Mencari Usahawan Teknokrat Glokal

22 12 2008

hamid-awong

1. Ramai orang berjaya dalam hidup. Bermula dari pendidikan rendah, kemudian ke universiti akhirnya menggenggam segulung ijazah. Orang-orang sebegini sekarang bertugas menjadi peguam, jurutera, arkitek, doktor perubatan, guru pakar, pakar multimedia, pengaturcara komputer, saintis kajibumi dan ada yang bekerja di bidang pengurusan. Semua pekerjaan yang dinyatakan dikenali sebagai ‘professional’.

2. Golongan professional Silam sangat sedikit bilangannya. Ramai dikalangan mereka telah berhijrah ke tempat yang lebih baik seperti Kuching, Pulau Pinang, Singapura, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Sebab utama penghijrahan ini adalah kepakaran mereka lebih diperlukan di tempat-tempat ini. Selain itu gaji dan gaya hidup yang ditawarkan adalah jauh lebih menarik berbanding Silam atau Lahad Datu.

3. Jika anda seorang professional yang bermastautin di Lahad Datu, saya ada cadangan yang mungkin boleh diterima-pakai untuk anda. Katakanlah anda seorang konsultan (perunding) perniagaan, cuba jalinkan perhubungan dengan ahli professional yang lain di Silam. Carilah seorang peguam, seorang arkitek, seorang jurutera (engineer) dan seorang pakar IT.

4. Setelah anda berjumpa, kesemua 5 orang tersebut membentuk satu syarikat, bertemu dan bertukar-tukar pandangan mengenai peluang yang ada di Silam. Anda boleh mulakan dengan mengkaji keistimewaannya. Antara yang menarik termasuklah laut, hutan belantara dan gua. Kemudian teruskan perbincangan anda tentang bagaimana untuk menjadikan idea anda berjaya.

5. Sebagai contoh, syarikat anda mungkin boleh membina satu pusat peranginan ‘Taman Tema Lautan’ di salah satu pulau-pulau yang terdapat di Silam. Eksploitasikan ‘Darvel-Bay’ yang sudah terkenal sejak 1886. Anda boleh mula melakar ‘working-paper’ untuk mempersiapkan sebuah bangunan pentadbiran, chalet atas air (water chalets), sebuah lagun buatan (supaya senang aktiviti snorkling dilaksanakan), binakan gelongsor air, pancuran, dan lain-lain alat rekreasi air dihujung lagun tadi. Untuk kemudahan orang ramai berulang-alik, binakan jeti dan ciptakan perkhidmatan ‘water-taxi’. Dikeliling pusat rekreasi air ini binakan deretan chalet tadi. Siapkan juga bot memancing, kayak dan ‘jetski’ untuk kemudahan riadah. Sebuah ‘dewan serbaguna’ juga perlu disiapkan untuk kemudahan kursus dan seminar.

6. Setelah semua anda kenalpasti, bertungkus-lumuslah menciptakan ‘proposal’, ‘business-plan’, ‘blueprint’, ‘EIA (Impact Accessment) dan lain-lain dokumen teknikal. Cari PMC (Project Management Consultant) yang sesuai. Saya yakin pada saat ini anda lebih mengetahui prosedur ini berbanding saya. Dan akhirnya kita akan mendapat satu masalah: dari sumber manakah anda mendapatkan kewangan untuk projek ini?

7. Disinilah persoalan tersebut terjawab. Selaku rakyat Malaysia, kita sangat bertuah kerana lahir dan membesar didalamnya. Kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai dana (atau geran) untuk merealisasikan cita-cita anda. Mungkin kebanyakkan orang hanya tahu istilah ‘pinjaman perniagaan’ tetapi pada kali ini saya ingin menceritakan tentang sumber-sumber lain yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu golongan ‘teknokrat’ seperti anda.

8. Sebelum saya menceritakan tentang dana/geran ini, saya ingin menarik perhatian tentang pemikiran ‘tempatan’ dan daya-usaha ‘global’. Kemudian kedua-dua perkataan ini diistilahkan ‘Glokal’ oleh Y.B Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Glokal bermaksud ‘Global-Local’ menuntut rakyat Malaysia berfikiran jauh melampaui sempadan geografi disamping mengekalkan nilai-nilai murni asal-usul dan menghargai tempat kelahiran mereka iaitu Malaysia. Contoh manusia glokal ialah angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukur Al-Masrie. Beliau seorang doktor perubatan, seorang pengusaha restoran, seorang model komersil, motivator, pakar rujuk kesihatan, angkasawan dan fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Russia. Dalam masa yang sama beliau tidak lupa asal-usul, mengamalkan tradisi adat-pepatih (kerana beliau adalah dari suku Minangkabau) dan patuh kepada ajaran agama. Manusia seperti ini sememangnya layak menjadi tokoh belia dan tokoh pembaharuan untuk mengangkat bangsa Malaysia. Daya kemahuan untuk melampaui batas kekangan sekeliling wujud dan membuak-buak didalam dirinya. Dalam dirinya dipenuhi dengan keyakinan, azam yang kuat, kemahuan tinggi dan berfikiran positif untuk mengalahkan ribuan calon-calon angkasawan lain di Malaysia.

9. Sesungguhnya tokoh seperti ini yang saya tunggu-tunggu dari kalangan belia Silam. Saya sentiasa berdoa setiap waktu supaya satu hari nanti akan muncul seorang belia seperti ini. Seorang belia yang penuh dengan idea, minat, kesungguhan, intelek dan mampu berbuat sesuatu yang orang Lahad Datu tidak pernah fikirkan. Hasil daya-usaha orang ini akan mencipta peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi, meningkatkan taraf pendidikan dan menyatukan semua penduduk Silam tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik.

10. Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya bertuah kerana sentiasa berurusan di Kuala Lumpur. Saya juga berkenalan dan bercampur dengan Menteri-menteri persekutuan dan golongan korporat. Saya sempat menanyakan mereka tentang peluang-peluang rakyat Silam untuk menjadi setanding mereka. Dan disini saya senaraikan semua dana/geran yang saya ketahui.

11. Satu contoh geran yang menarik adalah ‘Dana Khas Pelancongan Malaysia‘ yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan dan diuruskan oleh SME Bank. Dana ini diwujudkan di setiap negeri di Malaysia. Dana pelancongan di Negeri Sabah sahaja sudah terkumpul lebih 40juta ringgit yang masih belum terusik. Dari sumber dalaman SME Bank Kota Kinabalu – pihaknya sentiasa menunggu permohonan dana ini dari mana-mana rakyat Sabah yang benar-benar mengusahakan aktiviti pelancongan. Seperti lain-lain urusan, SME Bank memerlukan komitmen dan dokumentasi teknikal dari anda. Ujar mereka – bab ini yang selalu ‘sangkut di tengah jalan’.

12. Sebab itulah pada awal tulisan ini saya menyentuh golongan professional yang ada di Silam. Saya yakin dengan ilmu yang ada pada anda, anda mampu untuk menguruskan dokumentasi seperti yang dikehendaki oleh pihak bank.

13. Saya akan berterima kasih dan akan membantu mempromosikan usaha anda. Ini kerana anda berlainan dari orang lain. Disaat orang lain melobi projek dan kontrak kerajaan – anda bergerak keluar dari kepompong ini dan sebaliknya mengusahakan ‘sesuatu’ dan membina empayar. Sesungguhnya bukan senang untuk seseorang ‘berani’ menempuh risiko hebat seperti ini. Ini mengingatkan saya teori terkenal ‘jurusan kewangan’ (finance) iaitu ‘High Risk = High Return’. Jika risiko tinggi yang anda pilih, dihujung jalan pulangannya juga cukup untuk kehidupan 7 generasi anda. Contoh ‘angan-angan Mat Jenin’ ini dibuktikan oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong yang merupakan pengerusi dan pemilik Genting Berhad. Pada mulanya ‘Taukeh-Lim’ diketawakan kerana merentas belantara demi memajukan gunung – tetapi sekarang semua orang mengenali pusat peranginan ‘Genting Higland‘. Lim Goh Tong telah mengubah nasib dirinya dari seorang ‘pelobi projek kerajaan’ kepada jutawan berjaya kerana beliau berani mengambil risiko dan berfikiran ‘glokal’.

14. Mungkin coretan saya untuk kali ini agak berlainan, tetapi kelainan ini yang saya tunggu-tunggu sejak dahulu lagi. Jadi, adakah anda calon teknokrat yang saya cari untuk membawa perubahan dalam Parlimen Silam? Berikut merupakan senarai pautan dana/geran dan pinjaman perniagaan yang saya temui. Sila pindah-turun dan melayari pautan yang disediakan.

Demonstrator Aplication Grant Scheme (KTAK)
http://www.technopreneurdevelopment.net.my/Techno/Grant/Detail.asp?ID=2

Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia
http://www.mecd.gov.my/index.php?option=com_content&task=category&sectionid=38&id=77&Itemid=147

Small Medium Industry (SMI) Scheme @ SME Bank
http://www.smebank.com.my/malay/start-up.asp

Dana Infrastruktur Pelancongan (Kementerian Pelancongan)
http://www.motour.gov.my/index.php/infra_fund.html

Dana Khas Pelancongan Malaysia (Kementerian Pelancongan)
http://www.motour.gov.my/index.php/spec_fund.html

Peruntukan i-Desa (SPED)
http://www.pemudah.gov.my/portal/pemudah/References/Case+Study/CMSPortletWindow_66?uri=/refer/BANK%20RAKYAT-SPED&action=2

Skim Belia Niaga
http://www.pemudah.gov.my/portal/pemudah/References/Case+Study/CMSPortletWindow_66?uri=/refer/BANK%20RAKYAT-SBN&action=2

Skim Pembiayaan Mikro
http://www.pemudah.gov.my/portal/pemudah/References/Case+Study/CMSPortletWindow_66?uri=/refer/BANK%20RAKYAT-SKIM%20PEMBIAYAAN%20MIKRO-i&action=2

Pindah-Turun (Download) dokumen PDF tentang dana/geran di SINI


  • Nota: Maksud TEKNOKRAT – ‘An expert who is a member of a highly skilled elite group’.

Tindakan

Information

11 responses

22 12 2008
ARMENDRAH

ASSALAMUALAIKUM

Jutaan terima kasih kami ucapkan sebagai rakyat silam di atas komitmen dan usaha Yang Berkhidmat YB silam dalam memacu Pembangunan modal Insan yang cemerlang dalam aspek ekonomi desa, ilmu, anjak kendiri dan membangunkan yang masih lena agar merebut peluang yang terbentang luas.

Inilah saat-saat yang dinantikan oleh generasi muda. Belia-belia yang berkecimpung dalam perniagaan akan terbuka minda mereka bagi merebut peluang ini bagi memperkembangkan lagi potensi dengan lebih cekap dan pantas agar dapat bersaing diperingkat tinggi.

Setiap orang perlu memacu diri menjadi seorang yang boleh dibanggakan oleh bangsanya. Keadaan ini akan menyumbang dalam pembinaan bangsa yang bertamadun dan tidak ketinggalan menjelang tahun 2020.

Manusia berlumba-lumba mengejar kejayaan yang terhidang luas. Binalah Imej kendiri jika mahu dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain.

Yakin dan percaya bahawa kendiri kita yakin boleh mencipta kejayaan dalam apa jua pembangunan iaitu ekonomi,politik,sosial,pendidikan dan menempa sejarah dengan slogan Kita Boleh, Silam Boleh,Sabah Boleh dan malaysia Boleh…

Jadilah Diri Sendiri…Jangan Jadi Orang lain Untuk Maju dan Cemerlang…

22 12 2008
ARMENDRAH

USAHAWAN MEMACU SILAM CEMERLANG

Usahawan di silam telah banyak menyumbang dalam pembangunan industri kecil dalam bidang perniagaan. Apa yang saya lihat di Lahad Datu melalui FAMA satu gerakan Usahawan telah dilancarkan dan bergerak dengan pantas dengan bermula dari satu jalan dan kini telah bertambah usahawan yang berminat memasarkan produk mereka sehinggakan FAMA membuka lagi lorong sebelah untuk perniagaan.

Saya ingin mencadangkan kebetulan Silam sebagai pusat persinggahan penduduk sabah yang melalui Lahad Datu agar dirancang satu kawasan yang strategik sebagai pusat penjualan hasil-hasil keluaran tempatan. Saya melihat ada lagi produk yang belum keluar dari kampung dan hanya dijual secara terus kepada pengguna tanpa ada pusat untuk penjualan.

Tidak lama lagi Seri Perdana akan membuka tapak untuk pusat penjualan produk tempatan…ini bermakna penduduk silam telah maju setapak dan tidak suka bergantung kepada orang lain dan lebih suka untuk memajukan kendiri berasaskan ekonomi.

Saya paling suka tengok kat…kampung kokos…perkampung ini boleh digolongkan telah mula maju kerana mempunyai kampung yang maju (penduduk berfikiran untuk membangunkan modal insan ),menarik (setiap rumah,jalan raya,kemudahan asas dihiasi bunga-bungaan,) dan Menguntungkan ( telah mengeluarkan produk seperti usahawan berjaya Cik Suzi..gerai makanan yang paling sedap kat kokos…orang bandar sanggup makan kat sini bab makanan dia sedap…ada kedai untuk membeli-belah..ada kilang roti, pembuat kompang,pembuat,peralatan untuk memasak BAKSO,kolam ikan dan terdapat juga di cocos ni tinggalan bahan sejarah…iaitu kilang……

Pusat ini perlu dibiayai kerajaan agar peniaga-peniaga kecilan dan berpotensi seperti membuat kompang,parang,kulintangan,bakul rotan dan lain lagi.
dikawasan ini juga terdapat pusat latihan yang melatih dalam pembuatan bahan-bahan ini.

24 12 2008
ARMENDRAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ini adalah lebih baik dari semalam.Kalau mahu berjaya dalam hidup kita perlu melangkah dengan berfokuskan matlamat sebagai agenda utama dalam perjuangan kejayaan.

Sebagai contoh….persaingan dalam produk Herba yang semakin banyak dan berlambak dipasaran ditambah lagi dengan kegawatan ekonomi dunia sudah pasti peluang untuk menceburkan kendiri dalam bidang usahawan secara rangkaian ini akan terhakis dan timbul was-was untuk maju apatah lagi untuk mencuba berniaga secara kecilan walaupun peringkat stokis.

Tetapi saya ingin berkongsi pendapat…..baru-baru ni saya sempat bertemu dengan seorang usahawan kecil-kecilan.Oleh kerana merasakan produk Herba yang dijual secara langsung ni…adalah lebih murah dan yang baiknya produk ni…pengasasnya adalah orang Islam…Saya amat kagum dengan kehebatan rakan ni…yang bijak untuk memilih perniagaan walaupun produk ni…di Lahad Datu tidak berapa dikenali orang ramai…

Oleh kerana ingin melihat dirinya maju…rakan saya ni…telah menghantar produknya ke kedai-kedai…Pihak kedai pun terkejut sebab harga murah dan dikeluarkan oleh syarikat Islam yang bergelar Doktor Ismail…..

Yang hebatnya produk ni…tiada saingan maka mudahlah produk rakan saya ini diterima oleh kedai-kedai minum sebab belum ada dengan mereka lagi..

Pertambahan rezeki …insyallah tidak lama lagi rakan saya ini akan membuka stokis di lahad Datu kebetulan stokis di Lahad Datu hanya baru satu kedai. Difahamkan juga kata rakan saya stokis lahad datu akan tutup.Tutup bukan kerana tidak laku tetapi kerana mengikuti suami berpindah ke Ranau bertugasa sebagai seorang guru agama…meletuplah perniagaan rakan saya kelak…Ini bermakna persaingan belum lagi ketara dibandingkan dengan produk-produk lain.

Produk yang saya maksudkan ialah HPA ( Herba Penawar Al-Waida )

antara barangan yang terdapat dalam produk ini seperti

1. Kopi Radix 2.Kismis Minda 3.EQ. Minda 4.Air Minuman Roselle 5.Kordial Asiatica 6.Kordial Mangga 7.Set Bersalin 8.Lady Cheer 9.Minyak But-But 10.Teh Herba Instant 11. Teh Herba 12. Teh Asiatica Plus 13.Teh Tropika 14.Herba Tuju Angin 15. Radix 16. Mega -3 Kapsul dan ada lebih kurang 100 barang lain-lain lagi.

Saya doakan sahabat saya ni…benar-benar maju bukan saja peringkat penjual malahan akan tercapai matlamat untuk menjadi stokis dan cawangan Lahad Datu……..

Insyallah………….Selamat, Maju, Jaya….

26 12 2008
mangkukhayun

YB..

Sebenarnya LD (Perlimen Silam) mempunyai aset dan geografi yang sesuai untuk memajukan bidang perternakan Lembu, Kambing secara komersial dan sekaligus menjadi jenama kepada Daerah LD..

Cuma apa yang perlu adalah lokasi dan anak2 jati LD diberi kursus serta pendedahan lebih banyak bagi meneroka bidang ini.. saya yakin dan percaya LD berpotensi dan sekaligus menjadi pembekal daging utama satu hari nanti…

Memaksimakan penggunaan tanah dan memberi bantuan dari sedi teknikal serta khidmat nasihat yang betul.. tidak mustahil untuk berjaya..

26 12 2008
ARMENDRAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Saya melihat penternakan lembu mempunyai potensi yang besar dikawasan lahad datu. Ramai belia-belia yang menjadi usahawan berjaya malahan cemerlang diperingkat negeri.Seperti contoh anak kepada En. Sari telah menjadi contoh diperingkat negeri.

Saya berharap suatu hari nanti akan wujud kilang pemprosesan lembu dikawasan lahad datu bagi memberi peluang pekerjaan kepada belia-belia yang masih menganggur.

Gerakan untuk mencapai matlamat belia maju dalam bidang usahawan adalah tanggungjawab bersama masyarakat Lahad Datu.

27 12 2008
mangkukhayun

Saudara Salleh…

Hasrat sdr. baik.. cuma perlu pembabitan segenap lapisan masyarakat, khususnya anak muda LD.. apa yang penting “percambahan pemikiran bagi memajukan LD perlu dari kelompok yang kecil iaitu “satu kampung satu produk” adalah jalan terbaik dan sekaligus penghijrahan anak2 muda ke kota2 metropolitan dapat disekat…

27 12 2008
ularsawa

Kenapa asyik-asyik armendra saja yang buat komen ni, ada apa-apa ke, atau saja p kasi ramai majlis, dah tu komen ntah apa-apa, tak ada kaitan langsung dengan artikel yg ditulis oleh YB.
Lagi satu hal napa gambar Dr Hamid tu macam ganjil saja, kalau nak tipu pun buatlah betul-betul ni tidak…..saya orang kampung pun tau

28 12 2008
ARMENDRAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

He….He…Jutaan terima kasih kepada yang komen artikel saya…….dan membaca apa yang saya telah tulis……..saya memang ada niat baik untuk menerangkan serba sedikit tentang perkembangan di kawasan Silam……….Saya ni…ahli dan Pemuda UMNO kawasan Silam dan kebetulan semasa YB Silam sebagai Ketua Pemuda Silam saya telah dilantik sebagai setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Silam.

Kita perlu bantu YB Silam untuk mentadbir parlimen silam walaupun kita tidak bersemuka tetapi melalui pandangan ikhlas, saya yakin sebagai rakyat parlimen silam kita mahukan Pembangunan Modal Insan dan Pembangunan bandar yang seimbang dengan kehendak semasa. Terima kasih di atas perhatian pihak Tuan. Kita perlu menjadi diri sendiri dan jangan jadi orang lain untuk berjaya.

Niat saya ikhlas menulis dan komen, jika pandangan saya tak baik….saya akan pertingkatkan dengan fakta yang benar……..

Minda kita perlu terbuka luas isu Usahawan atau apa saja topik yang difikirkan berhubung tentang ekonomi kita perlu kaitkan dengan apa yang terdapat di parlimen silam dan pelawat mengetahui keistimewaan di parlimen silam……he…he…saya puji yang komen saya ni…orangnya jujur dan baik…terima kasih TUAN……..

28 12 2008
Tok Janggut

Alhamdulillah…..

Akhirnya….lahir pemimpin yang berjiwa rakyat dan menjiwai sifat kepimpinan Nabi Muhhamad S.A.W. Namun perjalanan masih jauh dan tanggungjawab kepada rakyat wajib ditunaikan dengan cara yang terbaik.

Melihat kepada aliran pemikiran YB Hj Salleh Kalbi dalam artikel ini, rasa terpanggil untuk menyatakan sokongan dan ucapan syabas dengan penulisan artikel ini.

You have a best reason and incentive for the development but do people in Silam understand your contribution…….

30 12 2008
KARISMA SILAM

Assalamualaikum dan Salam perpaduan

Rakyat Parlimen Silam amat beruntung disebabkan usaha dan dorongan YB Tuan Haji Salleh yang berusaha untuk membantu rakyat agar dapat meneruskan budaya kerja yang bergantung kepada diri sendiri walaupun harga kelapa sawit kini menurun sedikit. Kepada yang memiliki kebun sendiri bolehla menambah pendapatan dengan penanaman JANTHROPA (Tangan-Tangan) bagi mendapatkan pendapatan sampingan dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang akan menjadi sati industri yang sangat penting seperti kegemilangan kelapa sawit.

Biodesel di parlimen silam adalah sebagai satu pusat yang masih bergerak perlahan, namun dengan penanaman tanaman ini sudah pasti akan mempercepatkan pelaksanaan biodesel di parlimen silam

jangan lepaskan peluang ini, kepada yang memiliki kebun amat beruntung kerana dalam masa terdekat ini akan diadakan seminar usahawan yang menjurus kepada Pusat Janthropa.

Ini adalah produk baru yang boleh menjelmakan parlimen silam dalam pembangunan modal insan dan pembangunan bumi hijau menjelang tahun 2015 kelak.

………………………

30 12 2008
KARISMA SILAM

HIJRAH MEMBENTUK INSAN GEMILANG

Setiap tahun Islam, umat Islam seduina menyambut ketibaan tahun baru Hijrah. Ramai yang berazam untuk berubah,mempertingkatkan kendiri,cemerlang dalam bidang usahawan,politik,pendidikan dan sebagainya.

Hijrah setiap insan adalah berbeza-beza.Hijrah bagi Karisma Silam menjadi insan yang sayang pada diri sendiri dan ingin menjadi insan cemerlang dalam pentadbiran usahawan peringkat daerah. Kita perlu bermula dari peringkat rendah. Kesabaran menghiasi perjalanan perancangan dengan dorongan semangat kental untuk terus maju dan gemilang dalam tempoh 5 bulan pada tahun 2009. Mungkin mustahil tetapi kita perlu yakin dan sentiasa berdoa kehadrat Allah swt, jika niat kita untuk menjadi seorang yang gemilang niat akan membantu untuk terus berjaya.

Kita perlu merancang dengan meletakkan kejayaan dalam tempoh 5 bulan adalah milik kita. Jangan mudah berundur dan mengaku kalah. Setiap kejayaan bermula dari rintangan dan halangan yang perlu di fikir dan dan dikaji untuk cemerlang. Fokus pada hala tuju………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: