Soalan Parlimen

Anda ada soalan untuk saya kemukakan di Parlimen?

Disini saya membuka peluang untuk anda mengemukakan apa jua soalan yang barangkali menguntungkan kita semua selaku rakyat Malaysia.

Berikut merupakan garis panduan bagi anda untuk mengutarakan soalan:

1. Soalan MESTILAH berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia dan tidak ada kena-mengena dengan bidang kuasa Kerajaan Sabah.

2. Soalan MESTILAH kurang dari 40 patah perkataan dan NYATAKAN soalan itu ditujukan kepada KEMENTERIAN PERSEKUTUAN yang mana. Contohnya jika anda mahu tahu peluang berkaitan dengan pelancongan, maka tulis ‘saya tujukan soalan ini kepada Kementerian Pelancongan Malaysia’.

3. Skop soalan hendaklah merangkumi persoalan MALAYSIA dan GLOBAL sahaja. Soalan berkaitan pemilikan tanah, masalah dengan Majlis Daerah atau Pejabat Daerah boleh anda nyatakan kepada ADUN tempatan kawasan anda. Parlimen adalah tempat penggubalan rang undang-undang NEGARA sahaja.

4. Jangan bimbang jika soalan yang ingin anda tujukan ringan, remeh-temah atau lemah kerana mungkin itulah soalan yang saya nantikan dari anda.

Hantar soalan dengan memberikan KOMEN anda pada laman ini atau boleh terus email kepada saya sallehkalbi@yahoo.com

Sila kemukakan semua soalan sebelum 20 JANUARI 2009

2 responses

25 04 2009
ptknk

Tahniah atas jawatan Y.B. sebagai peace ambasador,

Namun perlu kita ingat besar jawatan besarlah tanggungjawab..
Apa pun yang kita perolehi tidak penting tetapi apa matlamat yang kita telah capai daripada yang kita perolehi itu lebih penting…

Diharap Y.B. dapat membahagikan masa untuk masyarakat Silam dan kunak khususnya.

Please do something to increase our purchasing power and the rest will revive along.

16 06 2009
Nurmaksud Bin Hamsah

Assalamualaikum..

Sejak pengambilan pekerja-pekerja kilang ke Semenanjung Malaysia ramai belia Sabah berhijrah untuk mencari rezeki. Sejak kemelesetan ekonomi ramai juga yang balik kampung dan tidak tahu bagaimana hendak menyara hidup. Apakah peranan kerajaan untuk membantu mereka ini yang sekian hari makin terhimpit? Kita bimbang jenayah meningkat seperti kes ragut, pecah rumah dan mcm-mcm lagi menjadi “Kerjaya Pilihan” sebabnya “Usahawan Kerjaya Pilihan” sudah tiada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: