AIDILFITRI/PUASA/FITRAH/LEBARAN

17 09 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia, 1 Silam dan Salam Aidilfitri

P8310678DSC02059DSC01297DSCN0583FESTIVAL YB SILAM

Syukur kehadrat Allah SWT Yang Maha Kaya, Yang Maha Pemurah lagi Maha Agung, Selawat Ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan tabiin, kaum muslimin dan muslimat. Setelah kita menjalani IBADAH PUASA selama hampir sebulan, dengan berpuasa bermula dari waktu solat subuh hingga waktu solat maghrib menahan lapar dan dahaga,menahan hawa nafsu,menjaga adab dan disiplin mata,telinga,mulut,tangan,kaki dan meninggalkan amalan yang boleh membatalkan dan makruh sepanjang berlangsungnya puasa yang kita laksanakan setiap hari. Setiap masa setiap hari amalan yang dikerjakan oleh setiap umat Islam ialah dengan melaksanakan perintah solat 5 waktu,terawih,membaca al-quran,membayar zakat,bersedekah dengan mengadakan majlis berbuka puasa kepada fakir miskin tanpa mengira latarbelakang termasuk masyarakat melayu,india,cina, kadazandusun,bajau,suluk,bugis,cocos dan lain-lain lagi. Sebelum saya bertolak menunaikan IBADAH UMRAH di Kota mekah, saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana majlis yang saya adakan dihadiri oleh golongan yang amat memerlukan bantuan. Saya telah menghuluruan bantuan berupa pelbagai jenis makanan harian, sumbangan wang kepada anak yatim piatu dan lain-lain lagi.

Sebelum saya meneruskan topic tentang hari raya aidilfitri terlebih dahulu saya ingin mengupas dan memperhalusi makna Hari Raya Aidilfitri. Mengikut tafsir dalam bahasa arab عيد الفطر ‘Ayd al-Fiṭr “perayaan fitrah” akan disambut setiap 1 syawal bagi tahun Hijrah. Perayaan ini sering juga di panggil dengan nama Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Lebaran. Perayaan ini akan di sambut oleh seluruh umat Islam di dunia sebagai tanda berakhirnya bulan Ramadhan. Selain itu juga terdapat lagi satu perayaan yang besar bagi umat Islam iaitu Hari Raya Korban. Penentuan bermulanya sambutan Hari Raya akan dilaksanakan dengan cara melalui RUKYAH (melihat anak bulan) ataupun secara HISAB (kiraan). Jika anak bulan dapat dilihat maka bermulanya bulan syawal bulan ke 10 dalam kalendar Hijrah.

ZAKAT FITRAH akan berakhir setelah tiba festival hari raya puasa khusus kepada umat Islam yang masih hidup. Sepanjang bulan puasa pusat-pusat pembayaran zakat fitrah telah dibuka dilokasi strategi seperti masjid,pusat membeli-belah, setiap kampung dan lain-lain lagi. Pembayaran zakat bagi tahun ini RM 6.60 seorang. Kutipan ini akan berhenti apabila bermulanya SOLAT SUNAT AIDILFITRI. Setelah pengumuman pada hari sabtu ini jam lebih kurang 7.30 malam waktu silam, sabah dan keputusan tarikh Hari Raya Aidilfitri telah ditentukan maka Umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji Allah SWT. Takbir akan bermula dari terbenamnya matahari ( hari terakhir bulan Ramadhan ) sehingga SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI.

AMALAN TRADISI LEBARAN Sebelum tiba Hari Raya seperti biasa pertama sekali yang kita dapat saksikan ialah apabila perniagaan kecil-kecilan yang banyak kelihatan sehingga banyak pilihan berupa baju melayu, baju moden, songkok, songket,baju kanak-kanak,kuih-muih dan lain-lain lagi. Setengah bulan sebelum Raya, kita akan mendengar lagu-lagu raya berkumandang di Radio,Televisyen ( RTM 1,2,3,Astro,Bernama,Ceria dan lain-lain siaran lagi ). Pihak Bank, Sekolah dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Setiap menjelang Hari Raya jalan-jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman bersama sanak-saudara dan kaum keluarga. Jika ditinjau di kawasan saya P188 Silam saya melihat kesesakan telah bermula sejak awal jam 6.30 pagi hingga jam 9.00 pagi. Masa tengahari pula sekitar jam 10.50 hingga jam 1.00 petang. Manakala sekitar jam 2.50 petang hingga jam 7.00 malam kesesakan lalulintas kian terasa. Inilah yang dinamakan senario BALIK KAMPUNG.

Ziarah merupakan amalan tradisi yang menjadi satu amalan setelah selesai menunaikan solat Hari Raya. Selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri umat Islam yang telah kehilangan saudara mara akan mengunjungi PUSARA dan menghadiahkan SURAH AK-FATIHAH atau bacaan SURAH YAASIN. SeLepas itu, amalan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Amalan bermaaf-maafan nagi mengikis kegelapan dalam kalbu. Keistemewaan Hari Raya ialah kurnia Allah dengan bergembira, bermaaf-maafan, erat silaturrahim dan persaudaraan di kalangan Umat Islam dan bukan Islam bagi mewujudkan PERPADUAN RAKYAT 1 MALAYSIA : RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

DUIT RAYA dihulurkan oleh ibubapa/pemimpin/tuan rumah diberi kepada kanak-kanak. Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna hijau dan kuning. Warna ini tidak termasuk yang dikeluarkan oleh peniaga-peniaga atau Bank lain. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah. Malam Tujuh Likur (malam 27 Ramadan), pelita atau lampu minyak tanah akan dinyalakan terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala pelita akan digantikan dengan penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini. Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saya selaku Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB bersama isteri Puan Hajah Fatmah Binti Haji Abdul Aziz, anak-anak dan seisi keluarga serta staff P188 Silam mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin.

Saya dengan sukacita dan penuh hormatnya menjemput Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat Dato’ Seri, Yang Berhormat, Dato’, Datin, Tuan dan Puan, Encik, Cik ke Majlis Rumah Terbuka saya pada Hari Raya ke-3 nanti bertempat di Dewan Tun Haji Mustapha, Lahad Datu. Silam. Sabah. Jam lebih kurang 9.50 pagi hingga 2.00 petang.

1 Malaysia : Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan

1 Malaysia, 1 Silam dan 1 Unity

 

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM merangkap

DUTA KEAMANAN ( UPF ) PBB


Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: