Saya Sayang Keluarga Saya

22 11 2008

myfamily

Assalamualaikum wbt. Sebagai manusia yang di ciptakan oleh Allah swt menjadi khalifah kepada keluarga dan mesyarakat maka oleh sebab itu kita perlu berusaha utk maju dalam semua bidang pembangunan manusia di samping kita perlu menyayangi dan mengormati di antara satu dengan lain. Dengan adanya perasaan seumpama ini maka dia akan membentuk ikatan kasih-sayang yang berterusan dan menguatkan ikatan kekeluargaan dan keintiman dalam keluarga. Saya juga sebagai manusia biasa banyak kekurangan tapi saya yakin, jika kita selalu ingat-mengingati antara satu sama lain, insyaalah hidup kita akan bertambah baik kualitinya. Kekuatan yang saya alami dari segi sokongan dorongan penghormatan daripada dalaman dan luaran terutamanya jika ada ujian daripada Allah swt.maka keluarga lah yang berperanan kuat dalam membentuk kekuatan jatidiri dalam menghadapi segala ujian daripada Allah.

Keluarga ibarat sebuah benteng yang akan membantu kita menahan diri daripada diserang oleh pelbagai ancaman daripada musuh. Tetapi jikalau ada ahli keluarga yang belot atau sengaja tidak memahami perjuangan dan falsafah dan selalu membuat tafsiran negatif serta menabur fitnah, maka sebenarnya mereka adalah oportunis dan mementingkan diri sendiri. Dia hanya berbuat begitu demi keuntungan diri sendiri – maka sebenarnya orang seumpama ini adalah tergolong sebagai parasit. Saya berharap kecemerlangan dan kegemilangan ikatan kekeluargaan perlu dilaksanakan dengan rasa kasih sayang hormat menghormati serta berpandangan positif sabar dan ikhlas dalam apa jua keadaan. Moga Allah akan memelihara kita semua dalam keluarga kita, keluarga saya dan keluarga besar P188 Silam. Kasih-sayang yang berteraskan keimanan (mengikut agama masing-masing) adalah kunci ikatan keluarga kita.


Tindakan

Information

21 responses

23 11 2008
armendrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

KELUARGA PENYAYANG AKAN MELAHIRKAN MASYARAKAT
HARMONI DAN BERSATU PADU

Lahad Datu,Sabah.23.11.2008,Ahad-Kasih Sayang yang lahir dari hati sanubari ikhlas akan terpancar dalam pembinaan keluarga bahagia. Kasih Sayang adalah amat penting bagi mengemudi pembangunan institusi keluarga.

Pembentukan keluarga Bahagia adalah amalan mulia dan dituntut oleh agama Islam.Kepada belia-belia muslimin dan muslimat apabila tiba masa untuk mendirikan rumahtangga, hendaklah terlebih dahulu menjadikan kendiri sebagai manusia yang sempurna. Sempurna bermaksud kita telah bersedia untuk menanggung kos sara hidup bagi memandu keluarga bahagia.

Kendiri perlu memiliki ilmu tentang agama (beragama islam) terutamanya yang paling pokok tamat mengaji al-quran sekurang-kurangnya kita boleh menjadi imam kepada institusi keluarga kita sendiri dan apabila mempunyai cahaya mata sebaik-baiknya biarlah kita sendiri sebagai bapa yang mengazankan anak-anak kalau lelaki kalau perempuan di qamatkan…

Semasa anak saya lahir, saya sendiri yang mengazankan di Hospital Besar lahad Datu. Sabah. Saya juga dapat memberi pertolongan kepada ibubapa yang lain yang melahirkan anak-anak mereka di hospital ketika itu dengan mengqamatkan anak-anak mereka kebetulan pada masa itu lebih kurang 5 orang kanak-kanak lahir perempuan. Pengajaran ibubapa perlu bersedia dari segi agama Islam walaupun peringkat asas sahaja.

Saya amat tertarik dengan tajuk blog kali ini berhubung keluarga Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam. Sebagaimana yang saya tahu Yang Berhormat amat menyayangi keluarga (Isteri dan anak-anaknya).Sifat penyayang Yang Berhormat terhadap keluarga ini perlu kita contohi…

Hebatnya Yang Berhormat kita ialah beliau mendapat pendidikan dari luar negara Amerika syarikat, tetapi kendiri Yang Berhormat tetap kuat beramal ibadah dengan menjadikan amalan agama islam ibarat pakaian harian Yang Berhormat. Sehingga kini beliau telah menunaikan fardhu haji bersama keluarganya dan baru-baru ini menunaikan umrah ke mekah. Saya sungguh kagum dengan kehebatan Yang Berhormat walaupun sibuk dengan tugas sebagai ahli parlimen namun beliau dapat membahagikan jadual bersama keluarga.

Saya yakin dan percaya, sebagai rakyat dikawasan silam akan menjadikan YB Silam sebagai contoh YB Penyayang bukan sahaja kepada keluarga malahan kepada rakyat silam. Ini kerana kehebatan YB Silam yang sanggup turun padang untuk melihat masalah-masalah rakyat yang jauh ketinggalan untuk diberi bantuan.

Rakyat selalu berkata YB silam memang luar biasa kerana mudah didampingi,mesra, menghormat orang yang lebih tua,tidak sombong,cara hidup yang merendah diri dan senang dijumpa. Biasanya kalau seseorang sudah bergelar YB. sukar untuk dijumpa atau bertemu. Tapi YB Silam ini luar biasa kerana pintu pejabatnya sentiasa terbuka menerima rakyat yang ingin berurusan tanpa halangan.Pendek kata mudah dijumpa..

Sebagai rakyat silam marilah kita bersama-sama mencontohi Junjungan Nabi Muhammad SAW dalam pembnetukan keluarga mithali dan YB Silam sebagai lambang perpaduan dalam institusi keluarga bahagia seterusnya cahaya dalam mewujudkan rangkaian perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum

selamat berhari minggu……Hari ni yang melangsungkan perkahwinan selamat pengantin baru….kepada keluarga di kampung Terusan dan Felda Sahabat pada 28hb/11/2008 ini…semoga bahagia mengemudi bahtera di lautan luas bagi membina generasi masa hadapan yang cemerlang,gemilang dan terbilang keluarga dalam meniti hidup sebagai insan muslim sejati…

Islam cemerlang Ummah Gemilang

roslimen@yahoo.com

23 11 2008
armendrah

Ekonomi

——————————————————————————–
23 November, 2008 10:32 AM

Najib Muncul Kali Pertama Di Sidang Kemuncak Apec

Daripada Mikhail Raj Abdullah

LIMA (Peru), 22 Nov (Bernama) — Sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) berlangsung di sini pada Sabtu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menghadiri buat pertama kalinya dan menyertai para pemimpin serantau membincangkan cara terbaik yang boleh dilakukan kumpulan itu untuk menangani krisis ekonomi global.

Beliau disambut oleh Presiden Peru Alan Garcia, yang menjadi hos kepada sidang kemuncak dua hari itu di Pusat Konvensyen Kementerian Pertahanan.

Sidang Kemuncak ekonomi 21 anggota itu juga dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat George Bush yang akan tamat tempoh jawatannya dan Presiden Russia Vladimir Putin.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan menyertai kumpulan pemimpin yang terdiri daripada Russia, Hong Kong dan Chile, mengadakan dialog dengan Majlis Penasihat Perniagaan Apec atau Abac, yang mewakili sektor swasta rantau berkenaan selepas mesyuarat hari pertama pemimpin.

Pada sebelah malamnya, Najib, bersama-sama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, akan menyertai pemimpin Apec yang lain untuk majlis makan malam gala.

Sidang Kemuncak Apec akan berakhir pada Ahad dengan para pemimpin mengeluarkan Deklarasi Lima serta kenyataan berasingan mengenai ekonomi global.

Terdahulu Najib memberitahu wartawan Malaysia bahawa beliau akan membangkitkan isu krisis ekonomi dan berkongsi pengalaman Malaysia dalam menangani krisis kewangan 1997/98 dan sama ada penyelesaian yang diambil relevan dengan situasi semasa.

Beliau berkata krisis yang dihadapi kini agak serius berbanding sedekad lalu kerana tidak seperti sebelumnya, kali ini rakan dagang utama Malaysia seperti Amerika Syarikat, Jepun, China, Singapura mula terjejas dengan teruk.

Ini bermakna kapasiti mereka untuk mengimport dari Malaysia akan berkurangan bergantung kepada sejauh mana serius krisis itu dalam ekonomi mereka masing-masing.

Malaysia juga akan menyarankan anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) supaya berusaha memuktamadkan Agenda Pembangunan Doha dengan jayanya memandangkan ia akan membantu menangani krisis ekonomi semasa.

Najib berkata beliau juga akan membangkitkan isu keselamatan manusia, lanun, krisis makanan dan tenaga serta keperluan Apec menangani masalah ini dengan berkesan.

Singapura akan menjadi hos sidang kemuncak itu tahun depan.

— BERNAMA

23 11 2008
armendrah

Am

——————————————————————————–
22 November, 2008 22:02 PM

Felda Beli Tiga Tingkat Daripada 20 Tingkat Bangunan Hotel Di Mekah

IPOH, 22 Nov (Bernama) — Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor hari ini berkata Felda telah membeli tiga tingkat dari sebuah bangunan hotel 20 tingkat di Mekah, Arab Saudi, bagi kemudahan rakyat Malaysia ketika mengerjakan haji dan umrah.

“Kita membeli bilik-bilik dalam hotel, kita buat setakat kemampuan kita. Jadi yang pentingnya kepuasan pelanggan, kita tak boleh nak jadi pemain yang sama dengan pemain industri yang lain.

“Kita pilih bidang-bidang yang sesuai dan tempat yang sesuai sebagai simbol bantuan kita kepada industri yang berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hotel & Spa Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasan Malek di Sungkai dekat sini hari ini.

Beliau berkata walaupun hanya tiga tingkat namun pelaburan itu memberi pulangan yang tinggi kepada Felda berdasarkan kadar sewaan setiap bilik hotel yang mencecah RM5,000 sehari ketika ini.

Katanya pelaburan itu juga akan membolehkan pelbagai produk daripada Felda dipromosikan di Mekah melalui ruang-ruang pameran yang boleh diwujudkan di kawasan tiga tingkat bangunan hotel itu.

Ketika diminta mengulas perancangan seterusnya selepas Mekah, Mohd Yusoff berkata ketika ini Felda tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan pelaburan serupa di tempat-tempat lain.

Media sebelum ini melaporkan Felda melabur sebanyak RM200 juta bagi pembinaan sebuah hotel dan sebuah restoran di Mekah.

23 11 2008
armendrah

Am

——————————————————————————–
22 November, 2008 13:36 PM

Umat Islam Diharam Amalkan Yoga Secara Sistematik

PUTRAJAYA, 22 Nov (Bernama) — Majlis Fatwa Kebangsaan Sabtu mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

“Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.

— BERNAMA

23 11 2008
armendrah

Berita Sabah

——————————————————————————–
November 22, 2008 18:31 PM

RM17 Bilion Untuk Bina Jalan Berturap Di Sabah

KOTA KINABALU, 22 Nov (Bernama) — Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sekitar RM17 bilion bagi melaksanakan projek jalan raya yang akan memastikan semua kawasan dalam lingkungan 30 kilometer dari pinggiran bandar dan pekan di Sabah menikmati kemudahaan jalan berturap menjelang 2015.

Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed berkata penyediaan peruntukan yang besar itu selaras dengan wawasan kerajaan untuk melonjakkan pembangunan infrastruktur di negeri ini, sekaligus membuktikan kesungguhan kerajaan Persekutuan membela nasib rakyat Sabah.

“Kita sedar banyak lagi jalan yang belum dinaiktaraf atau diturap di Sabah dan ada juga kawasan terpencil yang belum ada jalan raya.

“Sebab itu, kementerian akan berusaha untuk menyediakan kemudahan asas khususnya jalan raya dalam lingkungan 30km dari pekan untuk kebaikan penduduk luar bandar, dan kita berharap semua ini selesai menjelang tahun 2015 atau selewat-lewatnya 2017,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pembangunan infrastruktur Sabah di sini, Sabtu.

Mohd Zin berkata Sabah mempunyai rangkaian jalan sepanjang 15,756.65 kilometer dengan 5,686.50 kilometer adalah jalan berturap manakala 9,635.03 kilometer jalan berkelikir dan selebihnya jalan tanah.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan juga sedia menimbang permohonan kerajaan negeri untuk mengaspal lebuh raya sejauh 150km yang menghubungkan Sapulut di Pensiangan dengan Kalabakan di Tawau yang dijangka menelan belanja RM100 juta.

Mohd Zain turut meminta Jabatan Kerja Raya Sabah menyenaraikan semua projek jalan raya yang diperlukan mengikut keutamaan bagi memudahkan kerajaan menyalur peruntukan pada masa depan.

Mengenai pembangunan infrastruktur di kawasan Pensiangan, bahagian pedalaman Sabah, beliau berkata kerajaan Pusat akan berusaha membantu menyediakan kemudahan asas terutama jalan raya untuk kemudahan penduduk di kawasan itu.

— BERNAMA

23 11 2008
armendrah

Berita Sabah

——————————————————————————–
November 21, 2008 13:52 PM

2,622 Unit Rumah Mampu Milik Dibina Untuk Penduduk Lahad Datu

TAWAU, 21 Nov (Bernama) — Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kerjasama Supernesa Sdn Bhd akan menyediakan 2,622 unit rumah mampu milik termasuk 48 unit rumah kedai kepada penduduk di daerah Lahad Datu di bahagian pantai timur Sabah.

Pengurus Besar Lembaga Perumahan dan Perancangan Bandar (LPPB) Sabah, Jenar Lamdah berkata projek perumahan “Bandar Sri Gemilang” di Jalan Tungku itu merupakan projek ketiga yang dikendalikan oleh Supernesa Sdn Bhd untuk membantu golongan berpendapatan rendah memilik rumah mampu milik.

“Sebelum ini, Supernesa dipertanggungjawabkan membina rumah mampu milik di Batu 12, Jalan Apas, Tawau dan Laya Laya, Tuaran.

“Projek perumahan Bandar Sri Gemilang, Lahad Datu ini dibangunkan pada November 2005 dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2010, melibatkan kos projek kira-kira RM203 juta,” katanya.

Jenar berkata demikian selepas melawat ke tapak perumahan bandar Sri Gemilang, di Jalan Tungku, Lahad Datu, hari ini.

Menurut Jenar, apabila projek perumahan Bandar Sri Gemilang itu siap kelak, kawasan itu akan menjadi bandar baru yang dikenali sebagai Bandar Sri Gemilang dengan menempatkan 10,000 penghuni.

“Kawasan itu juga akan menyediakan pelbagai pembangunan untuk rakyat di kawasan tersebut seperti sekolah rendah, sekolah menengah, tadika, taman permainan, masjid dan pusat rekreasi untuk masyarakat setempat.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional Sabah melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kerjasama Supernesa anak syarikat LPPB, benar-benar prihatin untuk melihat rakyat memiliki rumah mampu milik,” kata Jenar.

Sementara itu, Pengerusi Supernesa Sdn Bhd, Datuk Hajah Hamisa Samat berkata komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan kediaman mampu milik kepada rakyat akan diteruskan selagi ada mandat daripada rakyat.

Beliau berkata kerajaan BN akan terus melaksanakan projek perumahan kos rendah di negeri ini untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

“Sebagai kerajaan pilihan rakyat, sudah pasti kebajikan rakyat akan dijaga oleh BN bagi menjamin keselesaan pembeli yang berpendapatan rendah,” katanya yang juga Adun Tanjung Batu.

Beliau turut memberi menjamin keselesaan golongan berpendapatan rendah, kerajaan menerusi SPNB diberi tanggungjawab untuk mendirikan lebih banyak rumah mampu milik dan rumah mesra rakyat.

— BERNAMA

23 11 2008
armendrah

Berita Sabah

——————————————————————————–
November 20, 2008 17:12 PM

Sabah Sasar Jadi Pengeluar Hasil Akuakultur Negara Menjelang Tahun 2010

KOTA KINABALU, 20 Nov (Bernama) — Kerajaan Sabah menetapkan sasaran menjadi pengeluar hasil akuakultur terbesar negara dengan anggaran keluaran sebanyak 207,292 tan metrik atau 26.43 peratus daripada jumlah pengeluaran keseluruhan menjelang 2010.

Bagi mencapai sasaran itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin berkata kawasan daratan dan laut yang berpotensi untuk aktiviti akuakultur akan diwartakan.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata kawasan terbabit akan ditawarkan kepada sektor swasta untuk aktiviti akuakultur secara komersial.

Beliau berkata seluas 63,000 hektar kawasan daratan dan laut telah dicadangkan untuk diwartakan sebagai kawasan zon industri akuakultur.

Selain itu, katanya Jabatan Perikanan Negeri mencadangkan penubuhan Pusat Akuakultur Nasional di kawasan Silam-Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah bagi memacu industri akuakultur yang merupakan satu daripada tumpuan program Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

Tapak seluas 34,228 hektar untuk tujuan itu sudah dikenal pasti di Teluk Silam dan di Dewata, katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Yahya berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM1.12 juta bagi membiayai kajian awal, termasuk kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) yang akan bermula tahun depan.

Beliau berkata sektor perikanan di Sabah telah memainkan peranan ke arah peningkatan pendapatan, menjimatkan pertukaran mata wang asing dan menyediakan pekerjaan.

Katanya sektor perikanan menyumbang lebih RM732 juta kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), dengan pendaratan ikan sebanyak 205,263.13 tan metrik dengan nilai mencecah RM818.14 juta pada tahun lepas.

Mengenai bajet Sabah 2009, Yahya berkata sebanyak RM462.72 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri dan daripada jumlah itu, RM253.31 juta untuk perbelanjaan mengurus manakala RM209.41 juta lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

— BERNAMA

23 11 2008
armendrah

Berita Sabah

——————————————————————————–
November 21, 2008 14:43 PM

‘Info Center PTPTN’ Bakal Dibuka Di Sabah

KUCHING, 21 Nov (Bernama) — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membuka “Info Center PTPTN” di Sabah, iaitu cawangan yang kedua di luar Kuala Lumpur, sebagai langkah untuk memantapkan kualiti perkhidmatan dan meningkatkan keberkesanan mengutip bayaran balik pinjaman daripada peminjam.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron berkata Kota Kinabalu dipilih menjadi lokasi Info Center PTPTN di Sabah yang akan dibuka dalam masa terdekat.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan “Info Center PTPTN” Sarawak, di sini hari ini, beliau berkata selepas Sabah, pusat maklumat tersebut akan dibuka di negeri-negeri lain bagi memudahkan urusan membabitkan PTPTN namun lokasinya masih dalam kajian.

Mengenai “Info Center PTPTN” di Sarawak, iaitu yang pertama dibuka di luar Kuala Lumpur, Idris berkata antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pinjaman PTPTN untuk pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), pertanyaan mengenai kutipan balik pinjaman serta urusan berkaitan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Beliau berkata mulai sekarang, bakal peminjam dan peminjam di Sarawak yang ingin mendapatkan pelbagai maklumat mengenai PTPTN boleh datang ke kaunter “Info Center PTPTN” di ibu pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN) Sarawak yang terletak di Bangunan Haji Abdul Rasit, Jalan Muda Hashim di sini dan cawangan-cawangan BSN lain tidak lama lagi.

Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Idris semasa majlis perasmian berkata, sehingga September tahun ini seramai 76,529 pelajar di Sarawak telah mendapat pinjaman PTPTN.

Khaled berkata dengan ada “Info Center PTPTN” di Sarawak, kerajaan yakin kekeliruan dan pertanyaan mengenai PTPTN dapat diperjelaskan dengan segera memandangkan setakat ini masih ramai yang kabur dengan pelbagai perkhidmatan ditawarkan oleh PTPTN.

“Jika pada masa kini jumlah panggilan harian diterima daripada Unit Panggilan Pusat PTPTN adalah dengan purata 1,500 panggilan sehari, diharapkan dengan adanya Info Center jumlah panggilan dapat dikurangkan,” katanya.

Khaled yakin jumlah pendeposit SSPN di Sarawak akan bertambah daripada jumlah sedia ada iaitu 18,239 pendeposit setakat 30 Sept tahun ini.

— BERNAMA

23 11 2008
armendrah

Berita Sabah

——————————————————————————–
November 21, 2008 18:28 PM

UPKO Persoal Rasional JPN Keluarkan Semula MyKad Hijau

PENAMPANG, 21 Nov (Bernama) — Pergerakan Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menganggap pengeluaran semula MyKad hijau oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada orang yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia debagai sesuatu tekanan mental dan politik baru kepada penduduk tempatan Sabah.

“Belumpun selesai isu kebanjiran pendatang asing di Sabah, isu dakwaan pemberian taraf warganegara Malaysia kepada puluhan ribu pendatang asing di Sabah, isu dokumen kewarganegaraan palsu, dan pemegang IMM13 yang tidak berkurang tetapi bertambah, kini muncul lagi isu baru iaitu pemberian MyKad hijau yang boleh menggugat hak rakyat Sabah,” kata Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tentang gerakan JPN di seluruh negara yang akan mengeluarkan Mykad hijau kepada pemegang sijil kelahiran Malaysia dan pemegang Mykad hijau sedia ada.

Ekoran itu, pejabat JPN Kota Kinabalu dan Tawau diserbu oleh ribuan pemohon.

Arthur berkata Pemuda UPKO mempertikaikan rasional di sebalik keputusan JPN mengaktifkan semula pemberian MyKad hijau yang sudah dibekukan sejak tahun 2004.

Pengeluaran MyKad hijau hanya menguntungkan pemiliknya yang sememangnya warga asing yang dilahirkan di Sabah dan diberi sijil kelahiran tanpa warganegara, katanya.

“Menurut maklumat yang diterima MyKad hijau ini akan laku dan sah sehingga lima tahun. Persoalannya ke mana pula arah tuju kerakyatan mereka dan juga anak-anak mereka selepas itu,” kata beliau.

Arthur berkata pemegang MyKad hijau suatu hari berkemungkinan menjadi pemastautin tetap dengan memegang MyKad merah dan seterusnya melayakkan dirinya atau keturunannya memperoleh MyKad biru atau warganegara Malaysia.

Tindakan JPN itu mungkin akan memberi kesan buruk terhadap demografi penduduk Sabah pada masa akan datang, tegasnya.

— BERNAMA

26 11 2008
armendrah

Rencana

——————————————————————————–
25 November, 2008 14:43 PM

Kawasan Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama Tapak Ramsar Terbesar Di M’sia

Oleh Haslin Gaffor

KINABATANGAN, 24 Nov (Bernama) — Pengisytiharan Kawasan Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama sebagai tapak Ramsar merupakan pengiktirafan kepada kawasan itu sebagai kawasan tanah lembap penting dunia kerana meliputi hutan bakau pesisir pantai dan hutan paya gambut yang jarang ditemui.

Aspek penting melalui pengisytiharan itu ialah ia dapat meningkatkan lagi usaha pemuliharaan kawasan itu yang mempunyai pelbagai spesies haiwan terancam seperti badak Sumatera, monyet proboscis dan gajah pygmy Borneo.

Detik penting penyampaian sijil rasmi pengisytiharaa tapak Ramsar berlangsung pada Mesyuarat Ke-10 Persidangan Pihak yang Menandatangani Kontrak Konvensyen Ramsar mengenai Kawasan Tanah Lembap di Changwon, Korea, 28 Okt lepas.

Timbalan Setiausaha Agung Sekretariat Konvensyen Ramsar Dr Nick Davidson menyampaikan sijil rasmi itu kepada Pengarah Pusat Biodiversiti Sabah (SBC) Abdul Fatah Amir.

Pengisytiharan Ramsar membolehkan sesebuah kawasan itu memperoleh bantuan dana kecil Ramsar dan dana masa depan untuk tanah lembap sebagai bantuan kewangan bagi mengimplementasi konservasi tanah lembap dan penggunaan mapan yang lestari.

Konvensyen Ramsar ialah nama tidak formal bagi konvensyen mengenai tanah lembap yang mempunyai kepentingan antarabangsa, terutama sebagai habitat unggas air. Sekretariat Ramsar berkongsi ibu pejabat dengan Kesatuan Konservasi Dunia di Gland, Switzerland.

USAHA KONSERVASI

Bagi SBC yang baru ditubuhkan pada Mei lepas, pengisytiharan Kawasan Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama sebagai tapak Ramsar menjadi pengalaman pertama mereka dalam menjalankan usaha konservasi biodiversiti di Sabah.

Abdul Fatah berkata SBC ditubuhkan di bawah Majlis Biodiversiti Sabah pada Mei lepas, hasil Program Pemuliharaan Biodiversiti dan Ekosistem Borneo (BBEC II) yang membabitkan kerjasama di antara kerajaan negeri Sabah dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).

Katanya SBC memainkan peranan penting dalam mengaplikasi proses untuk menggerakkan dan menyelaras beberapa agensi di Sabah dalam program biodiversiti di negeri ini.

Menurut beliau sasaran pertama penubuhan SBC ialah untuk mendaftarkan Kawasan Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama sebagai tapak Ramsar yang sudah berjaya dicapai.

“Kami merangka beberapa program bagi program konservasi biodiversiti di tapak Ramsar itu, antaranya adalah merangka rancangan pengurusan, membangunkan sistem maklumat dan membuat formula bagi mekanisme peraturan dan regulasi di tapak Ramsar itu,” katanya.

Menurut beliau pengktirafan itu penting bahawa kawasan itu adalah kawasan tanah lembap penting dunia kerana ia meliputi hutan bakau pesisir pantai dan hutan paya gambut yang jarang ditemui.

“Selain itu, ia membolehkan pemuliharaan terhadap pelbagai spesies haiwan terancam mendiami kawasan itu seperti badak Sumatera, monyet proboscis dan gajah pygmy Borneo,” katanya yang ditemui sempena lawatan media ke kawasan Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama baru-baru ini.

Dalam lawatan itu, wakil media dibawa menaiki bot menyusuri sungai Kinabatangan bagi melihat sendiri pesisir tapak Ramsar di kawasan itu.

Abdul Fatah berkata usaha konservasi di kawasan itu sesuai dengan fungsi penubuhan SBC untuk menyelaras penduduk kampung, kerajaan negeri dan aktiviti nasional yang berkaitan dengan penyelidikan konservasi dan pengurusan mapan menggunakan sumber biologikal dan biodiversiti.

Satu lagi fungi SBC adalah menyelaras persiapan kepada aktiviti antarabangsa dan wilayah berkaitan konservasi, penyelidikan dan pengurusan mapan menggunakan sumber yang sama, katanya.

TAPAK RAMSAR TERBESAR DI MALAYSIA

Beliau berkata Kawasan Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama merupakan tapak Ramsar pertama di Sabah dan yang terbesar di Malaysia.

Menurutnya tapak Ramsar keenam di Malaysia itu meliputi lebih 78,803 hektar kawasan hutan bakau dan paya gambut di pantai timur Sabah.

Tapak itu mengandungi tiga kawasan hutan simpan iaitu Hutan Simpan Trusan Kinabatangan (40,471ha), Hutan Simpan Hidupan Liar Kulamba (20,682ha) dan Hutan Simpan Kuala Maruap dan Kuala Segama (17,650ha), katanya.

Kawasan berkenaan lebih luas berbanding luas keseluruhan lima tapak Ramsar lain yang terdapat di Malaysia (55,355ha).

Lima tapak Ramsar itu ialah Taman Negara Tanah Lembap Kuching (Sarawak), Pulau Kukup (Johor), Sungai Pulai (Johor), Tanjung Piai (Johor) dan Tasek Bera (Pahang).

MANFAAT KEPADA PENDUDUK KAMPUNG

Sementara itu, pengisytiharan Kawasan Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama sebagai tapak Ramsar bakal memberi manfaat kepada penduduk kampung yang tinggal di pesisir kawasan itu.

Kampung-kampung itu antaranya ialah Kampung Abai, Kampung Sri Ganda, Kampung Mumiang, Kampung Tidung dan Kampung Dagat.

Ketua Kampung Abai Jamal Ingeu, 58, berkata penduduk kampung menyambut baik pengisytiharan kawasan tanah lembap hilir Kinabatangan-Segama sebagai tapak Ramsar kerana ia akan mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Katanya ia akan membolehkan kawasan hutan bakau pesisir pantai dan hutan paya gambut yang terdapat di tapak Ramsar itu dipulihara dengan baik dan seterusnya dapat memulihara hidupan liar yang terdapat di kawasan itu.

Menurutnya hidupan liar ini penting kepada industri pelancongan di Kampung Abai yang menjadi antara lokasi pelancong datang untuk melihat lebih dekat lagi hidupan liar seperti gajah pygmy Borneo, monyet proboscis dan orang utan.

“Kami pula penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan akan memperoleh manfaat dengan pemuliharaan hutan bakau dan sungai yang terdapat di tapak Ramsar itu yang membolehkan habitat ikan, udang dan ketam akan bertambah.

“Ia akan menambahkan lagi pendapatan dan sumber rezeki kami,” katanya sambil menjelaskan bahawa kira-kira 200 penduduk di kampungnya, majoriti bekerja sebagai nelayan.

Jamal berkata rata-rata penduduk di kampungnya prihatin dengan kepentingan hutan dan hidupan liar yang terdapat berhampiran dengan kampung itu dan sikap itu ditujukkan melalui penggunaan bubu plastik untuk menangkap udang dan ikan.

Katanya cara itu dapat mengelakkan penebangan pokok bagi membuat bubu daripada bambu yang digunakan sebelum ini oleh golongan nelayan di kampungnya.

HUTAN BAKAU SUMBER REZEKI NELAYAN

Ketua Kampung Mumiang, Basrah Putrah, 60, menyifatkan pengisytiharan kawasan hutan bukan berhampiran kampungnya sebagai tapak Ramsar membolehkan penguatkuasaan ditingkatkan untuk menangani kegiatan pencerobohan dan pengambilan kayu secara haram di kawasan itu.

“Hutan bakau di tapak Ramsar ini perlu dilindungi bagi membolehkan habitat ikan, udang dan ketam yang ada di kawasan itu terpelihara dan membolehkan hasil tangkapan kami sebagai nelayan akan berterusan,” katanya.

Menurut beliau terdapat kira-kira 400 penduduk di kampungnya dengan kebanyakan mereka bergantung hidup kepada sumber rezeki bekerja sebagai nelayan.

— BERNAMA

roslimen@yahoo.com
Kinarut,Papar.Sabah………

26 11 2008
armendrah

Ekonomi

——————————————————————————–
25 November, 2008 19:35 PM

Najib Pulang Dengan Hasil Bermanfaat Dari Apec

Komentar berita daripada Mikhail Raj Abdullah

LIMA (Peru), 25 Nov (Bernama) — Penyertaan sulung Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) membuahkan hasil apabila beliau pulang dengan membawa faedah yang bermanfaat bagi Malaysia dan rantau ini.

Pertamanya, beliau berjaya mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin Apec untuk bersetuju dengan gesaan Kuala Lumpur agar ekonomi-ekonomi menyelaraskan pakej rangsangkan fiskal masing-masing dalam bentuk bajet pengembangan.

Kata kuncinya di sini ialah “berbelanja walaupun dalam tempoh krisis, untuk membawa keluar ekonomi daripada kemelesetan”, yang menunjukkan bahawa pengalaman Malaysia dalam memulihkan dirinya daripada krisis 1997/98 memberi kesan kepada Apec walaupun selepas sedekad.

Najib kemudiannya memberitahu para pemimpin tentang cadangan Malaysia bagi penubuhan pasukan pengaman tentera laut untuk memerangi lanun di tengah lautan terutamanya di Teluk Eden, sebagai satu langkah konkrit membanteras kegiatan mereka.

Ini merupakan langkah penting ke arah mengukuhkan lagi gesaan Apec yang menggalakkan usaha lebih padu untuk memerangi rompakan lanun dan bukan sekadar kenyataan secara lisan yang langsung tidak menakutkan mereka.

Susulan daripada itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim tanpa membuang masa terus menelefon Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice yang turut hadir di sini menyertai Apec bersama Presiden AS yang bakal berundur George Bush.

Hasilnya: dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membincangkan cadangan Malaysia itu, yang akan dapat membantu menjamin perdagangan menggunakan pengangkutan kapal di kalangan ekonomi serantau.

Ia boleh menjadi versi maritim operasi pengaman di darat yang dilaksanakan oleh PBB sepanjang masa ini.

Apec menyumbang kira-kira 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia dan 49 peratus daripada perdagangan global.

Ia dianggotai 21 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Russia, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Apa yang menarik dilihat semasa Apec tahun ini ialah ia jelas memperlihatkan komitmen tinggi di kalangan pemimpin ke arah usaha menangani krisis kewangan dunia apabila mereka lebih bersikap terbuka dan positif.

Bagaimanapun, satu kenyataan yang dibacakan oleh hos yang juga Presiden Peru Alan Garcia bahawa Apec akan menangani krisis itu dalam tempoh 18 bulan, dengan pantas disangkal oleh beberapa pemimpin.

Perdana Menteri Kanada Stephen Harper menyertai rakan sejawatannya dari Australia yang tidak bersetuju dengan “tempoh masa itu”, terutamanya apabila kesan yang lebih buruk dikatakan belum lagi muncul.

Najib berkata jika ekonomi Apec dan bukan Apec memulakan tindak balas global yang terselaras dan anggota berusaha ke arah penyepaduan ekonomi serantau (REI) yang lebih besar, mungkin pada masa itu, ekonomi global akan menunjukkan petanda pemulihan.

Di bawah REI, pemimpin Apec memuji cadangan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP), tetapi Malaysia masih ragu-ragu dengan menyatakan ia tidak seharusnya menjejaskan usaha Asean memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan ekonomi lain.

“Sepatutnya perlu ada kaji selidik menyeluruh terlebih dahulu untuk menunjukkan faedah sebenar daripada FTAAP sebelum kita boleh mendapatkan persetujuan dari semua negara,” kata Najib.

“Jika kita bergerak terlalu pantas, ia boleh memburukkan lagi ketidakseimbangan di kalangan negara di rantau ini dan kemungkinan melemahkan inisiatif yang ketika ini dilaksanakan oleh Asean seperti rundingan perjanjian perdagangan bebas,” kata beliau.

“Kami bukan menentangnya, ia cuma persoalan tentang masa, dan bergerak pada kadar yang kita selesa,” kata beliau.

Bagi rundingan perdagangan global Pusingan Doha di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia, seperti biasa terdapat perisytiharan yang menggesa satu keputusan muktamad dicapai, namun kali ini mereka mahu ia dipercepatkan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan muktamad Pusingan Doha yang pantas dan berjaya boleh meringankan kesan krisis ekonomi ke atas ekonomi anggota.

Para pemimpin menggesa para pegawai meneruskan rundingan itu dan memuktamadkannya pada bulan depan, namun sama ada keputusannya dapat dicapai dalam tempoh hanya beberapa minggu sedangkan selama bertahun-tahun ini ia gagal, masih tidak dapat dipastikan.

Dengan Singapura menjadi hos sidang kemuncak itu pada tahun depan, tiada siapa yang dapat memastikan apakah keadaan ekonomi Asia Pasifik pada masa itu.

Apa yang jelas ialah, seperti yang diusul oleh Najib, secara sendiri tidak banyak yang boleh dilakukan oleh negara-negara namun dengan bersatu padu bersama ekonomi-ekonomi bukan Apec terdapat peluang baik untuk dunia kembali semula ke landasan asal.

Dengan ekonomi kini satu persatu terjerumus ke dalam kemelesetan, hanya tindak balas global yang berlandaskan kepada bajet pengembangan boleh merangsang perniagaan global dan serantau.

Hanya ini yang akan memulihkan keyakinan di kalangan ekonomi anggota.

“Rangsangan fiskal perlu bergantung kepada asas global kerana ini perlu untuk menyelamatkan dunia daripada tergelincir ke dalam kemelesetan,” kata beliau.

— BERNAMA

roslimen@yahoo.con
kinarut,papar.sabah…………

26 11 2008
armendrah

Sabah Sarawak: Jalan Sapulut-Kalabakan diturap
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
KOTA KINABALU: Kementerian Kerjaraya akan memberi pertimbangan untuk melaksanakan projek menurap laluan Sapulut-Kalabakan sejauh 150 kilometer (km) bernilai RM100 juta menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ketika ini, jalan yang menghubungkan Sapulut, Pensiangan dengan Kalabakan Tawau itu adalah jalan batu kerikil yang hanya boleh dilalui pacuan empat roda pada musim tengkujuh.

Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata laluan itu adalah perhubungan utama penduduk pedalaman terutama di Keningau, Tenom dan Pensiangan ke bandar Tawau untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

Katanya, ada permintaan daripada kerajaan negeri untuk menaik taraf jalan berkenaan dengan mengambil kira kepentingan rakyat di pedalaman.

“Projek itu turut memanfaatkan nelayan di Tawau dan Semporna kerana mereka lebih mudah memasarkan hasil laut ke Keningau, Tenom, Pensiangan dan Tambunan yang sukar mendapatkan bekalan bahan makanan berkenaan.

“Kementerian saya sedia mempertimbangkan permohonan mengaspal jalan Sapulut-Kalabakan,” katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat pembangunan jalan raya di Sabah di sini, kelmarin.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Japlin Akim.

Mohd Zin berkata, kementeriannya juga akan mengkaji projek menaik taraf jalan sepanjang 70km menghubungkan persimpangan jalan pekan Tongod ke Pinangah di tengah Sabah yang sukar dilalui kerana berlubang besar dan becak sehingga perjalanan mengambil masa hingga empat jam.

Katanya, beliau akan mengarahkan Jabatan Kerja Raya () untuk mengkaji status jalan berkenaan bagi menentukan sama ada ia adalah jalan negeri atau jalan balak, sebelum ditukar status kepada jalan Persekutuan untuk memudahkan projek naik taraf.

Masalah jalan berkenaan didedahkan Berita Harian pada Jun lalu, hasil tinjauan ke kawasan berkenaan termasuk menyertai rombongan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Dalam pada itu, Mohd Zin berkata, kementeriannya memperuntukkan RM210.3 juta untuk projek menaik taraf tiga jalan di Pensiangan meliputi jalan Sapulut-Salung sebanyak RM44 juta, jalan Ansip Dalit (RM55.3 juta) dan jalan Sinua (RM111 juta).

“Dalam RMK-11 pula kementerian saya menaiktaraf jalan Pegalungan-Pensiangan bernilai RM90 juta,” katanya.

roslimen@yahoo.com
kinarut.papar.sabah……..kursus penggerak gerakan daya wawasan

27 11 2008
armendrah

27 November, 2008
Khamis

Berita Malaysia
Am
Ekonomi
Sukan
Rencana
Cuaca
Berita Wilayah
Klip Video

RSS@BERNAMA
Berita Dunia
Berita Bahasa Arab
Berita Bahasa Cina
Siaran Media Eksklusif
FOTOWEB
Arkib Berita
Pautan
Surat Kepada Pengarang
Surat Pilihan

Waktu Solat
Kalendar
Cuti Umum
Jawatan Kosong
Intranet

Am

——————————————————————————–
27 November, 2008 16:44 PM

40,000 Kakitangan Awam Skim KWSP Boleh Ubah Ke Skim Pencen

PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata seramai 40,000 kakitangan awam akan terlibat berikutan keputusan kerajaan membenarkan mereka yang kini berada di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyertai skim pencen mulai tahun depan.

Perdana Menteri berkata langkah itu bagi membolehkan mereka mendapat faedah perubatan dan segala kemudahan persaraan yang disediakan oleh kerajaan.

“Ia akan memberi kebaikan kepada mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Pengumuman mengenai opsyen kepada mereka yang di bawah skim KWSP untuk memilih skim pencen dibuat oleh Perdana Menteri dalam ucapannya pada majlis itu.

Dalam ucapannya itu juga, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota perkhidmatan awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan berkuatkuasa 1 Jan, membuat penambahbaikan pada skim pegawai siasatan, penolong pegawai pegawai dan pembantu pegawai siasatan selain penambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji kepada pegawai dan anggota lain dalam Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.

Abdullah berkata jumlah perbelanjaan yang terlibat berikutan keputusan tersebut masih dalam proses pengiraan.

Mengenai satu perkara lain, beliau meminta kerajaan Selangor memberi pertimbangan serius berhubung amaran Tenaga Nasional Berhad mengenai kemungkinan Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian besar kawasan selatan pantai barat Semenanjung berdepan dengan risiko terputus bekalan elektrik dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang, Selangor, gagal disiapkan sepenuhnya.

“Kerajaan negeri perlu fikir tentang hal ini, takkan nak fikir pasal hal politik sahaja. Ini pun penting, pembangunan adalah untuk rakyat,” katanya.

Abdullah berkata jika masalah itu tidak diatasi, ia akan menimbulkan masalah lain.

“Nasihat kepada kerajaan negeri Selangor, beri tanah yang diperlukan. Kita pun dengar juga apa yang TNB kata, jika masalah ini tidak diatasi, maka ia akan membawa kepada masalah lain iaitu apabila bekalan elektrik tidak mencukupi, ini bermakna kawasan yang berkaitan akan susah dengan kekurangan bekalan elektrik,” katanya.

Sebuah akhbar hari ini memetik Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh sebagai berkata 98 peratus daripada projek CAR untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 KiloVolt dan 125 kV telah siap tetapi dua peratus lagi tergendala akibat bantahan segelintir penduduk di kawasan terlibat yang terletak dalam bidang kuasa kerajaan Selangor.

— BERNAMA

roslimen@yahoo.com

kinarut papar…….

27 11 2008
armendrah

27 November, 2008
Khamis

Berita Malaysia
Am
Ekonomi
Sukan
Rencana
Cuaca
Berita Wilayah
Klip Video

RSS@BERNAMA
Berita Dunia
Berita Bahasa Arab
Berita Bahasa Cina
Siaran Media Eksklusif
FOTOWEB
Arkib Berita
Pautan
Surat Kepada Pengarang
Surat Pilihan

Waktu Solat
Kalendar
Cuti Umum
Jawatan Kosong
Intranet

Am

——————————————————————————–
27 November, 2008 16:44 PM

40,000 Kakitangan Awam Skim KWSP Boleh Ubah Ke Skim Pencen

PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata seramai 40,000 kakitangan awam akan terlibat berikutan keputusan kerajaan membenarkan mereka yang kini berada di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyertai skim pencen mulai tahun depan.

Perdana Menteri berkata langkah itu bagi membolehkan mereka mendapat faedah perubatan dan segala kemudahan persaraan yang disediakan oleh kerajaan.

“Ia akan memberi kebaikan kepada mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Pengumuman mengenai opsyen kepada mereka yang di bawah skim KWSP untuk memilih skim pencen dibuat oleh Perdana Menteri dalam ucapannya pada majlis itu.

Dalam ucapannya itu juga, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota perkhidmatan awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan berkuatkuasa 1 Jan, membuat penambahbaikan pada skim pegawai siasatan, penolong pegawai pegawai dan pembantu pegawai siasatan selain penambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji kepada pegawai dan anggota lain dalam Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.

Abdullah berkata jumlah perbelanjaan yang terlibat berikutan keputusan tersebut masih dalam proses pengiraan.

Mengenai satu perkara lain, beliau meminta kerajaan Selangor memberi pertimbangan serius berhubung amaran Tenaga Nasional Berhad mengenai kemungkinan Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian besar kawasan selatan pantai barat Semenanjung berdepan dengan risiko terputus bekalan elektrik dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang, Selangor, gagal disiapkan sepenuhnya.

“Kerajaan negeri perlu fikir tentang hal ini, takkan nak fikir pasal hal politik sahaja. Ini pun penting, pembangunan adalah untuk rakyat,” katanya.

Abdullah berkata jika masalah itu tidak diatasi, ia akan menimbulkan masalah lain.

“Nasihat kepada kerajaan negeri Selangor, beri tanah yang diperlukan. Kita pun dengar juga apa yang TNB kata, jika masalah ini tidak diatasi, maka ia akan membawa kepada masalah lain iaitu apabila bekalan elektrik tidak mencukupi, ini bermakna kawasan yang berkaitan akan susah dengan kekurangan bekalan elektrik,” katanya.

Sebuah akhbar hari ini memetik Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh sebagai berkata 98 peratus daripada projek CAR untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 KiloVolt dan 125 kV telah siap tetapi dua peratus lagi tergendala akibat bantahan segelintir penduduk di kawasan terlibat yang terletak dalam bidang kuasa kerajaan Selangor.

— BERNAMA

roslimen@yahoo.com

kinarut papar…….kota kinabalu

27 11 2008
armendrah

Assalamualaikum

Kinarut,papar.27.11.2008,Khamis-Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Muhamad bin Haji Muhd Taib dijangka akan merasmikan kursus Penggerak Gerakan Daya Wawasan bertempat di salah sebuah hotel terkenal di Kinarut papar pada 29.11.2008.

Kursus ini bertujuan untuk memperkasakan penyelia-penyelia pembangunan desa dan perhubungan dun agar matlamat untuk pembangunan modal insan dan kampung maju,menarik dan menguntungkan dapat dicapai.

Menteri Luar Bandar dan Wilayah berharap akan terdapat 14,500 buah kampung yang berJKKK menyertai Gerakan Daya Wawasan di seluruh Malayisa. Inilah cabaran yang perlu dilaksanakan oleh kakitangan kemas sabah bagi melahirkan kampung-kampung yang berdaya saing dan cemerlang menjelang tahun 2020.

roslimen@yahoo.com

kinarut papar kota kinabalu……………………..

27 11 2008
armendrah

Ekonomi

——————————————————————————–
27 November, 2008 12:59 PM

Laporan Kajian Dasar Tenaga Baru Dijangka Siap Oktober 2009

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Laporan akhir kajian bagi merangka dasar dan strategi tenaga baru termasuk jaminan bekalan bahan api dijangka siap pada Oktober tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof berkata kajian bagi merangka dasar itu sedang dilaksana oleh perunding yang dilantik oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata pelan tindakan bagi pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui dan pelan tindakan mengenai kecekapan tenaga juga sedang disediakan oleh kementeriannya.

Semasa perbahasan di Parlimen, Datuk Seri Jamaludin Jarjis (BN-Rompin) telah bertanya bagaimana rakyat boleh menggunakan tenaga mesra alam sekitar secepat mungkin.

Menurut Fadillah, cabaran utama ialah bagaimana untuk membawa hasil kajian ke pasaran untuk kegunaan rakyat, sepertimana yang digunakan oleh peringkat industri sekarang ini.

“Sekarang ini, kita sedang lihat bagaimana nak kenal pasti peserta industri,” katanya.

“Untuk memasarkan kajian akan memakan kos yang besar. Kita akan sediakan peruntukan supaya projek perintis dapat dijalankan dan diambil oleh peringkat pasaran. Sebanyak tujuh bidang tenaga alternatif sudah dikenal pasti bagi tujuan ini,” katanya.

Katanya, kajian ini dijalankan bersama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Sementara itu, M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) berkata dasar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sepatutnya ditukar kerana sudah lama dan hasilnya tidak sampai kepada rakyat.

Bagaimana pun, Fadillah berkata banyak yang telah dilaksanakan dari segi dasar, tetapi peringkat kajian selalunya mengambil masa untuk dihasilkan.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10), kita akan lihat hasil yang lebih banyak,” katanya.

Katanya 132 projek melibatkan tenaga alternatif telah dijalankan.

“Fokus sekarang ialah bagaimana hendak turunkan kos tenaga alternatif ini,” katanya.

— BERNAMA

27 11 2008
armendrah

SPR wartakan daftar pemilih tambahan suku tahun ketiga

KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan (DPT Suku Tahun Ketiga 2008) yang diperakui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan akan diwartakan esok mengandungi senarai 30,731 pemilih, dengan 24,531 daripadanya adalah pemilih baru, manakala selebihnya terdiri daripada mereka yang memohon untuk menukar alamat.

Dengan pengesahan DPT itu, jumlah pemilih berdaftar seluruh negara setelah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk 2007, DPT Suku Pertama 2008 dan DPT Suku Kedua 2008, adalah 10,992,355 orang.

SPR dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka yang ingin membeli DPT Suku Tahun Ketiga 2008 itu diminta supaya membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Selain itu SPR juga meminta kerjasama orang ramai membantu membersihkan daftar pemilih dari senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.

Waris-waris diminta menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris mereka yang meninggal dunia secara pos, faks atau dengan berurusan sendiri di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau pun ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Pemilih juga digalakkan menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas apa-apa kesilapan pendataan seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina, nombor rumah pemilih dan sebagainya.

Pemilih boleh membetulkan sebarang kesilapan pendataan di alamat web http://www.spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke Ibu Pejabat SPR.

Bagi pemilih berdaftar yang bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di pusat mengundi yang berdekatan kediaman masing-masing.

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dibuat dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR dengan menelefon 03-8885 6500 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. – Bernama

27 11 2008
armendrah

Semua pengusaha industri akuakultur di Sabah akan dilesenkan secara berperingkat

TAWAU: Semua pengusaha industri akuakultur di Sabah akan dilesenkan secara berperingkat bagi memastikan industri berkenaan lebih terurus dan dinamik seterusnya mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi Sabah.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Bobbey Suan berkata semua pengusaha industri akuakultur yang memiliki kawasan ternakan melebihi 0.3 hektar dimestikan memiliki lesen selaras dengan Enakmen Perikanan Darat dan Akuakultur 2003.

“Kita mahu supaya produk-produk akuakultur kita lebih terjamin. Sekarang ini negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mahu supaya produk-produk kita memenuhi keperluan tertentu seperti selamat dan bersih.

“Jadi kita pun dari masa ke semasa perlu meningkatkan produk perikanan kita dari aspek tersebut bagi memudahkan kita mengeksport produk berkenaan ke luar negara. Pelanggan pun tidak akan ragu-ragu dengan produk kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Program Pelesenan Akuakultur Negeri Sabah di sini hari ini.

Beliau mewakili Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Yahya Hussin.

Katanya sebelum ini memang ada pelanggan yang mempersoalkan kualiti produk akuakultur dari Sabah sehingga ada antara mereka enggan membeli produk berkenaan menyebabkan Sabah kerugian kira-kira RM80 juta.

Sebab itu katanya produk akuakultur dari Sabah perlu diurus dan dikawal supaya ia sentiasa mematuhi piawaian antarabangsa.

Kini terdapat 2,635 pengusaha akuakultur air payau dan 7,000 pengusaha akuakultur air tawar di Sabah dan aktiviti pengusaha berkenaan perlu dikawal bagi memastikan produk mereka bukan saja mematuhi kehendak pelanggan tetapi juga bagi mencegah sebarang unsur pencemaran alam sekitar.

Menurut Suan Jabatan Perikanan Sabah sudah memiliki bank data mengenai semua pengusaha industri akuakultur di negeri ini dan pada masa ini sedang meneliti semua permohonan yang diterima sebelum lesen dikeluarkan.

Bagaimanapun, katanya keutamaan penguatkuasaan pelesenan berkenaan akan ditumpukan kepada pengusaha atau syarikat-syarikat besar sebelum diperluaskan kepada pengusaha kecil. – Bernama

27 11 2008
armendrah

Kesedaran jaga pili bomba masih rendah

KUALA LUMPUR: Tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga pili bomba yang masih rendah menyebabkan kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan mereka sukar diatasi, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Beliau berkata bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat mewujudkan program ’Teman Pili Bomba’ sejak beberapa tahun lepas yang membabitkan penduduk tempatan atau badan bukan kerajaan untuk membantu menyelenggara pili bomba.

“Pihak bomba menjalankan pemeriksaan berkala pili bomba enam bulan sekali bagi tujuan penyelenggaraan,” katanya menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Lau berkata sebanyak RM10.5 juta diperuntukkan untuk membaiki dan menyelenggara pili bomba di seluruh negara tahun ini manakala RM4 juta lagi untuk membina pili bomba yang baru. – Bernama

9 12 2008
ARMENDRAH

Berita Sabah

——————————————————————————–
October 05, 2008 15:27 PM

Pengguna Sabah Disaran Utamakan Produk Makanan Tempatan

KOTA KINABALU, 5 Okt (Bernama) — Pengguna di Sabah disarankan mengutamakan sayuran dan buah-buahan tempatan dan tidak terlalu bergantung kepada produk import, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Pertanian Negeri, berkata langkah itu bagi mengelakkan pengguna daripada mengambil makanan yang dicemari bahan kimia seperti melamin yang kini dikesan dalam produk makanan di China.

“Kita tahu sambutan Tahun Baru Cina akan datang, para pengimport Sabah akan mengimport banyak sayuran dan buah-buahan dan lain-lain produk makanan dari negara China.

“Ini boleh mengalihkan pandangan daripada produk kita sendiri. Sudah sampai masanya untuk kita menggunakan produk kita sendiri,” katanya ketika diminta mengulas mengenai sayuran dan buah-buahan yang sering diimport dari China ke Sabah dalam kuantiti yang banyak menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Katanya, pengguna seharusnya peka dengan produk makanan tempatan yang mempunyai zat yang tinggi, lebih murah dan selamat dimakan.

Yahya turut meminta Jabatan Kastam, jabatan dan agensi di bawah kementeriannya supaya membuat pemeriksaan terperinci ke atas produk makanan import yang dipasarkan di Sabah.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata negara kini berada di tahap berjaga-jaga berhubung sayuran dan buah-buahan yang diimport dari China berikutan kandungan melamin yang tinggi dikesan oleh negara Korea yang turut mengimport produk makanan itu.

— BERNAMA

roslimen@yahoo.com

restoran ali topan lahad datu………..

9 12 2008
ARMENDRAH

POLITIK
Jentera BN mahu pastikan kemenangan lebih besar

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 8 Dis. – Jentera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang dijadualkan pada 17 Januari ini akan memastikan parti itu dapat mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar berbanding pilihan raya umum pada Mac lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Dewan Tertinggi BN akan bermesyuarat esok bagi membincangkan persiapan kempen pilihan raya kecil kawasan tersebut dan strategi-strategi bagi mencapai sasaran tersebut.

Beliau berkata, ia adalah susulan kepada dua mesyuarat yang telah diadakan minggu lalu membabitkan Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan Badan Perhubungan UMNO Terengganu antara lainnya membincangkan perancangan awal mengenai pilihan raya kecil tersebut.

”Salah satu agendanya tentang strategi yang patut dilakukan dan bagaimana untuk mendapat majoriti lebih daripada 628 undi pada pilihan raya umum lalu,” katanya kepada pemberita pada majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha peringkat Parlimen Putrajaya di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan kematian mengejut penyandangnya iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas.

Pada pilihan raya umum lalu, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Mohamad (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Strategi

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, pihaknya juga mempunyai strategi tertentu bagi memastikan petugas dan pemimpin UMNO memberikan tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti kempen pilihan raya kecil dan bukannya mengambil kesempatan mencari sokongan bagi pemilihan parti.

”Kita ada strategi lain, kita tidak perlu sebut, tetapi akan maklumkan kepada petugas apa yang patut dilakukan, yang penting menang dengan majoriti yang lebih banyak,” katanya.

Mengenai calon yang bakal diketengahkan oleh BN, Tengku Adnan berkata, perkara tersebut akan diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi BN.

”Kita akan umumkan secepat mungkin setelah mengambil kriteria-kriteria tertentu yang telah diguna pakai selama ini, serahkan kepada Presiden untuk membuat pilihan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: