UPF – Universal Peace Federation

21 12 2008

Hari ini saya ingin bercerita tentang salah satu agensi dalam UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) iaitu UPF – Universal Peace Federation. Ia merupakan satu badan dunia yang memberikan pengiktirafan kepada seseorang yang berjasa untuk menyokong dan membentuk keamanan manusia sejagat.

Apabila bercakap tentang ‘keamanan’ di Asia Tenggara, nyata tiada negara yang lebih aman berbanding Malaysia. Ini kerana setelah lebih 44 tahun merdeka, rakyat di negara ini hidup aman, makmur dan selamat walaupun terdapat banyak bangsa yang menghuninya. Pendapat ini disokong oleh Presiden Lembaga Akreditasi UPF Dr Yoo Chong Young dari Korea. Cuma kadang-kadang apabila kita hanya berada dalam negara sendiri, kita kurang nampak kelebihan, kemampuan dan keistimewaan Malaysia.

Memang sekarang banyak orang menyentuh tentang sensitiviti kaum yang sering dipaparkan di media utama, namun ini semua adalah isu semasa yang kadang-kala hanya menguntungkan sebelah pihak. Persekutuan Malaysia yang terkandung didalamnya 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan mestilah berusaha mengekalkan persekutuan ini. Suara-suara sumbang sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk ‘memerdekakan’ beberapa negeri di Malaysia sebenarnya mengarahkan kita untuk ‘berjalan mundur ke belakang‘. Cuba fikirkan jika salah satu negeri menuntut kemerdekaan, ia akan terpaksa bertungkus-lumus membentuk negara – mencipta matawang sendiri, membanci semula penduduk, menetapkan kerajaan dan jenis politik, memilih pemimpin, membangunkan prasarana asas seperti elektrik, komunikasi, jalanraya, air, mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat dan membangun ekonomi termasuklah galakan perniagaan, import-eksport dan mempromosi negara.

Jesteru, jika keadaan menjadi seperti ini – maka rakyat hidup dalam keadaan yang tidak selamat, ketakutan dan rusuhan akan senang-senang berlaku. Pandangan ini berjaya ditafsirkan oleh 2 wilayah sekitar kita yang telah merdeka baru-baru ini iaitu Timor-Leste dan Palau (selatan Filipina). Kedua-dua wilayah ini ‘merdeka dalam jajahan’ pihak luar. Ekonomi dan matawang mereka ditentukan oleh dolar Amerika (USD). Pasukan PBB sentiasa berada disana untuk memantau keamanan. Sumber asli yang terdapat disana terpaksa di ‘barter-trade’ demi pembangunan infrastruktur. Tiada perkataan ‘Eksport’ untuk mereka – yang ada hanyalah ‘Import’. Rakyat menjadi semakin terhimpit dan terpaksa hidup merana tanpa pekerjaan (walaupun mereka faham dan akur ini kehendak mereka sendiri kerana mereka jugalah yang menuntut merdeka). Presiden negara ini pun tidak lena tidur, pada tahun lepas sahaja kejadian ‘tembak presiden’ berlaku. Ekoran dari itu beliau terpaksa ‘berhotelkan’ hospital. Di negara baru ini tiada istilah ‘business’, yang ada hanyalah kapitalis dunia yang mengambil kesempatan. Tiada projek perumahan awam kerana yang ada hanyalah ‘pondok-pondok’ perlindungan. Tenaga elektrik dan paip air hanya menjadi bahan sejarah. Dan yang paling sedih… RUSUHAN berlaku hampir setiap hari dan anak-anak (generasi) tidak bersekolah (pendidikan).

Jika ini berlaku di salah satu antara negeri di Malaysia, saya yakin penduduk asal ngeri itu akan segera berpindah dan menjadi pelarian kepada negeri disebelahnya. Saya sentiasa doakan agar perkara ini tidak berlaku. Tidak kepada generasi cucu saya mahupun generasi piut ke-14 saya.

Ammbassador For Peace adalah satu anugerah besar kepada seseorang yang menuntut beliau ‘menjadi duta’ keamanan dan mempromosikan kesejahteraan. Ini dapat direalisasikan dalam ucapan, kenyataan media, aktiviti sosial, ceramah, kempen, perjumpaan masyarakat, promosi pendidikan dan menyokong saranan agama. Kebetulan saya seorang yang cintakan kedamaian dan mahukan rakyat Silam sentiasa mengubah nasib hidup. Oleh yang demikian, saya selalu menekankan tentang nilai ‘Kepimpinan Berteraskan Modal Insan’ dan ‘Menjadi Diri Sendiri’ dalam setiap aktiviti harian saya.

Jadi fikirkanlah pula sumbangan anda terhadap keamanan negara dan kesejahteraan bangsa. Adakah anda tergolong sebagai individu ‘tangan di atas’ atau seorang daif yang ‘tangannya di bawah’?. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Saya terbitkan topik keamanan, UPF dan Ambassador for Peace ini sebagai penghargaan kepada pihak UN (PBB) yang menganugerahkan pingat ini kepada saya baru-baru ini. Saya berasa amat terharu, bersyukur dan berterima kasih di atas penghargaan ini. Mungkin saya bukanlah orang yang benar-benar layak untuk menerima anugerah ini, namun seperti kata pepatah ‘Tuah Ayam Nampak Di Taji – Tuah Manusia Siapa Yang Tahu’. Terima kasih kepada semua rakyat Silam yang sentiasa menyokong usaha dan kerja-kerja saya. Sepatah kata Paklah: ‘Berkerjalah Bersama-sama Saya, Bukan Berkerja Untuk Saya’.

Malaysia – Selamat, Aman, Makmur

upf


Tindakan

Information

2 responses

22 12 2008
ARMENDRAH

ASSALAMUALAIKUM

Syabas dan Tahniah kepada Yang Berkhidmat YB. Silam yang telah di anugerahkan sebagai AMBASSADOR FOR PEACE……

Merujuk maklumat yang disiarkan oleh MUTALIBMD pada hari sabtu baru-baru ini, saya sebagai rakyat silam amat terkejut dan terharu dan bangga dengan anugerah yang diterima oleh YB.Silam.

Bagi saya pemberian Anugerah ini tepat pada masanya kerana YB. Silam lantang bercakap tentang Pembangunan Modal Insan, Selamat Aman makmur dan Kasih sayang Mengeratkan Silaturrahim dan Perpaduan.

Saya masih ingat lagi apabila YB Silam melancarkan kempen bulan merdeka. Wakil Pegawai Daerah Lahad Datu berkata. YB Silam berpandangan jauh kehadapan kerana slogan kemerdekaan tahun ini sama dengan slogan YB Silam.Slogan ini sebelum kerajaan umumkan YB. Silam sudah dapat mencipta satu motto iaitu Kasih Sayang Mengeratkan Silaturrahim dan Perpaduan. Tema kemerdekaan Ogos 2008 ialah berkaitan Perpaduan….

Bagi saya YB. Silam memang layak dan amat berbaloi menerima Anugerah yang diiktiraf diperingkat dunia….ini adalah kerana keikhlasan YB. Silam dalam mengutarakan pandangan tentang pendidikan,ekonomi,pembangunan,kemanusiaan,perpaduan dan sebagainya..

Syabas dan Tahniah…………….kerana menaikkan nama Parlimen silam dikaca mata dunia..

SAJAK

KEAMANAN MENGUKIR SENYUMAN BUMI

LAHIRNYA…..SEORANG PEJUANG….
MENGUPAS KEHIDUPAN NYATA..
MEMBELA ANTARA YANG TERANIAYA
MEMBELA ANTARA YANG TERLENA
MEMBELA ANTARA YANG DICEROBOH
DALAM CORETAN ANJAKAN MINDA IKHLAS…
TERPANCAR DI SEGENAP PELUSUK BUMI INI…
MENYINARI ALAM YANG DAHAGA KEDAMAIAN…

PERJUANGAN ADALAH JAMBATAN IKHLAS
TIDAK DIREKA…TIDAK DIRANCANG…TIDAK DIBANTU.
KEIMANAN DAN KEYAKINAN KEPADA ALLH SWT…
KUNCI LAHIRNYA YANG BERKHIDMAT YB. SILAM…
MEMBELA KEAMANAN DAN PERPADUAN UMAT MANUSIA SEJAGAT…

BANGUN…BANGUNLAH…WAHAI MANUSIA…
IKUTLI..JEJAK LANGKAH PEJUANG YANG BERGERAK 7 LANGKAH KEHADAPAN
KITA MASIH LAGI BERADA 1 LANGKAH KEHADAPAN..
HANYA MANUSIA YANG IKHLAS DAN PRO AKTIF
MAMPU MELANGKAH MEMBENTANGKAN TIKAR KEJAYAAN..

28 12 2008
Tok Janggut

Well done!!!

Being an Ambassador for Peace, meaning that your leadership already been recognize by world leader.

Really don’t know how you manage to achieve this highest and precious award but i do believe your leadership and charismatic make them aware that you are the chosen ONE.

Keep it up your momentum ………you never know ….next….May be ….Dato`

Hamba Allah
Tok Janggut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: