasa banyak daripada negara-negara membangun bergantung kepada derma makanan daripada Barat.

Industri itu menghasilkan sepuluh kali lebih banyak minyak sayuran setiap hektar berbanding kacang soya serta menawarkan 20 kali lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Ini telah membolehkan Malaysia untuk kekal sebagai antara negara yang masih banyak berpokok di dunia. Jika Malaysia menanam kacang soya di sebalik kelapa sawit ia pasti tidak mengambil kawasan seluas 4.2 juta hektar tetapi 42 juta sedangkan lebih ramai akan menganggur di Asia Tenggara.

KENANGAN MANIS AKAN MALAYSIA

Mengenang semula zaman awalnya, beliau berkata; “Satu atau dua bulan selepas harijadi ke-21 saya, nasib baik saya terlepas daripada serangan hendap yang menunggu saya di pinggir kawasan yang dipugar. Jika tidak sudah pasti saya akan dikebumikan di Malaya.

“Bagaimanapun, balasan bagi kehidupan yang mencabar di Semenanjung dan kemudian di Sabah, ialah persahabatan seumur hidup yang saya telah jalin bersama rakyat Malaysia dari semua kaum. Kami turut serta dengan mereka dalam satu majlis besar di ladang untuk meraikan Merdeka pada 1957: Kami turut serta dengan mereka di Sabah, untuk meraikan pembentukan Malaysia pada 1963, dan saya gembira untuk turut serta dengan mereka sekali lagi untuk meraikan ulangtahun ke-50 Merdeka di KL pada tahun lepas.”

Lebih menarik, Davidson yang kini menetap di Ditchling, Sussex, di United Kingdom kini menyambung semula pendidikannya dengan mengikuti pengajian mengenai sejarah di Sussex University. “Walaupun lewat ia tetap menarik!”, kata Davidson apabila ditanya bagaimana beliau menghabiskan masa pada zaman persaraannya.

Beliau juga telah menulis sebuah buku berdasarkan kepada pengamatan beliau mengenai Sabah pada zaman awal.

Edisi kedua buku beliau ‘East of Kinabalu’ akan dilancarkan minggu ini. Buku itu menunjukkan semangat perintis serta pengalaman yang dilaluinya yang dianggap penting daripada sudut pandangan sejarah dan sastera. Maklumat dalam buku itu juga menunjukkan ciri seorang pemimpin yang pemurah di kalangan masyarakat majmuk di ladang.

Davidson merupakan antara lima pemenang Anugerah Merdeka 2008, satu inisiatif Petronas dan diasaskan bersama dengan ExxonMobil dan Shell.

Beliau telah dipilih dalam kategori sumbangan cemerlang kepada pembangunan Malaysia dan rakyatnya.

Mereka yang lain ialah Prof. C T Tan dan Prof Dr Khalid Kadir dalam kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi, Malaysian Nature Society bagi alam sekitar dan ahli akademik Prof. Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dalam katagori pendidikan dan komuniti.

— BERNAMA

roslimen@yahoo.com

21 11 2008
armendrah

POLITIK
Mukhriz: Saya tak minat jawatan Kabinet
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan beliau tidak berminat untuk memegang jawatan dalam Kabinet sekiranya dipilih menerajui pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Katanya, pendirian itu dibuat kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh empat tahun sebelum pilihan raya umum akan datang.

Katanya, lantikan dalam Kabinet dikhuatiri akan mengalihkan perhatian beliau untuk melakukan yang terbaik buat parti terlebih dahulu.

“Yang itu berat (anggota Kabinet), yang ini tak kurang berat (Ketua Pemuda), kalau nak buat dua dua payah sikit.

“Bukan kerana saya rasa saya tidak mampu tetapi saya mahu beri masa dan tumpuan untuk meyakinkan semula rakyat di lima negeri dan tempat lain yang kita kalah,” katanya pada sidang akhbar Anugerah Francais Malaysia 2008 di sini hari ini.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mendesak pengurusan parti supaya bertindak tegas terhadap calon-calon pemilihan parti yang mengamalkan politik wang.

Katanya, jumlah aduan politik wang yang diterima Lembaga Disiplin terlalu tinggi apabila telah melebihi 1,000 aduan walaupun UMNO hanya mempunyai 191 bahagian.

Utusan Malaysia
roslimen@yahoo.com

21 11 2008
armendrah

POLITIK
Pertandingan kuatkan Wanita – Hishammuddin
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Pengesahan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu dan melawan penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz akan menjadikan sayap parti itu bertambah kuat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertandingan itu menunjukkan UMNO sedang melalui proses pendemokrasian yang tidak pernah dilihat sejak penubuhannya.

Menurut beliau, pertandingan yang wujud adalah berasaskan kehendak di peringkat akar umbi dan membuktikan keputusan itu diterima dengan hati terbuka, ikhlas serta jujur.

”Saya yakin Rafidah dan Shahrizat mampu mengharungi pertandingan merebut jawatan utama Pergerakan Wanita dalam konteks yang positif,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta kedua-dua calon yang akan bertanding jawatan ketua sayap tersebut Mac depan, tidak menjadikan persaingan itu untuk membalas dendam.

Utusan Malayisa

roslimen@yahoo.com

21 11 2008
armendrah

Silam,21.Nov.2008 – Pertandingan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malayisa adalah amalan demokrasi yang perlu diteruskan bagi memberi ruang dan peluang kepada calon-salon yang telah diberi mandat oleh rakyat atau bahagian dalam mesyuarat bahagian masing-masing.

Keputusan Naib Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding Ketua Wanita perlu disambut baik kerana bagi saya Datuk memikirkan masa depan politik Pergerakan Wanita Umno Malaysia.

Berhubung peralihan kuasa yang akan berlaku pada Jun tahun hadapan perlu diteruskan bagi mempastikan Pergerakan Wanita UMNO dapat menyemak,memperkemaskan Jentera Wanita agar proaktif dalam menghadapi perubahan dan pembangunan negara.

Saya sebagai rakyat berharap peralihan kuasa yang sering terpampang dihalaman akhbar agar akan ada satu suntikan paradigma membina rangkaian tali perpaduan,kukuhkan perjuangan,memulihkan kepercayaan rakyat kepada UMNO,mendampingi rakyat dengan mengenalpasti dan melaksanakan janji-janji dengan rakyat dan yang paling penting Malaysia perlu Terbilang dalam sistem pentadbiran.

Sokongan padu dibawah Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi selaku Perdana Menteri malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak.

Sebagai rakyat kita teruskan perjuangan untuk terus bekerja kuat bagi menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.

Saya sebagai rakyat biasa merasa bangga kerana Parlimen Silam adalah tergolong dalam parlimen yang aktif dalam penganjuran program-program seperti Festival AidilFitri,Sambutan Kemerdekaan,Pesta Kaamatan,Gotong Royong Perdana/Berjalan-jalan bersama YB/Mega dan lain-lain lagi.

YB Tuan haji Salleh selaku Ahli Dewan rakyat P188 Silam amat disayangi oleh rakyat kerana peribadi beliau yang mudah didampingi rakyat,mesra dan berjiwa rakyat.
Berdasarkan maklumbalas orang ramai rakyat menggelar YB. Silam sebagai YB Prihatin,Proaktif dan sentiasa mengambil perhatian terhadap masalah rakyat dan berfikir untuk kesejahteraan rakyat dan Pembangunan Modal Insan serta Pembangunan P188 Silam yang sesuai dalam industri pelancongan kerana terletak diantara semporna dan kota kinabalu.Lahad Datu juga sebagai persinggahan utama yang ingin ke KK ke tawau.
Bagi saya tidak mustahil Parlimen silam akan dikenali sebagai Silam pusat persinggahan mesra alam dan SILAM DALAM TAMAN yang memiliki udara segar dengan dihiasi jalan raya pokok-pokok hijau.

Saya sebagai rakyat biasa ingin mencadangkan kepada kepimpinan negara YAB Dato’ Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri malaysia dan Timbalan Perdana Menteri malaysia YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Razak agar Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi selaku Ahli Parlimen P188 Silam diberi Jawatan dalam kabinet apabila ada perubahan kelak.

Bagi saya tenaga orang muda adalah lebih pantas 7 kali ganda dalam berfikir dan bertindak dalam pembangunan negara. Pemikiran anak orang muda perlu ditampilkan agar pentadbiran dan pemulihan kepercayaan rakyat terhadap UMNo dapat dicapai lebih cepat bagi menghadapi pilihanraya akan datang kelak.

Jika kita melihat kenapa Presiden baru amerika Syarikat adalah dari golongan anak muda……jawapannya kerana fikiran,tenaga dan kepantasan berjuang untuk pembangunan Modal Insan dan kesejagatan pembangunan negara mudah dicapai.

Saya yakin dan percaya UMNo kebanyakannya lahir dari golongan Pergerakan Pemuda yang bermula dari akar umbi….

roslimen@yahoo.com

22 11 2008
armendrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

YB TUAN HJ. SALLEH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID SEPAGAYA, LAHAD DATU. SABAH.

Lahad Datu,Sabah21.11.2008-Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam menunaikan solat jumaat secara berjemaah di masjid kampung sepagaya lahad Datu. Sabah. Lebih kurang seramai 150 orang masyarakat kampung menunaikan sembahyang bersama-sama ahli parlimen silam.

Selesai sahaja solat jumaat Pengerusi Masjid kampung sepagaya menyampaikan ucapan dan berharap agar dapat membantu masjid kampung sepagaya agar dapat di beri peruntukan bagi meninggikan lagi masjid kerana kawasan ini terdedah dengan masalah banjir setiap hujan turun. Pernah suatu ketika masjid ini telah ditenggelami air kerana banjir.

Yang Berhormat Tuan haji Salleh berkata semua masjid dikawasan parlimen Silam akan diusahakan untuk dikemukakan kepada pihak kerajaan persekutuan dan negeri agar diberi peruntukan bagi menaiktaraf masjid-masjid yang telah usang dan memerlukan bantuan segera seperti masjid sepagaya. Yang Berhormat juga bersetuju dengan cadangan pengerusi masjid agar papan tanda masjid di letakkan dikawasan jalan raya dengan saiz yang lebih besar. ini bagi memudahkan orang Islam yang dalam perjalan jauh seperti dari Tawau,semporna,Sandakan dan kawasan kota kinabalu menunaikan sembahyang. Tambahan pula Parlimen silam adalah sebagai persinggahan utama orang ramai yang hendak ke tawau menuju kota kinabalu.

Yang Berhormat berharap agar semua masjid-masjid memanfaatkan masa terluang sementara menunggu azan solat jumaat diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti mengaji untuk remaja belia,sudut bacaan dengan penyediaan bahan bacaan dan apa-ap juga aktiviti yang berfaedah difikirkan perlu demi masa depan generasi kanak-kanak,remaja,belia bagi mewarisi kepimpinan yang berteraskan modal insan yang cemerlang dalam bidang dunia dan akhirat.

roslimen@yahoo.com

26 11 2008
jomo

tahniah atas usaha YB mewujudkan blog MP Silam ni. teruskan Usaha!

mojo

16 12 2008
Tok Janggut

1. Modal Insan yang bakal melahirkan satu generasi unggul jika perlaksanaannya diperingkat akar umbi dapat dirasai.

2. Modal insan yang bakal melahirkan insan kamil yang berteraskan siddiq, amanah, tabligh dan fatanah…….inilah cita-cita murni Ahli Parlimen P188 YB HJ SALLEH KALBI. Biarpun bertahun atau berdekad masa yang diambil untuk menerapkan nilai murni ini kepada Penduduk Silam, namun beliau tetap optimis tentang masa depan yang bakal dilalui oleh generasi unggul Parlimen Silam.

3. Alhamdulillah…..akhirnya hamba tersua juga dengan pemimpin yang berjiwa besar dan bertaraf khalifah……

Hamba Allah
Tok Janggut

20 12 2008
mangkukhayun

Assalamualaikum…

Tahniah di atas pelancaran blog Silam P188…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: