Mengapa IT dan Apa Perlunya IT?

20 12 2008

it-ict

1. Lagu ‘Cinta-IT’ telah mula berkumandang sekitar tahun 1998 dan ‘bahangnya’ terasa hingga kini. Saya ingat lagi pada ketika itu, ramai yang tertanya-tanya apakah maksud IT itu? adakah ianya sebuah model kereta tempatan yang baru atau satu kempen politik atau mungkin juga satu jenis barang jualan yang hangat?

2. Kini telah genap 10 tahun kempen IT dilaksanakan di Malaysia. IT yang membawa maksud ‘Information Technology’ atau Bahasa Melayunya ‘Teknologi Maklumat’ hanya menampakkan ‘wajah’ sebenarnya sekitar tahun 2005. Hanya pada tahun 2005 rakyat dapat betul-betul memanafaatkan IT dimana kita dapat melihat ramai yang membeli ‘laptop’, menggunakan WiFi, membeli telefon canggih dan membeli tiket kapal terbang di Internet.

3. Setelah 10 tahun berlalu, masih ramai lagi rakyat kita yang masih lagi tidak mahu mencuba teknologi baru. WiFi misalnya, masih belum lagi menjadi kemudahan awam walaupun memang sudah banyak restoran yang menyediakannya secara percuma kepada pelanggan. Jika kita lihat skop Lahad Datu sebagai contoh, ada lebih 10 restoran yang menyediakan perkhidmatan ini, namun selalunya ia tidak digunakan, orang ramai yang datang hanya memesan makanan sambil bercerita kosong sahaja. Kadang-kadang ada juga kelihatan 2 atau 3 pelanggan yang membuka laptop – memindah-turun maklumat dan lagu mp3.

4. Dalam kita merasakan ‘canggih’ kerana adanya IT (yang kadang-kadang di’upgrade’ menjadi ICT) ini, ramai lagi sebenarnya yang takut untuk menceburi teknologi ini. Seorang pemilik restoran pernah bertanyakan kepada saya, apakah relevannya jika beliau memasang WiFi percuma, sedangkan bil internet terpaksa ditanggung olehnya. Ini yang menjadi masalah kepada kebanyakkan orang kita. Saya jawab – apakah pula relevannya ASTRO ditayangkan secara percuma pada restoran anda? dan seperti biasa jawapannya – ‘Ramai orang suka menonton Akademi Fantasia Dan Bola Sepak’.

5. Jika sebuah restoran memberikan perkhidmatan WiFi percuma kepada pelanggan, maka pelanggan yang akan masuk adalah yang berkualiti, mempunyai kewangan yang baik (kerana mampu membeli laptop), punyai kedudukan kerana kadang-kadang pelanggan semacam ini masuk ke internet dengan telefon WiFi sahaja tanpa mengharapkan laptop dan yang lebih penting mereka menggunakan internet lebih dari satu jam. Ini bermakna jika dalam anggaran 20 minit pelanggan ini kerap memesan minuman baru – maka kita akan mendapat hasil (lebihkurang) RM6.00 seorang/ sejam untuk minuman sahaja. Ini belum lagi pelanggan ini kelaparan dan memesan makanan dan lain-lain menu.

6. Selain dari WiFi, IT juga menyediakan peluang perniagaan yang sangat baik. Antaranya perkhidmatan ‘upgrade’ laptop, telefon bimbit dan komputer peribadi. Jika seorang pakar IT mengenakan cas RM40.00 untuk sebuah laptop dan dalam masa 1 hari beliau dapat melayan sebanyak 4 laptop, maka pendapatan sebulan beliau adalah sebanyak RM4,800.00. Cara ini amat bijak kerana beliau tidak perlu membuka kedai/pejabat, cuma yang penting ‘contact-number’ dan sebuah kenderaan untuk bertemu dengan pelanggan.

7. Katakanlah pada tahun 2012 separuh dari rakyat Silam masing-masing mempunyai laptop, maka pendapatan dari khidmat perunding IT akan bertambah lebih 200%. Kedai-kedai IT akan tumbuh macam cendawan dan ISP (penyedia talian internet) terpaksa menambah kapasiti ‘node’ kepada 8mbps. Kedai-kedai servis telefon juga akan bertambah subur.

8. Bila adanya internet, ramai antara kita membuka laman web dan blog masing-masing. Saya amat menaruh harapan agar wujud lebih 20 blog dari penduduk Silam yang fokus kepada jualan barang-barang tempatan di Internet. Aktiviti ini dikenali sebagai ‘E-Dagang’ atau ‘Electronic Commerce’. Sebagai contoh mudah, selaku rakyat Silam, anda boleh  mencipta sebuah Blog tentang ‘khidmat pelancong (tourist guide)’ dan jika nasib anda baik, ramai pelancong yang datang ke Lahad Datu akan bertemu anda terlebih dahulu dan meminta anda mengatur lawatan mereka. Jika sekepala anda kenakan cas RM 20/sehari dan yang datang adalah rombongan seramai 42 orang dan bercuti selama 5 hari  – kiralah sendiri pendapatan anda! Bukankah ini lumayan?

9. Begitu juga jika seorang suri rumah yang pandai menjahit membuka blog sendiri dan mengambil tempahan jahitan di internet – mungkin satu hari nanti beliau terpaksa pula membuka kedai jahitnya sendiri. Selain dari 2 idea ini, anda juga boleh menawarkan khidmat lain seperti menjual peta, gambar-gambar dan artikel berkaitan dengan Silam, Lahad Datu, Tungku dan Kunak. Semua ini mungkin tidak bermakna untuk orang tempatan, namun inilah yang dicari-cari oleh orang luar yang bakal datang selaku pelancong.

10. Dalam internet juga ada perkhidmatan yang dikenali sebagai ‘Youtube’. Jika anda seorang yang oportunis, mungkin anda boleh videokan pengalaman memancing di Lahad Datu. Manalah tahu anda berjaya mendaratkan ikan tuna 100kg, kemudian anda ‘upload’kan video tersebut di YouTube. Ini semua akan mempromosi Silam sebagai ‘syurga memancing’ di Malaysia. Dan jika kebetulan satu rombongan seramai 10 orang dari K. Lumpur datang untuk memancing di Lahad Datu – andalah orang yang pertama yang akan mereka hubungi. Ini akan meningkatkan ekonomi anda.

11. Inilah sebenarnya keperluan IT masa kini. Ia perlu dieksploitasi demi menaikkan taraf komuniti. Bagi saya, IT masih lagi baru di Silam, masih belum ramai lagi yang benar-benar pakar didalam bidang ini. Ini terbukti apabila saya ‘browse’ di Google.com mencari ‘bloggers’ Lahad Datu – hanya 1 – 2 nama sahaja yang tersenarai. Antara yang menarik ialah ‘Blog Irwan Idris’ yang memaparkan segala isu-isu semasa yang memberatkan fikirannya. Saya bangga dengan beliau kerana berjaya meletakkan ‘Lahad Datu’ dalam senarai Google, tetapi alangkah baiknya jika beliau menggunakan IT untuk meningkatkan taraf pendapatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat berbanding aktivitinya sekarang. Namun saya hormati hak peribadi seorang ‘blogger’ di Internet, mungkin beliau benar-benar ada sebab yang positif mengapa beliau mewujudkan blog ini.

12. Satu lagi cabang IT adalah telefon bimbit. Jelas pada masa sekarang, dengan telefon anda boleh melayari laman web. Malah ada rakan saya menjadikan telefon beliau sebagai ‘modem broadband’ sebagai laluan laptop ke internet. Ini boleh dilaksanakan dengan teknologi 3G. Cuma bila memperkatakan tentang aplikasi telefon, ternyata SMS lah yang paling popular.

13. Saya juga sebenarnya masih belajar tentang IT ini. Saya cuba nyatakan disini harapan dan maksud hati saya kepada anda semua terutama sekali kepada penduduk Silam. Kerja saya menuntut tanggungjawab mempromosi, mentadbir, menyalurkan masalah rakyat dan bersama menggubal undang-undang negara. Separuh daripada tuntutan ini iaitu mempromosi kawasan P188 Silam sudahpun saya laksanakan. Tetapi apalah gunanya jika pintu sudah dibuka, jambatan sudah dibentang, kereta sudah dihidupkan tetapi rakyat Silam masih lagi belum mahu ‘masuk’ dan bersama-sama bekerja meningkatkan taraf ekonomi kawasan Silam. Wallahualam.


Tindakan

Information

2 responses

22 12 2008
ARMENDRAH

ASSALAMUALAIKUM

Saya masih ingat dengan karya sajak yang telah saya cipta sendiri yang bertajuk “UMAT ISLAM MERENTASI ERA GLOBALISASI”.Mencipta sajak bukanlah mudah kerana memerlukan tumpuan minda dan ketenangan suasana alam.

Antaranya

Cabaran Arus Perdana Globalisasi,
Telah Merobah Dunia Dalam Sekelip Mata,
Menjadikan Dunia Terletak DiHujung Jari Manusia,
Klik Papan Kekunci…
Terpampanglah Wajah-wajah Dunia Negara Maju,
Inilah Yang Dinamakan Kecanggihan Ilmu Sains Dan Teknologi,

Sajak ini sebenarnya panjang…tapi saya singkatkan ja….
Saya bawa sajak ini bertanding peringkat Daerah saya menang,
peringkat bahagian saya menang dan peringkat negeri bermula pada tahun 2000 saya johan peringkat negeri..
boleh dikatakan 2 kali memenangi deklamasi sajak peringkat negeri 2000 dan 2004….
Alhamduillilah….kerana sajak ini saya telah mewakili sabah ke peringkat kebangsaan 2 kali…Tak sangka sajak ni ..membawa saya melihat-lihat KL…

Tak sangka sajak ni pernah juga saya gunakan sebagai soalan.Saya telah tujukan kepada Pensyarah USM..Katanya awak ni berpandangan jauh kehadapan…sebab sajak anda sudah 2 tahun berlalu kini di sabah baru ada perubahan tentang it……..

Syabas kepada Yang Berkhidmat YB. Silam yang membawa perubahan dalam anjakan minda IT khususnya dikalangan generasi muda…sebelum ni…….saya tak pernah buka internet di kedai-kedai ada WIFI…..tapi oleh kerana usaha YB Silam melancarkan Blog Bergerak Parlimen Silam……….kini .saya da minat malahan da jadi hobi…..kalau pasal cari kedai makan atau minum mesti saya pilih yang ada WIFI..seperti Multibake….AliTopan dan di Sri Perdana pun saya selalu duduk minumk sambil buka ilmu dalam internet..

Terima kasih kepad YB Silam yang memberi suntikan minda…….maklumat dihujung jari…….Perpustakkan IT……

5 01 2009
Tok Janggut

Arus pemodenan membawa kita ke tahap lebih cermerlang.

Cermerlang kita kerana tahu bila masa untuk merebut peluang dan ruang yang ada. Jika agenda pembangunan IT telah di war-warkan oleh YB Hj Salleh Kalbi untuk kebaikan P188 Silam, saya pasti kecik tapak tangan nyiru lagi ditadahkan oleh penduduk Silam.

Namun ada sedikit kerisauan dihati yang walaupun sakit tapi terpaksa saya luahkan…….berkata benar walaupun perit…..

Jika bercakap tentang IT, hanya golongan yang berada saja yang mampu terlibat dengan IT pada masa ini tapi bagaimana dengan golongan yang buta IT dan tidak mampu untuk memiliki laptop ataupun computer biasa. Tetapi mereka ini ingin terlibat secara serius dalam bidang ini…

..I Have A Dream…..

Anak kecil pandai komputer
Remaja berbincang dan bercerita tentang komputer
Dewasa berhubung dengan isteri dan anak melalui komputer
Orang tua bercerita dengan cucu yang jauh hanya melalui computer
Segala urusan hanya dengan hujung jari………ini berlaku di P188 Silam yang menjadi Wadah dan Wacana bagi permulaan pembangunan IT secara total di seluruh negara……Insyallah

Oleh itu saya cadangankan agar P188 Silam dibawah kepimpinan YB Hj Salleh Kalbi dan pasukannya pada julung kalinya mencari dan memperkenalkan satu dasar dan polisi yang terbaik dengan mengambilkira kepentingan dan kesungguhan penduduk Silam untuk kita menikmati dasar kerajaan tentang IT iaitu ‘Satu Rumah Satu Komputer’……….ayuh kita fikirkan bersama dan kita kumpulkan cerdik pandai bagi melakukan kerja yang baik dan murni ini……

Hamba Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: