PENYELIDIKAN UKM-PROPER P188 SILAM

4 10 2009

DSCN1745DSCN1744

DSCN1743

PROPER adalah Program Penyelidikan Pembangunan Rakyat Pantai Timur Sabah ( Kawasan Parlimen SILAM ) melibatkan penyelidikan UKM dari pelbagai bidang yang dipimpin oleh Fakulti Sains dan Teknologi.

Universiti Kebangsaan Malaysia sangat menyokong idea untuk memasyarakatkan penyelidikan. Parlimen SILAM merupakan satu kawasan yang mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi yang amat berpotensi untuk diterokai. Selain hasil sawit dan koko, terdapat pelbagai sumber lain yang belum diterokai sepenuhnya. SILAM juga mempunyai sejarah yang tersendiri yang belum lagi dipromosi kepada dunia luar.

DSCN1752DSCN1758

Pasukan UKM terdiri 11 orang professor dan pensyarah kanan dan siri yang kedua bertambah kepada 30 orang daripada pelbagai bidang dan diketuai oleh Fakulti Sains dan Teknologi. Kepakaran ahli pasukan meliputi bidang kajian air, biodiversity, sains makanan, pelancongan, pendidikan, kimia, hidrologi, toksikologi, radiasi dan keselamatan, ekosistem marin, teknologi kimia dan lain-lain.

Di peringkat rintis ini, tujuan utama lawatan pasukan ini ialah untuk membina jaringan dan mengenalpasti di manakah pasukan ini boleh berperanan untuk menyumbang dalam membantu parlimen Silam merancang pembangunan rakyat berteraskan ilmu.

Antara kata-kata professor Dr dari UKM ialah “Cerapan awal memang menakjubkan. Baru sehari di P188 SILAM kami di bawa untuk berkongsi pengalaman kehidupan seorang pengusaha AKUAKULTUR jaya yang hanya dibekalkan dengan sedikit bantuan kerajaan tetapi mempunyai perancangan membina kompleks chalet. Kami disajikan makanan laut termasuk latok dan agar-agar laut yang sungguh unik dan lazat. Kemudian kami di bawa ke beberapa buah pulau. Di Pulau Tengah kami berjumpa seorang usahawan ekomarin akuakultur yang Berjaya. Menurut Prof Noramly, seorang yang banyak menjelajah dunia, pusat ini merupakan pusat ekomarin akuakultur antara terbaik yang pernah beliau lawati.”

DSCN1758DSCN1730DSCN1731DSCN1736DSCN1911

SILAM mempunyai sejarah yang unik dari segi kedatangan Islam ke Malaysia. Melalui manuskrip tulisan jawi berbahasa IDAHAN TUA, yang menyebut bahawa ABDULLAH telah memeluk Islam pada 1408 Masehi, iaitu mendahulu PARAMESWARA di MELAKA. SILAM juga merupakan TRANSIT dagangan di ASIA TENGGARA sekitar abad ke-13, yang berniaga Sarang Burung, Kapur Barus dan dammar. Sebelum pensepadanan semula kawasan pilihanraya SILAM yang sebelum ini termasuk SEMPORNA, SILAM merupakan pusat pengeluaran TEMBIKAR TERBESAR sejak abad ke-13. SILAM juga merupakan pusat BARTER TRADE ANTARABNGSA kerana mempunyai hubungan DAGANG antara CHINA, FILIPINA dan ARAB melalui penemuan FOSIL dan ARTIFAK sejarah kerajaan TAKBANGI di MERENDONG. SILAM juga kaya dengan DIVERSITI KAUM yang bilangannya menjangkau 45 suku kaum yang hidup harmoni sebagai satu contoh yang secocok dengan model dan hasrat satu Malaysia.

Walaupun mempunyai nilai sejarah yang tinggi serta pelbagai sumber asli yang boleh dibangunkan, aktiviti pelancongan tempatan masih belum ada. Sehingga hari ini segala maklumat hanya dalam bentuk ILMIAH dan belum dikomersilkan sebagai tarikan pelancongan. Disinilah UKM boleh berperanan dalam memberi sentuhan dan nilai tambah kepada asset semulajadi untuk dilestarikan sebagai pusat pelancongan bertaraf glokal.

Di sebalik kekayaan sumber asli, Parlimen Silam masih mempunayi bilangan miskin tegar seramai 5,000 orang yang merupakan 10% daripada angka miskin tegar di Malaysia. Namun begitu jalan pasti ada dan mesti ada cara SILAM keluar daripada kemelut KEMISKINAN TEGAR ini, mengikut acuan tempatan.

Jalinan kerjasama dengan UKM membuktikan komitmen jitu Parlimen SILAM menjurutera semula metodologi pembasmian kemiskinan tegar. Satu Surat Hasrat Kerjasama ( LOI ) telah dimeterai antara UKM dan P188 SILAM pada 21 Julai 2009. Bagi menjayakan kerjasama ini saya sebagai Ahli Parlimen SILAM telah mencadangkan penubuhan sebuah INSTITUT PENYELIDIKAN yang dinamakan INSTITUT PROPER UKMas. Satu secretariat akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menggerakkan aktiviti kerjasama ini dengan segera. Semoga jalinan kerjasama ini akan membebaskan miskin tegar ini daripada putaran ganas kemiskinan agar mereka tidak mewariskan kemiskinan kepada generasi mendatang.

Semoga PROPER akan dapat meningkatkan lagi usaha-usaha penyelidikan di kalangan tenaga akademik Sains dan Sains Sosial secara bersepadu yang berteraskan pembangunan komuniti secara langsung bagi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

Sekian, terima kasih

“Ketradisionalan Dalam Kemodenan”

1 Malaysia, 1 Silam

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,

Ahli Parlimen Malaysia, P188 SILAM merangkap

Duta Keamanan ( UPF ) PBB


Tindakan

Information

Tinggalkan komen