RAMADAN

27 08 2009

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM 1SILAM, SALAM 1MALAYSIA, SALAM 1RAMADHAN

DSC01264DSC01347DSC01361

1. Sebelum saya meneruskan tulisan pada kali ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog saya yang aktif melayari setiap masa. Walaupun sudah lama saya tidak kemaskini blog ini, saya sentiasa aktif menganalisis email pengunjung. Saya memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini, insyallah bermula hari ini saya akan menyajikan idea-idea yang baru sebagai tatapan bersama bagi memberikan paradigma minda baru kepada pembangunan 1 Silam dan 1Malaysia 1Dunia. Sebelum saya mengupas lebih lanjut berhubung RAMADAN saya akan cuba untuk menterjemahkan apakah yang dimaksudkan RAMADAN?. Ramadan berdasarkan kajian dan rujukan melalui wikipedia dan kamus bolehlah ditafsirkan dari sudut bahasa Arab iaitu رمضان, Jika dikaji melalui terjemahan harfiah maksudnya ialah “panas terik”. Masyarakat masa kini biasa menyebut ramadan dengan nama “Ramadan Al-Mubarak”. Berdasarkan kajian, bulan ini merupakan bulan yang ke-9 dan adalah bulan yang paling suci di dalam kalendar Islam. Apabila tiba bulan ini maka semua umat Islam diwajibkan untuk menunaikan ibadah puasa seperti yang termaktub dalam al-Qur’an yang bermaksud: “ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu… surah Al-Baqarah, ayat 185. ”

2. Jika kita meninjau, apabila bulan Ramadan menjelang tiba umat Islam akan berfikir, bermuhasabah dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Berdasarkan kajian saya, setiap individu/keluarga mempunyai citarasa tersendiri untuk bersahur dan berbuka puasa yang bermula dari fajar hingga senja. Setiap insan perlu meletakkan dalam kendiri amalan jujur dan ikhlas kerana Allah SWT, supaya kita merasai kesannya akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan kita akan menjadi lebih pemurah.

3. Cuba kita renungkan kajian para ulama, keagungan bulan ramadan adalah amat tinggi disisi Allah SWT sehingga telah diturunkan Al-Quran pada bulan ramadan. Kajian Ahlu Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa al-Qur’an diturunkan pada malam Jumaat. Oleh yang demikian, setiap tarikh 17 Ramadan bagi 1430H/2009M diperingati sebagai hari turunnya wahyu Nuzul Quran buat pertama. Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira’.

4. Dalam bulan ini Allah SWT telah mengangkat satu hari sebagai hari yang paling tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Hari yang saya maksudkan ialah dikenali sebagai hari atau malam Lailatul Qadar, adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur’an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar kita sebagai umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

5. Sebentar tadi saya telah jelaskan berkenaan Ramadan dan tidak sempurna ramadan jika kita tidak isi dengan amalan-amalan yang di galakkan dalam Islam. Antaranya ialah;

5.1 Solat Terawih ini dilaksanakan selepas sahaja solat Isyak,kalau di kawasan saya solat Isyak bermula jam 7.27 malam, solat khusus ini hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama’ah. Saya berharap amalan mulia mengerjakan solat di masjid ini tidak akan terhenti pada bulan puasa sahaja malahan akan berterusan sehingga bulan-bulan lain.

5.2 Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini. Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan. Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kg beras.

5.3 Akhir bulan Ramadan dirayakan dengan sukacita oleh seluruh Muslim di dunia. Pada malam harinya (malam 1 Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama. Esoknya tanggal 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidil Fitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya. Solat dua raka’at ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri. Hari raya tahun ini dijangka akan bermula pada 20-21hb/September/2009.

6. Sepanjang bulan Ramadan ini, saya melihat banyak Bazar di buka di Bandar terutama di pasar malam, taman muhibbah, Taman Sri Perdana, Fajar dan lain-lain lagi. Kemunculan peniaga-peniaga bermusim ini dapat menambah pendapatan dalam keluarga bagi menampung perbelanjaan menghadapi Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

7. Saya HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan UPF PBB berdoa semoga Bulan Ramadhan yang mulia ini Rakyat 1Silam, 1Malaysia akan dimurahi rezeki, kesihatan, kesenangan, kemuliaan, perpaduan, hormat menghormati antara satu dengan lain dan selamat maju jaya, selamat, aman, makmur dan sentosa 1Malaysia yang berasaskan ketradisionalan dalam kemodenan bagi menempa gerbang kejayaan wawasan 2020.

 “Ketradisionalan Dalam Kemodenan”

Yang Benar,

YANG BERHORMAT KOLONEL (K) TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PBB


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: