Mengenai Saya: Salleh Kalbi, P188 Silam

about-salleh

Saya mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Silam selama 10tahun dan mantan Ketua Penerangan Pemuda UMNO dn BN Negeri Sabah selama 8tahun.

Mendapat pendidikan awal d SK Pekan Lahad Datu Sabah dan menegah di SMK Agaseh Lahad Datu, SMK Abdullah Semporna, Sabah dan melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti. Isteri saya Hajjah Fatmah Hj Abdul Aziz dan mempunyai 2 orang anak perempuan Hajjah Amirah Mahfuzah Syopieah dan Hajjah Amera Elezadiba Syalesiah.

Dalam kerjaya sebagai orang politik serta setelah di pilih menjadi Ahli Dewan Rakyat pada piliharaya baru-baru ini saya berhasrat ingin memberi perkhidmatan yang semampu yang saya boleh berikan kepada rakyat saya dikawasan Parlimen Silam yang luas. Saya sangat berharap dan mengalu-alukan segala idea , cadangan yang bermanafaat ntuk kita laksanakan dan saya berharap kita dapat bekerja sebagai satu pasukan yang sayang kepada parlimen kita.

26 responses

11 11 2008
tidongboy

YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO memilih tepat calon Parlimen Silam pada pilihanraya Mac lepas.

Hj.Salleh Hj. Kalbi adalah bekas atau mantan Pegawai Kerajaan, dinama jawatan akhirnya saya difahamkan dalam perikhdmatan beliau (Salleh) adalah Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Silam.

Beliau yang mempunyai perwatakkan Peramah, Rendah Diri, Hormati menghormati dan tidak pernah putus asa dalam apa juga perjuangan/kerjaya beliau ceburi, namun beliau terus brusaha sehingga berjaya.

Sebagai Ahli Parlimen dalam era global masakini dengan penuh cabaran, beliau (Salleh) terus membila nasib rakyatnya, yang mana antara Ahli Parlimen yang lantang bersuara di Parlimen, walaupun pada dasarnya pemimpin diperingkat kampung masih tidak berkeyakinan terhadap kepimpinannya.

Saya yakin dan percaya dan saya meramalkan dalam tempoh satu tahun ini, YB. Hj.Salleh Hj. Kalbi menjadi pimimpin disegani sama ada diperingkat kampung atau diperingkat Pusat, atas kelantangan beliau dalam parlimen, jika beliau terus dengan cara dan kepimpinan yang dilaksananya sekarang.

Saya meramalkan Beliau akan dilantik jawatan dalam Kebinet Persekutuan dalam kepimpinan yang baru lepas Mac tahun depan.
AMIN…. YA RABUL ALAMIN….. mudah-mudahan ramalan saya tepat.

11 11 2008
Anak Bajau

Assalamualaikum

Sudah sekian lama kita menanti seorang pemimpin yang betul-betul berkelayakan, bukan setakat mempu memimpin malah juga menghasilkan karya-karya ilmiah ataupun menghasilkan idea-idea untuk rakyat yang dipimpin… selamat menulis

12 11 2008
Sahabat KEMAS

Teruskanlah hasrat perjuangan YB sebagai ADR P188 Silam. Tempuhilah segala cabaran dan dugaan dengan penuh ketabahan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat YB di kawasan Parlimen Silam yang luas. Semoga ianya menjadi suatu yang realiti kelak. Take Care…YB!

13 11 2008
armendrah

SAJAK KHAS BUAT YB. TUAN HJ. SALLEH HJ. KALBI
AHLI DEWAN RAKYAT P188 SILAM

PUTERA DESA
———–

Dari Daerah Permai
Lahir seorang Putera
Berjiwa Rakyat Jelata
Suaranya Lantang Bergema
Di Bangunan Parlimen
Tempat Tercetusnya Cita-Cita

Dari Daerah Kono
Yang Terpancar Cahaya Merah
Membawa Harapan Bangsa
Membela Desa Pendalaman
Yang Masih Jauh Tertinggal

Wahai Putera
Harapan Bangsa
Teruskan Perjuangan mu
Hingga Kejayaan
Menempah Sejarah

Oleh : Men/J.Alam

21 12 2008
mangkukhayun

suara lantang tidak penting, tapi yang lebih penting bagaimana membawa arah tuju mesyarakat setempat mengecap nikamt pembangunan negara…

21 12 2008
mangkukhayun

Kemajuan sesebuah daerah adalah dinilai dari pendapatan perkapita(ekonomi),pendidikan, bukannya dari kelantangan suara YBnya..

perlu di ingat pendudukan LD khususnya masih lagi tertinggal dari segi ekonomi penduduknya dan pembangunan meskipun telah menjadi kubu kuat kepada kerajaan sejak berzaman!!

Tak salah jika ketika ini penduduk LD khususnya menagih janji2 manis yang telah berkumandang sejak kian lama!!!!!

18 11 2009
wHat El"s

ya….saya sokong dgn komen mangkuk hayun

21 12 2008
mangkukhayun

kenapa mesej saya tidak tersiar?

Dengan motto sdr “Kepemimpin Berteraskan Modal Insan”.. seharusnya sdr lebih terbuka.. Menerima kritikan atau komen boleh mengukuhkan siasah diri daripada mendengar pujian yang boleh melalaikan sdr..

Fikir2kan…

selamat berjaya…..

21 12 2008
mangkukhayun

Tidongboy…

Dulupun Ahli Perlimen P188, ada gak jawatan dalam kabinet, tapi masuk parlimen bayk tidor.. at last LD seperti dulu gak..

Jadilah pendokong jgn jdi penyokong yang membawa rebah……
setiap pemimpin umno di LD mestilah ada anjakan pradigma, jika ingin melihat generasi akan terus menyokong…

28 12 2008
Tok Janggut

Yang baguih dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan.

Insyallah YB Hj Salleh Kalbi bukan setakat membantu rakyat yang memerlukan tetapi beliau cuba mencipta ruang dan peluang, agar semua rakyat Silam P188 yang ingin membangun dan dibangunkan mendapat faedah dan keuntungan sebagai penduduk Silam P188.

Berbicara dengan beliau tentang pembangunan yang akan dibawa telah memberi keyakinan kepada saya bahawa inilah peluang rakyat Silam yang bertuah. Tetapi bicara tanpa praktis, akan menambahkan kebimbangan rakyat untuk melihat pembangunan P188 Silam. Saya yakin tahun baru 2009 ini akan berlaku tsunami pembangunan di kawasan P188 Silam secara proaktif yang diketuai oleh Yang Berusaha, YB Hj Salleh Kalbi…..Insyallah

28 12 2008
ARMENDRAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kita perlu berterima kasih …………….kerana saya dengar khabar bukan khabar angin ……..tetapi khabar berita baik bahawa tidak lama lagi jalan raya akan dibesarkan menjadi dari jalan sehala menjadi jalan dua hala…….Ini bermakna sedikit masa lagi kita tidak lagi memandu kereta dalam kesesakan jalan raya untuk menuju ke tempat kerja.

Khabar da bertiup kencang…….mesti pokok da bergoyang…….Tahun depan harap-harap da mula………pembinaannya…..

Kita ucap terima kasih kepada YB Silam…………..

18 11 2009
wHat El"s

ya kita ucap trima ksh kpd YB Silam yg dulu,,,,bukan YB sILAM skg…
lg pun hasil blum nmpk lg….tgk lah bleh katakan tiap masa n setiap projek x bjalan dgn lancar,,,,,

2 01 2009
tidongboy

TAHNIAH….,,,, kepada YB Tuan Hj. Salleh Hj. Kalbi Ahli Parlimen P.188 Silam atas perlantikan sebagai “Duta Keamanan Bangsa-Bangsa Bersatu”, semoga dengan perlantikan tersebut menjadi satu inpirasi dan landasan ke jawatan dalam Kabinet Persekutuan akan datang. teruskan dangan kepimpinan berjiwa rakyat. eratkan kasih sayang antara semua kaum dalam Kawasan Parlimen Silam.

Sekali lagi saya ucapkan TAHNIAH…. atas Perlantikan tersebut…

16 01 2009
ReformasiUM

saya tertanya-tanya, siapa kah salleh kalbi ni, adakah Yb lahad datu sebelum ni hampir sama dengan beliau.. tapi bila melihat sendiri idea beliau diutarakan di parlimen menunjukkan beliau punya kekuatan sendiri.. kita jgn buruk sangka pada semua Yb Ld teruama yg dah lama berkhidmat.. apa yang penting, semua pddk LD dpt memberi sokongan padu pada Yb semasa, ataupun yang akan datang..

28 01 2009
mangkukhayun

aku terkejut beruk bila terbaca komen anda (Reformasium)… mungkin anda dari kalangan berpendidikan tinggi tapi anda cetek dalam mentgafsir cadangan dan perlaksanaan… terbukti anda hanya padai belajar tapi bodoh dalam permainan politik tanah air…

mungkin jugak anda hanya sekolah aliran sains BUKAN sains dan POLITIK..
hehehehe… sia2 jer

10 05 2009
ReformasiUM

sesuai dengan nama awak, mangkuk=sejenis tempat makan, hayun=balingan sesuatu benda, so mungkin makna ni boleh diertikan sebagai sorang yang tidak kenal erti kesopanan dalam adab makan coz sentiasa membaling bekas makanan.. so skg mungkin aku lagi terkejut.. dan aku bukan mengemukakan cadangan dan pelaksanaan.. tapi ini adalah buah fikiran. Malaysia kata, “people is free to say” but secara beradab.. so adakah salah saya menyampai kan buah fikiran saya secara beradab? ada satu cerita, dalam satu kelas tu, ada sorang Negro, dan lain-lain tu adalah orang tempatan, Orang negro tu bertanya soalan kepada pensyarah tersebut. dan semua dalam kelas tu tertawa,kenapa? sebab orang negro tu bertanyakan soalan bodoh. tapi orang negro tu membalas, lagi baik bertanya soalan bodoh kerana kita akan dapat jawapan yang betul, dan daripada duduk diam tanpa bertanyakan soalan dan berlagak sebagai orang yang pandai tapi sebenarnya itu lah orang yang bodoh..

12 02 2009
GEM Community

DIREKTORI / FORUM Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia 2009 – http://www.gem.socialgo.com

Global Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM). Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-Layang(Walet/Walit), Pakarekabentuk Rumah Burung Layang-Layang(Walet/Walit) – http://www.gem.tl.my

25 03 2009
zulkifli samad (INFRA)

Salam YB. Tn. Hj Salleh Kalbi.
YB adalah antara yg terbilang dan gemilang menerajui Parlimen Silam.
Jerih dan payah dalam perjuangan sebelum ini hanya Allah swt yg Maha Mengetahui.
Keikhlasan YB T.Hj itu saya sudah terbaca sejak dulu dulu lagi sewaktu
berjuang dari akar Umbi dlm UMNO, Ngo dan sebagai penjawat Awam.
…Masih kah kau ingat ketika kita sama sama di INFRA, brkursus sama, makan dan gelak ketawa….itu antara nostalgia.

ok YB T. Hj…. kalau free kontek konteklah saya.
” All The Best”
ZUL 012 6715230
INFRA, KKLW

3 05 2009
gha_jali

Salam YB… mereka yang pernah bekerja or mengenali YB pasti stuju klusya katakan yang YB sememangnya mempunyai karisma n aura tersendiri… Aura inilah yang mmpu membangkitkan masyarakat khususnya golongan belia agar kita bersama-sama mengorak langkah menuju negara yang lebih gemilang.. Aura YB mmg xdpt dinafikan mempunyai keistimeaan tersendiri… Teruskan berjuang!!!

anak uitm…..

13 06 2009
Payau

Assalamualaikum,..
Yb, Ai Habbal Nu?..
Sesungguhnya Memperjuangkan Kebenaran itu amat payah untuk
dilakukan.Pasti ada jalan jalan yang sangat berliku unutuk dilalui.
Tetapkan iman dan cekalkan hati dengan satu tekad yang jitu.Pasti kejayaan
akan tercapai.
InsyaAllah.

15 06 2009
Azri

Assalammualaikum Y.B.
Saya amat kagum dengan pengorbanan YB membela nasib rakyat dan sanggup turun padang di Parlimen Silam khususnya di Daerah Kunak kerana saya selalu mengikuti perkembangan semasa YB melalui blog YB. Melalui PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Saya melihat banyak projek pembangunan telah dibuat oleh Kerajaan di daerah ini. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Itu mengenai pembangunan di Daerah Kunak. Yang menjadi pertanyaan kepada saya sejauh manakah pula mengenai pembangunan modal insan? Seperti yang Y.B maklum ramai belia yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah, samseng, lepak, rempit dan lumba haram.

Selain itu juga sejauh manakah pembangunan infrastruktur dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat daerah? Yang saya lihat pembangunan infrastruktur hanya membantu para kontraktor dan kroni-kroninya sahaja. Tetapi adakah nasib para peniaga bumiputera yang hari ini mengeluh kerana kekurangan pelanggan membeli di permis mereka, nasib pengusaha-pengusaha bas serta nasib belia-belia yang menganggur akan terbela?

Yang membimbangkan saya, ada di antara kakitangan kerajaan yang melibatkan diri dengan perniagaan dan mendapat tender projek kerajaan. Tidak salah mereka berniaga untuk menambahkan pendapatan. Tetapi kerajaan perlu ambil tindakan tegas kepada kakitangan yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Sebagai contoh kawan saya pernah mengurus lesen perniagaan yang mengambil masa sehingga 3 bulan baru siap. Sedangkan beliau sudah berniaga 3 tahun lebih. Saya berharap slogan Y.A.B Perdana Menteri iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dikotakan. Tiada guna Pemimpin sahaja yang berhabis-habisan berkorban untuk rakyat sedangkan kakitangan kerajaan harap gaji buta goyang kaki cukup bulan cucuk kad ATM ambil gaji. Ini tidak adil untuk rakyat.

Saya tahu ada yang pihak yang tidak senang hati dengan kritikan saya. Bukan niat saya mencari kesilapan tetapi sendiri mau ingatlah kan. Saya bimbang jika perkara ini berterusan akan merugikan masyarakat Daerah Kunak sendiri dan Kunak akan kekal ketinggalan selama-lamanya.

Saya berharap Y.B akan terus mendapat sokongan dan senang dihati rakyat kerana keikhlasan Y.B membela nasib kami. Berani kerana benar, takut kerana Salah.

5 07 2009
Raja Rimba

Mmm, boleh tahan. Overall we still far behind but there is a light at the end of tunnel. God bless u

17 07 2009
Raja Rimba

Why x publish, ade yg x kenake ngan this blog

16 09 2009
Ghazali

Teruskan perjuangan

12 10 2009
rosmiah

aslam,rasanya belum terlambat lagi utk mengucapkan tahniah diatas kemenangan yb pada pilihanraya lepas dan atas perlantikan yb sebagai duta keamanan,apapun kami sebagai rakan lama mendoakan agar yb senantiasa sukses dlm apa jua lapangan dan terus lantang memperjuangkan suara rakyat.
”teruskan perjuangan yang belum Selesai ini”all the best.

6 11 2009
AMIR KUSIN BIN MUJAMAN

Sabagai sahabat dan teman secara peribadi saya dan kawan tetap dan sentiasa berusaha membantu sumbang saran idea demi kepintangan dan keutamaa n rakyat P 188 SILAM keseluruhanya. YB terusan gerak kerja dan agenda yang telah dibulatkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: