Menjadi Diri Sendiri

27 11 2008

jati-diri

1. Hari ini saya teringat cerita ‘Hang Nadim‘, seorang genius dalam sejarah melayu yang mengutarakan idea bernas tatkala yang lain berada dalam kebingungan.

2. Hang Nadim ketika itu masih budak, dan beliau sedar tentang akibat yang bakal diterima sekiranya pandangan yang dikemukakan itu melampau. Namun apabila beliau meletakkan kepentingan negeri melebihi peribadi, akhirnya terselamatlah seluruh rakyat di negeri itu dari serangan todak.

3. Berbanding dengan zaman kita sekarang ini, jika Hang Nadim wujud, pasti beliau diangkat menjadi wira negara. Apa yang penting disini, semangat ‘menjadi diri sendiri‘ yang ada pada Hang Nadim perlu kita contohi walaupun terdapat rintangan yang maha besar berada di depan kita.

4. Pada masa kini, saya perhatikan ramai yang hilang semangat jati diri. Ada yang sanggup menipu mempunyai kelulusan tinggi demi memenangi temuduga atau mahukan jawatan. Akhirnya, apabila ‘kedapatan’ orang ini dibuang kerja atau terus diheret ke mahkamah kerana menipu. Pada waktu itu malunya bukan alang-alang, kalaulah dia itu burung unta, tentu sahaja dia menimbuskan kepalanya ke pasir.

5. Begitu juga dalam lapangan bisnes, ada yang mengakui yang dia itu mampu melaksanakan kerja, tetapi sebaliknya perkara tersebut langsung tidak mampu dilaksanakan olehnya. Para usahawan seperti ini tidak ubah seperti menggali lubang sendiri.

6. Saya cuba bayangkan, kalaulah semua rakyat Silam mampu menjadi diri sendiri, sudah tentu Bandar Lahad Datu akan maju 10 tahun kehadapan berbanding lain-lain bandar di Sabah. Masalah pengangguran akan selesai kerana setiap orang akan ‘mengukur baju dibadan sendiri’ dan dengan itu tiada yang merungut menerima gaji kecil kerana berpadanan dengan ikhtisas masing-masing.

7. Apa yang kita sedih adalah untuk ‘menanggung biawak hidup’ sedangkan orang tersebut mampu untuk berdikari. Selalunya orang yang sentiasa memberikan alasan adalah sengaja menempah kesengsaraan hidup yang berpanjangan.

8. Masalah tidak menjadi diri sendiri merupakan faktor gawat zaman kini. Bila pemegang sijil SPM mengaku berijazah, bila peniaga kecil berlagak ahli korporat, bila pemandu berlagak bos dan bila pelayan mengaku taukeh restoran – ini semua akan menimbulkan gejala sosial yang lebih buruk lagi. Akhirnya akan berlaku kembali peristiwa pembunuhan Hang Nadim gara-gara hulubalang Sultan yang mengaku pandai ini bersangka buruk dan merasa terancam dengan kebijaksanaan seorang budak.

8. Seorang tokoh pemikir Indonesia terkenal, Dr. Ary Ginanjar Agustian menggariskan 7 nilai dasar untuk menjadi diri sendiri dan dipandang mulia oleh masyarakat iaitu jujur, tanggungjawab, berwawasan, disiplin, kerjasama, adil dan prihatin. Nilai-nilai ini perlu ada dalam setiap diri pemimpin supaya pihak yang dipimpin akan terus maju dan berdaya-saing (competence).

9. Kunci untuk menjadi diri sendiri ialah kejujuran. Jika kita semua jujur, maka apa yang kita usahakan akan berhasil.

10. Selain itu kita perlu ubah persepsi negatif apabila menilai orang lain. Apabila minda kita positif, semua maklumat, ilmu dan kebijaksanaan akan masuk dan menyerap, manakala jika kita sentiasa berfikiran negatif, situasinya tidak ubah seperti menyiram air didaun keladi.

11. Disepanjang pemerhatian saya terhadap kawasan P188 Silam, jelas menunjukkan yang warga Silam mempunyai kehebatan dan kecemerlangan untuk mengangkat Kunak, Lahad Datu dan Tungku menjadi maju dan membangun. Namun usaha ini agak perlahan disebabkan terdapatnya sifat-sifat negatif yang masih menyelubungi diri setiap warganya. Sifat ‘bersyukur kepada apa yang ada’ perlu dipertingkatkan kepada ‘berazam menjadi yang lebih baik’ dan sifat berharap kepada bantuan orang lain perlu dikikis terus dan memilih untuk berubah kepada ‘berdikari’.

12. Menjadi diri sendiri memang mudah untuk mereka yang positif dan terlalu sukar kepada mereka yang bersifat ‘temberang’. Sehubungan itu saya mengingati diri sendiri dan seluruh warga Silam agar berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang dan saling hormat-menghormati dan sentiasa menjadi diri sendiri untuk masa depan yang lebih baik.

13. Kesimpulannya, jika semua warga muda Silam berfikiran seperti Hang Nadim dan warga senior Silam berperanan membantu idea-idea yang bernas ini, maka kita akan semua beruntung kerana kita sebagai manusia bersifat lemah dan saling memerlukan antara satu sama lain. Dengan ini ancaman anasir daripada pihak luar akan terbantut dan orang lain tidak mungkin dapat mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita.


Tindakan

Information

30 responses

27 11 2008
armendrah

Assalamualaikum salam sejahtera

PENGERUSI GERAKAN DAYA WAWASAN KAMPUNG BAYANGAN
JOHAN ANUGERAH DESA CEMERLANG 2004 PERINGKAT KEBANGSAAN
DAN JOHAN ANUGERAH KHAS 2008

Hari ini saya bersama rakan-rakan amat terkejut apabila pengerusi gerakan daya wawasan kampung bayangan boleh menyampaikan ceramah kepada penyelia-penyelia seluruh sabah tentang kepimpinan kampung.

Hebatnya pengerusi ini, beliau bukan sahaja menceritakan tentang kejayaan kampungnya malahan beliau telah menyampaikan peranan pemimpin secara global. Beliau pun mengakui untuk membangunkan kampung terpaksa berhadapan denga norang-orang yang menyokongnya untuk membangunkan kampung,berhadapan dengan orang-orang yang tidak menyokongnya. Baginya itu bukan halangan untuknya untuk tidak memajukan kampung bayangan.

Beliau telah meletakkan wawasan untuk kampung bayangan pada tahun 2030 dimana beliau akan mempastikan akan lahir 10 orang yang lahir dari kampung bayangan bergelar doktor,10usahawan profesional,10 kontrakter cemerlang,10 profesional, 10 arkitek dan banyak lagi.

Kita berharap Pengerusi-Pengerusi JKKK walaupun belum bergelar kampung GDW kita perlu meletakkan matlamat dan sasaran sepanjang setiap tahun. Jika kita ada sasaran sekurang-kurangnya kampung kita bukan sahaja akan mendapat perhatian malahan akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang.

Perancangan perlu di ikuti dengan tindakan dengan mengadakan mesyuarat setiap 2 bulan sekali bagi memperkasa kampung-kampung di seluruh parlimen silam. Perancangan yang berterusan ini sudah pasti kita akan mewujudkan perpaduan dikalangan masyarakat kampung sendiri,menyediakan kemudahan sukan untuk remaja-remaja dan bellia agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat.

Marilah kita bersama-sama agar Jawatankuasa JKKK kampung berganding bahu menjalankan tugas dan tanggungjawab umtuk memperkasa kampung-kampung kita.

Jika kita bergerak untuk membuat perancangan,tindakan dan perlaksanaan saya yakin dan percaya kampung-kampung akan menjadi kampung yang boleh mengeluarkan sati kampung seorang doktor,profesional,peguam,arkitek menjelang tahun 2015 kelak.

Sekian………

roslimen@yahoo.com

Borneo paradise beach,kinarut papar sabah……..

27 11 2008
armendrah

Thursday, November 27, 2008

Seluruh warga PEMUDA BAYAN BARU dan rakan-rakan blogges setiakawan mengucapkan Selamat Hari Jadi Pak Lah , Semoga panjang umur dan murah rezeki, teruskan perjuangan! Kami akan terus bersama Pak Lah…

PAGI semalam di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, kakitangan dan para pegawai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memotong kek dalam satu majlis kecil meraikan hari jadi ke-69 pemimpin nombor satu negara itu.
Ia disusuli dengan satu majlis doa selamat malam tadi di Seri Perdana dengan disertai isteri tercinta, Datin Seri Jeanne Abdullah, keluarga terdekat dan kenalan rapat.
“Sepanjang bekerja dengan Pak Lah, sambutan hari jadi beliau tidak pernah diuar-uarkan. Kalau ada sambutan pun, ia tidak melibatkan kami sebaliknya dibuat secara sederhana dengan satu majlis doa selamat dihadiri keluarga terdekat serta dua tiga orang kenalannya,” kata seorang pegawai beliau kepada Utusan Malaysia semalam.
Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Abdullah yang dilahirkan hasil perkongsian hidup Ahmad Badawi dan Kailan Hassan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939.
Tidak seperti negara tertentu yang sambutan ulang tahun pemimpinnya diadakan secara terbuka atau besar-besaran, hari jadi pemimpin di negara ini kadangkala ‘terlepas’ daripada fokus umum.
Tiada iklan tahniah atau kesyukuran di akhbar-akhbar atau sambutan majlis terpampang di kaca televisyen. Kalau adapun secara kebetulan sahaja apabila majlis tersebut dibuat secara mengejut tanpa pengetahuan empunya diri.
Barangkali bagi Abdullah, hari jadi beliau sudah cukup diraikan oleh keluarga terdekat. Apa yang diharapkan beliau sempena hari jadinya mungkin hanya mahu melihat Malaysia yang didiami rakyat dari pelbagai kaum terus hidup aman dan harmoni.
Dalam perutusan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 tempoh hari, Abdullah percaya hanya dengan mengetepikan prejudis yang ada mampu merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju yang menjanjikan kehidupan dan masa depan gemilang kepada rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.
Di sebalik iklim politik negara-negara tetangga yang tidak keruan, beliau yakin rakyat yang bersatu padu adalah benteng pertahanan negara yang kukuh bagi menghadapi sebarang ancaman baik dari dalam mahupun dari luar negara.
“Tidak ada warga yang diiktiraf lebih tinggi kedudukannya daripada warga yang lain di tanah air ini.
“Negara ini adalah milik bersama. Jatuh bangun dan maju mundur negara ini, kita bersama yang menentukannya,” kata beliau.
Bagi UMNO pula seperti amanat yang diluahkan oleh beliau pada ulang tahun kelahiran parti itu ke-62 Mei lepas, Abdullah mahu ahli UMNO jangan patah hati dan pecahkan parti di sebalik kemerosotan sokongan yang dilalui Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi parti itu.
Bagi mengembalikan keyakinan penuh rakyat, kata beliau, ia perlu datang daripada dalam parti sendiri dan bukannya orang lain kerana jika pemimpin UMNO sendiri mendapat sokongan padu daripada anggotanya, rakyat pasti memberi sokongan.
Barangkali itulah impian Abdullah di sebalik kesihatannya yang terus dirahmati oleh-Nya dalam menginjak usia ke-69 tahun semalam.

Posted by Zul at Thursday, November 27, 2008
Labels: WE LOVU U PAK LAH

roslimen@yahoo.com…..Pemuda UMNO Bahagian Silam,Sabah. Selamat Hari Jadi Kepad Pak Lah Perdana Menteri Yang Penyayang,Prihatin dan Pemimpin Umat Islam yang dikagumi dunia Islam dan bukan Islam…
Semoga panjang umur murah rezeki..Selamat, Aman,Makmur…

kinarut papar…………kursus

28 11 2008
armendrah

Am

——————————————————————————–
28 November, 2008 17:45 PM

Enam Produk Biskut Dikesan Tercemar Selepas AVA Selesai Ujian Melamin

SINGAPURA, 28 Nov (Bernama) — Badan Keselamatan Pemakanan Singapura telah mengesan enam lagi produkt biskut keluaran China yang didapati mengandungi kadar melamin berlebihan selepas menyelesaikan ujian terhadap semua produk tenusu keluaran negara itu.

Produk biskut terbaru tersebut ialah Baby Looney Tunes Cream Filled Biscuits Assorted Family Pack, C & OK Vigour 888 Egg & Milk, Khong Guan Mini Burger Biscuit Bulk Pack, Liluo Fruit P.D. Almond Flavor, Potter Potato Chips Pizza dan Tom & Jerry Cheese Balls.

Pihak Berkuasa Makanan Pertanian dan Veterinar Singapura (AVA) berkata kecuali enam produk biskut yang positif melamin berlebihan tersebut, 327 jenis produk lain telah disahkan selamat dan akan dijual dalam pasaran dengan serta merta.

AVA, dalam kenyataan hari ini, berkata produk biskut yang tercemar dengan melamin telah ditarik balik dari pasaran sejak 19 Sept lalu dan akan dimusnahkan di bawah penyeliaan AVA.

Sebanyak 22 produk berasaskan tenusu dari China dikesan mengandungi bahan kimia melamin berlebihan di republik itu.

AVA memberi jaminan bahawa tahap kandungan melamin yang dikesan dalam produk tenusu dari China adalah rendah dan tidak mungkin menjejaskan kesihatan.

— BERNAMA

ROSLIMEN@YAHOO.COM

BORNEO PARADISE KINARUT PAPAR

28 11 2008
armendrah

Am

——————————————————————————–
28 November, 2008 17:47 PM

Felda Sedia Pelan Penyelamat Hadapi Krisis Ekonomi Global

KUALA TERENGGANU, 28 Nov (Bernama) — Felda sedang merangka pelan penyelamat bagi menghadapi keadaan di luar jangkaan berikutan krisis ekonomi global yang tidak menentu sekarang.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata antara langkah yang akan diambil termasuk memfokuskan punca pendapatan lain selain daripada pendapatan utama melalui kelapa sawit dan getah.

Beliau juga berkata dalam bajet tahun depan, Felda akan merangka strategi sekiranya harga sawit menurun sehingga ke paras RM1,000 dan RM1,300 setan metrik.

“Kita akan memberi fokus kepada punca pendapatan sampingan iaitu dengan mengeluarkan bahan-bahan makanan dalam bidang pertanian serta kegiatan lain seperti ternakan dan pembangunan usahawan,” katanya pada majlis kepimpinan peneroka Felda Wialyah Terengganu bersama Pengerusi Felda di sini hari ini.

Mohd Yusof juga berkata melalui strategi itu, Felda tidak hanya bergantung kepada dua bahan komoditi tersebut bagi menambah pendapatan agensi berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat Felda supaya bergabung daripada segi pengurusan ladang kerana sebelum ini, banyak peneroka yang mengusahakannya secara bersendirian telah gagal.

“Pada mulanya mereka dapati mengurus ladang secara bersendirian akan memberi keuntungan yang lebih. Kemudiannya baru mereka sedar keuntungan itu hanya dalam tempoh jangka pendek,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pembangunan komuniti masih menjadi keutamaan agensi berkenaan tahun depan.

Ini terbukti, katanya apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk menambah seorang lagi Timbalan Pengurus Besar bagi memberi fokus kepada operasi pembangunan dan komuniti.

“Pertambahan jawatan itu menunjukkan Felda tidak akan membiarkan masyarakatnya menerima kesan yang teruk sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap bahan komoditi tahun depan,” katanya.

— BERNAMA

ROSLIMEN@YAHOO.COM

BORNEO PARADISE KINARUT PAPAR

28 11 2008
armendrah

Am

——————————————————————————–
28 November, 2008 16:48 PM

Pulau Pinang Catat Bilangan Penagih Yang Dikesan Paling Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Pulau Pinang mencatat bilangan penagih dadah yang dikesan (penagih baru dan berulang) paling tinggi dari Januari hingga Ogos tahun ini iaitu seramai 734 orang mengatasi negeri-negeri lain, menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah AADK, Datuk Bakir Zin berkata ia diikuti oleh Wilayah Persekutuan dengan 702 penagih, Johor (501), Ipoh (314), Kedah (301) dan Selangor (171).

“Kita akan sentiasa memantau keadaan ini dari masa ke masa dan memberi penekanan atau fokus yang lebih terhadap negeri ini (Pulau Pinang) dengan memperbanyakkan program membanteras dadah,” katanya selepas merasmikan sukan AADK di Universiti Malaya di sini hari ini.

Bakir berkata bilangan penagih dadah yang dikesan di seluruh negara setakat Ogos tahun ini menurun berbanding tempoh yang sama tahun lepas apabila hanya 8,870 penagih dicatatkan.

“Tahun lepas (Januari-Ogos), 10,800 orang penagih dikesan. Ini menunjukkan perkembangan positif terhadap usaha kita selama ini,” katanya.

Beliau berkata golongan penganggur yang berumur antara 19 dan 39 tahun adalah yang paling ramai dikesan.

Bakir berkata tahun depan AADK akan menambah 1,300 anggota baru yang akan ditempatkan di seluruh negara termasuk di pusat-pusat serenti bagi memperkasakan peranan dan perkhidmatan agensi itu.

“Dari segi logistik, kita akan memperbesarkan pejabat-pejabat AADK di seluruh negara dan menambah kenderaan mengikut keperluan. Kemudahan IT juga akan ditambah dalam usaha memantapkan pengurusan pentadbiran,” katanya.

— BERNAMA

28 11 2008
armendrah

Ekonomi

——————————————————————————–
28 November, 2008 01:32 AM

ASNB Akan Lancar Satu Bilion Unit ASM Baru

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), akan melancarkan satu bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) baru pada 1 Dis.

Presiden merangkap ketua eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata unit baru itu akan dibuka untuk langganan pada pukul 8.00 pagi serentak di semua sepuluh pejabat operasi penuh ASNB dan 1,627 cawangan ejen di seluruh negara.

“Dengan unit tambahan ini, saiz dana ASM akan meningkat kepada 7.2 bilion unit berbanding 6.2 bilion unit ketika ini,” katanya semasa mengumumkan pengagihan pendapatan tujuh sen seunit bagi ASN3 di sini, baru-baru ini.

Bagi membolehkan lebih ramai orang melabur, Hamad Kama Piah berkata had langganan 10,000 unit bagi setiap akaun akan dikenakan dari 1-7 Dis dan tiada had dikenakan selepas tempoh tersebut.

“Tawaran paling terbaharu unit tambahan ASM adalah pada Julai 2007 yang menyaksikan semua 500 juta unit, dihadkan pada 50,000 unit bagi seorang pelabur, habis dilanggan dalam masa 30 minit,” katanya.

Sejak pelancarannya, purata pengagihan pendapatan bagi dana ASM ialah 7.12 sen seunit.

Dalam satu kenyataan, PNB berkata unit itu akan menyediakan peluang pelaburan baik bagi pelabur meskipun keadaan pasaran saham yang tidak menentu pada masa ini.

Pengurus Dana Hwang DBS Securities, Teoh Han Chong berkata beliau selesa dengan pelaburan dalam PNB kerana agensi saham amanah itu berhemat, konservatif dan mampu menyediakan pulangan baik secara konsisten kepada pemegang unit.

“Pulangan sentiasa baik pada kira-kira lapan peratus setahun, tetapi saya akan lebih berpuas hati sekiranya ia boleh dikekalkan pada kira-kira lima hingga enam peratus,” katanya.

Beliau berkata pulangan lima hingga enam peratus “masih baik” berbanding kadar deposit tetap ketika ini pada kira-kira 3.5 peratus.

— BERNAMA

28 11 2008
armendrah

Am

——————————————————————————–
28 November, 2008 15:33 PM

Tempoh Penguatkuasaan Tali Keledar Belakang Tidak Ditangguh

KUCHING, 28 Nov (Bernama) — Tarikh penguatkuasaan pemakaian tali keledar belakang pada 1 Jan depan adalah tetap dan tidak akan ditangguh, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lajim Ukim.

Beliau berkata pengguna telah diberi tempoh yang cukup untuk mengambil langkah perlu bagi melaksanakan peraturan itu termasuk membiasakan diri dengan penggunaannya.

“Sekarang masih ada 33 hari lagi untuk pengguna memastikan mereka dapat membiasakan penggunaan tali keledar belakang…(mulai 1 Jan) kalau tidak pakai kita tetap akan saman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran keselamatan jalan raya 2008 di sini hari Jumaat.

Beliau berkata kempen advokasi pemakaian tali keledar belakang yang bermula 1 Jun lepas kini giat dilakukan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi menyedarkan pengguna agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu dan tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Lajim berkata kenderaan yang didaftar sebelum 1995 dan penumpang keempat di tempat duduk belakang bagaimanapun dikecualikan daripada penguatkuasaan penggunaan tali keledar belakang.

Sementara itu, Lajim berkata penunggang dan pembonceng motosikal dinasihat menggunakan topi keledar yang belum tamat tempoh dan diiktiraf oleh Sirim.

Beliau berkata jangka hayat sesebuah topi keledar biasanya dalam tempoh lima tahun dan selepas tempoh itu kebanyakan topi keledar tidak lagi selamat digunakan selain mudah pecah dan retak bila berlaku hentakan ketika kemalangan.

Lajim berkata kerajaan memperuntukkan RM45 juta kepada JKJR pada tahun depan untuk mengadakan lebih banyak kempen keselamatan jalan raya termasuk di 150 daerah luar bandar di seluruh negara.

“Kempen tahun hadapan melibatkan beberapa siri penerangan berhubung keselamatan jalan raya selain kita juga akan mengedarkan 150 ribu topi keledar kepada pengguna motosikal, pembonceng dan menunggang basikal dalam kempen itu nanti,” katanya.

— BERNAMA

28 11 2008
armendrah

Berita Sabah

——————————————————————————–
November 28, 2008 16:20 PM

Penduduk Pensiangan Tak Sabar Tunggu Siaran RTM Keningau

PENSIANGAN, 28 Nov (Bernama) — Jennifer Philip, 20, dari Kampung Bakiau di sini gemar mendengar radio khusus rancangan mengenai suku kaum Murut yang disiarkan oleh stesen RTM dari Kota Kinabalu.

Satu daripada lagu Murut yang menjadi kegemarannya berjudul “Bolintung Nasayung” yang bermaksud Jambatan Pelangi.

Namun, Jennifer tidak dapat mengikuti rancangan dalam bahasa Murut untuk tempoh yang lama kerana buat masa ini siarannya hanya terhad kepada satu atau dua jam sehari.

Seperti juga Jennifer, penduduk lain di Pensiangan mengharapkan RTM memperuntukkan masa siaran yang lebih lama bukan saja bagi program dalam bahasa Murut tetapi juga dalam bahasa lain termasuk Kadazandusun dan Bahasa Malaysia.

“Bukankah elok jika ada stesen radio di Keningau yang siarannya dapat didengar di kawasan pedalaman di Pensiangan, Tenom dan Tambunan. Itulah yang kami impikan,” kata Jennifer kepada Bernama.

Bagi memenuhi impian itu, seorang lagi penduduk tempatan, Paulus Raman, 35, berharap Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang akan melawat Pensiangan esok akan membawa khabar gembira.

Katanya RTM Keningau boleh menyiarkan program yang memberi tumpuan kepada topik yang berkait rapat dengan masyarakat tempatan seperti pertanian, pembangunan malah mengenai hal ehwal semasa.

“Memandangkan ramai yang terlibat dalam pertanian, siaran radio itu nanti harus mempunyai slot khas mengenai cara meningkatkan taraf hidup menerusi bidang pertanian,” kata Paulus.

Seorang pemimpin politik tempatan, Cyril Yansalang, berkata penduduk di situ sentiasa menyokong kerajaan Barisan Nasional dan adalah wajar mereka dapat menikmati siaran radio yang lebih baik.

Penduduk Kampung Barasanon, Ging Romanjon, 48, pula berharap sebuah stesen radio tempatan akan memberi peluang kepada penduduk di situ untuk mengetahui segala perkembangan di tempat sendiri dan juga di dunia luar.

— BERNAMA

28 11 2008
armendrah

CALON BIL PENCALONAN

Presiden Datuk Seri Najib Razak 185 (58 pencalonan layak bertanding)
[]

Presiden Tengku Razaleigh Hamzah 1 (58 pencalonan layak bertanding)
[]

Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin 92 (39 pencalonan layak bertanding)
[]

Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd Ali Rustam 48 (39 pencalonan layak bertanding)
[]

Timbalan Presiden Tan Sri Muhammad Muhd Taib 45 (39 pencalonan layak bertanding)
[]

Timbalan Presiden Datuk Shahrir Abdul Samad 1 (39 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein 148 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Datuk Seri Dr Rais Yatim 26 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Datuk Seri Syed Hamid Albar 32 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Tan Sri Annuar Musa (tarik diri) 1 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin 70 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal 82 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Datuk Seri Shahidan Kassim (tarik diri) 6 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 103 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Tan Sri Mohd Isa Samad 26 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan 3 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis 27 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Tan Sri Rahim Tamby Chik 16 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Datuk Seri Musa Aman 2 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Datuk Dr Affifudin Omar 1 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Presiden Datuk Halimah Sadique 1 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin 52 (39 pencalonan layak bertanding)
[]

Ketua Pemuda Datuk Mukhriz Mahathir 74 (39 pencalonan layak bertanding)
[]

Ketua Pemuda Datuk Seri Mohd Khir Toyo 61 (39 pencalonan layak bertanding)
[]

Ketua Pemuda Datuk Zahidi Zainul Abidin (tarik diri) 1 (39 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Pemuda Faizal Abdullah 1 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim 98 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican 74 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Pemuda Bahrul Razha Chuprat 4 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Pemuda Marzuki Yahaya 1 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Pemuda Megat Zulkarnain Omardin 1 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin 1 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Pemuda Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo 1 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz 116 (39 pencalonan layak bertanding)
[]

Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 74 (39 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 113 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Wanita Datuk Seri Azalina Othman Said 19 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Wanita Datuk Kamila Ibrahim 54 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Wanita Datuk Halimah Sadique 2 (20 pencalonan layak bertanding)
[]

Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin 61 (2 pencalonan layak bertanding)
[]

Ketua Puteri Datuk Shahaniza Shamsudin 63 (2 pencalonan layak bertanding)
[]

Ketua Puteri Bibi Sharliza Mohd Khalid 22 (2 pencalonan layak bertanding)
[]

Ketua Puteri Datin Ismalina Ismail 29 (2 pencalonan layak bertanding)
[]

Ketua Puteri Azlina Mehtab 10 (2 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Puteri Shahanim Mohd Yusof 40 (2 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Puteri Norlee Ashilin Datuk Radzi 57 (2 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Puteri Dr Wan Norashikin Wan Noordin 27 (2 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Puteri Nordiana Shafie 27 (2 pencalonan layak bertanding)
[]

Naib Ketua Puteri Haslinda Mohd Zerain 19 (2 pencalonan layak bertanding)
[]

Majlis Tertinggi Datuk Mustapa Mohamed 136
[]

Datuk Seri Musa Aman 133
[]

Datuk Noh Omar 157
[]

Datuk Abdul Ghani Othman 129
[]

Datuk Dr Latiff Ahmad 101
[]

Datuk Ismail Sabri Yaacob 130
[]

Datuk Seri Adnan Yaacob 112
[]

Datuk Zainal Abidin Osman 128
[]

Datuk Azian Osman 118
[]

Datuk Shahrir Samad 100
[]

Datuk Tajuddin Ab Rahman 119
[]

Datuk Dr Mohd Zamry Ab Kadir 57
[]

Datuk Ir Mohd Zin Mohamed 133
[]

Datuk Hamzah Zainuddin 93
[]

Datuk Seri Azalina Othman Said 112
[]

Datuk Seri Mohamad Hasan 100
[]

Datuk Dr Awang Adek Hussin 71
[]

Dr Mohd Puad Zarkashi 90
[]

Datuk Idris Haron 72
[]

Datuk Aziz Sheikh Fadzir 62
[]

Datuk Syed Ali Alhabshee 45
[]

Datuk Seri Mahadzir Khalid 93
[]

Datuk Norza Zakaria 76
[]

Datuk Saifuddin Abdullah 61
[]

Datuk Anifah Aman 63
[]

Datuk Johari Baharom 71
[]

Datuk Seri Idris Jusoh 56
[]

Datuk Noraini Ahmad 80
[]

Datuk Ahmad Said 55
[]

Datuk Husni Hanadzlah 84
[]

Datuk Ahmad Shabery Cheek 90
[]

Datuk Lajim Ukin 64
[]

Datuk Radzi Manan 22
[]

Datuk Shaziman Abu Mansor 60
[]

Datuk Seri Mat Isa Sabu 41
[]

Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis 26
[]

Datuk Seri Shahrizat Jalil 24
[]

Datuk Dr Norraesah Mohamed 33
[]

Datuk Zulhasnan Rafique 79
[]

Datuk Latif Mirasa 39
[]

Datuk Hassan Malek 33
[]

Datuk Seri Dr Hilmi Yahya 33
[]

Datuk Seri Shahidan Kassim 72
[]

Datuk Seri Mohd Shariff Omar 5
[]

Datuk Abdul Rahman Bakar 24
[]

Kapt (B) Datuk Abu Zahar Hashim 14
[]

Datuk Ishak Ismail 17
[]

Datuk Raja Ahmad Zainuddin 21
[]

Datuk Marsidi Manjun 20
[]

Datuk Azeez Abdul Rahim 33
[]

Datuk Bung Mokhtar Radin 41
[]

Datuk Seri Salleh Said Keruak 16
[]

Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin 22
[]

Datuk Astaman Abdul Aziz 13
[]

Datuk Subahan Kamal 14
[]

Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz 3
[]

Datuk Dr Wan Adnan Wan Mohammad 11
[]

Tan Sri Abd Rahim Tamby Chik 10
[]

Datuk Lillah Yassin 2
[]

Datuk Seri Syed Hamid Albar 4
[]

Datuk Khalid Yunus 2
[]

Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman 15
[]

Datuk Zainal Abidin Kadir 2
[]

Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad 10
[]

Datuk Seri Dr Rais Yatim 3
[]

Datuk Azhar Ibrahim 15
[]

Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali 18
[]

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin 6
[]

Datuk Halimah Mohamed Sadique 23
[]

Datuk Ahmad Lebai Sudin 14
[]

Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin 2
[]

Datuk Azimi Daim 11
[]

Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar 1
[]

Datuk Mohd Alwi Che Ahmad 50
[]

Tan Sri Napsiah Omar 1
[]

Datuk Shaharudin Moin 1
[]

Adam Hamid 1
[]

Datuk Abdullah Hishan 1
[]

Datuk Dr Abdul Malik Hanafiah 1
[]

Datuk Razali Ismail 1
[]

Datuk Ghazali Ibrahim 16
[]

Datuk Seri Shafie Apdal 1
[]

Datuk Sazmi Miah 10
[]

Datuk Shaikh Mansor 1
[]

Datuk Abdul Azizi Abdul Rahim 1
[]

Datuk Seri Azmi Khalid 1
[]

Datuk Maznah Mazlan 1
[]

Datuk Suhaili Abdul Rahman 1
[]

Datuk Zein Isma Ismail 1
[]

Datuk Seri Dr Ibrahim Saad 2
[]

Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri 13
[]

Datuk Tengku Putera Tengku Awang 11
[]

Datuk Mohd Said Yusof 2
[]

29 11 2008
armendrah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MALAYSIA
MERASMIKAN KURSUS ASAS PENGGERAK PENYELIA KEMAS SABAH.

Oleh : ARMENDRAH

Sabtu,19.11.2008.Kinarut Papar-Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia YB. Senator Tan Sri Dato’ Muhammad Bin Muhd Taib telah merasmikan Kursus Asas Penggerak Gerakan Daya Wawasan Siri 5/2008 negeri Sabah bertempat di Hotel Borneo Paradise,Kinarut Papar Sabah.

Seramai lebih kurang 48 peserta terdiri daripada Penyelia Pembangunan Desa Dan Perhubungan DUN di seluruh kawasan sabah. Selaku Penghulu ialah Saudara HARUN BIN TIMPA Penyelia kawasan Lahad DAtu Parlimen P188 Silam. Syabas diucapkan kepada beliau yang berjaya mengatur majlis penutupan yang dihadiri pemimpin negara Menteri KKLW.

YB Senator Tan Sri Dato KKLW berpesan penyelia sebagai penggerak masyarakat luar bandar perlu memiliki ilmu pendidikan sepanjang hayat agar manusia yang dibangunkan kelak benar-benar menjadi insan yang cemerlang dalam pelajaran dan memiliki nilai-nilai murni yang utuh dan kukuh.

YB. Senator Tan Sri Dato’ ada berkata “seorang adalah lebih baik dari 100 orang yang malas,lepak,tidak boleh buat apa-apa dan hanya tahu tidur. Saya lebih sukar seorang yang pandai bekerja, rajin dan memainkan peranan untuk membangunkan matlamat sebenar daripada 100 orang”

Saya Armendrah bin Abdul Rashid peserta penyelia tinggal di kawasan Lahad Datu, Harun Bin Timpa Penyelia DUN N50 Kawasan Lahad Datu dan lain-lain rakan-rakan berpendapat”Pendidikan sepanjang hayat adalah satu keperluan kendiri untuk mempertingkatkan kualiti diri agar berilmu,berwawasan dan cemerlang dalam segenap bidang”.

YB. Tan Sri Dato BERKATA dari sunnah nabi iaitu tentang 3 perkara amal yang akan tidak akan hilang buat selama-lamanya iaitu:-

1. Amal Jariah
2. Ilmu yang diamal dan dimanfaatkan
3. Meninggalkan anak soleh.

Sebagai penutup rakyat parlimen silam perlu bangun dari lena untuk mempastikan agar anak-anak diberi pendidikan secukupnya supaya masa depan mereka dapat menyumbang kepada dirinya sendiri,keluarga malahan kepada bangsa malaysia.

Kita perlu bekerja tekun,rajin dan sanggup berkorban demi anak bangsa akan datang. Kebolehan,kemahiran yang kita miliki jika dicurahkan secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan percayalah amal perbuatan kita adalah satu perjuangan suci disisi agama Islam.

Saya teringat dengan surah Al-AS bermaksud”Demi masa manusia akan berada dalam kerugian melainkan mereka yang benar-benar bertakwa dan berpesan-pesan tentang kebenaran dan kebaikan”.Ayat ini saya slalu bawa ketika berpidato kerana mengingatkan kita tentang menghargai masa yang amat terhad dan bernilai. Menara Putrajaya yang berdiri megah tidak berdiri sendirinya tanpa usaha dari batu-bata yang satu. Ini bermakna sehari satu adalah saksi kebenaran kejayaan pembinaan menara berkembar petronas.

Semoga jumpa dilain hari kepada rakan-rakan penggerak pembangunan modal insan…….Bila YB. KKLW berkata pembangunanmodal insan saya teringat slogan dan pesanan YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam melalui Mottonya “Kepimpinan Berteraskan Modal Insan. Nyata hari ini semua menteri memperkatakan betapa pentingnya Pembangunan Modal Insan dalam membangunkan masyarakat yang berwawasan.

Tahniah YB. Silam…pencetus idea-idea setahun kehadapan dalam berfikir..

Sekian dari saya ARMENDRAH ABDUL RASHID

roslimen@yahoo.com

29 11 2008
armendrah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MALAYSIA
MERASMIKAN KURSUS ASAS PENGGERAK PENYELIA KEMAS SABAH.

Oleh : ARMENDRAH

Sabtu,19.11.2008.Kinarut Papar-Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia YB. Senator Tan Sri Dato’ Muhammad Bin Muhd Taib telah merasmikan Kursus Asas Penggerak Gerakan Daya Wawasan Siri 5/2008 negeri Sabah bertempat di Hotel Borneo Paradise,Kinarut Papar Sabah.

Seramai lebih kurang 48 peserta terdiri daripada Penyelia Pembangunan Desa Dan Perhubungan DUN di seluruh kawasan sabah. Selaku Penghulu ialah Saudara HARUN BIN TIMPA Penyelia kawasan Lahad DAtu Parlimen P188 Silam. Syabas diucapkan kepada beliau yang berjaya mengatur majlis penutupan yang dihadiri pemimpin negara Menteri KKLW.

YB Senator Tan Sri Dato KKLW berpesan penyelia sebagai penggerak masyarakat luar bandar perlu memiliki ilmu pendidikan sepanjang hayat agar manusia yang dibangunkan kelak benar-benar menjadi insan yang cemerlang dalam pelajaran dan memiliki nilai-nilai murni yang utuh dan kukuh.

YB. Senator Tan Sri Dato’ ada berkata “seorang adalah lebih baik dari 100 orang yang malas,lepak,tidak boleh buat apa-apa dan hanya tahu tidur. Saya lebih sukar seorang yang pandai bekerja, rajin dan memainkan peranan untuk membangunkan matlamat sebenar daripada 100 orang”

Saya Armendrah bin Abdul Rashid peserta penyelia tinggal di kawasan Lahad Datu, Harun Bin Timpa Penyelia DUN N50 Kawasan Lahad Datu dan lain-lain rakan-rakan berpendapat”Pendidikan sepanjang hayat adalah satu keperluan kendiri untuk mempertingkatkan kualiti diri agar berilmu,berwawasan dan cemerlang dalam segenap bidang”.

YB. Tan Sri Dato BERKATA dari sunnah nabi iaitu tentang 3 perkara amal yang akan tidak akan hilang buat selama-lamanya iaitu:-

1. Amal Jariah
2. Ilmu yang diamal dan dimanfaatkan
3. Meninggalkan anak soleh.

Sebagai penutup rakyat parlimen silam perlu bangun dari lena untuk mempastikan agar anak-anak diberi pendidikan secukupnya supaya masa depan mereka dapat menyumbang kepada dirinya sendiri,keluarga malahan kepada bangsa malaysia.

Kita perlu bekerja tekun,rajin dan sanggup berkorban demi anak bangsa akan datang. Kebolehan,kemahiran yang kita miliki jika dicurahkan secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan percayalah amal perbuatan kita adalah satu perjuangan suci disisi agama Islam.

Saya teringat dengan surah Al-AS bermaksud”Demi masa manusia akan berada dalam kerugian melainkan mereka yang benar-benar bertakwa dan berpesan-pesan tentang kebenaran dan kebaikan”.Ayat ini saya slalu bawa ketika berpidato kerana mengingatkan kita tentang menghargai masa yang amat terhad dan bernilai. Menara Putrajaya yang berdiri megah tidak berdiri sendirinya tanpa usaha dari batu-bata yang satu. Ini bermakna sehari satu adalah saksi kebenaran kejayaan pembinaan menara berkembar petronas.

Semoga jumpa dilain hari kepada rakan-rakan penggerak pembangunan modal insan…….Bila YB. KKLW berkata pembangunanmodal insan saya teringat slogan dan pesanan YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam melalui Mottonya “Kepimpinan Berteraskan Modal Insan. Nyata hari ini semua menteri memperkatakan betapa pentingnya Pembangunan Modal Insan dalam membangunkan masyarakat yang berwawasan.

Tahniah YB. Silam…pencetus idea-idea setahun kehadapan dalam berfikir..

12.00 malam

Sekian dari saya ARMENDRAH ABDUL RASHID

roslimen@yahoo.com
…………………………………papar

2 12 2008
armendrah

ASSALAMUALAIKUM Y.B.

terlebih dahulu saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, SELAKU AHLI DEWAN RAKYAT PARLIMEN P188 SILAM, SEISI KELUARGA DAN RAKYAT PARLIMEN SILAM yang akan disambut pada 08hb . 12 . 2008 ini. Mohon Maaf jika ada salah dan silap.

Daripada Armendrah bin Abdul Rashid, seisi keluarga dan masyarakat idahan kg. Terusan,Sapagaya,Jawa,Cocos,Felda Sahabat 16,Kg. Tabanak,Silam,Puyut,Kunak,Kg. Getah,Lormalong,Cocos Kunak dan lain-lain lagi.

Rakyat silam berkirim salam dengan YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi.

roslimen@yahoo.com

Lahad Datu, Sabah……………..

2 12 2008
armendrah

Am

——————————————————————————–
01 Disember, 2008 22:28 PM

Harga Minyak Dijangka Turun Sebelum Hari Raya Haji

JOHOR BAHARU, 1 Dis (Bernama) — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pengurangan harga minyak akan dilaksanakan sebelum Hari Raya Haji dan kali ini ia dijangka hanya melibatkan petrol sahaja.

Penurunan harga petrol itu, katanya tidak akan melebihi 15 sen.

“Kita sekarang berdepan dengan keadaan luar biasa di mana harga diesel di pasaran dunia adalah lebih tinggi daripada petrol dan sebab itu kerajaan masih memberi subsidi RM1.43 untuk harga diesel,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penutupan Seminar Pembangunan Perniagaan Bagi Peniaga dan Usahawan Kecil di sini hari ini.

Dengan penurunan itu harga minyak petrol RON97 dijangka turun daripada RM2 kepada RM1.85 seliter manakala RON92 daripada RM1.90 kepada RM1.75 seliter.

Pada 17 Nov lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Bagaimanapun, Shahrir berkata keputusan mengenai mekanisme penetapan harga minyak tidak sempat dibincangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang diadakan di Putrajaya hari ini kerana perbincangan lebih tertumpu kepada aspek keselamatan negara.

“Kita mungkin akan membincangkannya pada mesyuarat Exco selepas Hari Raya Haji nanti,” katanya.

Kerajaan sekarang sedang menimbang sama ada memilih mekanisme penetapan harga minyak berasaskan harga lantai atau pengapungan terurus.

Mengenai rungutan pengguna berkaitan kedegilan peniaga menurunkan harga barang-barang walaupun harga minyak turun, beliau berkata pada masa sekarang peniaga khasnya yang menjual barang yang dikilangkan tidak dapat berbuat demikian.

“Mereka tidak dapat menurunkan harga barang yang dikilangkan pada masa sekarang kerana harga barangan terbabit adalah berasaskan harga tempahan sebelum pengumuman penurunan harga minyak,” katanya.

— BERNAMA

roslimen@yahoo.com……………lahad datu

2 12 2008
armendrah

Berita Sabah

——————————————————————————–
December 01, 2008 15:02 PM

Sabah Mahu Majukan Industri Ketam

SEMPORNA, 1 Dis (Bernama) — Sabah yang memiliki banyak spesis ketam mahu mengembangkan lagi industri ternakan ketam.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin mahu kajian dijalankan bagi mengeluarkan benih ketam di Sabah.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, berkata walaupun sumber ketam di Sabah masih banyak namun kajian seumpama itu perlu dilakukan kerana Sabah belum mempunyai pusat pembenihan seumpama itu selain ketam dilihat mempunyai potensi besar kepada ekonomi Sabah.

“Penghasilan benih ketam perlu diusahakan kerana ia belum ada di Sabah. Mereka (penternak ketam) cuma bergantung kepada benih-benih ketam dari laut.

“Kita tidak boleh bergantung kepada sumber keluaran (benih) laut sahaja. Kita mahu supaya benih-benih ketam ini (kita keluarkan) supaya industri penternakan ketam ini menjadi lebih besar dan dapat dieksport keluar negara,” katanya kepada Bernama selepas melawat Pusat Pemprosesan Isi Ketam Suri di Kg Tundun, Pulau Bum-Bum dekat sini, Isnin.

Pusat tersebut diusahakan oleh Gerakan Desa Wawasan Kg Tundun dan dianggotai 15 ahli.

Selain memproses isi ketam segar untuk pasaran tempatan dan eksport, pusat berkenaan juga mengeluarkan produk berasaskan ketam seperi karipap, serunding, maruku dan popia.

Menurut Yahya, kerajaan negeri khuatir sekiranya aktiviti pembenihan tidak laksanakan, satu hari nanti Sabah boleh berhadapan dengan kekurangan sumber benih apabila sumber di laut semakin berkurangan.

— BERNAMA

roslimen@yahoo.com……….lahad datu

2 12 2008
armendrah

Berita Sabah

——————————————————————————–
November 30, 2008 15:54 PM

Zaid Ibrahim Mesti Perjelas Kehadirannya Di Kongres PKR, Kata Muhyiddin

KOTA KINABALU, 30 Nov (Bernama) — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim mesti memberi penjelasan berhubung kehadirannya pada Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam semalam, kepada Lembaga Disiplin Umno sebelum tindakan dikenakan terhadapnya.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kehadiran Zaid pada kongres berkenaan bukanlah kali pertama beliau menghadiri perhimpunan anjuran pembangkang dan tindakan itu membuktikan ketidaksetiaannya kepada Umno.

“Kehadirannya dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang tidak masuk akal. Ini (kehadiran Zaid) dilihat seperti memberi sokongan moral kepada pembangkang.

“Beliau mesti memberi penjelasan kenapa beliau menghadiri kongres itu. Beliau perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kepada pemberita semasa sesi bertemu Ketua Pengarang dan Ketua Biro media nasional serta tempatan di Sabah, di sini, Ahad.

Menurut laman web Malaysian Insider, Zaid mendakwa beliau masih merupakan anggota Umno dan tidak melihat pembangkang sebagai musuh.

Zaid juga berkata kehadirannya di kongres berkenaan menunjukkan beliau masih berminat dalam politik dan tidak menjangkakan akan dipecat daripada Umno.

— BERNAMA

roslimen@yahoo.com

2 12 2008
armendrah

Berita Sabah

——————————————————————————–
November 29, 2008 17:32 PM

Pertumbuhan Koperasi Di Negara Ini Dijangka Terus Positif Tahun Depan

TAWAU, 29 Nov (Bernama) — Pertumbuhan koperasi di negara ini dijangka akan terus positif pada tahun depan meski pun negara berhadapan dengan situasi krisis kewangan global sekarang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Mohd Yusof Shamsudin berkata keyakinan berkenaan adalah berdasarkan peranan dan aktiviti koperasi itu sendiri yang amat rapat dan berkait dengan rakyat secara langsung.

“Kalau dilihat secara umum, dalam keadaan ekonomi (krisis kewangan) beginilah koperasi amat perlu dan peranannya nampak lebih baik kerana perkhidmatannya terus kepada ahli. Ahli itu ialah masyarakat atau orang ramai.

“Sebagai contoh jika kita ada kedai pengguna yang dibuat oleh koperasi, kedai itu bukan sahaja menawarkan harga berpatutan sebab dia milik koperasi malah keuntungan dari kedai pengguna berkenaan juga akan dipulangkan semula kepada ahli,” katanya.

Mohd Yusof berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek usahasama Koperasi Serbaguna Kakitangan Sawit Berhad (Kosawit) dan Masama-Winquest Sdn Bhd bagi pembinaan perumahan dan pusat komersil bernilai RM109 juta di Sg Balung dekat sini, Sabtu.

Beliau mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Menurut Mohd Yusof, prestasi perkembangan aktiviti koperasi dari pelbagai kriteria yang direkodkan sepanjang tahun ini juga menunjukkan bahawa sektor koperasi di negara ini masih kukuh.

Katanya bilangan koperasi di negara ini bertambah tiga peratus setahun manakala pertambahan anggota dan yuran yang dibayar anggota koperasi juga masing-masing mengalami pertumbuhan tiga peratus setahun.

Pada masa ini, katanya terdapat kira-kira 5,000 buah koperasi di negara ini dengan jumlah keanggotaan seramai enam juta orang atau kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

Mohd Yusof berkata pemilikan yuran atau saham koperasi di negara ini juga bertambah RM2 bilion setahun dan pada masa ini aset terkumpul koperasi di Malaysia ialah RM40 bilion.

“Setakat bulan ini sahaja sebanyak 311 buah koperasi baru ditubuhkan di negara ini berbanding tahun-tahun yang lepas yang biasanya sekitar 200 sahaja. Dalam tempoh berkenaan, kita juga membatalkan pendaftaran 38 buah koperasi, antaranya disebabkan tidak aktif,” katanya.

— BERNAMA

2 12 2008
armendrah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

02.12.2008,Lahad Datu,Sabah-Saya mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat yang memperjuangkan hak-hak rakyat agar pembinaan jalan raya yang baru bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang menjadi masalah utama dan rungutan penduduk parlimen silam.

Saya mengikuti perkembangan Yang Berhormat di media-meedia cetak dan elektronik yang mendesak kepada kerajaan agar dapat membina jalan raya baru bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya. Berdasarkan isu yang ditimbulkan penduduk semasa pilihanraya lepas rakyat amat dukacita kerana tiada perubahan dari segi infrastruktur jalan raya.

Alhamdulillah kesan cadangan Yang Berhormat didewan mulia akhirnya menteri-menteri yang berkaitan telah meluluskan peruntukan yang besar kepada Sabah dan Sarawak dibawah peruntukan KKLW.

Menteri Kemajuan Luar Bandar juga ingin mempastikan 2015 sepanjang 30km dari kawasan bandar semua jalan-jalan akan di tar,bekalan elektrik lengkap,air lengkap dan lain-lain lagi.

Terima kasih kepada Yang Berhormat yang membela nasib rakyat dikawasan luar bandar dan bandar.Saya yakin dan percaya terlaksananya hasrat rakyat akan memudahkan rakyat untuk berhubung,mudah mendapat air bersih kesihatan akan terjamin.

Saya yakin dan percaya YB yang masih muda,aktif,proaktif dan kuat bekerja yang mementingkan perkembangan rakyat saya berdoa semoga YB akan menjadi YB Silam buat selama-lamanya dan seumur hidup.

Kami tidak rugi kerana berdasarkan maklumbalas rakyat YB Haji Salleh berbudi bahasa,merendah diri,mudah dijumpa,mesra rakyat,penyayang,membela nasib rakyat dan prihatin.

Saya sebagai rakyat parlimen silam memohon dan merayu kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Musa Bin Aman agar Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi diberi peluang untuk memegang jawatan dalam kabinet pada Mac 2009 kelak.

Sekian,terimakasih…………

5 12 2008
armendrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengguna jalan raya yang ang hendak melalui jalan Lahad Datu menuju Pekan Kunak atau ke bandar Tawau atau ke Semporna tentu merasa amat selesa dan tidak takut-takut lagi apabila siap sepenuhnya pembinaan jalan tepi bagi laluan kenderaan berat khususnya di kawasan berbukit danselekoh tajam.

Pembinaan jalan tepi ini sudah pasti akan dapat mengelakkan kemalangan jalan raya kerana keadaan jalan yang akan bertambah baik.

Kelebihan atau kebaikan adanya jalan ini bagi mengelakkan kereta berkuasa tinggi terkandas kerana terdapat banyak lori-lori membawa muatan berat.

Kemalangan jalan raya akan dapat dikurangkan berbanding sebelum ini terlalu banyak kemalangan akibat jalan terlalu banyak berliku-liku atau selekoh tajam.

Selamat Memandu,,,,pandu cermat jiwa selamat

roslimen@yahoo.com……..multi bake lahad datu IT bagusba…

5 12 2008
armendrah

P E N G E N A L A N
Program ini adalah cetusan idea oleh YB Dato’ Seri Abd Aziz Shamsuddin, Menteri
KKLW supaya diwujudkan satu Institut Latihan Kemahiran Jahitan yang diiktiraf
hingga ke tahap Diploma bagi membantu peserta jahitan luar bandar tingkatkan
kemahiran dan berdaya saing untuk menjadi seorang usahawan berjaya.
Dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, UiTM,
Kementerian Pelajaran, Pusat-Pusat Bertauliah, KEDA, JHEOA, Kementerian Belia
& Sukan dan lain-lain.
S I J I L D I T A W A R K A N
Terdapat 3 program Persijilan yang ditawarkan iaitu:-
i. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dalam bidang pembuat pakaian wanita.
ii. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang pembuat pakaian wanita.
iii. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang pembuat pakaian wanita.
Pada tahun 2009 peserta yang berkelayakan akan ditawarkan :-
• Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) Eksekutif Fesyen Dan Pakaian.
KELAYAKAN PESERTA
i. Hadir dengan jayanya dalam program Bengkel Jahitan KEMAS.
ii. Peserta Pusat Latihan JHEOA yang memiliki SKM tahap 1 dalam bidang berkaitan.
iii. Peserta KEDA yang memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan.
iv. Lain-lain peserta yang layak dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
O B J E K T I F
i. Menambah nilai kemahiran masyarakat luar bandar.
ii. Membangun Modal Insan Luar Bandar.
iii. Ke arah pembangunan 2020 dan 2057.
iv. Mewujudkan sinergi latihan di antara Agensi di bawah KKLW dan lain-lain
Agensi.
INSTITUT LATIHAN KEMAS SERI ISKANDAR BOTA PERAK
32600 Seri Iskandar, Perak
http://www.kemas.gov Tel: 05-371 2102
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Ibu Pejabat
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Aras 2–3, Blok 1, Menara PjH, Persint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62100 Putrajaya
Tel : 03-88887408 Fax : 03-8886458/6471
http://www.kemas.gov.my
*Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi KEMAS Negeri atau Bengkel Jahitan KEMAS berhampiran.
Menambah Nilai Kemahiran Masyarakat Luar Bandar
Pendidikan Kemahiran yang dilaksanakan oleh KEMAS semenjak tahun 1969 adalah
secara Pendidikan non – formal bertujuan untuk memberi bimbingan dan latihan
kemahiran asas kepada masyarakat luar bandar bagi meningkatkan pengupayaan
dalam menjana sumber pendapatan keluarga. Peserta bengkel jahitan hanya diberi
Sijil penyertaan KEMAS setelah tamat menyertai latihan di bengkel jahitan. Oleh itu
Pelaksanaan Program Persijilan dan Diploma jahitan yang dilaksanakan ini akan
menambah nilai kemahiran masyarakat luar Bandar dan adalah perintis untuk menuju ke
arah Persijilan dan Diploma yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia yang diiktiraf.
Membangun Modal Insan Luar Bandar
Dalam usaha untuk menyediakan Modal Insan luar bandar yang berkualiti agenda
pendidikan sepanjang hayat terus diperkasakan untuk menyediakan warga negara
yang berdaya saing, kompetan dan kompetatif. Pelaksanaan Program Diploma Jahitan
KEMAS memberi peluang kepada peserta di bawah Agensi KKLW untuk mengikuti
Persijilan SKM Tahap 1 hingga 3 dan di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Tahap 4 dan 5 yang diiktiraf.
Ke Arah Pembangunan 2020 dan 2057
Menyahut saranan Kerajaan untuk mencapai wawasan 2020 dan Misi 2057 yang akan
digubal oleh Kerajaan bagi meneruskan kesinambungan pembangunan negara daripada
pelbagai aspek sejak kemerdekaan dan selepas pencapaian Wawasan 2020. Sehubungan
itu Pelaksanaan Program Diploma Jahitan adalah selaras dengan hasrat Negara untuk
melahirkan modal insan yang lebih berkualiti dan berdaya saing di pasaran semasa.
PUSAT LATIHAN
• SKM TAHAP 1 DALAM BIDANG PEMBUAT PAKAIAN
WANITA – LATIHAN DI BENGKEL JAHITAN KEMAS
• SKM TAHAP 2 DAN 3 PEMBUAT PAKAIAN WANITA –
LATIHAN DI INSTITUT LATIHAN KEMAS SERI ISKANDAR,
PERAK
DALAM PERANCANGAN
• PELAKSANAAN PROGRAM DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA
TAHAP 4 (EKSEKUTIF APPAREL DAN PAKAIAN)

roslimen@yahoo.com……….multi bake……..lahad datu bagusba

5 12 2008
armendrah

Berita Utara

——————————————————————————–
November 16, 2008 19:22 PM

RM525 Juta Pakej Rangsangan Ekonomi Diguna Bina Rumah 15,000 Keluarga Miskin Tegar, Kata Muhammad

PANTAI REMIS, 16 Nov (Bernama) — Sebanyak RM525 juta daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan digunakan untuk membina rumah bagi 15,000 keluarga miskin tegar di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata semua keluarga miskin tegar itu akan memiliki rumah sendiri dengan dua atau tiga bilik.

” Pembinaan rumah ini akan menyelesaikan 90 peratus masalah rumah keluarga miskin tegar kerana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), jumlah rumah yang akan dibina adalah sebanyak 20,450.

Datuk Seri Najib telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membolehkan pembinaan rumah ini dijalankan secepat mungkin, kita akan mulakan pembinaan ini tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Apa Khabar Orang Kampung’ di Kampung Matang Acheh, Pantai Remis di sini hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan rumah ini perlu dipercepatkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi di semua kawasan yang terlibat.

Katanya selain itu, pembinaan 74 jalan luar bandar yang tertangguh akibat kenaikan kos bahan binaan juga akan disiapkan dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

” Kita juga akan siapkan jalan kampung di bawah Projek Jalan Kampung sepanjang 1,600 kilometer bagi kemudahan penduduk dan 200 buah Taska bagi menyediakan pendidikan kualiti tertinggi kepada generasi muda,” katanya.

— BERNAMA

5 12 2008
armendrah

TERKINI

ARKIB : 19/11/2008
RM13 juta bina rumah orang miskin Sabah
19/11/2008 12:29pm

KOTA KINABALU 19 Nov. – Kerajaan Persekutuan pada tahun ini menyediakan peruntukan RM13 juta di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) bagi membantu membina rumah golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Sairin Karno berkata, jumlah tersebut adalah 26 peratus daripada keseluruhan RM50 juta yang diperuntukkan di bawah PBR untuk dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 2008.

“Di samping peruntukan yang disebutkan itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM10.5 juta bagi membina rumah untuk rakyat termiskin termasuk golongan kurang upaya dan ibu tunggal pada tahun ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. – Utusan.

roslimen@yahoo.com

5 12 2008
armendrah

SKIM TANAMAN SEMULA KELAPA SAWIT (TASKS) AGRO BANK
July 10, 2008 · Filed Under Pinjaman

SKIM KHAS UNTUK PEKEBUN KECIL KELAPA SAWIT SAHAJA
• Untuk membantu dan menggalakkan pekebun kecil meningkatkan prestasi industri minyak kelapa sawit.

KELAYAKAN
• Pekebun kecil individu
• Agensi kerajaan atau organisasi yang mengurus kebun kelapa sawit milik pekebun kecil
• Syarikat Sendirian Berhad dengan dana pemilik saham tidak melebihi RM2.5 juta

PROJEK YANG LAYAK DIBIAYAI

Keluasan Tanah
• Bagi individu, keluasan minimum 0.28 hektar (0.7 ekar) dan maksimum 40.5 hektar (100 ekar)
• Pertubuhan atau organisasi yang mengurus dan memajukan kebun kelapa sawit milik pekebun kecil tidak tertakluk kepada had keluasan tanah

Kelayakan Tanaman
• Pokok kelapa sawit yang pulangannya tidak ekonomik

Penggunaan Tanah
• Tanah yang dimajukan hendaklah bersyaratkan tanaman kelapa sawit
• Bagi tanaman baru (pemindahan dari tanaman lain) untuk Sabah dan Sarawak sahaja, kelulusan pertukaran syarat penggunaan tanah kepada kelapa sawit hendaklah diperolehi terlebih dahulu
• Jika tanah yang akan dimajukan bukan milik sendiri, pengusaha tanah tersebut hendaklah mempunyai hak yang sah mengusahakan tanah tersebut bagi jangka masa tidak kurang dari tempoh pembiayaan

Penggunaan Benih
• Benih kelapa sawit hendaklah diperolehi daripada nurseri atau pembekal yang berdaftar dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

SYARAT

Jumlah Pembiayaan
• Tidak melebihi RM 6,000 sehektar
• Komponen pembiayaan adalah merangkumi modal tetap dan modal kerja berkaitan dengan tanaman kelapa sawit
• Pembiayaan boleh dipertimbangkan sehingga 100%

Tempoh Pembiayaan
• Tidak melebihi 10 tahun
• Tempoh penangguhan bayaran pokok adalah tidak melebihi 4 tahun

Kaedah Pembiayaan & Kadar Keuntungan
• Pembiayaan secara Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) dengan kadar keuntungan 4% setahun

Bayaran Balik
• Secara ansuran bulanan

Cagaran/Jaminan
• Tanah tapak projek
• Jika tanah tapak projek tidak boleh dicagar, Bank boleh menerima lain-lain bentuk cagaran

Perlindungan Takaful
• Pelanggan individu dikehendaki mengambil takaful gadai janji yang meliputi keseluruhan pembiayaan

Deposit Sekuriti
• Dikecualikan

Caj Memproses
• 2 hektar dan kurang – RM 20
• 5 hektar dan kurang – RM 50
• 10 hektar dan kurang – RM 200
• Jika lebih 10 hektar – 0.5% daripada nilai kelulusan atau maksimum RM5,000

Caj Penyempurnaan Suratcara
• Dikendalikan oleh BPM
o 2 hektar dan kurang – RM 20
o 5 hektar dan kurang – RM 50
o 10 hektar dan kurang – RM 200
o Jika lebih 10 hektar – 0.5% daripada nilai kelulusan atau maksimum RM5,000

• Dikendalikan oleh Peguam Luar
Kadar bayaran adalah mengikut kadar yang ditentukan oleh firma guaman dan kosnya ditanggung oleh pemohon

Pengeluaran Wang Pinjaman
• Pengeluaran wang dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan projek dan disokong oleh dokumen tertentu seperti invois, resit, pengesahan kerja dan lain-lain

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) http://www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di http://www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

5 12 2008
armendrah

Kunak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Pembangunan Ekonomi

Pertanian merupakan aktiviti utama bagi Daerah Kunak. Adalah dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah di Daerah Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian. Adalah dianggarkan terdapat lebih kurang 120 estet (100 ekar ke atas) di Daerah Kunak. Mengikut laporan dari Jabatan Pertanian, tanah seluas 72,272.75 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit, koko, kelapa, dan lain-lain tanaman kontan. Antara syarikat-syarikat besar (listed companies) yang mempunyai estet di Daerah ini adalah Golden Hope, IOI, Guthrie, Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit. Syarikat-syarikat ini memiliki lebih 70 peratus daripada tanaman kelapa sawit di Daerah Kunak

Koko

Penanaman koko secara komersial telah bermula sejak tahun 1960an. Bagaimanapun tanaman koko tidak lagi dianggap tanaman penting pada hari ini. Banyak estet telah menebang pokok koko untuk diganti dengan tanaman kelapa sawit. Sebab utama yang mendorong kepada pengurangan tanaman koko adalah dari segi penjagaan di mana tanaman koko memerlukan tenga buruh yang ramai yang menyebabkan kos pemeliharaan meningkat. Pada hari ini, keluasan tanaman koko di Daerah Kunak adalah lebih kurang 11455.06 hektar sahaja dan kebanyakan daripada ladang koko dipunyai oleh individu dan pekebun-pekebun kecil. Hasil koko dijual ke Tawau dimana terdapat kilang memproses biji koko.

Perikanan

Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk Daerah Kunak. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan telah menjadi satu tradisi bagi penduduk Bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan harian. Jumlah pengeluaran yang dilaporkan di pasar harian daerah ialah 438 tan metrik (rekod Jabatan Perikanan). Jumlah nelayan yang direkodkan Jabatan Perikanan di daerah ini ialah lebih kurang 1200 orang. Manakala nelayan sambilan adalah 350 orang, jumlah bot yang ada di daerah ini adalah 254 buah. Selain dari nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri perikanan. Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara komersil. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik setahun. Jumlah pengeluaran baja ikan pada Tahun 1997 dan 1998 adalah 4332 tan metrik. Kesemua baja ikan digunakan dalam negeri.Pengeluaran Hasil-Hasil Laut Daerah Kunak 1995 – 2000

Dipetik daripada: http://www.sabah.gov.my/pd.knk/

5 12 2008
armendrah

Kunak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Pembangunan Ekonomi

Pertanian merupakan aktiviti utama bagi Daerah Kunak. Adalah dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah di Daerah Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian. Adalah dianggarkan terdapat lebih kurang 120 estet (100 ekar ke atas) di Daerah Kunak. Mengikut laporan dari Jabatan Pertanian, tanah seluas 72,272.75 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit, koko, kelapa, dan lain-lain tanaman kontan. Antara syarikat-syarikat besar (listed companies) yang mempunyai estet di Daerah ini adalah Golden Hope, IOI, Guthrie, Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit. Syarikat-syarikat ini memiliki lebih 70 peratus daripada tanaman kelapa sawit di Daerah Kunak

Koko

Penanaman koko secara komersial telah bermula sejak tahun 1960an. Bagaimanapun tanaman koko tidak lagi dianggap tanaman penting pada hari ini. Banyak estet telah menebang pokok koko untuk diganti dengan tanaman kelapa sawit. Sebab utama yang mendorong kepada pengurangan tanaman koko adalah dari segi penjagaan di mana tanaman koko memerlukan tenga buruh yang ramai yang menyebabkan kos pemeliharaan meningkat. Pada hari ini, keluasan tanaman koko di Daerah Kunak adalah lebih kurang 11455.06 hektar sahaja dan kebanyakan daripada ladang koko dipunyai oleh individu dan pekebun-pekebun kecil. Hasil koko dijual ke Tawau dimana terdapat kilang memproses biji koko.

Perikanan

Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk Daerah Kunak. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan telah menjadi satu tradisi bagi penduduk Bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan harian. Jumlah pengeluaran yang dilaporkan di pasar harian daerah ialah 438 tan metrik (rekod Jabatan Perikanan). Jumlah nelayan yang direkodkan Jabatan Perikanan di daerah ini ialah lebih kurang 1200 orang. Manakala nelayan sambilan adalah 350 orang, jumlah bot yang ada di daerah ini adalah 254 buah. Selain dari nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri perikanan. Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara komersil. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik setahun. Jumlah pengeluaran baja ikan pada Tahun 1997 dan 1998 adalah 4332 tan metrik. Kesemua baja ikan digunakan dalam negeri.Pengeluaran Hasil-Hasil Laut Daerah Kunak 1995 – 2000

Dipetik daripada: http://www.sabah.gov.my/pd.knk/

rrrrrroslimen

5 12 2008
armendrah

Projek Masa Depan

Beberapa projek telah dirancang untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Projek-projek ini termasuklah projek Persekutuan dan Negeri yang mana akan memberi faedah kepada Daerah Kunak.

1.Pembinaan Hospital Daerah Kunak

Pembinaan Hospital Baru sudah lama diketengahkan. Pada Tahun 1999, upacara pecah tanah telah diadakan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia di Kg. Selamat. Tanah seluas 30 ekar telah diambil oleh Kerajaan. Projek ini sedang dalam peringkat rundingan harga. Projek pembinaan dijangka dimulai pada 2001 dengan anggaran kos RM 43 juta.

2.Pembinaan Semporna – Kunak Coastal Highway

Pada dasarnya projek ini telah diluluskan. Projek ini dijangka dimulai pada Tahun 2001 dengan anggaran kos RM180 juta sepanjang 43km. Projek ini dijangka siap dalam tempoh 2 tahun. Sebaik sahaja projek ini disiapkan ia dapat membangunkan sektor perlancongan disepanjang jalan tersebut.

3.Pembinaan Pasar Umum Di Pekan Kunak

Projek ini telah diluluskan pada dasarnya ole Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan pada mesyuarat anggaran 1999. Bagaimanapun ia masih tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan. Projek ini dicadangkan di kawasan tapak di pinggir pantai dengan kos RM3.3 juta. Amatlah diharapkan agar projek ini dapat dilaksanakan pada Tahun 2001 nanti.

4.Pembinaan Bangunan Urusetia

Perojek ini telah lama dirancangkan namun sehingga hari ini, projek ini masih belum dapat dilaksanakan. Projek ini dicadangkan dibina di atas tapak seluas 50 ekar yang telah diambil oleh Kerajaan. Apabila projek ini siap kelak, semua jabatan Kerajaan Negeri akan berada dalam satu kawasan dan ini pasti memberikan keselesaan kepada penduduk Kunak untuk berurusan dengan jabatan Kerajaan.

5.Pembinaan Jeti Pendaratan Ikan

Projek ini merupakan satu cadangan baru. Cadangan ini timbul memandangkan Daerah Kunak merupakan daerah kedua terbesar dari segi pendaratan ikan. Pembinaan jeti ini penting kerana kawasan pengkalan masa kini telah terlalu sesak dan ini menyebabkan kapal-kapal ikan menghadapi masalah untuk melabuhkan kapal mereka. Bila jeti ini siap kelak, sektor perikanan di daerah ini akan dapat berkembang.

6.Pembinaan Kompleks Memproses Ikan

Pembinaan Kompleks ini penting untuk membolehkan hasil ikan diproses selanjutnya samada dibekukan kemudian dieksport keluar negeri atau diproses selanjutnya. Pada masa ini, semua tangkapan ikan dijual terus di pasaran tempatan atau keluar daerah. Ini tidak dapat menjamin hasil pendapatan kerana harga ikan akan jatuh bila bekalan terlalu banyak. Projek ini telah diumumkan oleh YB Encik Jasa Datuk Hj. Raudah baru-baru ini.

7.Pembinaan 180 Unit Rumah Kos Rendah Dan 6 Unit Kedai Di Simpang Empat, Kunak.

Projek ini akan dimulakan pada awal 2001 oleh LPPB. Pada masa ini, semua urusan tanah telah diselesaikan dan cuma menunggu kelulusan pelan pembangunan. Bila projek ini siap kelak, ia akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. Secara amnya, Daerah Kunak masih kekurangan taman perumahan.

5 12 2008
armendrah

Perhubungan

Kedudukan Geografinya yang terletak dipesisir laut dan kemudahan infrasruktur Jalanraya yang baik membolehkan Daerah ini atau Pekan Kunak di hubungi melalui jalan laut dan darat.

Rangkaian jalanraya di Daerah Kunak merangkumi jalanraya negeri dan persekutuan. Jumlah panjang jalan persekutuan ialah 45.96km manakala panjang jalan negeri ialah 134.9km. Jumlah rangkaian jalanraya yang berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya ialah 180.85 KM Daripada jumlah ini 77.87KM ialah jalan Tar 101.77 KM jalan gravel dan 1.21 KM jalan tanah merah.

Daerah Kunak bersempadan dengan Tawau di selatan, Semporna di timur, Lahad Datu di utaranya dan
jarak dari bandar-bandar lain adalah seperti berikut;

Tawau – 82km
Semporna – 90km
Lahad Datu – 74km
Kota Kinabalu – 500km

5 12 2008
armendrah

Infrastruktur

Pada keseluruhannya, kemudahan infrastruktur di Kunak amatlah memuaskan. Sepanjang RM7, JKR telah melaksanakan pelbagai projek infrastruktur. Ini termasuklah membina jalan baru, menaik taraf jalan, serta membaiki keruntuhan cerun-cerun. Boleh dianggarkan lebih RM50 juta telah dibelanjakan untuk pelbagai infrastruktur di Kunak. Antara beberapa projek infrastruktur yang telah dan sedang dilaksanakan ialah seperti berikut:

PERUNTUKAN PERKARA KOS ( RM ) STATUS
Negeri Membina Jalan Tingkayu (40km gravel road) 15,700.000 Siap
Membina Jalan Sabahan 16km 7,420,000 Siap
Membina Jalan Sapang/Skim 10km 3,250,000 Siap
Persekutuan Menaiktaraf Jalan Buyung Madai(3.8km seal road) 1,985,151.23 Siap
Membaiki permukaan dan mengukuh Jalan L/Datu/Semporna/Kunak 5,580,205.40 Siap
Kegagalan cerun di sepanjang
jalan Tawau/Sandakan di Kunak(Design/Build) 6,980,000 Siap

Rangkaian Jalanraya Dan Jambatan Di Kunak

Rangkaian jalanraya di Daerah Kunak merangkumi jalanraya negeri dan persekutuan. Jumlah panjang jalan persekutuan ialah 45.96km manakala panjang jalan negeri ialah 134.9km. Jumlah rangkaian jalanraya yang berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya ialah 180.85 KM. Daripada jumlah ini 77.87KM ialah jalan Tar 101.77 KM jalan gravel dan 1.21 KM jalan tanah merah. Dari segi jambatan pula ia boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu RC Deek. Sawn Timber Deek,Log Bride dan Low Level Crossing.

Bekalan Letrik (SESB)
Pada keseluruhannya bekalan letrik di Daerah KUnak adalah baik dan memuaskan. Bolehlah dikatakan 100% daripada kampung-kampung di Daerah ini sudah memperolehi bekalan letrik. Pada tahun 1997 dan tahun 1998, Lembaga Letrik Sabah pada masa itu telah melaksanakan 2 buah projek untuk menambah jumlah keperluan tenaga letrik di Kunak dengan tambahan tersebut bekalan letrik di Kunak dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk beberapa tahuna kan datang.

( I ) Kunak Power Station Extension (Siap Feb 1998)
– 2 x (620)KW Disel set
– 2 x 1250 KVA stepup Transformer & 11 KV
– Control Panel
Kos =RM 1,791,323

(II)Menambah Diesel Generating set )Siap Jan 1999)
– 1 x(620) KW Diesel Set
– Control Panel
– Civil Works
Kos = RM 676,982

Bekalan Letrik Kunak
Keupaaayaan dijana : 4100 KW
Jumlah tenaga dipakai (Peak) – 2365
Jumlah tenaga dipaaaakai (Low) – 1295
Jumlah pengguna (meter) – 2434
Unit dijana – 1,155,780 KWH
Industri – 35
(Rumah) Domestik – 2060
Kilang – 7
Street Light – 16
Data: SESB Sdn. Bhd Kunak

Pada 1998 dan 1999, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia melakukan konsep payung telah melaksanakan beberapa projek bekalan letrik luar bandar di Kunak iaitu dibeberapa kampung yang masih belum mendapat bekalan pada masa itu iaitu seperti di Kg. Airport Batu 10,Kg. Ladang Forest, Gading-Gading Lama/Sapang Air, Kg. Pekebun Kecil Sapang dan Kg Sri Wawasan dengan memakan jumlah kos sebanyak RM4,493,638.

Bekalan Letrik Luar Bandar Jumlah ( RM )
Airport Bt. 10 RM 978,000
Ladang Forest RM 463,810.40
Gading-Gading Lama/Sapang Air RM1,785,283
Pekebun Kecil Sapang/Asli Baru/ Ulu Madai RM 962,071.70
Kg. Sri Wawasan Simpang Empat RM 304474.40
Jumlah RM 4,493,638.00

BEKALAN AIR

Bekalan air Daerah Kunak pada keseluruhannya adalah baik dan memuaskan.Sumber Air adalah dari sungai Kalumpang yang mengalir dari Ulu Kalumpang ‘Forest Reserve’. Sehingga hari ini 85% daripada kampung-kampung di Daerah Kunak telah memperolehi bekalan air dan Cuma 5 kampung sahaja yang masih belum ada bekalan air iaitu Kg. Hampilan, Kg. Pangi, Kg. Kasnuri, Kg. Bugis Dan Kg. Dasar Lama. Walau bagaimanapun kerja-kerja memasang paip di Kampung-Kampung tersebut sedang dilaksanakan pada masa ini dan akan mendapat bekalan sedikit masa lagi. Pada Mac 1996, Loji Air Kalumpang telah diswastakan. Dengan penswastaan ini, loji air telah dinaikan keupayaan dari 3.6 juta liter ke 6 juta liter sehari. Jumlah pam ditambah ke 3 buah dan generator telah ditambah dari 2 buah ke 3 buah.

KAMPUNG-KAMPUNG YANG MENDAPAT KEMUDAHAN BEKALAN AIR
Kg Pangkalan Kg Skim Kokos
Kg Kedai Kg Sri Bahagia
Kg Jaya Baru Kg Mostyn
Kg Getah Kg Kunak Jaya Laut
Kg Bagiang Kg Madai /Pangkalan
Kg Selamat Kg Kunak Jaya
Kg Kunak Tiga Kg Sungai Atas
Kg Kabog Kg Buang Sayang
Kg Cendrawasih Kg Kunak Kecil
Kg Dasar Baru Kg Lormalong

PUNGUTAN HASIL AIR DAERAH KUNAK

TAHUN PUNGUTAN (RM)
1998 RM 142,048.88
1999 RM 199,597.75
2000( hingga November) RM 199,766.97
JUMLAH RM 541,413.52
TARGET 2001 RM 300,000.00

KEMUDAHAN PENDIDIKAN

Walaupun masih terdapat masalah kekurangan guru namun Kemudahan Pendidikan di Daerah Kunak berada ditahap yang memuaskan. Terdapat 15 buah sekolah rendah, 1 buah sekolah agama rendah menengah dan 2 buah sekolah menengah di Kunak. Jumlah murid sekolah rendah ialah 6,281 orang dan bilangan murid sekolah menengah ialah 2,806 orang.

Terdapat 7 buah Pra Sekolah dengan muridnya seramai 175 orang murid. Dalam Rancangan Malaysia ke 8. Jabatan Pendidikan Daerah merancang untuk membina 5 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah baru di Kunak.

JENIS SEKOLAH BILANGAN
Sekolah Rendah 15
Sekolah Menengah 2
Sekolah Agama Rendah 1
Sekolah Agama Menengah 1
Pra Sekolah 7
Tabika Kemas 2
Sekolah Pendidikan Khas 1

KEMUDAHAN KESIHATAN

Pada keseluruhannya kemudahan kesihatan di Daerah Kunak masih perlu dipertingkatkan. Di pekan ini terdapat Pusat Kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada penduduk kunak dengan khidmat seorang Doktor dan 42 orang kakitangan perubatan. Jumlah Purata pesakit luar meningkat hingga 250 hingga 300 orang sehari. Pada masa ini Pejabat Kesihatan Daerah dan Kuaters sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam 3 tahun yang menelan kos sebanyak RM 16 Juta. Pada tahun 2001, difahamkan Hospital baru akan dibina dan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 43 juta. Bagi penduduk yang berkemampuan boleh mendapatkan khidmat rawatan di Klinik Swasta.

PERKHIDMATAN DAN PERNIAGAAN DI PEKAN KUNAK

PERKHIDMATAN/PERNIAGAAN BILANGAN
Kedai Konkrit 107 buah
Pasar Ikan 1 buah (44 lot)
Pasar Umum 104 lot
Pasar Ayam 11 lot
Tamu Pekan 1 lot
Hotel 2 buah
Pelabuhan 1 buah
Taman Bunga 2 buah
Tandas Awam 3 buah
Dewan Masyarakat 1 buah
Panggung Wayang 1 buah
Pusat Hiburan Keluarga 1 buah
Kedai Papan sementara 38 buah
Bank / Finance 3 buah
Taman Perumahan 1 buah
Klinik Swasta 2 buah

7 12 2008
Sahabat KEMAS

Hi and good day.

Happy Aidiladha to you and family.

I am so impressed with your blog topic, “Menjadi Diri Sendiri.” Since there are still many individual who fails for being themselves, hopefully with the information which can be extracted from your blog, those people could be able to think about it, be independent and have sense of urgency.

Hopefully people in Silam Parliamentary will learn lesson on the importances of being our own self. This is to ensure the stability and good development for the citizens as well as for our country.

Undeniably YB is truly a good leader with complete mission and vision. Keep up the good job, YB.

Thanks

11 12 2008
armendrah

Tembok Besar China dapat gelaran kerana ketika pembinaannya ramai pekerja terutama petani terkorban

BANYAK sudah dikisahkan oleh ramai penulis mengenai tempat-tempat menarik di Beijing, China yang menyimpan pelbagai kisah sejarah silam.

Tembok Besar China sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia sentiasa menggamit dan menarik pelancong ke negara itu yang kini mula muncul sebagai antara kuasa ekonomi dunia.

Kata orang, tidak lengkap kunjungan ke Beijing jika tidak ke Tembok Besar China. Justeru, ketika membuat liputan acara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyertai sidang kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ketujuh, baru-baru ini, penulis berkesempatan menjejakkan kaki ke Tembok Besar China itu.

Sebaik tiba, yang terlintas di hati ialah tempat itu amat mengagumkan kerana tembok setegap dan panjang itu dapat dibina merentasi beberapa wilayah negara terbabit mencakupi hutan tebal di puncak pergunungan.

Akibat kesuntukan masa, penulis menaiki kereta kabel dari kaki pergunungan hingga ke kawasan pintu masuk ke Tembok Besar China di Mutianyu itu.

Ketika menjejakkan di Tembok Besar China, terbayang bagaimana bongkah batu yang begitu besar dan banyak di susun rapi dalam saiz yang hampir sama bagi membentuk tembok sepanjang 6,700 kilometer (km) itu.

Indahnya pemandangan dari Tembok Besar itu. Meskipun dalam cuaca yang agak dingin itu, penulis berjalan beberapa ratus meter menikmati keunikan tembok itu.

Penulis juga saya berkunjung pusat beli-belah untuk membeli ole-ole bagi dijadikan buah tangan apabila pulang nanti.

Sedikit masa yang terluang hanya mengizinkan penulis ke pusat beli-belah di Silk Street, Chaoyang District yang jauhnya kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan. Cuaca sejuk mengizinkan penulis berjalan kaki meskipun pada tengah hari.

Penulis ketika berada di Tembok Besar China.

Masalah yang dihadapi di pusat beli-belah ini yang menjual pelbagai barangan daripada pakaian, peralatan sukan, cenderahati, jam, mutiara dan barang elektronik termasuk telefon bimbit dan kamera, ialah tetap sama iaitu masalah bahasa.

Dengan sebahagian besar jurujual hanya mengetahui beberapa patah perkataan Inggeris, mesin kira menjadi penghubung dalam urusan tawar menawar dan jual beli untuk menyatakan harga yang mahu dijual atau dibeli.

Saya dimaklumkan penjual meletakkan harga permulaan yang tinggi terhadap semua barangan, dan pembeli harus memulakan proses tawar menawar pada harga 70 peratus lebih kurang daripada yang dinyatakan penjual.

Umpama ayam dan itik, itulah ibarat pertuturan antara penjual dan pembeli. Jurujualnya juga agak agresif hingga ada yang menarik tangan pengunjung yang mahu beredar dari kedai, untuk memastikan pengunjung berkenaan membeli barangan yang sudah ditawar.

Apapun, masalah bahasa tidak wajar dijadikan halangan ketika berada di Beijing. Bagi yang mahu berkunjung dan melawat ke pelbagai destinasi menarik di ibu kota China ini, mereka sewajarnya mendapatkan khidmat bantuan penterjemah.

Jika bernasib baik, boleh mendapatkan khidmat pemandu teksi yang boleh berturut bahasa Inggeris meskipun ini sesuatu yang sukar.

FAKTA: Tembok Besar China

Dikenali kubu China silam yang dibina sekitar 200 Sebelum Masihi (SM)

Diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, ketika Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol.

Panjang tembok kira-kira 6,700 kilometer (km), dari Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.

Sebuah tembok pertahanan dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama yang dicatatkan adalah seperti berikut:

208 SM (Dinasti Qin)

Abad ke-1 SM (Dinasti Han)

Abad ke-7 (Dinasti Sui)

1138 – 1198 (Zaman Lima Dinasti dan 10 Negara)

1368 – 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)

Ia digelar ‘kubur terpanjang di Bumi’ kerana ramai yang mati terutama petani ketika membinanya.

Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei

Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

Kedudukannya kira-kira satu jam perjalanan dari Beijing.

Cetak artikel | Hantar pada

11 12 2008
ARMENDRAH

Tembok Besar China dapat gelaran kerana ketika pembinaannya ramai pekerja terutama petani terkorban

BANYAK sudah dikisahkan oleh ramai penulis mengenai tempat-tempat menarik di Beijing, China yang menyimpan pelbagai kisah sejarah silam.

Tembok Besar China sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia sentiasa menggamit dan menarik pelancong ke negara itu yang kini mula muncul sebagai antara kuasa ekonomi dunia.

Kata orang, tidak lengkap kunjungan ke Beijing jika tidak ke Tembok Besar China. Justeru, ketika membuat liputan acara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyertai sidang kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ketujuh, baru-baru ini, penulis berkesempatan menjejakkan kaki ke Tembok Besar China itu.

Sebaik tiba, yang terlintas di hati ialah tempat itu amat mengagumkan kerana tembok setegap dan panjang itu dapat dibina merentasi beberapa wilayah negara terbabit mencakupi hutan tebal di puncak pergunungan.

Akibat kesuntukan masa, penulis menaiki kereta kabel dari kaki pergunungan hingga ke kawasan pintu masuk ke Tembok Besar China di Mutianyu itu.

Ketika menjejakkan di Tembok Besar China, terbayang bagaimana bongkah batu yang begitu besar dan banyak di susun rapi dalam saiz yang hampir sama bagi membentuk tembok sepanjang 6,700 kilometer (km) itu.

Indahnya pemandangan dari Tembok Besar itu. Meskipun dalam cuaca yang agak dingin itu, penulis berjalan beberapa ratus meter menikmati keunikan tembok itu.

Penulis juga saya berkunjung pusat beli-belah untuk membeli ole-ole bagi dijadikan buah tangan apabila pulang nanti.

Sedikit masa yang terluang hanya mengizinkan penulis ke pusat beli-belah di Silk Street, Chaoyang District yang jauhnya kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan. Cuaca sejuk mengizinkan penulis berjalan kaki meskipun pada tengah hari.

Penulis ketika berada di Tembok Besar China.

Masalah yang dihadapi di pusat beli-belah ini yang menjual pelbagai barangan daripada pakaian, peralatan sukan, cenderahati, jam, mutiara dan barang elektronik termasuk telefon bimbit dan kamera, ialah tetap sama iaitu masalah bahasa.

Dengan sebahagian besar jurujual hanya mengetahui beberapa patah perkataan Inggeris, mesin kira menjadi penghubung dalam urusan tawar menawar dan jual beli untuk menyatakan harga yang mahu dijual atau dibeli.

Saya dimaklumkan penjual meletakkan harga permulaan yang tinggi terhadap semua barangan, dan pembeli harus memulakan proses tawar menawar pada harga 70 peratus lebih kurang daripada yang dinyatakan penjual.

Umpama ayam dan itik, itulah ibarat pertuturan antara penjual dan pembeli. Jurujualnya juga agak agresif hingga ada yang menarik tangan pengunjung yang mahu beredar dari kedai, untuk memastikan pengunjung berkenaan membeli barangan yang sudah ditawar.

Apapun, masalah bahasa tidak wajar dijadikan halangan ketika berada di Beijing. Bagi yang mahu berkunjung dan melawat ke pelbagai destinasi menarik di ibu kota China ini, mereka sewajarnya mendapatkan khidmat bantuan penterjemah.

Jika bernasib baik, boleh mendapatkan khidmat pemandu teksi yang boleh berturut bahasa Inggeris meskipun ini sesuatu yang sukar.

FAKTA: Tembok Besar China

Dikenali kubu China silam yang dibina sekitar 200 Sebelum Masihi (SM)

Diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, ketika Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol.

Panjang tembok kira-kira 6,700 kilometer (km), dari Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.

Sebuah tembok pertahanan dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama yang dicatatkan adalah seperti berikut:

208 SM (Dinasti Qin)

Abad ke-1 SM (Dinasti Han)

Abad ke-7 (Dinasti Sui)

1138 – 1198 (Zaman Lima Dinasti dan 10 Negara)

1368 – 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)

Ia digelar ‘kubur terpanjang di Bumi’ kerana ramai yang mati terutama petani ketika membinanya.

Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei

Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

Kedudukannya kira-kira satu jam perjalanan dari Beijing.

Cetak artikel | Hantar pada

…………………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: