KEMENANGAN BESAR CALON BN DI PERMATANG PASIR : RAKYAT PERLU SEDAR PAKATAN PEMBANGKANG GAGAL MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN KEPADA RAKYAT.

24 08 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia Salam Ramadhan.

yb-silam2

PERMATANG PASIR.2

PERMATANG PASIR.1PERMATANG PASIR

Pilihanraya kecil di Permatang Pasir, kini berada dikemuncaknya. Kepimpinan pihak pembangkang sebenarnya sudah lama lemah dan kita boleh saksikan ada sahaja wakil rakyat pembangkang yang tidak puashati dan keluar parti menjadi parti bebas. Saya berharap…rakyat sedar dan perlu berfikir dengan matang agar memberi kemenangan besar kepada kerajaan Barisan Nasional bagi membolehkan kawasan ini dibangunkan setanding dengan kawasan-kawasan lain. Beri peluang menang kepada BN supaya kerajaan dapat memberi bantuan. Saya berharap pengundi bijak meletakkan masa depan mereka. Keupayaan kerajaan Barisan Nasional mentadbir kawasan dan negara menyerlah berdasarkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Jentera BN peringkat Permatang Pasir perlu berrgerak proaktif,denamik dan mementingkan perpaduan demi kesinambungan generasi akan datang. Keputusan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, termasuk seorang Exco negeri keluar parti itu memberi gambaran jelas wujudnya percanggahan dan ketidaksefahaman dalam kerajaan diperintah parti pembangkang.

Bibit- bibit perpecahan dalam kerajaan negeri dikuasai pembangkang dalam tempoh lebih tidak sampai dua tahun, menunjukkan keretakan hubungan antara mereka.

Sudah nampak ketidaksefahaman (antara parti pembangkang) dalam pelbagai isu yang bersangkut paut dengan ideologi dan prinsip masing-masing… nampaknya percanggahan itu semakin hari semakin melebar semakin hari semakin mendalam.

Dua pemimpin PKR Kedah, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia dan pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan keluar parti pembangkang.

Peletakan jawatan itu akan memberi kesan kepada kewibawaan kerajaan Kedah, walaupun masih mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mentadbir kerajaan negeri itu.

Malah, pemangku Ketua Bahagian Padang Serai pun keluar kerana kehilangan kepercayaan kepada parti mereka (PKR).

Pihak pembangkang perlu akur dengan keputusan Mohd Radzhi adalah keputusan sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi mana-mana pihak, terutama Umno.

Beliau sudah membuat keputusan berdasarkan kesedaran bahawa beliau sudah hilang kepercayaan kepada PKR dan sanggup keluar daripada kerajaan Kedah serta menjadi Adun Bebas.

Permatang Pasir adalah sebahagian daripada Permatang Pauh yang mana Anwar adalah wakil rakyatnya dan pemimpin di sini. Mungkin pengaruhnya sudah merosot dan saya harap pengundi akan menilai serta tidak terpedaya.

Pengundi-pengundi diharap agar dapat turun ke pusat pengundian bagi membuang undi mengikut saluran yang ditetapkan.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada Muslimin dan Muslimah di 1Silam dan 1Malaysia. Amalan mulia ini harus diteruskan dan diamalkan sepanjang masa bukan sahaja diwaktu bulan  puasa malahan ibadah ini merupakan satu kewajiban kepada umat Islam dan harus ditersukan sepanjang masa demi kemakmuran,kesejahteraan dan kebahagian keluarga dan negara. 

Puasa dapat melatih kendiri untuk tidak berbelanja boros,berjimat cermat dan bersederhana dalam perbelanjaan seharian. Saya berpesan kepada anda, berbelanja mengikut kemampuan anda dan jangan berbelanja mengikut nafsu yang akhirnya menyebabkan keluarga sendiri yang merana. Jika kita mengamalkan budaya berjimat cermat anda sebenarnya juga telah membantu kerajaan mengawal kegawatan ekonomi negara yang kini melanda dunia.

Saya HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, Ahli Parlimen Malaysia, p188 Silam yang kini berada di Permatang Pasir bagi membantu Calon Barisan Nasional berkempen berharap kepada RAKYAT sedar,berfikiran terbuka dan menerima perjuangan BN bagi membangunkan RAKYAT PERMATANG PASIR dengan jujur dan ikhlas. Satukanlah hati anda untuk mencorakkan masa depan RAKYAT PERMATANG PASIR dan GENERASI yang maju dan terbela.

YANG BENAR,

YANG BERHORMAT KOLONEL (K) TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,

AHLI PARLIMEN MAL;AYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PBB


Tindakan

Informasi

3 responses

26 08 2009
Anak Bugis

Salam YB semoga YB sihat tak terkejut akan keputusan yang majoriti besar dimenangi oleh parti pemerintah Pulau Pinang dari PAS
Itulah YB jangan suka membuat rumusan mengikut liputan akhbar2 UMNO atau lebih tepat Akhbar2 kerajaan BN,YB tidak pernah tinggal lama di semenanjung mana YB tau orang dah tak suka UMNO kan? So sedarlah YB kalau mau buat kenyataan biar berlapik ini tidak belum ada keputusan pandai2 YB kata BN menang besar,bila keputusan diumumkan boleh sakit jantung wooo.
Untuk YB bersedialah dari sekarang sebelum PRU 13 nanti takut YB juga akan tersungkur macam Rohaizat yang integritinya orang dah tak suka,belum jadi pemimpin dah pandai hilangkan duit peruntukan.
Oh yah satu lagi yang YB pi puji adun lunas tu apa pasai YB tak tau ka mamat tu dah tak cukup duit nak cover perbelanjaan harian coz bini 4 so langkah terbaik keluar pakatan Rakyat boleh belanjakan duit rakyat sesuka hati tak perlu takut ngan SPRM sebab ada orang cover,and lagi satu yang kat perak tu sama jugak ada masalah disiplin disiasat oleh BPR ketika itu so jalan selamat keluar Pakatan Rakyat terus selesai masalah,tapi YB tau kan Mahkamah Allah akan mengadili mereka2 ni dengan lebih adil dan saya yakin merekah tidak akan terlepas dengan hukuman Allah.
Sedarlah Yb orang yang masuk UMNO tu semua ada masalah disiplin kerana Pakatan Rakyat mengamalkan dasar keterbukaan dan perilaku buruk pemimpin akan terbongkar,sebab itu rakyat tak hairan kalu mereka keluar pakatan Rakyat dan masuk UMNO,ialah mencari perlindungan dari dibelasah SPRM,
Sebagai rakyat kami inginkan ketelusan dan kewibawaan pemimpin dalam menjalankan tugas yang kami amanahkan!!!Fikir2kanlah YB kalau nak terus berkuasa di bumi malaysia ni.

31 08 2009
Raja Rimba

Berfikiran positif
adalah langkah pertama untuk memotivasikan diri terhadap sesuatu perkara. Tiada salah dan khilafnya dalam mengharapkan kemenangan dengan usaha dan tawakal, namun untung rugi nasib seseorang terletak di tangan Allah SWT.

Yang bulat tak akan datang bergolek
Yang Pipih tak akan datang melayang

Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, cuma dari kita semua untuk merenung dan menilai serta memperbaiki kelemahan yang ada.

‘Amal Maakruf Nahhi Munkar’

Anak Malaysia.

2 09 2009
Belia Negara

Memang tiada salah mengharapkan kemenangan tapi biarlah dengan penyelidikan bukannya main pakai hentam je.Kalau tengok TV3 and baca berita harian or utusan kemudian buat kesimpulan memanglah nampak BN akan menang,tapi media alternative jangan dilupakan kerana disitulah kebenaran yang nyata sebenarnya tentang apa yang sedang berlaku dewasa ini.
Memang setiap yang berlaku ada hikmahnya dan semua itu datang dari Allah SWT,sebagai manusia kita kena sedar kebatilan itu pasti akan terserlah dengan izin-NYA,jadi apa tunggu lagi kalau nak diikutkan pertolongan dari Allah undilah mereka yang bersih dan amanah serta taat perintah Allah.
Pesan Tok Guru,kalu memilih pemimpin ada 2, kalu Islam pastikan beliau taat perintah Allah dalam menguruskan hal2 dunia dan takut akan hukum Allah
kemudian kalu dia bukan Islam pastikan calon itu dari golongan kaya raya supaya beliau tak heran akan wang berjuta,senang cerita tak kelabu mata bila tengok duit banyak..
So sebagai anak malaysia fikir2kanlah akan hal ini.
sekian Wassalam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: