Tujuh Blog Berkaitan Silam

7 01 2009

dscn1646

Masih ada yang tidak faham mengapa saya anjurkan dan mempromosi blog berkaitan Silam dan malah ada juga pandangan yang meminta saya berfikir tentang releven, impak dan kegunaannya terhadap penduduk luar bandar Silam.

Selaku Ahli Parlimen, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mempromosi, mengenengahkan, membela, meningkatkan sosio-ekonomi dan membawa kemajuan dalam kawasan parlimen saya. Salah satu ‘channel’ sesuai untuk saya berbuat demikian adalah dengan internet.

Sebagai galakan untuk warga Silam menggunakan internet, saya telah lancarkan blog peribadi saya ini supaya segala hasrat hati dan pandangan rakyat dapat diutarakan terus kepada saya tanpa sekatan birokrasi. Dengan blog ini juga saya dapat berkongsi maklumat dan anda dapat menyaksikan, menilai dan mengetahui pergerakan saya. Maka dengan sebab itulah disertakan sekali artikel, gambar dan video dalam setiap kiriman.

Bermula dengan satu blog, alhamdulillah kini terdapat tujuh blog kesemuanya yang dibangunkan oleh warga Silam yang prihatin. Yang terkini adalah Blog Silam Gemilang. Sebenarnya apabila wujud satu laman web atau blog di internet berkaitan Silam maka saya amatlah berbesar hati. Ia ibarat vitamin yang memberikan saya tenaga untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.

Apabila ketujuh-tujuh blog ini diketengahkan, ia akan membuat rakyat Malaysia peka terhadap perkembangan di Silam. Blog-blog ini merupakan gerbang maklumat dan sebagai ‘pemberitahuan’ kepada¬† Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menyalurkan segala macam peruntukan ke Silam. Apabila peruntukan ini disalurkan – faedah secara terus akan dinikmati tidak kira pada masyarakat bandar atau luar bandar di Silam ini.

Kepada yang punya kesempatan, peluang dan kuasa untuk melayari 7 blog Silam di internet, maka sebarkanlah segala berita yang anda dapat didalamnya kepada mereka yang tidak berpeluang membacanya. Simpan halaman blog pada komputer anda dan cetaklah untuk dikongsikan dengan keluarga, masyarakat dan rakan-rakan.

Jika warga Silam dapat membaca dan menghayati halatuju yang dibawakan oleh blog-blog ini, maka semua target, impian, falsafah dan tindakan akan sama-sama berjalan seiring diantara pemimpin dan rakyat. Dengan itu Silam akan lebih terkehadapan dan berdaya saing berbanding kawasan-kawasan lain di Sabah pada satu hari kelak, insyaallah.

Sejak blog ini diterbitkan, saya dapat banyak komen yang positif dan negatif dari anda penduduk Silam. Saya ucapkan berbanyak terima kasih dan akan terus menulis disini biar sesibuk manapun saya. Saya juga memohon maaf jika tidak sempat membalas atau menjawab komen anda di blog ini atau di email saya. Namun saya tetap membaca semua komen yang anda utarakan.

Berikut disertakan semua pautan blog-blog berkaitan Silam untuk rujukan anda.

  1. P188 – Blog Rasmi YB Hj. Salleh Hj. Kalbi – sallehkalbi188.wordpress.com
  2. P188 – Blog Parlimen Silam – p188silam.blogpot.com
  3. P188 – Laman Web E-Sahabat Silam – www.e-sahabatparlimensilam.com/maklumat%20e-sahabat.htm
  4. P188 – Ambassador PBB – ambassadorpbb.blogspot.com
  5. P188 – Discover Silam – silam188.blogspot.com
  6. P188 – Unity Silam – unitysilam.blogspot.com
  7. P188 – Silam Gemilang – silamgemilang.wordpress.com

Tindakan

Information

4 responses

7 01 2009
KARISMA SILAM

Syabas dan tahniah kepada YB Silam…..sungguh luar biasa…saya tak pernah jumpa YB yang punya…8 blog…….bia saya layari 8 blog YB….semuanya berdiri sendiri pada tema masing-masing….Tahniahla YB. Silam

Selamat, Aman, Makmur

11 01 2009
Tok Janggut

1. Jika ikhlas dan benar pada perjuangan begitulah kesanya pada masyarakat. Sokongan dan kepercayaan diterima dari pelbagai hala, samada yang diketahui ataupun tidak diketahui.

2. Teruskan perjuanganmu wahai pemimpin yang berjiwa rakyat, semoga kemenangan dan kejayaan menjadi milik mu yang abadi.

3. Tentang rakyat Silam, usahlah dibimbangkan selagi ada rasa keperihatinan dan ingin berbakti dalam diri YB Hj Salleh Kalbi selagi itulah rakyat akan menyokong perjuangan Yang Berhormat.

7 04 2009
anakjati LD

Teruskan perjuangan YB demi kepentingan rakyat Silam yang inginkan perubahan…

YB merupakan seorang Ahli Parlimen yang begitu prihatin kepada rakyat ini kerana YB telah membuat perubahan cara memyampaikan maklumat kepada rakyat, blog YB sememangnya penuh dengan maklumat dan berita.

Apa yang menarik perhatian rakyat Silam adalah kepada blog aktiviti YB untuk memudahkan rakyat mengetahui maklumat semasa aktiviti YB…

Terima kasih YB atas keprihatian yang YB berikan kepada kami rakyat seluruh Parlimen Silam…Hanya ALLAH SWT saja yang mampu membalas segala budi baik dan keikhlasan serta kejujuran YB dalam membangunkan parlimen Silam…Sekian

25 06 2009
Adam

Tahniah saya ucapkan kepada YB,

Saya tidak tersangka bahawa YB akan melancarkan sebegini banyak blog-blog, sebabnya, YB-YB di Sabah tidak pernah pun melancarkan banyak blog.

Saya sokong YB!…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: