Setahun Yang Penuh Dugaan

31 12 2008

my-picSaya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru 1430/2009’ kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama sekali warga P188 Silam dari Tungku, Lahad Datu sehingga ke Kunak, Sabah.

Jika kita imbas kembali tahun 2008 merupakan tahun yang penuh sejarah, cabaran, peristiwa dan dugaan. Yang paling diingati ialah Pilihanraya 2008 yang mengubah lanskap politik negara dan membuktikan demokrasi di Malaysia benar-benar subur.

Selaku Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional, saya amat berharap tahun 2009 akan membawa rahmat dan mengukuhkan lagi jalinan setiakawan antara parti-parti komponen. Tahun 2009 ini amat penting di mana negara bakal menyaksikan satu lagi sejarah peralihan pucuk pimpinan. Jesteru kita mestilah melipatgandakan usaha kita demi membangunkan negara. Sepakat membawa berkat, bersatu teguh, bercerai roboh.

Kepada yang berkuasa, jalankanlah kewajipan membela rakyat dengan sepenuh hati. Kuasa yang diberikan mandat oleh rakyat patut diterjemahkan dengan meneruskan usaha ‘melangkah ke hadapan’ dan bukannya mundur atau pegun demi kesejahteraan negara tercinta. Jika kita lalai dan masih beretorik, ini akan menyebabkan kuasa luar akan mengambil kesempatan atas kelemahan kita.

Sesungguhnya musuh yang paling dekat sekali adalah diri kita sendiri. Sifat negatif yang bersemadi dalam diri perlu di’tarbiyyah’ untuk menjadi positif. Jika semua kita dapat berfikiran positif dan bekerjasama dalam kumpulan, perkara yang paling mustahil sekalipun dapat kita atasi bersama. Pada tahun baru ini kita terjemahkan apa yang kita cakap dan fikir – kepada tindakan yang wajar (ACTION Oriented), komited, menjadi rakyat Malaysia yang rajin, gigih, berusaha dan berdikari. Inilah sebenarnya yang terkandung dalam tuntutan hijrah.

Kuatkan jatidiri, tingkatkan usaha, bulatkan azam, asahkan semangat, ciptakan target, tinggikan daya saing dan bekerja kuat untuk merubah diri sendiri pada tahun baru ini. Lupakan semalam kerana ianya sejarah, bertindak betul pada hari ini kerana ia nyata, dan perhalusi usaha pada esok hari kerana ianya masa depan. Apa yang kita laksanakan pada hari ini jangan sampai generasi esok akan mempersalahkannya.

Salam Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009!


Tindakan

Information

5 responses

1 01 2009
DNDM

Siapa yang kau perli ni YB? ” Yang Berkuasa ” tu ?

1 01 2009
KARISMA SILAM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM ALAF BARU 2009

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA BANGSA MALAYSIA YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM TAHUN 2008.

PADA TAHUN 2009 INI KITA PERLU MENGUKIR KENDIRI DARI CEMERLANG KEPADA GEMILANG BAGI BERSAING DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

AZAM KARISMA SILAM INGIN GEMILANG DALAM EKONOMI YANG BOLEH MENYUMBANG DALAM PEMBANGUNAN KESIHATAN UMAT MANUSIA SECARA TOTAL.

SETIAP HARI KITA HANYA SERVIS KERETA BAGI MEMASTIKAN KERETA KITA BERJALAN DENGAN BAIK DAN LANCAR. KITA TIDAK TERFIKIR UNTUK SERVIS KENDIRI KITA…

TAHUN BARU 2009 INI KITA PERLU BERAZAM UNTUK SERVIS KENDIRI KITA AGAR KELIHATAN SIHAT DAN BERTENAGA UNTUK MENJALANKAN TUGAS HARIAN.

SECARA SINGKAT KITA PERLU MINUM VITAMNI E UNTUK KESIHATAN KULIT KITA SUPAYA NAMPAK SIHAT DAN BERSERIH. WAJAH KITA AKAN KELIHATAN BERSERI-SERI….JOM KITA MELANGKAH KEARAH KESIHATAN SEPANJANG HAYAT…

KALAU MINUMAN YANG LEBIH MURAH DAN DIJAMIN HALAL KERANA BUATAN ISLAM IALAH KOPI PRACAMPURAN RADIX..KHASIATNYA IALAH…
`Sebagai ‘afrodisiak’menambah fertiliti (kesuburan)
‘Melawas air kecil dan air besar (sembelit)
`mengatasi masalah ‘frigid’ bagi wanita
`Tongkat Ali sebagai herba utama (tonik)
`Menghilangkan sakit sendi,urat serta menguatkan otot
`Mengaktifkan biosintesis ke atas horman endrogen
`Berfungsi sebagai anti-kanser / anti-viral
`Mengandungi flavonoid sebagai anti-oksidan

Kandungan : Tongkat Ali,Mata Pelanduk,Teja Lawang,Tebu Gajah,Larak,Mengkudu Hutan & Halban Hitam…………

RADIX sesuai dicampur dengan kopi radix

RADIX adalah produk yang menggunakan bahan utama Eurycoma Longfolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosyntesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan.
Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin(aphrodisiac).Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair.Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi antioksidan,anti virus,anti peradangan dan anti keracunan.

Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urin dan memperbaiki ginjal. Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon,ligamen,rawan,dan sendi yang rosak akibat penyakit ghout,arthritis dan reumatik.Radix bersama minyak But-But amat sesuai unutk mereka yang menghadapi masalah ikatan silang kolagen pada sendi.
Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat.

Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac.

Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit seperti athma sekiranya disinergikan bersama pelawas.

Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser.
Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin ketika bersama suami……………………

Kita Servis Kereta jangan lupa kita juga perlu servis kendiri kita bagi menjamin kesihatan sepanjang hayat..

Apa guna banyak duit jika kita tidak sihat…..hehe…..jom amalkan kesihatan…
bersama HERBA PENAWAR AL-WAIDA (HPA)

KARISMA SILAM

1 01 2009
KARISMA SILAM

warga silam boleh berkunjung ke Restoran NUR NIAGA kat Sri Perdana Lahad Datu yang akan menyajikan Kopi Radix…kalau mau ada power campur RADIX……orang yang malas akan kelihatan segak dan tegap…..tak malas-malas…..jom……mi secawan……….

KARISMA SILAM

1 01 2009
KARISMA SILAM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM ALAF BARU 2009

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YB SILAM YANG MERAIHKAN KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA,NGO YANG DIADAKAN DI SALAH SEBUAH RESTORAN TERKEMUKA DI PARLIMEN SILAM.

KAMI AMAT BERBANGGA KERANA YB SILAM PRIHATIN TERHADAP KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA,NGO.KAMI AKAN BERAZAM UNTUK MEMPERTINGKATKAN QUALITI PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG KEPADA GEMILANG AGAR HASRAT KERAJAAN UNTUK GEMILANG MENJELANG WAWASAN 2020 AKAN TERRCAPAI DAN 2015 BAGI SABAH AKAN DAPAT MEMBASMI MISKIN TEGAR DAN MISKIN SECARA TOTAL….

TERIMA KASIH YB SILAM…..YB.. KITA AMAT SAYANG KEPADA RAKYATNYA

Kasih Sayang Mengeratkan Silaturrahim Dan Perpaduan.

Menjana Ummah Gemilang……..

KARISMA SILAM ’09

5 01 2009
Tok Janggut

Setahun yang penuh dugaan,

Hendaklah dugaan yang kita tempuhi kita jadikan tauladan atau sempadan bagi memperkasakan diri kita untuk melangkah lebih jauh dan mengapai impian bagi tahun 2009.

Biduk lalu kiambang bertaut, membujur lalu melintang patah begitulah keteguhan yang mesti kita ciptakan antara kita agar tiada kepincangan dalam perbincangan, tiada amarah dalam musyawarah, tiada iri hati dan hasad dengki dalam membina jati diri.

Saya percaya muafakat membawa berkat, saya yakin kepimpinan YB Salleh Kalbi dan pasukannya mempunyai ciri-ciri yang terbaik yang diperkatakan, tapi jangan lupa jerat takan lupakan pelanduk, anasir negative pasti wujud dalam pelbagai bentuk yang kadang-kadang mengabui mata dan rasa kita. Maka ingatlah dan berhati-hatilah dalam mengatur langkah.

Hamba Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: