BERSYUKUR

30 11 2009

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM 1MALAYSIA, 1SILAM, 1FAMILY

Alhamdulillah SYUKUR kehadrat Allah SWT yang Maha Kaya, Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat Ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat.

1. Konsep BERSYUKUR mungkin bagi sesetengah individu adalah berbeza pandangan dengan individu lain. Perbezaan yang berlaku ini adalah disebabkan proses kepuasan hati,minda,jiwa dan keinsafan terhadap yang dinikmati selama kesenangan persekitaran hidup. Persoalannya pernahkah kita meletakkan BERSYUKUR di antara paling utama dalam kehidupan kita. Apakah sebenarnya erti BERSYUKUR sehingga kita kadang-kala tersalah sasar.Apakah nikmat yang harus kita rasa BERSYUKUR. Masihkah kita BERSYUKUR dan terus BERSYUKUR dengan nikmat hidup yang diberikan. Persoalan ini amat berbeza sekali dengan pandangan setiap individu. Namun, walaupun ada perbezaan, kita sama-sama membuat andaian yang hampir sama agar konsep bersyukur dapat diterjemahkan dengan realiti dan benar.

2. Negara Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum Melayu, Cina dan India serta Bumiputera yang merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak bumi yang amat bertuah kerana masyarakat dapat hidup aman, makmur dan sentosa. Kehidupan masyarakat yang sentiasa proaktif mencari erti perubahan ke arah kejayaan adalah satu perjuangan yang diimpikan bagi membentuk satu keluarga dan masyarakat bermanfaat dan hidup bahagia. Kita perlu BERSYUKUR kerana negara kita dilimpahi masyarakat berbilang kaum dapat hidup aman dan damai. Jika kita meneropos negara-negara lain setiap hari,setiap masa dan setiap detik putaran saat jam setiap itulah darah mengalir kebumi kerana manusia rakus mengejar impian kendiri,perkauman tinggi dan mementingkan diri sendiri. Lihatlah dinegara Malaysia masyarakat bebas mencari peluang-peluang kejayaan yang menanti setiap masa. Budaya dan amalan hormat-menghormati antara satu dengan lain telah terjalin mesra sejak zaman pemerintahan dan kepimpinan Perdana Menteri Pertama.

3. Kemiskinan negara-negara seperti Afrika,Kenya,Nairobi dan lain-lain amat menyentuh perasaan. Ketika saya melawat negara-negara yang dihimpit kemiskinan global, masyarakatnya sebenarnya amat teruk tanpa pakaian,tanpa makanan hanya makan sisa-sisa KFC sahaja, Kehidupan mereka kurus kering tanpa vitamin, terpaksa mencari rezeki dengan amat payah sekali walaupun dunia sekian lama mengkaji negara-negara ini telah lama hidup miskin dan menderita. Apakah kita pernah BERSYUKUR hidup dinegara Malaysia yang dilimpahi kekayaan Makanan,buah-buahan,rezeki melimpah bah kata apa sahaja yang kita mahu pasti kita boleh dapat. Apakah kita pernah BERSYUKUR dengan nikmat kekayaan negara kita…Saya tidak berniat mencari kelemahan tetapi sama-samalah kita renungkan. Setiap kita mungkin tidak menyedari makanan yang kita makan ada sahaja yang tidak dapat menghabiskan makanan kerana kenyang. Kenyang disebabkan kemewahan yang Allah SWT berikan menyebabkan kita lupa bahawa adalah lagi saudara-saudara dan negara-negara jiran yang tidak dapat makan kerana dihimpit kemiskinan. Jika kita sudah lupa dan alpa kita mula lupa BERSYUKUR sehingga makanan yang kita makan tidak habis untuk dimakan. Kita merasa selesa lebihan yang kita makan hanya dibuang untuk di beri kepada binatang seperti kucing,anjing dan lain-lain binatang. Tetapi sedarkah kita lebihan seperti ini kalau dinegara-negara miskin lebihan ini adalah makanan yang amat berguna kepada mereka untuk makan pagi, makan tengahari, makan malam. Pernahkah kita melihat negara-negara miskin yang terpaksa makan sisa lebihan makanan orang lain kerana kemiskinan bagi mereka adalah satu makanan yang paling enak dan sedap. Sebelum kita ditimpa musibah, sebelum kita ditimpa kemiskinan kita perlu BERINGAT agar sentiasa bersyukur supaya nikmat yang Allah SWT berikan berlipat ganda. Islam sendiri memberi peringatkan kita agar merebut 5 peluang sebelum tiba 5 perkara. Contoh pertama rebutlah masa muda sebelum tiba masa tua, rebutlah masa sihat sebelum masa sakit.

4. Bersyukur perkataan yang paling mudah dilafazkan namun amat sukar untuk dipraktikkan oleh masyarakat yang sudah alpa,lupa,leka dan hidup tidak pernah mengalami kesusahan sehingga gaya hidup boros berbelanja,makan tidak habis, pakaian mewah, judi, minum arak, lumba haram,mencuri,merompak,pengamal ajaran sesat, bergaduh sesama sendiri sehingga lupa nikmat keamanan dan kemakmuran, melanggar undang-undang, hilangnya budi bahasa, memuaskan kehendak kendiri daripada kepentingan negara dan banyak lagi sehingga berlaku Tsunami, Ombak besar, bangunan runtuh dan perubahan iklim kerana tindakan manusia yang tidak bersyukur.

5. BERSYUKUR akan terus menjadi prasyarat kepada setiap kendiri manusia yang ingin maju,bahagia,sihat,selamat,aman dan makmur. Negara akan terus terpelihara daripada bala bencana, permusuhan,perselisihan faham dan perpecahan jika kita selalu ingat memperingati betapa pentingnya kita bersyukur dengan negara kita yang selamat dikunjungi pelancong, aman dan makmur sehingga kita masih lagi mengamalkan budi bahasa budaya kita, senyum kepada rakan-rakan Melayu-Cina dan india. Bersyukur dengan nikmat kekayaan dan kesuburan tanah yang dilimpahi kekayaan tumbuh-tumbuhan menghijau, gunung-ganang,lautan, pulau-pulau tercantik didunia dan lain-lain lagi.

6. Saya tidak berniat untuk mengajar tetapi sekadar untuk berkongsi dan ingat memperingati setiap masa kerana sudah menjadi lumrah sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Dalam Islam sendiri menyeru kepada kita menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan walaupun pahit hendak diucapkan. Bersyukur…Bersyukur..Bersyukur agar hidup diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amin…

“Kepimpinan Berteraskan Modal Insan”

YB. Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi

Ahli Parlimen Malaysia, merangkap

Duta Keamanan PBB


Tindakan

Informasi

One response

13 12 2009
Norizan

Syukur cukup bererti kepada saya kerana pemberian Allah Taala kepada kita terlalu luas dan kita menerimanya terlalu kecil nikmat Allah ……cukup kita merasai nikmat sihat, nikmat bahagia, nikmat sempurna fizikal dan akal, nikmat rezki, nikmat kemuliaan hidup, nikmat kebolehupayaan, nikmat vision, dan berbagai2 nikmat yang tidak dapat kita hitungkan……

Salam buat YB Tn Hj. Salleh Hj Kalbi dari saya ….Norizan Nordin…….umrah akhir ramadan 2009 yang lalu……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: