MERRY CHRISTMAS DAN HAPPY NEW YEAR

20 12 2009

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM 1MALAYSIA, 1SILAM  DAN SALAM SEJAHTERA

1. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dan Selawat Ke atas junjungan nabi Muhammad SAW. Kaum muslimin dan muslimat di mana jua berada dan masyarakat saya yang terlibat dengan perayaan hari krismas sudah tentu di masa ini merasa amat bergembira, ceria, bahagia bersama keluarga tersayang. Mungkin mereka yang berada di kota yang bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta telah pun balik kampung masing-masing bagi merayakan perayaan ini. Kebetulan juga sambutan tahun baru tahun ini tidak berapa jauh dari tariKh perayaan hari krismas. Inilah kehebatan dan ketinggian budi pekerti dan nilai-nilai perpaduan yang tinggi dikalangan rakyat 1Malaysia sehingga boleh bersatupadu dalam membina kegemilangan hasrat negara kita. Pada minggu lepas saya telah menulis dalam blog saya http:silamgemilang.wordpress.com dengan tajuk SALAM MAAL HIJRAH. Kepada anda yang ingin membaca ucapan saya berhubung Maal Hijrah sila kunjungi blog saya untuk kita bersama-sama memeriah dan menyemarakkan sambutan Maal hijrah tahun ini.

2. Sempena perayaan hari krismas dan sambutan tahun baru saya ingin mengucapkan MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR. Kehebatan rakyat negara kita yang boleh bersama-sama meraikan perayaan bukan lagi sesuatu yang asing atau baru bagi kita, tetapi amalan ini telah menjadi satu tradisi dalam keluarga rakyat 1Malaysia yang hidup dalam berbilang kaum, agama, dan adat serta kaya dengan budaya bangsa. Kita perlu mensyukuri keharmonian kaum yang masih bersinar dan bercahaya sehingga kerukunan dan kedamaian dapat dikecapi bersama.

3. Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan perpaduan ini dengan mengamalkan konsep 1Malaysia yang mahukan rakyat mengamalkan perpaduan yang ikhlas, bersatu hati, bersefahaman dan bertoleransi dalam apa jua keadaan demi masa depan tanah air dan negara tercinta. Dibawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia yang dikagumi telah meletakkan nama baik negara di mata dunia yang harum, hebat dan berprestasi tinggi dengan pelbagai transformasi yang telah pun diperkenalkan sesuai dan serasi dengan kehendak dan tuntutan masyarakat setempat tanpa membebankan malahan menyenangkan kehidupan rakyat secara umum.

4. Tugas dan tanggungjawab bagi merealisasikan semua ini tidak harus diserah secara bulat kepada pucuk pimpinan, adalah menjadi satu harapan agar semua lapisan masyarakat berganding bahu mengekalkan keamanan, keselamatan dan kemakmauran yang dinikmati ini dengan mengamalkan budaya tolong-menolong, bersefahaman, bekerja dengan berintegriti, berpendidikan, anjakan paradigma untuk membina kejayaan baru, berpotensi sebagai modal insan cemerlang, melaksanakan amanah rakyat dengan jujur dan amanah, membantu rakyat sehingga ke peringkat akar umbi agar tidak ada lagi yang tercicir dalam arus pembangunan dan pemodenan negara dan lain-lain lagi.

5. Saya mendoakan rakyat saya khususnya di Silam amnya di 1Malaysia agar berada dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing tanpa mengira masa dan walau dimana jua berada akan terus membangunkan dan membina kejayaan yang kesan positif kepada kelangsungan masa depan cerah. Ketika ini saya terlibat rombongan ke TAIWAN dengan visi dan misi menjadikan negara kita yang terhebat dan paling hebat sehingga berkarisma, berdaya saing dan berdaya maju bagi mencapai hasrat negara untuk berprestasi tinggi, maju menjelang tahun 2020 kelak. Pengalaman berada di negeri orang lain dengan kehidupan yang sungguh berbeza dengan kehidupan di negara kita. Namun perbezaan ini bukanlah satu penghalang kepada saya untuk turut bersama-sama dalam misi ini kerana saya pun sejak dibangku sekolah telah melanjutkan pelajaran keluar negara. Apa yang menjadi harapan dan agenda ialah membangunkan negara kita dan diterima sebagai sebuah negara yang berpotensi besar dengan produk-produk yang terbaik di dunia, pusat pelancongan terbaik di dunia, kaya dengan budi bahasa yang amat tinggi nilainya, kekayaan negara sebagai syurga membeli-belah yang termurah dan berkualiti, menarik pelabur ke negara dan lain-lain lagi.

6. Sempena sambutan tahun baru ini setiap kendiri dari sejak dilahirkan sehingga dewasa masing-masing mempunyai azam ke arah kejayaan dan perubahan yang mendatangkan kebaikan bukan hanya kepada keluarga malahan kepada pembangunan negara. Saya ingin melihat setiap ibubapa meletakkan azam yang terbaik dengan berbelanja berhemah ketika musim bermulanya persekolahan pada tahun 2010. Tabung adalah amalan yang baik bagi membolehkan anak-anak tidak tercicir dalam proses pendaftaran yang memerlukan kewangan sebagai pelengkap dalam meneruskan persekolahan. Kita bersyukur kerajaan memudahkan urusan persekolahan dari peringkat yang susah sehingga yang senang. Ini bermakna tiada lagi anak-anak yang tercicir dalam arus pembelajaran di masa akan datang.

7. Kepada sektor swasta dan kerajaan bantulah kerajaan supaya dapat pulih dari kegawatan ekonomi yang kini juga melanda dunia. Perubahan sikap dari malas kepada rajin, berbudibahasa, tekun, proaktif dan berintegriti akan memudahkan kerajaan mencapai misi dan visi di masa akan datang. Hargailah kesenangan dan keamanan yang kita nikmati dalam negara kita supaya generasi akan datang tidak terpinggir dan tercicir dalam menikmati ke harmonian dan keamanan yang berkekalan sehingga generasi-generasi-generasi akan datang.

8. Sekali lagi saya ucap selamat menyambut hari krismas dan selamat menyambut tahun baru. Semoga perayaan dan tahun baru ini menjanjikan satu perubahan yang amat besar sekali yang mendatangkan manfaat yang baik kepada bangsa dan negara tercinta.

Sekian, terima kasih

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

DUTA KEAMANAN PBB, UNIVERSAL PEACE FEDERATION ( UPF ) MERANGKAP

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM


Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: