1. Alhamdulillah, saya telah menimba pengalaman yang banyak sewaktu berada di Korea Selatan baru-baru ini. Selaku duta keamanan yang mewakili Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengetengahkan dan mempromosi keamanan sejagat. Saya telah diberikan peluang untuk berucap di Majlis ‘International LeaderShip Conference, World Summit On Peace 2009’ dan ekoran dari Sidang Khas Parlimen mengenai Isu Palestin sehari sebelumnya, memberikan tenaga untuk saya berucap dengan lantang sekaligus mengutuk serangan Israel di bumi Gaza.
2. Apabila kita berada di luar negeri, biasanya mereka memanggil kita dengan ‘surename’ atau nama keluarga kita. Jadi mereka memanggil saya ‘Mr. Kalbi’ berbanding ‘Mr. Salleh’. Sebagaimana agen James Bond, saya memperkenalkan diri saya: ‘My name is Kalbi – Salleh Kalbi’. Perkara ini sebenarnya bukanlah asing bagi saya memandangkan saya sudah biasa dengan keadaan ini sewaktu belajar di luar negeri dahulu, tetapi apa yang ingin saya kongsikan bersama anda adalah perkataan ‘Kalbi’ yang menjadi sebahagian nama saya.
3. Kebetulan sewaktu kita mengadaptasi agama Islam suatu masa dahulu, Bahasa Arab bukanlah menjadi ‘basahan lidah’ bangsa Melayu, maka apabila ia disebut juga – ini menghasilkan ‘pelat’ Melayu berperisa ‘Arab’. Buktinya perkataan ‘zaman’ disebut ‘jaman’, ‘Qalbu’ dieja dengan ‘kalbu’. Begitu juga nama ‘Zakaria’ disalah eja menjadi ‘Jakaria’, ‘Qadir’ dieja ‘Kadir’ dan kekal didalam kad pengenalan masing-masing. Dengan mengambilkira perkataan ‘Qalbu’ diatas, saya penuh yakin berlaku kesilapan ejaan sewaktu proses pendaftaran nama bapa saya dimana sepatutnya dieja dengan ‘Qalbi’.
4. Sebagaimana perkataan Kalbu yang bermaksud hati, Kalbi juga memberikan pengertian yang sama. Begitu juga dengan nama ‘Salleh’ yang bererti ‘soleh’ dan jika saya lahir sebagai seorang perempuan, maka nama saya menjadi ‘Solehah’ atau ejaan modennya ‘Saleha’ sebagaimana dipopularkan oleh Mawi. Jadi Salleh Kalbi bermaksud ‘Hati seorang manusia yang baik’ atau ‘Encik Baik Hati’.
5. Hati sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini adalah suatu anugerah tuhan yang sepatutnya dipelihara dengan sebaik-baiknya. Ia lebih penting dari otak. Jika otak boleh dibajai (disuburkan) dengan pembacaan, maka ‘baja’ untuk hati sebenarnya adalah penghayatan agama. Itu sebab agama diturunkan oleh tuhan sebagai ‘software’ kepada hati ini. Dan kepada manusia yang ‘tidak berhati-perut’ sudah tentu ia tidak beragama.
6. Dengan ini saya simpulkan Zionis (merujuk kepada Israel) tergolong dalam manusia ‘buta-hati’ kerana menganggap Arab-Palestine sebagai ‘sub-human’ atau ‘haiwan berkaki dua’ yang boleh dibunuh dan dianiaya.
7. Selaku seorang Islam, kita sangat bertuah apabila ‘software’ hati ini didatangkan oleh Allah dalam bentuk ‘Al-Quran’. Dan ‘manual’ atau ‘kaedah penggunaan’ Al-Quran ini terkandung dalam Surah Al A`raaf ayat ke 179: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
7. Jika kita perhatikan pada ayat diatas, ia jelas menunjukkan tujuan utama manusia diciptakan dan perbezaan antara manusia dan makhluk lain adalah ‘hati’. Maka bukalah hati untuk mengenali pencipta. Sama seperti jika kita tidak membuka mata, maka kita tak nampak jalan di dunia kerana tidak nampak cahaya.
8. Saya berikan satu contoh teori ‘Big-Bang’ yang dimajukan (teori ini secara samar dikeluarkan pada tahun 1973) oleh Professor Stephen Hawking – seorang manusia GENIUS yang masih hidup dan nama beliau bakal menggantikan EINSTEIN kelak. Stephen Hawking menyatakan mengikut hukum fizik, galaksi (dan sistem solar) berlaku apabila suatu jasad (di ruang angkasa) meletup dan berpisah antara satu sama lain.
9. Tidak lama selepas beliau menemui teori ini, pada 31 Oktober 1999 teleskop Hubble milik NASA telah merakam kejadian ‘Big-Bang’ dan dinamakan dengan ‘Cat’s Eye Nebula’. Sebenarnya Al-Quran telah menyatakan dengan jujur perkara ini pada 1400 tahun yang lampau. Anda boleh lihat sendiri ayat Quran dan gambar yang saya kepilkan diatas. Selain Surah Ar-Rahmaan, sepotong ayat lain didalam Al-Quran menyatakan ”Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.” (Al-Anbiyaa’ Ayat 30)
9. Apa yang saya ingin kongsikan bersama anda adalah inilah bukti ‘BUTA-HATI’ manusia yang sangat EGO dan tidak mahu mengakui kekuasaan tuhan. Mereka ketawa bila Al-Quran memberitahu mereka ‘mawar-merah’ boleh ‘tumbuh’ di angkasa!
10. Kata EINSTEIN- “The truth of a theory is in your mind, not in your eyes”. Ini mengingatkan saya pada kata2 Sir Francis Bacon, “sedikit pengetahuan mengenai sains membuatkan anda menjadi atheist, dan pengetahuan sains yang mendalam yang menjadikan kamu percaya kepada Tuhan” (a little knowledge of science makes man an atheist, but an in-depth study of science makes him a believer in God).
11. Baik. Jika kita semua ada HATI dan PERCAYA KEPADA TUHAN, sama seperti yang telah saya tunjukkan di atas (kejadian mawar-merah), maka percayakah anda jika saya katakan yang Negara Israel akan lenyap terus di peta dunia tidak lama lagi?
12. Cuba lihat pengertian Al-Quran dibawah ini:
Sesungguhnya kamu (Bani Israil) akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan kamu pasti akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. Maka apabila datang saat hukuman kejahatan yang pertama dari kejahatan itu, Kami mendatangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan besar, lalu mereka mencarimu keluar masuk kampung ke seluruh negeri. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana” (Al-Quran, Surah Al Israa’ 4-5).
13. Dan seperti biasa, jika kita masih lagi berfikir mengikut otak kita yang primitif – kita TIDAK AKAN PERCAYA perkara ini bakal terjadi. Maka samalah ‘buta-hati’ kita dengan para bijak pandai barat yang saya sebut sebentar tadi.

Pengalaman di Korea Selatan sesungguhnya telah mendewasakan saya. Ternyata dunia masih mengharapkan MALAYSIA menerajui perubahan untuk menjadikan dunia selamat didiami oleh generasi akan datang.
- Link asal gambar ‘Big Bang’ dari NASA: http://antwrp.gsfc.nasa.gov/apod/ap991031.html
Wahai yahudi, Bangsa yang dilaknat Allah,
1. Kezaliman dan kebinatangan telah menjadi darah daging bangsa biadap ini, namun kita masih tidak mampu berbuat apa-apa hanya iringan doa sebagai senjata….insyallah pembalasan pasti akan tiba……Kun Fayakun…..
2. Tidak bergerak walau sezarah tanpa izin Allah. Namun hati hamba masih tersentuh melihat raungan dan ratap tangis saudara kita di palestin, kenapa bangsa ini di uji sedemikian rupa, apakah hikmah disebalik pencerobohan ini. Hanya Allah yang tahu……..
3. Sekurang-kurangnya ada gerakan antarabangsa yang mengambil berat tentang pencerobohan ini, cuma secara teorinya amat baik tetapi bagaimana perlaksanaannya. Hamba bimbang dan gusar kalau-kalau hanya retorik untuk mengabui masyarakat antarabangsa.
4. Melihat pada pandangan dan penerangan YB Hj Salleh Kalbi, hamba begitu yakin hala tuju dan iktizam yang ada pada YB amat diperlukan diperingkat antarabangsa………………alangkah indahnya jika pencapaian YB ini di sedari oleh komuniti pemimpin dan pembesar negara Malaysia.
5. Pengiktirafan antarabangsa telah pun diberikan pada YB Tuan Hj Salleh Kalbi, Pengiktirafan peringkat parilmen juga telah diberikan oleh rakyat Silam P188 tetapi terkilan, sedih dan terharu jika Malaysia dan pemimpinnya masih ragu-ragu tentang keikhlasan dan kehebatan pemimpin ini.
6. Hamba benar dan yakin Yb Tuan Hj Salleh Kalbi adalah yang terbaik untuk menjamin kebajikan dan pembangunan sosial, ekonomi, fizikal dan rohani rakyat di Malaysia amnya dan di Sabah khasnya.
7. Paku-paku sipucuk paku
paku datang dari seberang
Hebat dirimu bukan pada nama mu
Hebat dirimu dek kerna hati yang terang
8. Bismillah dan tawakal dalam langkahmu, insyallah keikhlasan dan kebaikan akan mendampingi dirimu.
Hamba Allah
Apa kurangnya di malaysia… negara aman tapi rakyat sengsara.. beza kita dengan penduduk Gaza…
Rakyat malaysia aman, tiada perang tapi perang hati dah sampai kemuncaknya…
Syabas dan tahniah semuga inisiatif YB untuk membangun Kalbun terlaksana, sesuai dengan maksud dari Hadis Nabi SAW jika hati pada diri seseorang itu baik, nescaya baiklah budi bahasa dan perangai seseorang itu.
bagus ulasan YB tentang nama tu.. tapi kenapa tidak terangkan pula maksud sebenar bahasa arab tentang perkataan kalbi tu… setahu saya di dalam bahasa Arab, kalbun dan qolbun, kalbi dan qalbi tu adalah dua perkara berbeza…
QALBUN – HATI
QALBI – HATIKU
KALBUN – ______
KALBI – ________
Apa ada pada nama……kita dilahirkan kedunia tanpa seurat benang…bukan dibekalkan dengan nama……….cuma hati yang suci dan bersih……tapi kalau hati kita sentiasa penuh dengan hasad……jadi x payahlah kita berbicara tentang kelebihan nama atau pun sebutan kerna hati kita sendiri pun tidak tenteram dan tidak terkendali.
Untuk menilai kelebihan Insan, nilailah dengan sifat siddiqnya, tablighnya, fatanahnya dan amanahnya. mungkin kita diberi jawapan yang mutlak…..
Hamba Allah
Tok Janggut : saya setuju dengan kata-kata anda.. apa ada pada nama… justeru, kenapa seseorang itu perlu memuji dirinya sendiri hanya disebabkan namanya? Pepatah mengatakan, tiada orang baik mengaku dirinya baik dan tiada orang jahat mengaku dirinya jahat…
Apa yang paling malang pula, sesetengah fakta itu pula disembunyikan sedangkan hakikatnya ramai yang mengerti apa yang disembunyikan itu…
Tidak perlulah juga kita cuba menilai seseorang itu kerana yang mulia di sisi Allah s.w.t hanyalah mereka yang bertaqwa… ingat, tiada sesiapa yang boleh membuat penilaian itu….
Kedua-dua pandangan dari saudara UJANG dan TOK JANGGUT sangat saya setujui. Namun apabila membaca dan meneliti artikel yang dikarang oleh YB Salleh Kalbi ini bagaikan ada ‘sesuatu’ yang beliau minta kita fikir sedalam-dalamnya tentang kejadian kita selaku makhluk tuhan yang sangat kerdil dan kurang berilmu pengetahuan. Saya kira YB tidaklah ‘memuji namanya’ didalam artikel ini. Beliau cuma menjelaskan maksud ‘perkataan’ dalam ‘bahasa arab’ dan betapa ‘kurangnya’ ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat pentadbir sehinggakan banyak kejadian nama-nama ganjil terbit di kad pengenalan rakyat Malaysia. Rakan saya sebagai contoh bernama ‘Abu Lahab’ dan seorang lagi bernama ‘Abu Jahal’. Ini benar-benar terjadi dan kedua-dua mereka berasa amat janggal dan selalu dikutuk di sekolah (sewaktu remaja dahulu).
Artikel ini juga memaksa kita berfikir dan mengeluarkan pandangan yang pelbagai sehingga menaipnya di ruangan ini. Saya kira ini adalah satu strategi ‘politik’ dan ‘penerbitan isu sensasi’ yang YB Salleh Kalbi sahaja mempunyai jawapan dan maksud tersirat terhadap artikel yang beliau tulis. Satu lagi, saya juga berpendapat seseorang itu mempunyai hak untuk mengetengahkan namanya, hak mengetengahkan bakat dan hak untuk menulis sebarang artikel di blog (internet). Dan hak kita selaku pembaca pula ialah samada mengikuti atau tidak mengikuti sebarang penulisan di internet. Saya secara peribadi selalu mengikuti blog YB Salleh Kalbi ini kerana beliau sentiasa memberikan pandangan yang positif yang jarang-jarang disuarakan (atau diterbitkan) oleh mana-mana YB di Malaysia ini. Saya nampak rata-rata memilih untuk ‘mengangkat’ diri sendiri baik dari segi tindakan peribadi mahupun ‘kejadian spin-off’ maklumat demi memperbaiki pengaruh politik masing-masing. Jika anda masuk ke BLOG ANWAR IBRAHIM dan BLOG DR KHIR TOYO maka anda akan faham maksud saya ini. Saya juga telah meneliti maksud KALBI di laman ‘Muslim Internet Directory’ dan ia bermaksud ‘An authority on genealogy and the Quran’. Anda boleh klik pada URL yang saya kepilkan di sini: http://www.2muslims.com/cgi-bin/dictionary/csvsearch.pl?search=kalbi
Saya tidak nampak sebarang cacat-cela terhadap artikel yang dimuatkan mahupun ‘kejadian memuji diri sendiri’ yang berlaku untuk kepentingan peribadi YB Salleh Kalbi. Namun saya mengaku saya bukanlah ‘ahli’ yang benar-benar faham tentang maksud tersirat dan saya juga bukanlah manusia hebat dalam akademik dan ‘bidang kritik’ seperti saudara UJANG dan TOK JANGGUT’.
Cuma saya selalu berfikiran positif dan sentiasa mendoakan Malaysia ini aman sehingga ke generasi cucu dan cicit saya.
http://adliayob.wordpress.com
1. Qudrat dan Iradat dari Allah telah memberi kekuatan kepada hamba untuk melihat sejauh mana penilaian pembaca tentang setiap luahan dan pandangan positif dan negatif terhadap sesuatu isu.
2. Mungkin ada salah faham di sini, respon hamba pada penulisan lalu bukanlah untuk menidakkan yang haq, tapi sekadar merangsang minda sesetengah golongan yang terbelenggu. BUKANNYA DITUJU KEPADA YB.
3. Janganlah kita mudah melatah pada setiap budi bicara seseorang, kerana latah kita mungkin akan menyebabkan banyak pihak yang tersinggung. Kalau dek kerna nama rosak hubungan kita…………janganlah kita bangkitkan perkara ini, walaupun pada tempatnya……
4. Untuk pengetahuan saudara Adli yang bersikap low profile, hamba merupakan bayang YB TUAN HJ SALLEH KALBI,darahnya, degupan jantungnya, nafasnya adalah diri hamba, adalah mustahil untuk hamba rosakan diri hamba sendiri kecuali ada keterlanjuran dalam penulisan yang membawa kepada ketidakseimbangan dalam imej yang ditunjukan oleh YB. (Khalifah Silam).
5. Sekiranya dalam perang menegakkan ke´benaran dan kepimpinan YB Tn HJ Salleh Kalbi menentang musuh politiknya. InsyaALLAH hamba merupakan orang yang paling hadapan untuk mempertahankan YB.
6. Apa ada pada nama…..bukannya bermaksud untuk menidakkan nama dan nasib yang telah terukir di LUHMAHFUS dan Tiang Arash. Ianya sekadar untuk memperjelaskan pada sesetengah pihak yang mempermainkan dan menidakkan keindahan nama setiap insan kamil di bumi Allah.
7. Salah Faham……………dalam penaksiran akan merosakan hubungan yang terlalu utuh…………jadi hati-hatilah dalam berkalam……….
8. Setiap dari kita ada kekurangan dan kelebihan………..sekiranya ada kekilafan dalam penulisan hamba………….mohon maaf
9. Untuk mengelakan ketegangan…………eloklah kiranya hamba mengundur dan memencilkan diri dari BLOG ini………..SELAMAT MAJU JAYA
10. Hamba doakan kita semua menjadi insan kamil yang cermerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat……………Assalamualaikum.
11. GOD BLESS YOU………….
Paku-paku sipucuk paku
Paku datang dari seberang
Carilah aku di dalam aku
Aku berlindung dibalik terang
Hamba Allah yang Khilaf
10 Tahun Tiada bekalan Elektrik dan Air Yang Bersih.
Assalamualaikum YB,
Saya Nurmaksud Bin Hamsah daripada Kg. Hampilan Laut, Kunak, Sabah ingin memohon pertolongan daripada YB tentang masalah di atas.
Setelah 10 tahun menetap di Kg. Hampilan Laut, Kunak, saya telah membuat permohonan daripada Pejabat Daerah Kunak dan juga Pejabat ADUN N51 berkenaan masalah ini.
Pegawai Daerah syor ajukan kepada ADUN kerana KPLB tidak dapat membantu pemasangan tiang elektrik ke rumah-rumah. Pejabat Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) pula tahun ini tiada budget untuk tiang elektrik. Diharap YB dapat membantu kami.
Salam 1 Malaysia
Nurmaksud Bin Hamsah
Insyallah,
Pasti akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari Pemimpin Berjiwa Rakyat ini , Yang Berusaha dan Yang Berhormat Tn Hj Salleh Kalbi.
Di sinilah bermula perubahan, hanya secoretan pena mampu mengubah segalanya. Inilah coretan yang dinanti…….teruskan perjuangan dan tegakkan kebenaran………….
tqvm atas msg yg d hantar kpd blog dn emel saya
ybsilam