Gong Xi Fa Chai / Xin Nian Kuai Le !

25 01 2009

gongxifachai

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘GONG XI FA CHAI / XIN NIAN KUAI LE’ kepada semua rakan-rakan tionghua di Silam (Kunak, Lahad Datu & Tungku), Sabah dan Malaysia amnya. Dalam kalendar (luna) cina, tahun ini adalah tahun KERBAU.

Inilah satu perkara yang tidak dapat kita nikmati di lain-lain tempat didunia. Inilah yang dikatakan muhibbah, perpaduan dan kesepakatan kaum di Malaysia. Tidak seperti tempat lain (contohnya Pakistan) mereka sangat terasa asing bila melihat bangsa lain atau agama lain di sekitar mereka. Bahkan sambutan perayaan mereka pun tidak diambil peduli.

Kita bertuah menjadi rakyat Malaysia walaupun kaum cina yang merayakannya, kita juga – bangsa melayu, bajau, bugis, idahan, india, serani, kadazan, iban, melanau, dusun, murut dan lain-lain dapat sama-sama menikmati ‘rumah terbuka’ & ‘angpow’ pada ‘Chinese New Year’.

Tahun KERBAU (OX) bermakna gagah, kerja keras, rajin, optimis dan disiplin. Ini bermaksud, kita tidak boleh ‘goyang-kaki’ pada tahun ini kerana semuanya akan hanya tercapai dengan bekerja keras dan berdisiplin. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini- harga minyak, krisis pekerjaan, krisis matawang dan masalah ekonomi dunia.

Jadi kita mesti mempertingkatkan usaha, berfikir positif, sentiasa mendengar dan berhati-hati menerima sebarang maklumat. Hanya dengan cara ini kita dapat berjaya dan mengharungi tahun ‘kerbau’ yang penuh mencabar ini.

Saya sayang Malaysia!


Tindakan

Information

2 responses

26 01 2009
silamgemilang

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

JOM LAYARI BLOG YB. TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

ybsilamexoticdiscovery . BLOG INI BARU DILANCARKAN PADA 26HB/JANUARI/2009 SEMPENA TAHUN BARU CINA 2009……MARI KITA LIHAT…

4 02 2009
Tok Janggut

1. Hebat……..rasa teruja dengan pengelibatan dan penghormatan YB Tn Hj Salleh Kalbi dalam komuniti cina……..jarang pemimpin yang mempunyai tahap liberalisasi yang optimum.

2. Pada pengamatan hamba, YB melebihi tahap yang terbaik dan cara YB menangani isu dan masalah juga adalah amat berkesan iaitu cari isu, indentified issu, resolusi, cara mengatasi dan cadangan serta praktikal yang mana dirasakan ad hoc.

3. Boleh dikatakan perancangan YB adalah sesuatu yang lebih kepada sustainable terhadap sosial, fizikal dan ekonomi setempat (sustainable dvelopment).

4. Anda tahu hala tuju anda……..keep up your momentum.

Hamba Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: